You are on page 1of 1

Nota tingkatan 2

SAIYIDINA ABU HURAIRAH R.A. PERAWI HADIS RIWAYAT HIDUP ABU HURAIRAH Namanya : Abdul Rahman bin Sakhar al-Dusi al-Yamani Namanya sebelum Islam : Abdus Syams Dilahirkan : 19 tahun sebelum hijrah , Di Dus, Yaman Memeluk Islam pada tahun ke 7 hijrah, ketika Rasulullah berada di Khaibar Latar belakang : Yatim sejak kecil, kemudian menjadi salah seorang ahli Suffah di Madinah . Meninggal dunia : pada 59 hijrah, ketika berusia 78 tahun Digelaran : Abu Hurairah oleh Rasulullah kerana beliau sangat sukakan kucing

SIFAT PERIBADI AKHLAK ABU HURAIRAH YANG PERLU DITELADANI 1. TAAT KPD SURUHAN ALLAH & RASUL 2. CINTA AKAN ILMU PENGETAHUAN

Berasal dari keluarga miskin & tidak mempunyai makanan, namun beliau tidak pernah meminta-minta. Beliau rela mengikat perut kerana kelaparan. Setelah pembukaan empayar Islam, kehidupan Abu Hurairah semakin senang.Beliau memiliki harta, isteri & anak-anak. Walaupun begitu, kesungguhannya menuntut ilmu, sifat tawaduk & ketekunan beribadat beliau tidak berubah. Beliau sentiasa berpuasa & berqiamullail. Beliau pernah ditugaskan oleh Rasulullah sebagai penjaga gedung harta zakat & beliau menjaganya dengan penuh amanah. 3. SANGAT KASIH & MENGHORMATI IBU BAPA

Walaupun hidup miskin & terpaksa bekerja diladang kurma untuk menyara kehidupanya , namun keadaan tidak menghalangnya untuk mununtut ilmu beliau amat tekun mempelajari & menghafaz al-Quran & hadis. Beliau sentiasa mendampingi Rasulullah untuk menimba ilmu daripada baginda.

4.

MENGASIHI BINATANG

Ketika Abu Hurairah memeluk Islam, Ibunya masih kekal dengan agama asalnya & ibunya selalu memperkecilkan Rasulullah. Beliau sedih atas perbuatan ibunya & menangis. Beliau menemui Rasulullah meminta mendoa ibunya mendapat hidayah. Setelah Rasulullah berdoa . Abu Hurairah pulang bertemu ibunya dan amat gembira kerana ibunya telah memeluk Islam.

Beliau suka bermain-main dengan seekor anak kucing yang dimasukkan ke dalam lengan bajunya. Sehingga Rasulullah mengelarnya Abu Hurairah ( Bapa Kucing ) Beliau memelihara kucing tersebut di atas sepohon pokok pada waktu malam & membawa keluar bersamanya pada waktu siang. ( Minatnya ini timbul setelah mendengar hadis Rasulullah mengenai seorang wanita yang dimasukkan ke Neraka kerana mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan )

SUMBANGANNYA DLM PERIWAYATAN HADIS Terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling banyak meriwayatkan hadis iaitu sebanyak 5374 hadis. Beliau telah mengajar hadis kepada 800 orang murid Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah tercatat di dalam kebanyakan kitab hadis seperti Sahih al-Bukhari , Sahih Muslim. Sunan At-Tarmizi, Sunan Ibn Majah & Sunan anNasai, yang dijadikan rujukan hingga kini.

FAKTOR KEJAYAANNYA DLM PERIWAYATAN HADIS 1. 2. 3. 4. 5. Beliau seorang ahli Suffah yang selalu berdampingan dgn Rasulullah & tidak sibuk dgn urusan pentadbiran Negara Rajin menghadiri majlis ilmu bersama para sahabat Ketekunannya menyebarkan hadis kpd orangramai Keberkatan doa Rasulullah agar Abu Hurairah mudah menghafaz Beliau sempat hidup lebih lama selepas kewafatan Rasulullah. iaitu selama 47 tahun.

You might also like