You are on page 1of 41

FAKTOR REKA BENTUK DALAM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

FUNGSI PERSEKITARAN EKONOMI ERGONOMIK ESTETIK KESELAMATAN

PROSES REKABENTUK
Reka bentuk dilakukan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan keperluan ynag telah dikenalpasti. Oleh itu, suatu reka bentuk perlu mengambil kira dan mempertimbangkan semua keadaan yang akan timbul dalam situasi reka bentuk. Untuk mereka bentuk suatu produk reka bentuk, ianya mestilah selari dengan fungsinya serta persekitaran di mana ia digunakan. Reka bentuk juga mesti ekonomik penggunaannya, bersifat ergonomik dan bernilai estetik. Tidak kurangnya reka bentuk perlu menitikberatkan aspek keselamatan. Beberapa apek yang perlu dikaji dengan teliti:

Persekitaran.

Fungsi.

Ekonomi. Faktor reka bentuk dalam reka bentuk dan teknologi.

Estetik.

Keselamatan.

Ergonomi.

FUNGSI Adalah cara dan peranan suatu reka bentuk itu membuat kerja. Satu hasil reka bentuk dianggap bejaya jika ia dapat berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Namun begitu timbul persoalan adakah produk atau sistem yang direka bentuk mempunyai satu fungsi tunggal sahaja atau satu set fungsi pelbagai. Fungsi utama produk itu juga mestilah jelas. PERSEKITARAN Keadaan persekitaran banyak mempengaruhi keselesaan pengguna. Oleh itu, proses reka bentuk barangan perlu mengambil kira keadaan persekitaran di mana produk itu digunakan. EKONOMI

Satu produk yang direka bentuk harus mempunyai nilai ekonomi. Kos produk yang direka bentuk bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Penggunaan barang yang mahal atau sukar didapati akan meningkatkan harga pasarannya jika dipasarkan tanpa meningkatkan nilai ekonomi barang itu. Oleh itu adalah wajar menggunakan bahan tempatan yang murah dan mudah didapati. ERGONOMIK Ergonomik adalah kajian saitifik tentang perhubungan antara manusia dengan persekitaran kehidupannya. Ergonomik berkait rapat dengan keselesaan manusia dan kemudahan penggunaan satu alat, barang atau bahan. Suatu produk yang direka bentuk perlu mengambil kira faktor ergonomik daripada aspek-aspek: 1. saiz 2. penglihatan 3. sentuh

ESTITIK Merupakan nilai keindahan suatu barangan pada pandanagn manusia. Nilai estetika suatu produk terletak pada rupa, bentuk dan sifat-sifat fizikal lain. Manusia secara semulajadinya meminati dan menggemari sesuatu yang indah dan cantik. Unsur-unsur estetik yang boleh diterapkan dalam reka bentuk termasuklah: 1. warna 2. bentuk 3. tekstur 4. garisan

KESELAMATAN Aspek keselamatan tidak boleh diabaikan sama sekali dalam mereka bentuk suatu produk. Produk yang direka bentuk mestilah selamat untuk semua peringkat umur manusia. Ini juga antara faktor supaya produk laris di pasaran.

Pencetusan idea
Pencetusan sesuatu idea tidak wujud dengan sendirinya, memerlukan daya usaha daripada pelajar sendiri sama ada berbentuk semulajadi atau terancang. Pencetusan idea secara semulajadi: Lamunan atau berkhayal. Bakat ( anugerah tuhan kepada manusia ) Pengalaman. Secara kebetulan. Pencetusan idea secara terancang : Pemerhatian dan pengamatan. Penumpuan kepada teknik-teknik pemikiran. 1. pemikiran logikal-vatikal 2. analitikal 3. kritikal 4. intuitif 5. sumbangsaran 6. lateral. PEMIKIRAN LOGIKAL Pemikiran secara logikal menekankan kepada apa yang betul dan apa yang salah dari segi: i. betul dari segi logik

ii. betul dari segi kenyataan hidup sebenar. PEMIKIRAN ANALITIS Saya menganalisis masalah dengan cara memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya dapat ditangani. Melalui analisis usaha saya tertumpu ke arah memahami situasi yang kompleks dengan cuba melihat situasi itu secara terperinci.

PEMKIRAN KRITIKAL Digunakan untuk mengenal pasti kesilapan, kelemahan, kekurangan dan kesalahan pada sesuatu idea atau cadangan. Pemikiran kritikal juga percaya dengan cara membuang atau memperbaiki semua faktor-faktor kesalahan maka yang tinggal adalah faktor-faktor yang betul sahaja. Pemikiran secara kritikal berfokus kepada hasrat untuk membuktikan bahawa idea orang lain itu salah. PEMIKIRAN INTUITIF Pemikiran intuitif adalah berdasarkan kepada suara hati kecil kita atau mengikut gerak hati dan naluri. Kadangkala digunakan untuk membuat keputusan dalam keadaan kita tiada maklumat langsung atau dalam keadaan di mana maklumat tidak lengkap. SUMBANG SARAN Sumbang saran ialah satu teknik yang digunakan dalam aktiviti berkumpulan bagi penjanaan idea yang kreatif untuk tujuan membuat keputusan. Prinsip paling penting dalam kaedah sumbang saran ialah tidak membuat penilaian idea di peringkat awal. PEMIKIRAN LATERAL.

Bersifat generatif yang bertujuan menerbitkan suatu perubahan baru dan berlainan terhadap sesuatu masalah. Pemikiran ini bertujuan untuk mencari alternatif baru tanpa mempunyai batasan terhadap idea yang dikeluarkan.

Pengenalpastian masalah
Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang lebih baik, berkualiti, mesra pengguna dan mesra alam. Pengenalpastian masalah juga membantu minda untuk berfikit secara kreatif, inventif, inovatif dan produktif. Mengenal pasti dan menganalisis masalah. Sebelum membuat sesuatu reka bentuk yang berguna dan berpotensi untuk dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara mendalam. Sepertimana projek meja kopi ini, masalah yang telah dihadapi oleh sesetengah pengguna adalah untuk satu kemudahan dibawa kemana sahaja. Pernyataan masalah. Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi yang bermasalah dan keperluan individu yang terlibat. Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk masalah itu. Situasi boleh merangkumi aspek-aspek: Tempat. Contohnya meja yang disediakan boleh dibawa kemana sahaja kerana ia mempunyai tanggam untuk memudahkannya dicabut dan kerusi yang boleh dilipat terus kapada meja. Masa. Menjimatkan masa bagi pemasangan semula setelah meja ini diceraikan. Keadaan fizikal( kompleks, ruang, saiz, berat).

Menerangkan individu yang mengalami masalah itu. Ini boleh merangkumi aspek-aspek: Latar belakang ( kerjaya, saiz keluarga, lokasi kediaman dan kewangan. Jantina.(direka khas untuk kesesuaian semua jantina.) Peringkat usia (ia tidak mengira peringkat usia untuk digunakan kerana pemasangannya juga semudah ABC) Keadaan kesihatan \ fizikal. Bangsa dan kebudayan. Agama.

Menyatakan kesan atau akibat yang dsebabkan oleh masalah itu. Kesan atau akibat boleh melibatkan aspek: Kesihatan. Keselamatan. Pembaziran ( masa, wang, tenaga dan bahan ) Sosial dan budaya. Mental dan emosi.

Pengumpulan data. Data perlu dikumpulkan untuk menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.

Kaedah pengumpulan data.

Pemerhatian.

Soal selidik.

Pengalaman sendiri atau orang lain. Kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain. Pemerhatian.

Temu bual.

Memerhati sesuatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang dikaji. Aktiviti: Menegnalpasti tempat \ lokasi \ masa untuk membuat pemerhatian. Mencatat maklumat yang releven, jika perlu ambil gambar. Lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di beberapa tempat. Soal selidik. Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau meklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik. Aktiviti: Menyediakan borang soal selidik Menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat. Mengumpulkan borang soal selidik yang telah disediakan. Menganalisis maklumat yang diperoleh.

Temu bual

Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan secara lisan. Aktiviti: Mengenalpasti responden. Menetapkan masa, tempat dan tarikh temu janji. Menyediakan soalan yang berkaitan. Merekodkan jawapan responden ke buku idea \ pita rakaman \ rakaman video. Pengalaman sendiri \ orang lain. Menceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau orang lain. Aktiviti: Menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu berlaku. Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.

Kajian per[ustakaan. Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal, majalah, artikel dan media elektronik. Aktiviti: Membuat rujukan \ kajian melalui media cetak \ elektronik. Menyatakan sumber kajian.

Persembahan data atau maklumat. Segala data atau maklumat yang diperoleh hendaklah dipersembahkan dengan jelas. Persembahan data atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk jadual, senarai, carta dan graf. Menyatakan masalah dengan jels. Beberapa kata kunci yang boleh digunakan untuk menyatakan masalah dengan jelas ialah:

Susah Lambat Bahaya Sakit Penat Membazir wang, masa dan tenaga Tidak tahan lasak Tidak tepat Tidak peka

Huraian data. Huraian data dan maklumat perlu dibuat dengan tepat. Huraian ini boleh merangkumi perkara-perkara: Peratusan dan pecahan data. Perkaitan antara faktor-faktor. Penunjuk ke arah keperluan menyelesaikan masalah. Perkaitan dapatan dengan masalah.

Rumusan masalah. Rumusan yang dinyatakan mestilah dapat menyokong bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud berdasarkan data atau meklumat yang dikumpulkan.

Pernyataan masalah

Pada zaman moden sekarang, telah banyak teknologi yang canggih telah diciptakan oleh manusia untuk kemudahan dan kepentingan masyarakat. Walau bagaimanapun masih banyak masalah yang melanda dan menyusahkan pengguna-pengguna. Masyarakat sekarang terlalu sibuk dengan tugasan seharian dan tiada masa untuk mereka menunggu sesuatu untuk jangka masa yang lama. Masalah-masalah ini masih boleh diselesaikan jika teknologi baru diperkenalkan. Pada suatu hari, saya telah ke sebuah kedai perabot dimana disitu pelbagai jenis perabot boleh didapati termasuklah meja kopi. Pada ketika ini, sepasang suami isteri bertanyakan meja kopi yang fleksibal yang mana lebih mudah digunakan dan boleh dibawa untuk tujuan berkelah. Masalah yang timbul adalah kerana semua ciptaan sedia ada tidak menepati kehendak pasangan ini. Setelah mendengar rungutan dan mengalami rentetan peristiwa seperti ini berkali, kali saya mula memikirkan kehendak yang di inginkan

PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT


Setelah mengenalpasti masalah yang dialami, beberapa aktiviti telah dilakukan untuk tujuan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah yang cuba diselesaikan atau dalam proses membuat bahan binaan iaitu Fleksibel Coffee Dest. Antara cara yang digunakan dalam proses pengumpulan data dan maklumat ialah dengan membuat soal selidik dan temu janji dengan orang yang berpengalaman bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dengan cara ini, saya dapat bertukar-tukar pendapat dan mendenganr maklum balas mengenai rekabentuk yang akan dihasilkan. Pengalaman juga memainkan peranan dalam proses membuat kajian dan perbandingan. Melalui produk yang sedia ada di pasaran, saya dapat

mengumpul maklumat dan mencari idea mengenai reka bentuk, teknologi bahan, kemasan dan lain-lain. Selain itu adalah melalui pemerhatian. Di mana saya mengumpul data dan maklumat dengan cara memerhati penggunaan sesuatu alatan itu di kilang, tapak projek, pusat penyelidikan dan sebagainya. Contohnya, kita memerhati penggunaan suatu produk lain di pasaran yang mempunyai kesamaan dengan produk yang ingin dihasilkan. Dengan itu, kita dapat mengubahsuai dan menambah keperluan yang sepatunya untuk menghasilkan produk yang lebih bermutu tinggi. Satu lagi cara lain ialah melalui pembacaan dan penyelidikan. Di mana melalui aktiviti tersebut, saya mendapat maklumat berkaitan dengan paten pembaharuan utiliti, teknologi, reka bentuk, fungsi dan bahan.

Analisis data
Setelah memperoleh data-data berkaitan dengan produk yang ingin dihasilkan melalui proses pengumpulan data dan maklumat, saya kemudian menganalisis data tersebut dengan cara mengkaji. Perbincangan dan analisis data ini bertujuan untuk menentukan dan membuat pemilihan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti untuk di pasarkan. Bantuan dari sumber lain seperti pensyarah, agensi yangberkaitan atau pakar-pakar dalam bidang berkenaan amat digalakkan.

Merumus dan membuat keputusan

Hasil daripada kajian dan analisis yang telah dibuat termasuklah melalui kaji selidik yang dijalankan, saya mendapati banyak golongan yang mengiginkan produk yang mempunyai pelbagai kegunaan dan dapat memudahkan sesuatu urusan di rumah kediaman mereka. Mereka juga memerlukan produk yang di perbaharui dan menepati kehendak mereka. Selain menjimatkan masa apa yang mereka mahukan ia fleksibal, mudah dipasang dan boleh dibawa ketempat pilihan mereka atau kemana sahaja.

Penyelesaian masalah

Setelah mendengar rungutan dari pasangan suami isteri tadi, saya terfikir untuk mereka satu meja kopi yang menepati kehendak mereka. Setelah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan, saya telah berbincang dan bersetuju mereka satu meja kopi yang fleksibel yang mana ia mudah di pasang, boleh dibawa kemana sahaja dan pengurusan meja yang mudah. Meja ini tidak memerlukan ceraian kerusi kerana kerusi telah di bina khas sedia ada dan boleh dilipat. Selain itu, saya mendapati bahawa bahan-bahan yang patut diperolehi tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi dan amat sesuai untuk semua taraf keluarga di Malaysia. Produk yang akan dihasilkan juga setaraf malahan lebih diperbaharui dan unik reke bentuknya berbanding produk yang sedia ada. .

Mencipta satu meja kopi yang fleksibel dan lebih easy user. Dapat menjimatkan masa para pengguna. Mempelbagaikan pilihan pengguna dengan memperkenalkan sesuatu yang baru. Memudahkan kerja pemasangan persendirian. Menjimatkan penggunaan ruang yang banyak disesuatu kawasan.

Dapat dipasang sendiri dalam masa yang singkat. Menjimatkan masa masyarakat yang sibuk dengan tugas harian. Dapat menyelesaikan masalah pada keluarga yang menginginkan satu reka bentuk meja yang juga sessuai di bawa kemana sahaja terutama untuk berkelah.

Untuk kelihatan lebih kemas dan tidak mencemar kecantikan pantai atau kemmana sahaja ia dibawa.

BAGAIMANA PROJEK BERFUNGSI SECARA KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, didapati projek ini berfungsi dengan sempurna dan mengikut perancangan. Ia dapat digunakan serta berfungsi untuk memudahkan sesuatu kerja dan menjimatkan masa dalam menjalankan urusan di rumah kediaman. Projek ini juga dapat mengelakkan kecurian pakaian atau brang-barang seperti kasut di rumah kediaman semasa menjemur kerana alat ini boelh diletakkan di dalam rumah. Alat ini juga dapat membantu sesetengah masyarakat yang sibuk untuk menggunakan masa mereka dengan lebih konsisten. Apabila pakaian dimasukkan ke dalam alat ini, suis akan dipasangkan dan arus mula mengalir untuk mengeringkan pakaian. Pakaian akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk kering. Alat ini akan berhenti dengan sendirinya apabila pakaian sudah cukup kering. Di dalam alat ini terdapat mentol yang membantu proses pengeringan pakaian. Haba daripada mentol ini digunakan untuk mengeringkan pakaian. Di samping itu juga, alat ini mempunyai roda. Roda ini dapat membantu untuk menggerakkan alat pengering ini ke mana sahaja untuk diletakkan mengikut keselesaan tuan rumah. Alat pengering ini dapat menjimatkan penggunaan ruang yang banyak.

PERBEZAAN PRODUK YANG SEDIA ADA DENGAN PRODUK TERBARU PRODUK KAIN ) Menggunakan ruang yang banyak Penggunaan ruang yang minimum untuk mengeringkan pakaian serta barang-barang harian yang lain. dengan menyidai pakaian di sekitar kawasan rumah. Membuang masa kerana terpaksa masa yang lama. Hanya digunakan untuk menyidai lain.( tak boleh sidai kasut ) untuk mengeringkan pakaian serta alatan lain. mengelakkan kecacatan pemandangan bandar kerana alat ini berada di dalam rumah dan saiznya tidak besar. pakaian dalam masa yang amat singkat. alatan lain seperti kasut SEDIA ADA ( PENYIDAI PRODUK TERBARU ( S.E.C )

Merosakkan pemandangan bandar Dapat

menunggu pakaian kering dalam Menjimatkan masa mengeringkan

pakaian dan barang-barang ringan Boleh mengeringkan pakaian serta

JADUAL KERJA

BULAN Januari 2007 Februari 2007

TUGASAN menerima tugasan projek membentuk ahli kumpulan mengenalpasti masalah mengumpul datadata berkaitan menganalisis data yang diperolehi membuat rumusan analisis

CATATAN ahli kumpulan terdiri daripada tiga orang setiap kumpulan sumber maklumat diperolehi dari internet,bahan bacaan,sesi temubual serta perbincangan bersama pensyarah. pencarian maklumat dibahag sama rata antara ahli kumpulan lukisan ortografik dan isometrik bagi prototaip

Jun , Julai , Ogos 2006

pencetusan dan pemilihan idea terbaik dari lakaran membuat lakaran projek dan lukisan kerja memilih rekabentuk projek menyenaraikan bahan untuk projek merancang pembinaan projek pembahagian tugas pelaksanaan prototaip melaksanakan prototaip

setiap ahli kumpulan mendapat bahagian dalam pelaksanaan projek pencarian 10 keping gambar berkaitan dengan tugasan projek.

APRIL- MEI 2007

KERJA PROJEK DISIAPKAN BERSAMA-SAMA FOLIO TUGASAN. MENGUJI BAHAN PROJEK MEMBUAT PERSEMBAHAN PROTOTAIP

SEMUA TUGASAN DISIAPKAN DAN DIHANTAR.

PROJEK REKACIPTA

Nama Nama institut

: :

Mohd Saufi Bin Mat Amin Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Nama projek Sinopsis projek

: :

Fleksibel Coffee Dest

Saya menamakan alat rekaan kami dengan nama Fleksibel Coffee Dest FCD) kerana ia bersesuaian dengan matlamat projek saya mudah untuk dibawa dan mudah untuk diuruskan. Fleksibel Economy mudah Ekonomi. Masa akan terjamin dengan penggunaan alat ini. Cupboard Almari. Alat ini direka khas dengan menggunakan almari.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan folio dan projek bagi reka bentuk da teknologi ini dengan jayanya. Pertama-tamanya terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing En. Ibhrim Bin Yajid di atas segala tunjuk ajar dan bimbingannya. Tidak lupa juag kepada rakan-rakan

sekelas yang lain dalam membantu mengembleng tenaga dan idea dalam menyiapkan meja kopi ini. Dalam melaksanakan projek ini, pelbagai kesukaran yang saya hadapi. Pelbagai rintangan dan kesukaran yang melibatkan masa dan tenag. Antara masalah yang di hadapi adalah, bahan lambat sampai. Ia sedikit sebanyak mengganggu kelancaran dalam melaksanakan projek ini. Selain itu, projek yang dilakar bukan satu benda mudah untuk dilaksanakan.

No. Responden:

Tarikh:

Sila tandakan pada petak yang berkaitan dan catatkan maklumat tambahan di ruang yang disediakan. Jantina: Lelaki Umur : Pekerjaan: Adakah anda pernah menggunakan sebarang alat untuk mempercepatkan lagi proses pengeringan. Jika ya, nyatakan satu alat yang anda guna dan jawab soalan berikut: Nyatakan: Tahun Perempuan:

Adakah anda mengalami kesukaran untuk mengeringkan pakaian? Ya: Tidak: Adakah anda memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sesuatu benda? Ya: Tidak:

Adakah anda berpuas hati ketika melakukan kerja-kerja mengeringkan pakaian dan alat-alat lain ini? Ya: Tidak:

Kami telah membuat kajian secara rawak ke atas 50 orang responden berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden pada 22 April 2006 hingga 22 Mei 2006 yang lalu. Hasil dapatan kajian dapat diringkaskan seperti berikut:

JENIS MASALAH

ADA MASALAH JUMLAH RESPONDEN

TIADA MASALAH PERATUS JUMLAH RESPONDEN 94% 3 PERATUS

JUMLAH

Kesukaran

47

6%

100

Masa lama

yang

42 46 36

84% 92% 72%

8 4 14

16% 8% 28%

100 100 100

Melambatkan Kepuasan

TEKNIK PEMBUATAN

BIL 1.

BAHAGIAN \ KOMPONEN KAYU

TEKNIK PEMBUATAN Memotong dan mengubahsuai kayu mengikut bentuk dan ukuran yang dikehendaki.

2.

PROSPEK

Memotong prospek mengikut saiz dan ukuran yang diperlukan.

3.

KEPINGAN ALUMINIUM

Dipotong dan kemudiannya dibentuk mengikut saiz dan diperlukan untuk diletakkan prototaip. di bahagian tapak

4.

SKRU

Mencantum

dan

menyambung

permukaan kayu dengan besi. 5. SYELEK Permukaan kayu dikilatkan dengan sapuan syelek. 6. SUIS Diletakkan di bahagian luar pada sebelah kanan permukaan kayu. 7. WAYAR Disambung antara suis dan mentol untuk membolehkan litar berfungsi. 8. PAKU Untuk melekatkan mentol pada

bahagian kayu.

Penyantuman dan pemasangan

BIL 1.

BAHAGIAN \ KOMPONEN Di antara permukaan

CARA kayu Setiap bahagian kayu dicantumkan dengan menggunakan sepana dan skru.

dengan besi.

2.

Di antara permukaan besi.

Disambung

dengan

menggunakan

kaedah mewelding besi. 3. Kepingan aluminium pada Disambung gam. Menggunakan angsel pintu. dengan menggunakan

bahagian bawah. 4. Permukaan prospek (pintu)

Pengujian prototaip
BIL 1.

JENIS UJIAN
menguji keterusan dan kefungsian litar.

KEPUTUSAN Berfungsi dengan baik.

CaTATAN

2.

Ujian makmal.

Prototaip dapat berfungsi dengan baik. Ia dapat mengeringkan pakaian dengan cepat.

Keseluruhan hasil projek dapat berfungsi dengan baik dan memuaskan.

3.

Ujian parameter.

Berfungsi dengan baik

LAPORAN PENGUJIAN PARAMETER


Nama Prototaip : Save Economy Cupboard Ujian Parametik Kaedah pengujian :

Tarikh pengujian Masa Mula Masa Tamat Tempat Nama Penguji

: : : : :

04 September 2006 10.00 pagi 11.00 pagi Bengkel Rekacipta 1. Mohd Saufi Mat Amin 2. Mohd Asyrah Mazlan 3. Siti Humaira Azmai

Tujuan Bahan

: :

Untuk menguji kefungsian alat pengeringan Pakaian

Langkah-langkah : i. Pakaian diletakkan di dalam alat pengeringan dan pintu ditutup. ii. Pastikan suis dibuka dan berfungsi dengan baik. iii. Keringkan pakaian dalam beberapa minit sebelum suis dimatikan. iv. Pakaian dikeluarkan daripada alat pengeringan dan pemerhatian dibuat. Pemerhatian : Prototaip ini berfungsi dengan baik dan mampu

mengeringkan pakaian dengan cepat. Rumusan : Hasil daripada pemerhatian, dapat dirumuskan

bahawa prototaip ini dapat mengeringkan pakaian dalam masa yang cepat dan mampu menjimatkan penggunaan ruang di kediaman. Disahkan oleh : Encik Ibhrim Bin Yajid

PROSES MEMBENTUK LAPISAN ALUMINIUM

PROSES MEMOTONG KAYU DAN BESI

PROSES MELETAK MENTOL

PROSES WELDING

PROSES MENCANAI BESI

KERJA-KERJA LAIN

PROJEK YANG TELAH DISIAPKAN.

You might also like