You are on page 1of 1

PENYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM

Praktikum merupakan satu latihan bagi semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat membantu guru pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara relektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Ia juga dapat membantu saya mengenal dengan lebih dekat akan suasana di sekolah yang sebenar dan dapat lebih memahami apa itu etika seorang guru. Melalui praktikum, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya, pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran atau pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara institusi perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Untuk sesi praktikum fasa 2 ini, saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Dalam Ru, 16700 Pasir Puteh, Kelantan. Saya berharap sepanjang saya menjalankan latihan praktikum saya, semua aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Saya juga berharap ketibaan saya disana diterima dengan hati terbuka dari pihak atasan mahupun staf sokongan dan semua murid di sana kelak. Selain itu, saya juga berharap dapat menguasai pelbagai strategi, perancangan dan perlaksanaan aktiviti kokurikulum. Saya juga akan berbincang dengan pensyarah dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab saya sepanjang latihan praktikum saya disana dan sekali gus latihan praktikum saya untuk kali ini berjalan dengan sempurna dan jayanya.

You might also like