You are on page 1of 8

1

Isu pertama: Makanan Halal dalam Kehidupan dan Kepentingan Agama Faktor yang menyebabkan pencetusan idea dan perkembangan industri makanan halal

Dunia Islam telah berkembang dengan pesat kebelakangan ini, dan tidak lagi terbelah kepada satu kutub. Dengan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan, umat Islam kini bebas ke mana-mana sahaja dengan lebih mudah berbanding dengan masyarakat dahulu. Bilangan umat Islam telah mencapai hingga 1,619,314,000 orang pada tahun 2010.1 Dalam hal ini, makanan halal telah menjadi persoalan utama umat Islam selain daripada tempat ibadah. Tubuh badan yang sihat amat penting kepada manusia untuk meneruskan kehidupan mereka di muka bumi ini. Jika kesihatan tidak baik maka akan terjejas kerja-kerja dan amalan-amalan seharian. Tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas memerlukan sumber makanan yang baik, bersih dan suci supaya dapat meneruskan kehidupan seharian dengan baik serta jauh dari segala keraguan terhadap makanan yang dimiliki. Makan dan minum merupakan fitrah semulajadi manusia untuk memperolehi tenaga dan kesihatan di dalam melakukan tugas-tugas harian. Dengan peningkatan jumlah umat Islam di dunia ini, sudah tentulah keperluan dan permintaan terhadap makanan halal telah meningkat dengan cepat. Pasaran makanan halal telah menjadi satu perniagaan yang giat diceburi atas keuntungannya yang lumayah sehingga mencecah trilion Ringgit Malaysia setahun. Walaupun Malaysia sudah mempunyai hasil komoditi seperti bijih timah, minyak kelapa sawit, koko, beras, dan sebagainya , tetapi, sudah tentu Malaysia yang mempunyai kepercayaan agama Islam yang majoriti berbandingkan dengan agama yang lain, haruslah mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keuntungan negara dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia sebagai negara hab halal di rantau asia.

Sumber: Pew Research Center's Forum on Religion & Public Life, The Future of the Global Muslim Population (Washington, DC: Pew Research Center, 2011).

Implikasi dan kesan pencetusan idea dan perkembangan industri makanan halal

Dengan peningkatan permintaan dan keperluan makanan halal di dunia ini, pelbagai jenis makanan halal yang diproses dengan pelbagai kaedah yang berbeza telah muncul di pasaran. Masalah timbul apabila negara kita kekurangan tahap atau standard dan pensijilan halal sejajar dengan perkembangan industry pengeluaran makanan secara global. Selain itu, dengan kekurangan standard dan pensijilan halal, banyak pengusaha industri makanan halal akan mengambil kesempatan dan tidak mengikut cara pemprosesan makanan yang halal dan diluluskan. Pengusaha makanan tersebut mengambil kesempatan atas fakta bahawa pengguna Islam lebih mengutamakan produk yang lebih murah dan mengetepikan faktor halal dan kebersihan penyediaan sesuatu produk makanan untuk melakukan penipuan bagi mengautkan keuntungan yang tidak halal. Persoalannya terbalik kepada sikap sesetengah kelompok umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia yang bergantung pada produk makanan halal sering terdedah kepada pelbagai bentuk kes penipuan dan kepalsuan sijil halal. 2 Selain itu, pengguna Islam di Malaysia juga mudah terdedah pada tarikan dan iklan sesetengah produk makanan yang belum dapat dijamin halal. Situasi tersebut menjadi lebih teruk apabila terdapat segelintir umat Islam yang tidak mempedulikan langsung status halal sesuatu produk atau status premis makan mendapatkan sumber makanan walaupun pelbagai kempen informasi halal yang diadakan oleh pihak kerajaan. Dengan permintaan makanan halal yang meningkat di pasaran ini, banyak industri pemprosesan makanan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak mempunyai sijil halal Malaysia telah beroperasi secara haram. Produk yang dihasilkan tentulah sudah pasti tidak halal.

Sumber: http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1435, dicapai pada Mac 12, 2013.

Langkah-langkah untuk menangani masalah yang wujud kerana pencetusan idea dan perkembangan industri makanan halal

Malaysia harus menentukan satu sistem atau badan khusus yang berauthoriti dan mempunyai kepakaran dalam sistem pensijilan halal dan penguatkuasaan sistem halal. Melihat contoh daripada negara jiran kita, permintaan tinggi terhadap makanan halal telah mendorong banyak negara termasuk negara jiran kita, Thailand, Singapura, dan Filipina untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mewujudkan satu standard khas bagi produk makanan halal. Oleh itu, Malaysia telah menubuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah. Antara fungsi utama JAKIM ialah untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal kepada pengusaha makanan halal yang berkelayakan. JAKIM juga berperanan untuk menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini, merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini, menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam, menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara dan lainlain.3 Pemeriksaan lesen dan status halal kilang dari masa ke masa haruslah dijalankan dengan bersistematik untuk mencari dan memberhentikan operasi kilang-kilang makanan yang tidak mencapai piawaian dan kualiti yang ditetapkan. Pelbagai hukuman seperti hukuman penjara atau dendaan wang harus dijatuhkan atas kesalahan yang dilakukan .

Sumber: http://www.islam.gov.my/fungsi-jakim, dicapai pada Mac 12, 2013.

Isu kedua: Penyalahgunaan Logo Halal Malaysia Faktor yang menyebabkan berlakunya kes penyalahgunaan logo halal Malaysia

Antara contoh kes kesalahan yang berkaitan dengan logo halal ialah penggunaan daging haiwan yang disembelih tanpa menyebut perkataan Allah dan daging yang tidak halal seperti daging khindir serta anjing. Premis atau pengusaha makanan yang melakukan kesalahan di atas boleh didenda sehingga RM250,000 mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM500,000 bagi kesalahan kedua.4 Namun begitu, dengan hukuman yang begitu berat, masih terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab rela mengambil risiko untuk menyalahguna logo halal. Sebab yang utama ialah keuntungan yang lumayah akan diperoleh dalam menceburi industri makanan halal. Makanan yang mempunyai logo halal dianggap selamat diguna dan dimakan oleh semua umat Islam. Dengan meletakkan logo halal di atas kertas pembungkusan makanan atau di kedai makanan, pengusaha tersebut dapat meluaskan pasaran dan menarik lebih ramai penggunjung Islam untuk membeli dan makan di premis mereka. Walaupun mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak, tetapi, perbuatan mereka adalah salah di sisi undang-undang dan tidak bermoral. Faktor yang seterusnya ialah kerana proses mendapatkan sijil halal yang rumit dan memakan masa. Dalam dunia perniagaan, masa merupakan aspek yang penting dalam menentukan tahap keuntungan yang dapat dicapai. Oleh itu, sesetengah pengusaha makanan yang sebenarnya menyediakan dan menjual makanan halal tidak memohon permit logo halal tetapi mempamerkan logo halal di premis mereka. Walaupun mereka tidak menjual makanan yang tidak halal tetapi di sisi undangundang mereka tetap dianggap salah. Sesetengah pelabur negara luar yang mendirikan kilang makanan di Malaysia juga mengambil kesempatan menggunakan sijil halal Malaysia dan terus memasarkan produk mereka ke luar negara. Dengan menggunakan sijil halal
4

Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Terki ni&pg=bt_03.htm, Dicapai pada Mac 13, 2013.

Malaysia, produk yang dihasilkan dapat dijual dalam kuantiti yang lebih banyak dan dalam harga yang lebih tinggi kerana kualiti produk makanan dan status halal makanan tersebut mendapat jaminan daripada sebuah negara yang mempunyai reputasi negara halal yang tinggi seperti Malaysia.

Implikasi dan kesan penyalahgunaan logo halal Malaysia

Penyalahgunaan logo halal bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pengusaha makanan tersebut malah menghasilkan kesan negatif yang lebih teruk ke atas pengguna terutamanya para umat Islam yang tidak seharusnya memakan makanan tersebut. Premis atau pengusaha makanan yang melakukan kesalahan boleh didenda, dipenjara, atau kedua-duanya. Imej premis atau pengusaha tersebut mungkin akan rosak dan tidak lagi dipercayai oleh masyaraket, tetapi, bagaimana pula dengan nasib mangsa-mangsa umat Islam yang telah tersilap makan makanan yang haram ? Kelonggaran dalam sistem pemeriksaan dan undang-undang juga telah menyebabkan sesetengah pelabur luar negara yang mendirikan kilang makanan menyalahgunakan sijil halal Malaysia dengan meletakkan logo halal di atas produk makanan mereka tanpa mendapatkan keizinan dan permit yang sah daripada pihak JAKIM. Hal ini bukan sahaja merugikan Malaysia dari segi keuntungan negara, malah meletakkan nama dan imej Malaysia pada tahap yang membahayakan jika produk makanan keluaran kilang tersebut adalah tidak halal. Pengguna di luar negara pasti akan berwaspada pada masa hadapan semasa memilih produk keluaran Malaysia. Perkara ini akan menyebabkan Malaysia disenarai hitam dalam negara pengeksport produk makanan halal. Lebih teruk lagi, jika semua negara bermusuhan dengan Malaysia disebabkan oleh perkara kecil ini. Negara-negara seperti China, Indonesia, Thailand akan berhenti untuk melabur di negara kita disebabkan nama baik produk makanan yang dieksport dari Malaysia sudah terjejas dan ini akan menyebabkan kerugian bagi pihak pelabur dan juga Malaysia. Sumber ekonomi negara akan terjejas di samping penggangguran yang disebabkan oleh kekurangan tempat kerja. Kebelakangan ini, turut terdapat kes sijil halal Malaysia dijaja dengan harga ribuan ringgit Keghairahan pemilik restoran eksklusif dan kopitiam menjerat pelanggan bagi mengaut keuntungan lumayan mendorong mereka sanggup melabur sehingga RM5,000 bagi memperoleh sijil pengesahan halal ekspres yang dikeluarkan badan tidak diiktiraf pihak berkuasa berkaitan di negara ini.. Walaupun kos yang

ditawarkan oleh JAKIM adalah di bawah RM1000.00, tetapi pengusaha makanan tersebut tetap memilih kaedah yang haram untuk memperoleh sijil halal Malaysia.5 Hal ini berpunca daripada proses mendapat sijil halal yang merumitkan dan memakan masa yang banyak. Pelbagai piwaian halal yang ditetapkan oleh pihak JAKIM juga perlu dicapai bagi mendapat sijil halal Malaysia. Oleh itu, mereka rela mengikut jalan singkat daripada jalan yang betul dan sah.

http://berita-harian-online.com/sijil-halal-ekspres-dijaja-rm5000/ , dicapai pada Mac 13, 2013.

Langkah mengatasi isu penyalahgunaan logo halal Malaysia

Di Malaysia, hanya terdapat satu logo halal yang diiktiraf

oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walau bagaimanapun, terdapat juga logo halal lain yang diiktiraf oleh negara luar. (Lampiran) Pengguna lazimnya akan terpedaya dengan logo halal yang tidak disahkan, tetapi disebabkan tahap persamaan logo halal tiruan yang hampir-hampir sama dengan logo halal yang benar, banyak umat Islam yang tertipu. Oleh itu, pelbagai jenis sistem pengenalpastian logo halalyang sah telah diwujudkan seperti sistem E-halal JAKIM telah diperkenalkan oleh pihak JAKIM. Sistem ini menggunakan nombor GSI (Global Standard One), dan apabila nombor ini dimasukkan ke dalam engin pencarian, dan program yang disetkan dalam data base halal JAKIM akan memaparkan maklumat sama ada produk tersebut adalah halal atau tidak.
6

Pesalah yang menggunakan logo halal secara suka hati juga harus

dikenakan hukuman berat seperti penjara dan dendaan wang atau kedua-dua sekali. Berita mengenai penyalahgunaan logo halal juga harus dipaparkan di akhbar atau disiarkan di televisyen untuk dijadikan sebagai amaran bagi orang yang berniat untuk menyalahguna logo halal ini. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga harus bekerjasama dengan pihak JAKIM untuk memastikan negara asing yang melabur di negara kita tidak mengambil kesempatan mengguna sijil halal Malaysia dan terus memasarkan produk makanan mereka ke luar negara kerana perbuatan tersebut memberi risiko yang tinggi di samping merugikan negara kita. Pemeriksaan secara mengejut boleh dilakukan di kilang produk makanan halal yang mengeksport produk halal dengan seberapa kerap yang mungkin. Selain itu, sekatan terhadap barangan eksport boleh dilakukan di kastam bagi menurunkan keberangkalian produk makanan yang tidak disahkan halal dieksportkan ke luar negara.

Sumber: Amir Yaakob,Various Types of Halal Logo Detection and Recognition System, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; 2008.

You might also like