You are on page 1of 4

Rancangan Pelajaran Harian

Mata Pelajaran Tahun Hari / Tarikh Masa Bilangan murid Tajuk Objektif Pembelajaran Hasil pembelajaran : Sains : 3 Alpha : 3 Oktober 2011 : 8.45-9.15 pagi (30 minit) : 24 Orang : Ciri-ciri luaran haiwan : Memerhati dan mengenali ciri-ciri luaran haiwan : Di akhir pelajaran murid dapat, 1. Mengenal pasti ciri-ciri luaran haiwan. 2. Menyenaraikankan sekurang-kurangnya 8 ciri-ciri luaran haiwan 3. Merekod ciri-ciri luaran haiwan dalam jadual 4. Menerangkan persamaan dan perbezaan diantara haiwan berdasarkan jadual.

Langkah Set induksi (5 minit)

Isi pelajaran Mengenal pasti ciriciri luaran haiwan 1.

2.

3.

4.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru memberikan pantun teka teki mengenai haiwan kepada 10 orang murid. Murid diminta meneka jawapan bagi teka teki tersebut. Murid diminta melekatkan 10 jawapan (kad gambar haiwan) yang diteka oleh mereka dipapan tulis. Guru mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan tajuk pelajaran hari ini.

Catatan /BBM Kad pantun teka teki Kad gambar haiwan

Langkah 1 ( 10 minit)

Menyenaraikan ciriciri luaran haiwan

1. Murid diminta menyenaraikan ciri-ciri luaran haiwan. 2. Guru menunjukkan ciri-ciri luaran haiwan yang telah disebutkan oleh murid dalam bentuk peta minda.

Power point slide

Langkah 2 (20 minit)

Mengelaskan ciri-ciri luaran haiwan mengikut kumpulannya.

1. Setiap murid diberikan Kad gambar sekeping gambar haiwan. haiwan 2. Murid-murid diminta menyebutkan ciri-ciri luaran yang terdapat pada setiap haiwan tersebut. 3. Guru menyediakan 5 stesen mengikut ciri-ciri luaran haiwan iaitu : i. Stesen 1 Haiwan yang mempunyai kaki empat dan berbulu halus. ii. Stesen 2

Haiwan yang berkaki dua dan berbulu pelepah iii. Stesen 3 Haiwan yang mempunyai banyak kaki iv. Stesen 4 Haiwan yang mempunyai cangkerang v. Stesen 5 Haiwan yang tiada kaki dan bersisik 4. Sambil memegang gambar, murid-murid diminta bergerak kestesen yang berkaitan dengan ciri-ciri luaran yang terdapat pada haiwan yang dipegang oleh mereka. Langkah 3 (20 minit) Persamaan dan perbezaan haiwan 1. Guru melekatkan gambar Manila kad haiwan pada papan tulis. Marker pen 2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 3. Murid diminta mengelaskan haiwan-haiwan yang dilekatkan dipapan tulis kepada lima kumpulan di dalam manila kad iaitu: i. Haiwan yang mempunyai kaki empat dan berbulu halus. ii. Haiwan yang berkaki dua dan berbulu pelepah iii. Haiwan yang mempunyai banyak kaki iv. Haiwan yang mempunyai cangkerang

v. Haiwan yang tiada kaki dan bersisik 4. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka dihadapan kelas. Penutup (5minit) Rumusan isi pelajaran 1. Guru membuat rumusan akhir isi pelajaran. 2. Murid dikehendaki mencari perkataan tersembunyi dan mengelaskan perkataan itu mengikut kumpulannya.

You might also like