You are on page 1of 37

ANNIE SHANTHI NORIS MANJU MURUHAN

Dasar Pendidikan Matematik Kanak-Kanak

Menggalakkan kreativiti

Mengamalkan pembelajaran holistik

Menghargai matematik ethno

Penggunaan perisian matematik

Penggunaan Model 3P

Penggunaan Kaedah Mokhdar

Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Soviet Union, dan Great Britain rasa tercabar dengan hinggapnya sputnik 1 pada era 1957 diangkasa lepas; selain merasa terancam dan kedaifan akan penguasaan bidang keilmuan sains dan teknologi. Sehubungan itu, tranformasi utama khususnya dalam subjek matematik dan sains giat difikir untuk di aplikasikan. Akibatnya, banyak projek yang telah dilancarkan demi mengesani kurikulum matematik mereka. Yang jelas pasti dan terbukti perubahan kurikulum matematik negara luar telah mempengaruh perkembangan kurikulum matematik di Malaysia. Antara projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah : -

Nuffield Mathematics Project [ NMP ]

School Mathematics Study Group [ SMSG ]

Scottish Mathematics Group [ SMG ]

School Mathematics Project [ SMP ]

Projek ini menyasarkan sekolah- sekolah rendah di Britain pada tahun 1964, atas pembiayaan NMP dan Nuffield Foundation, satu agensi swasta dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran Britain. Melalui projek NMP ini kaedah- kaedah baru dalam P&P matematik di sekolah rendah telah diperkenalkan yang banyak berpandukan Teori Pembelajaran Piaget. Menurut Piaget, keberkesanan pembelajaran banyak dipengaruhi oleh kuasa interaksi dengan bahan maujud kepada pelajar yang berusia 6 hingga 12 tahun. Oleh itu, objektif NMP ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit. Aplikasi strategi pemusatan pelajar dan bahan serta kaedah inkuiri penemuan mesti diutamakan dalam proses P&P. Pelajar belajar matematik melalui pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil. Kerja projek ini melibatkan penggunaan matematik dalam mencari penyelesaikan masalah.

Pasukan SMG ini terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools. Buku- buku ini telah dicetak di antara tahun 1965 dan 1969 dengan memperkenalkan tajuktajuk baru seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Salah satu ciri utama dalam sukatan ini ialah mengaplikasikan tajuk- tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1970.

Pada mulanya SMP hanyalah merupakan sebuah projek kajian yang telah dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton pada tahun 1961. Kajian ini dilakukan untuk menimbangkan perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union dan seterusnya untuk menyediakan satu sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britain. Dalam projek ini, pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu. Pendekatan ini membolehkan tajuk- tajuk yang berbeza diajar secara bersepadu. Contohnya, teori set diajar bersekali dengan tajuk algebra dan geometri. Buku teks SMP telah digunakan secara meluas di sekolah menengah di Great Britain, tetapi dapatan menunjukkan kandungannya adalah terlalu akademik dan abstrak. Oleh itu sukatan SMP ini diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. Walaupun begitu, seperti SMG, bahan SMP juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia.

School Mathematics Study Group (SMSG)Kumpulan SMSG terdiri dari ahli fikir akademik Amerika dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union dengan pelancaran Sputnik 1. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 dengan diterajui oleh Edward G. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundation . Objektif utama projek ini ialah meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan Russia. Kumpulan ini telah membina dan melaksanakan kurikulum matematik di sekolah rendah dan menengah di USA sehingga ia ditamatkan pada tahun 1977. Ahli kumpulan terdiri daripada ahli matematik, guru- guru, pakar psikologi and nazir sekolah. Hasil usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematics. Tajuktajuk dalam Matematik termasuklah geometri, teori set , nombor negatif, asas nombo dan trigonometri. New Mathematics menitikberatkan penjelasan struktur matematik dalam konsep yang abstrak seperti teori set dan asas nombor selain daripada asas10.

NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran matematik. NCTM memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan memberi kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi (sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti). NCTM ialah satu pertubuhan non- profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada 100,000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada.

Ada empat komponen utama dalam dokumen Pinciples and Standards for School Mathematics ini. Pertama, prinsipal- prinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik di sekolah. Prinsipal- prinsipal ini merangkumi isu- isu seperti keadilan, kurikulum, P&P, pentaksiran dan teknologi. Kedua, standard NCTM ini mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik. Lima standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti nombor dan operasi, algebra, geometri, ukuran, analisis data dan kebarangkalian. Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian masalah, penaakulan dan bukti, perkaitan, komunikasi dan perwakilan. Standard-standard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam abad ke 21 ini.

Ketiga, NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu pengajaran guru. Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations volumes dicetak supaya guru- guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka. Kandungan dokumen Principles and Standards juga dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations. The Illuminations dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti pembelajaran untuk pelajar. Ia juga menyediakan standard-based kandungan internet content untuk guru- guru K 12.

Keempat, NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan/seminar kepimpinan, tahunan atau regional. Persatuan ini juga bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan. Selain itu, Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari untuk guru matematik.

Pink (2006) Zaman berubah dan setiap zaman mempunyai keperluan yang tersendiri dan berbeza.

Kurun ke 18 (Zaman Pertanian) Memerlukan petani-petani yang kuat bekerja sepanjang hari di bendang bagi penghasilan makanan ruji. Ekonomi berskala kecil. Isipadu pengeluaran sara diri petani itu sendiri. Masyarakat terdiri daripada petani.

Kurun ke 19 (Zaman Industri) Pengeluaran barangan secara banyak kerana perubahan gaya hidup. Mula menjadi masyarakat pengguna. Ekonomi berskala besar. Banyak kilang telah didirikan.

Kurun ke 20 (Zaman Maklumat) Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK) Kemudahan komputer memudahkan penyimpanan serta penyampaian maklumat. Kos kewangan rendah berebut-rebut memiliki maklumat.

Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. Pink (2006) zaman maklumat menggalakkan pencapaian otak kiri. Ini berlaku kerana pada hemisfera otak itulah pengetahuan atau maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabila diperlukan. Buzan (2005) Matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otak hemisfera kiri terhadap kegiatan sehala yang melibatkan perkataan, logik, nombor, sekuen dan analisis.

Kurun ke 21 Mempunyai keperluan yang tersendiri.

Walaupun zaman telah berubah Zaman maklumat masih diamalkan dalam bilik

Pink (2006) Kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual.

Mempunyai pengetahuan
yang banyak dalam pelbagai bidang.

darjah.

Inovasi dan kreativiti


diperlukan kerana

Proses pengajaran masih ingin memenuhi

masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi kelangsungan kehidupan mereka.

Pencarian pekerjaan
sukar.

keperluan zaman maklumat.

Memerlukan nilai tambah

Teknik pembelajaran

yang membezakan diri


masing-masing daripada masyarakat kebanyakan.

masih lagi dilihat sebagai


alat hafalan.

Pink (2006) Pendidikan Zaman Konseptual perlukan inovasi dan kreativiti

sebagai matlamatnya.
Inovasi dan kreativiti ialah hasilan daripada pemikiran yang holistik. Perlu dizahirkan secara jelas dan empirikal pada pengajaranpengajaran bilik darjah.

Amalan ini perlu bagi menjadikan seoran murid yang inovatif dan kreatif.

Konsep Holistik

Merangkumi kurikulum dan kokurikulum serta di dalam dan di

luar bilik darjah.

Bagi mencapai matlamat pendidikan, konsep holistik diguna pakai perlu berlaku pada pengajaran-pembelajaran harian dalam bilik darjah. Tujuan:
Boleh dirasai oleh setiap pelajar pada setiap masa di dalam bilik darjah. Membolehkan holistik itu bersifat kontekstual.

Model pembelajaran yang holistik seharusnya mempunyai nilainilai kognitif dan afektif.

Big picture (Nilai kognitif)

Emphatizing (Nilai afektif)

Informing (Kemahiran generik)

Idea matematik selalunya disampaikan oleh guru dengan menggunakan banyak contoh melalui latihan tubi.

Hanya terdapat satu perspektif yang khusus pada contoh yang banyak itu.

Lebih banyak perspektif yang dibincangkan dalam kelas, maka lebih banyak peluang untuk murid memahami dan

menambah idea serta pengalaman matematik mereka.

Mutu pembelajaran matematik boleh ditingkatkan melalui kepelbagaian gambaran yang diperolehi dalam bilik darjah.

1 x 9 = 09 2 x 9 = 18 3 x 9 = 27 4 x 9 = 36 5 x 9 = 45 6 x 9 = 54 7 x 9 = 63 8 x 9 = 72 9 x 9 = 81

Penerangan:

Pola matematik yang mentakrifkan sifir 9


ialah gandaan 9: 9, 18, 27, 36, . Pola takrifan selalunya menjadi fokus

pada pengajaran-pengajaran sifir darab.


Kefahaman dikembangkan terhadap jika Sifir 9 boleh pengajaran-

pembelajaran
pada Contoh 2.

tentang

fakta

asas

ini

dikukuhkan dengan kepelbagaian seperti

Contoh 2:

1 2 3 4 Pola 5 menaik 6 7 8 9 10

x x x x x x x x x x

Pola tetapa n

9 9 9 9 9 9 9 9 9 9

= = = = = = = = = =

Pola menaik

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

9 8 7 6 5 4 3 2 1 0

Pola menaik

Contoh 3:
1 x 9 = 09 2 x 9 = 18 3 x 9 = 27 4 x 9 = 36 5 x 9 = 45 6 x 9 = 54 7 x 9 = 63 8 x 9 = 72 9 x 9 = 81 0+9=9 1+8=9 2+7=9 3+6=9 4+5=9 5+4=9 6+3=9 7+2=9 8+1=9

Hasil berjumlah 9

Menggalakkan
sesawang.

pencarian

maklumat

melalui

laman-laman

Dilaksanakan melalui enjin pencarian seperti Google Search. Bersifat mendatar. Proses ini menghasilkan Superficial Learning. Superficial Learning menggalakkan Deep Learning. Kefahaman mendalam tentang maklumat yang dicapai melalui internet boleh dilaksanakan melalui proses Big Picture thinking. Oleh itu, P2 dan P1 saling melengkapi.

Nilai afektif diperoleh melalui proses Emphatizing.


Bishop (1988) terdapat 3 nilai afektif pada pendidikan matematik iaitu Rationalisme, Kemajuan dan Keterbukaan.

Rationalisme
Kemajuan Keterbukaan

merangkumi

penaakulan,

pemikiran

logik dan berhujah

berlaku jika murid mengemukakan nilai pendemokrasian pengetahuan.

pendapat alternatif serta menyoal pendapat semasa.

Empathizing dilaksanakan melalui amalan matematik ethno dalam pengajaran-pembelajaran matematik.

Matematik ethno ialah matematik amalan setempat. Amalan boleh berbeza-beza. Perbezaan berlaku kerana berbeza kelompok kecil

murid,

berbeza

kedudukan

geografi,

berbeza

persekitaran dan berbeza status sosio-ekonomi.

Matematik

Amalan setempat

Model matematik

Cara mengira alternatif sebagai amalan emphatizing

Kaedah ini menunjukkan kepelbagaian pada proses pemikiran murid.

Ia suatu bukti empirikal tentang berlakunya pemikiran murid yang inovatif dan kreatif.

Kaedah

menulis

alternatif

ini

menunjukkan

murid

mempunyai kaedah penaakulan yang tersendiri.

Amalan kepekaan

matematik

ethno

berupaya terhadap

menimbulkan matematik di

(emphatizing)

kalangan murid yang berkenaan.

Program Pendidikan Matematik di Sekolah Rendah Kaedah mokhdar bermula pada 1989

Program Pendidikan Matematik di Sekolah Menengah Algebra

Meningkatkan ingatan, daya berfikir Terdapat kajian yang menunjukkan dan kecepatan berfikir. bahawa tumpuan terhadap bidang ini tidak mengalakkan perkembangan pemikiran matematik yang menyeluruh Asas kaedah mokhdar ialah sebutan Algebra terhadap nombor-nombor. terhadap berlaku Pelaziman terhadap sebutan-sebutan berkenaan mempermudahkan ingatan terhadap fakta-fakta asas dalam matematik. menyebabkan pengetahuan tumpuan prosedur

Perisian matematik seperti Geometrical Sketchpad (GSP) mengimbangkan simbol abstrak pada algebra dengan gambaran geometri.

Kaedah ini dikatakan boleh Perisian matematik berupaya untuk meningkatkan kuasa otak dalam menunjukkan proses terhadap konsep menyimpan, memproses dan secara dinamik mengakses maklumat di dalam minda untuk menghasilkan kemampuan minda yang optimum bagi semua

You might also like