You are on page 1of 1

TEMA Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya - Doktor Fikri yang cacat kulitnya

iaitu balar terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. - Doktor Fikri tabah walaupun difitnah mencuri buku dari perpustakaan oleh Narius dan rakanrakannya. Akhirnya Narius ditangkap pihak polis kerana kesalahan mengopak cermin kereta. PERSOALAN 1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga - Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan anaknya akan dipenuhi oleh mereka. 2. Persoalan berdikari - Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkan walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Dia berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam. 3,Persoalan menghargai persahabatan / semangat setiakawan dalam persahabatan - Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa juga rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 4.Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain - Puan Halipah sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang dari sekolah. 5. Persoalan mempercayai perubatan moden - Doktor Fikr dilahirkan di sebuah hospital Ratu Elizabeth. Namanya juga diambil sempena seorang Doktor yang mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya.

You might also like