You are on page 1of 4

JUR.PRAK/F1.

M(1)

BILANGAN JURNAL MINGGU PRAKTIKUM

: KE-3 : KETIGA

TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN : 14 APRIL 18 APRIL 2013 TAJUK JURNAL : AKTIVITI BERKUMPULAN

1. MASALAH Pada minggu ini, saya semakin selesa dengan persekitaran sekolah dan kelas. Walaubagaimanapun, saya mula menghadapi masalah baru. Minggu ini saya telah menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk murid tahun 2 Bestari. Aktiviti yang dirancang adalah melibatkan aktiviti berkumpulan. Namun, apabila saya menjalankan aktiviti ini, kebanyakan tidak bersesuaian dengan kelas kerana beberapa faktor misalnya bilangan murid antara lelaki dan perempuan. Murid perempuan lebih ramai berbanding murid lelaki. Jadi, apabila pembahagian kumpulan yang melibatkan mengikut jantina, kumpulan murid lelaki menghadapi masalah ahli yang tidak mengcukupi dan tidak seimbang dengan murid perempuan. Antara kesannya, kerjasama dalam kumpulan tidak dapat dilihat. 2. ANALISIS MASALAH Pada pandangan saya, berlakunya masalah ini sewaktu menjalankan aktiviti pembelajaran adalah kerana aktiviti yang ingin dilaksanakan memerlukan murid-murid membentuk kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan yang sama banyak. Manakala bilangan sebenar murid lelaki dan murid perempuan dalam kelas pula tidak seimbang dari segi bilangannya. Jadi, apabila jumlah bilangan murid antara lelaki dan perempuan tidak seimbang, sebilangan murid lelaki akan masuk ke dalam kumpulan murid perempuan. Mungkin mereka segan untuk bekerjasama atau mungkin mereka berasa tidak selesa.

JUR.PRAK/F1.M(1)

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Guru perlu sentiasa menerapkan nilai kerjasama semasa proses pembelajaran murid berlaku. Untuk menerapkan nilai ini, guru boleh menceritakan kepentingan dan juga kelebihan apabila kita bekerjasama. b) Guru juga boleh memberikan peneguhan yang positif kepada kumpulan yang boleh bekerjasama sepanjang menjalankan aktiviti. c) Selain itu, cara lain untuk membantu murid mengamalkan sikap bekerjasama semasa melakukan aktiviti kumpulan ialah dengan sentiasa memberi dorongan dan bimbingan dalam memupuk kerjasama tersebut. d) Arahan guru juga memainkan peranan dalam memastikan murid mampu bekerjasama semasa menjalankan aktiviti. Arahan perlulah jelas dan mudah difahami serta tegas dalam memberi arahan. 4. TEMPOH PENYELESAIAN Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin sepanjang tempoh praktikum saya. Sekiranya masalah seperti ini tidak dapat diatasi dalam tempoh masa terdekat, pastinya objektif-objektif pembelajaran yang telah dirancang tidak akan tercapai sepenuhnya.

JUR.PRAK/F1.M(1)

5. PENILAIAN KEJAYAAN Saya akan cuba dapatkan kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan rakan sepraktikum saya serta guru-guru lama di sekolah.

6. TINDAKAN SUSULAN Saya akan membuat rujukan dan pembacaan tentang kemahiran merancang pengajaran yang bersesuaian dengan murid-murid untuk mendorong mereka

bekerjasama. Perancangan yang teliti amat perlu sebelum memulakan pengajaran dengan mengambilkira beberapa perkara. Ia mestilah melibatkan aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran serta menyedia dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

JUR.PRAK/F1.M(1)

DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING Ulasan:

Tandatangan :.. Nama Tarikh :.. :..

DISEMAK OLEH PENSYARAH PEMBIMBING

Ulasan:

Tandatangan :.. Nama Tarikh :.. :..

You might also like