You are on page 1of 1

iii

TINJAUAN TERHADAP ILMU TERAS YANG PERLU DIKUASAI OLEH


GURU YANG MENGAJAR MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
DI SEPULUH BUAH SEKOLAH RENDAH DI DAERAH SEMPORNA

ABSTRAK

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran sekolah yang
wajib diajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Kajian
ini bertujuan untuk meninjau ilmu teras yang perlu dikuasai oleh guru yang
mengajar Pendidikan Jasmani dan mengenalpasti perbandingan jawapan di antara
guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani di sepuluh buah sekolah
di daerah Semporna, Sabah. Sampel kajian adalah seramai 72 orang guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama ada opsyen atau bukan opsyen
dalam bidang Pendidikan Jasmani di sepuluh buah sekolah di daerah Semporna.
Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan
terutamanya ilmu konten pedagogi untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang
pelajarannya di sekolah. Ilmu konten pedagogi sangat penting kerana matlamat
pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik mungkin proses
pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat
memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
Pendidikan Jasmani.

You might also like