You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG DEW 34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL

MINIT MESYUARAT RMT Kali Pertama /2013

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 27 Disember 2012 (Isnin) : 10.30 pagi : Bilik Mesyuarat SKKD : 1. Pn. Rubiah bt Abdul Karim 2. Pn. Zaiton bt Ain 3. Pn. Normala bt Othman 4. Tn.Hj. Ahmad Fauzi b Hassan 5. Pn. Naziah bt Mohamad 6. Pn. Rosmizaroni bt Azizan 7. En. Abdul Aziz b Zakaria 8. En Abdul Hamid b Puteh 9. Pn. Siti Jamilah bt Ahmed 10. Pn. Saodah bt Mohamad 11. Cik Harmiza bt Razak 12. Pn Norliza bt Yahya 13. Pn. Hjh Aznida bt Abd Aziz 14. En. Noor Azman b Sulaiman 15. En. Syed Mahamin b Saidin 16. Pn Asmaa Al Husna bt Abdullah 19. En. Shaiful Nizar b Kamron 20. Pn. Rozita bt Abu Hassan 21. Pn. Mazeyah bt Mohd Saman

Agenda Mesyuarat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ucapan aluan PK HEM Puan Normala Bt Othman Pengurusan Organisasi Tahun 2013 Rancangan Makanan Tambahan(RMT) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) Vitamin 1 Malaysia Bantuan Persekolahan Lain lain

1. Ucapan aluan Puan Normala Bt Othman (PK HEM) 1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

1.2 Beliau seterusnya mengharapkan sokonngan padu daripada semua guru untuk menjalankan tugas pada tahun 2013. Tindakan: Makluman

2. Pembentangan Pengurusan Organisasi Baru 2013 2.1.1 2.1.2 Pelantikan Organisasi dan AJK Hal Ehwal Murid seperti yang tercatat dalam buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah. Semua unit HEM perlu merancang satu program yang memberi manfaat kepada murid-murid contoh sudut RMT, Kantin dan sebagainya. Tindakan : Makluman 3 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 3.1 Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut. 3.2 Murid berstatus Warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 460.00 atau pendapatan perkapita RM 110.00 adalah layak untuk menyertai program ini. 3.3 Murid-murid RMT yang berpindah sekolah selepas hari pertama persekolahan, peruntukan akan diturunkan di sekolah asal. Sekolah asal perlu memaklumkan kepada sekolah baharu tentang murid RMT tersebut di dalam Borang Pertukaran Murid. 3.4 Seramai 48 orang murid yang layak mendapat RMT pada tahun ini 3.5 Guru bertugas pastikan ada di kantin pada waktu dan memantau masakan serta merasa menu yang telah di sediakan. Seterusnya mencatat dalam buku laporan RMT 3.6 Carta jawatankuasa RMT 2013 seperti dalam lampiran. Di harap guru-guru tersebut akan menjalankan tugas dengan baik. . Tindakan: AJK RMT

4.0

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 4.1 Objektif KWAPM ialah memberi bantuan secara khusus kepada pelajar miskin dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh. Murid berstatus Warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 760.00 atau pendapatan perkapita RM 190.00 adalah layak untuk menyertai program ini Seramai 48 orang murid yang layak mendapat RMT pada tahun ini. Senarai nama murid yang dapat RMT bagi Tahun 2013 seperti dalam lampiran di belakang. Tindakan : AJK KWAPM

4.2

4.3

5. Vitamin 1 Malaysia 5.1 Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan. 5.2 Kriteria kelayakan Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah). 5.3 Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu. 5.4 Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan sarapan. Tindakan : Guru bertugas RMT 6.0 Bantuan Persekolahan RM 100.00 6.1 Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah 6.2 Bantuan akan di serahkan kepada ibu bapa pada 15 Januari 2013 di sekolah ini.

Tindakan : Guru kelas 7.0 Hal-hal lain 7.1 Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan. 7.2 Memupuk semangat kerjasama serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 7.3 Maklumat terkini tentang murid-murid yang dapat RMT akan di beritahu oleh Pn Normala dari masa ke semasa.

Tindakan: Semua guru Mesyuarat ditamatkan pada pukul 12.30 tengahari.

Disediakan oleh, .............................. (Pn Rosmizaroni Bt Azizan)

Disahkan oleh ...................................

You might also like