You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS TULEN KALI KE -2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEDANG 2013 Tarikh Hari Masa Kehadiran

1. : 21 Jun 2013 : Jumaat : 10:30 pagi : Rujuk lampiran

Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat 1.1 Pn. Marzianah mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat panitia kali ini disamping memberitahu para guru hasil mesyuarat bersama semua Guru Penolong Kanan Daerah Ledang di PPD, guru diminta mengamalkan HOTS (Higher Order Thinking Skills) semasa mengajar. 1.2 Para guru juga diminta menghabiskan sukatan matapelajaran sebelum cuti hari raya terutamanya kelas tingkatan 5 kerana percubaan SPM akan berjalan selepas cuti hari raya. 1.3 Semasa mesyuarat program penyayang (MMI), guru diminta menjalankan semua program yang ada. Mesyuarat dipecahkan kepada bidang sains dan metematik masing-masing Tindakan: Semua guru

2.

Pengesahan Minit Mensyuarat 2.1 Minit mesyuarat di bacakan dan kemudian disahkan oleh En. Sahrom Bin Selamat dan disokong oleh Pn. Wan Norhayati Wan Din. 2.2 Perkara berbangkit 2.2.1 Program 1 Hour Stay Back yang dicadangkan pada bulan Ramadhan akan ditangguhkan sehingga selepas raya. 2.2.2 Cadangan kursus penandaan semasa peperiksaan percubaan PMR/SPM menggunakan set soalan peperiksaan percubaan akan dijalankan selepas waktu persekolahan oleh guru penanda dalaman sekolah. Tindakan: Pencatat Minit 3. Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR dan SPM - Rujuk Lampiran 3.1 Bagi subjek sains kelas 3Perdana, seramai 3 pelajar mendapat gred A, 22 pelajar mendapat gred B dan 6 pelajar mendapat gred C. Bagi subjek sains tingkatan 5, para guru mendapati pelajar tidak mahu membaca menyebabkan keputusan bagi 3 kelas belakang merosot. 3.2 Cadangan Program Panitia rata-rata akan membuat latih tubi menggunakan buku berlainan mengikut kategori tahap pelajar tingkatan 3 dan 5 subjek sains. Panitia Fizik, Biologi dan Kimia berkogsi masalah yang sama iaitu pelajar kekurangan motivasi dan mempunyai daya ingatan jangka pendek. 3.3 Pn.Norulaini akan memohon cuti sakit (MC) pada bulan Julai disebabkan masalah kesihatan. Minta jasa baik GKMP dan semua guru terlibat untuk mencari guru ganti bagi menggantikan kelas beliau. Kelas yang terlibat 4 Perdana dan 5 Wawasan. Tindakan: GKMP dan guru biologi

4.

PBS 4.1 Guruyang terlibat dengan PEKA dan PBS tahun lepas diminta menyiapkan dan menghantar fail tersebut kepada guru yang mengajar pada tahun ini dengan segera dan markah PEKA tingkatan 5 akan mula dimasukkan pada bulan Ogos. Anggaran Perbelanjaan Mengurus 5.1 Sains Teras masih mempunyai baki perbelanjaan sebanyak RM 3025.25 manakala Sains Tulen masih berbaki RM 7447.00 namun masih terdapat bil-bil yang belum diselesaikan. Hal-hal lain 6.1 Terdapat LCD yang rosak di makmal dan minta dipindahkan LCD dari makmal Bernouli di Blok D.

5.

6.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15

Disediakan oleh .. (Pn.Norulaini Md Rasib) S/U Panitia Sains Tulen 2013

Disemak oleh ...

Disahkan oleh .

You might also like