You are on page 1of 4

Tugasan E-pembelajaran Nama Kursus ; Norazlina bte Mohamed ; PPG Sains Kohort 2 Ambilan Feb 2012

1. Rancangkan pengajaran berdasarkan sesuatu reka bentuk pengajaran.

Bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan menggunakan media tayang bergerak seperti CD dan juga media audio seperti komputer. Memandangkan di pusat sumber sekolah saya terdapat bilik multimedia, jadi saya akan menggunakan CD dan komputer bagi sesi pengajaran sains. Dengan menggunakan CD pembelajaran aktiviti

pembelajaran akan lebih menarik. Berikut adalah contoh CD pengajaran yang saya gunakan untuk aktiviti sains bagi tajuk Pergerakan Haiwan Tahun 2. Bagi melaksanakan pengajaran ini saya akan menggunakan Model ASSURE.

1. Analisis Ciri pelajar. ( A ) Kelas yang saya ajar ini adalah kelas yang pertama iaitu kelas 2Merak yang terdiri daripada 40 orang semuanya. Jumlah murid di dalam kelas ini ialah seramai 40 orang, 27 murid perempuan dan 13 orang murid lelaki. Terdiri daripada 90% murid Melayu dan 10% murid india dan cina. Kebanyakan murid kelas 2 Merak ini telah berjaya menguasai 3 M iaitu membaca , menulis dan mengira . kebanyakan ibu bapa murid di dalam kelas ini adalah golongan profesional iaitu guru, doktor, pensyarah, jurutera dan hanya 20% sahaja dari kalangan sokongan. Ini bermakna murid di dalam kelas ini mempunyai tahap pemikiran yang pandai. Ini adalah kerana setiap kali sesi pengajaran dijalankan, mereka akan bertanya dan

mereka akan menyiapkan kerja mereka dengan baik. Kadang-kadang murid yang berbangsa india ini akan bercakap dengan guru dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itulah , bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran saya berjalan dengan baik , saya perlulah menggunakan media tayang bergerak seperti CD Pembelajaran dan juga komputer. Dengan cara ini murid-murid akan dapat melihat dan meniru gaya pergerakan haiwan dengan lebih baik lagi. Daripada pemerhatian saya murid tahun 2 Merak ini merupakan pelajar kinestetik dan auditori. Cara mereka bertindak balas terhadap isi pelajaran adalah berbeza. Mereka akan lebih seronok jika kaedah yang digunakan dan bahan pengajaran yang menarik serta dapat berinteraksi dengan baik dengan guru dan juga isi pelajaran.

2. Nyatakan objektif pengajaran secara khusus. ( S ) Bagi mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi 2 Merak ini , objektif pelajaran yang akan disampaikan kepada murid ialah: Pada akhir pembelajaran murid akan dapat: 1. menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 pergerakan haiwan dengan tepat 2. menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 daripada 5 contoh haiwan berdasarkan pergerakan haiwan. 3. menyenaraikan 3 sebab mengapa haiwan perlu bergerak. 4. meniru 3 pergerakan haiwan berdasarkan CD yang ditunjukkan. 5. menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan di dalam latihan yang terdapat dalam CD pembelajaran sains ini. Selain daripada objektif pembelajaran di atas, objektif pembelajaran juga perlulah ada diselitkan dengan nilai-nilai murni seperti seronok dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan serta terdapat 3 interaksi iaitu antara guru, murid dan juga bahan media.

3. Pilih kaedah, media dan Bahan ( S ) Kaedah yang saya akan gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Dunia Sains dan Teknologi ( Pergerakan haiwan) saya kan menggunakan sumbangsaran, simulasi, pengajaran berkumpulan dan juga perbincangan. Dengan adanya kaedah sumbangsaran dan juga simulasi murid akan lebih meniru gaya haiwan bergerak serta dapat mengenal pasti contoh-contoh haiwan yang bergerak. CD yang digunakan mempunyai suara, muzik, grafik yang menarik

serta gambar-gambar haiwan yang menarik. Murid akan berasa seronok belajar disebabkan penggunaan media yang menarik dan bervariasi sesuai dengan jiwa murid sekolah rendah. Bahan media yang akan saya gunakan ialah CD pembelajaran, komputer, gambargambar haiwan serta meminta murid mencari maklumat di dalam internet. Bahan yang diakses dari internet ini amat menarik sekali dan murid-murid tertarik dengan penayangan bahan pengajaran dalam bentuk animasi.

4. Gunakan alat/ bahan pengajaran ( U ) Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, saya perlu membuat analisis serta menyemak keberkesanan media pengajaran yang akan digunakan. Saya perlulah membuka dahulu CD yang akan digunakan serta memastikan gambar dan juga bahan yang terdapat di dalam cd ini sesuai dengan tajuk yang akan diajar. Saya juga perlulah memastikan

persekitaran tempat belajar yang kondusif dan selesa. Jadi saya telah memilih bilik multimedia yang sesuai untuk penggunaan komputer. Saya juga perlu menyemak soalansoalan yang terdapat di dalam CD pembelajaran sesuai dengan tajuk yang diajar atau tidak.

5. Libatkan murid ( R ) Bagi memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, murid perlulah dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat simulasi tentang pergerakan haiwan, perbincangan dengan menyenaraikan contoh pergerakan haiwan serta kuiz. Kegiatan pengukuhan serta-merta perlu diberi selepas murid memberi tindak balas yang betul .

6. Nilai dan semak semula bahan dan kaedah. ( E ) Setelah selesai pengajaran , penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media dan kaedah perlulah dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenal pasti sama ada objektif pengajaran tercapai ataupun tidak. Penilaian yang dibuat mestilah mencakupi pencapaian murid sama ada faham atau tidak tentang tajuk pergerakan haiwan yang diajar, menilai media yang digunakan iaitu CD Pembelajaran dan juga komputer dan juga kaedah pengajaran guru. Senarai semak, temu bual dengan murid adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk menilai pengajaran yang telah dilaksanakan. Murid akan bertidak sebagai penganalisis setelah guru melaksanakan pengajarannya.

You might also like