You are on page 1of 2

Minggu : KELAPAN

Tarikh : 22 / 8 / 2011 hingga

26 / 8 / 2011

1.

Isu / Masalah

Pada minggu terakhir ini, saya perlu melengkapkan segala borang-borang praktikum. Saya perlu mengemaskini segala dokumen yang masih belum lengkap kerana dokumen-dokumen ini perlu dihantar kepada pihak praktikum. Analisis Saya perlu mengemaskini segala borang-borang ini dengan segera supaya tidak menghadapi masalah di kemudian hari. Saya perlu berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah bagi mendapatkan maklumat yang belum lengkap dan berjumpa dengan guru besar.. Cadangan Untuk Memperbaiki a. Langkah yang boleh saya lakukan bagi melaksanakan perkara ini ialah berbincang dengan rakan praktikum yang lain dengan bertanyakan borangborang yang perlu diisi dan perlu dikemaskini. Antara borang yang penting untuk diisi ialah borang kehadiran. b. Langkah yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan perkara ini ialah berjumap dengan guru besar dan penolong kanan sekolah. Saya perlu meminta cop dan tandatangan mereka untuk pengesahan borang-borang tersebut..

2.

Tempoh Masa

Saya perlu menyelesaikan perkara ini dalam masa seminggu kerana hanya tinggal seminggu sahaja lagi tempoh praktikum di sekolah tersebut. Saya perlu memastikan tiada dokumen yang tertinggal untuk diisi.

3.

Penilaian Kejayaan

Setelah mendapat segala pengesahan dan tandatangan daripada guru besar dan pihak sekolah, ini bermakna saya telah berjaya di dalam masalah pengurusan dokumen ini. 4. Tindakan Susulan

Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah berbincang dengna rakan praktikum yang lain. Setelah itu saya perlu berjumap dengan guru besar untuk mendapatkan pengesahannya.

You might also like