You are on page 1of 5

JUR.PRAK/F1.

M(1)

BILANGAN JURNAL MINGGU PRAKTIKUM TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN TAJUK JURNAL

: KE-6 : KEENAM : 1-5 SEPTEMBER 2013 : KEBERSIHAN

1. MASALAH

Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat muridmurid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri yang mana ianya merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang ringan akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Sebagai contoh, pada jam 11.50 pagi, saya telah masuk ke kelas 2 Gemilang dan saya telah menegur sebilangan besar daripada murid kelas tersebut mengenai pakaian mereka yang telah kotor dan tidak kemas. Hampir semua murid lelaki tidak memasukkan baju ke dalam seluar. Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Murid-murid sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar dalam keadaan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

JUR.PRAK/F1.M(1)

2. ANALISIS MASALAH

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai sebahagian daripada Iman. Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat

menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Kebersihan adalah sebagian dari iman, itulah motto yang terus didengungdengungkan di dalam dunia pendidikan maupun dalam instansi terkait. Tapi kadang kita selalu bertanya dengan motto di atas jika kita menjumpai kehancuran

JUR.PRAK/F1.M(1)

lingkungan hidup dan juga menemukan sampah berserakan di mana-mana. Hampir dijumpai di kota-kota besar sampah berserakan di sudut-sudut kota. Dengan prinsip Kebersihan sebagian dari Iman sebenarnya sudah bisa diterapkan dalam prilaku manusia orang perorangan. Tapi lucunya kebersihan itu ibarat simbol belaka tanpa ada tindakan yang nyata. Kerap kali kita sering berbicara kebersihan, tapi prakteknya kebanyakan adalah sulit mengaktualisasikannya dengan baik. Untuk memulai prilaku kebersihan sebagian dari iman memang perlu bekerjasama dengan berbagai pihak. Menerapkan prilaku ini diperlukan keikut sertaan penegak hukum dan pembuat kebijakan agar mau mewujudkan cita-cita ini secara bersama-sama. Semua harus dimulai dalam diri pribadi manusia. Hukum sangat berperan penting dalam prilaku kehidupan manusia. Usaha membendung masalah tidak menjaga kebersihan diri dalam kalangan murid-murid ini patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. 1) Guru-guru perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. 2) Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka. 3) Guru boleh membantu murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan

JUR.PRAK/F1.M(1)

memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.

4. TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin sepanjang tempoh praktikum saya. Sekiranya masalah seperti ini tidak dapat diatasi dalam tempoh masa terdekat, pastinya objektif-objektif pembelajaran yang telah dirancang tidak akan tercapai sepenuhnya.

5. PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan cuba dapatkan kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan rakan sepraktikum saya serta guru-guru lama di sekolah.

6. TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

JUR.PRAK/F1.M(1)

DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING

Ulasan:

Tandatangan :.. Nama Tarikh :.. :..

DISEMAK OLEH PENSYARAH PEMBIMBING

Ulasan:

Tandatangan :.. Nama Tarikh :.. :..

You might also like