You are on page 1of 30

Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan sehari-hari.

Melalui pembacaan, seseorang itu akan memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Justeru, murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.

Membaca boleh diertikan sebagai perlakuan untuk mendapatkan sesuatu maklumat melalui lambang-lambang bertulis/bercetak. Aktiviti membaca melibatkan 2 proses, iaitu;
Menterjemah lambang bertulis/bercetak kepada bunyi bahasa. Mendapatkan maklumat/makna daripada bunyibunyi bahasa yang disuarakan.

Tegasnya membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental.

Untuk menjadi pembaca yang efektif, seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui perkataan yang dibaca. Walau bagaimanapun, dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa-apa yang dibaca.

Melalui proses tersebut pembaca dapat memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis. Pembacaan tidak akan berlaku dengan pemikiran yang kosong tetapi diiringi dengan tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu. Kebolehan mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut sangat penting bagi menghasilkan pembacaan dengan kefahaman.

Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf.

Kaedah ini telah lama digunakan oleh guruguru bahasa. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf/mengeja. Kaedah abjad ialah kaedah yang memberi tumpuan pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah mengeja.

Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf /a/ hingga huruf /z/ (huruf kecil dan huruf besar) mengikut susunan. Seterusnya, diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et. Al, 1994).

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil. Walau bagaimanapun, menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985), kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar boleh didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa.

Mereka perlu menghafal semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Daripada suku kata itu, dibentuk perkataan, seterusnya diikuti dengan latih tubi mengeja perkataan.

Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Aktiviti yang berikut perlu dilaksanakan untuk memahami kaedah abjad ini.

1. 2.

3.
4.

Aktiviti menyebut nama huruf abjad a hingga z huruf besar dan kecil. Aktiviti menyebut konsonan Aktiviti menyebut suku v dan kv Aktiviti menyebut perkataan, frasa dan ayat.

AKTIVITI 1 MARI MENYEBUT ABJAD

Aktiviti 1 Nama ABM Elemen bahasa Objektif

: Mari menyebut abjad : Papan abjad : Mengenal huruf abjad : -Murid-murid dapat membezakan abjad -Murid-murid dapat menyebut abjad dengan lancar -Murid-murid dapat mengenal bentuk abjad

Langkah Pelaksanaan :
1)

2) 3) 4)

Guru menyediakan papan abjad yang mengandungi huruf konsonan dari A-Z. Guru mengambil beberapa abjad iaitu abad Aa, Bb dan Cc. Guru menyebut abjad Aa, Bb dan Cc di hadapan murid.i Guru meminta semua murid menyebut abjad Aa, Bb, Cc

5) Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan dan menyuruh murid menyebut konsonan Aa, Bb dan Cc secara berkumpulan. 6) Guru memanggil murid secara rawak dan meminta mereka menyebut abjad Aa, Bb, dan Cc. 7) Guru melakukan latih tubi secara berulang kali sehingga murid dapat menguasai huruf abjad.

MARI MENGENALI DAN MENYEBUT HURUF KONSONAN

Aktiviti : Mari Mengenali Dan Menyebut Huruf Konsonan Nama Alat Bantu Mengajar :Papan Konsonan Elemen Bahasa : Mengenali Huruf Konsonan Objektif :
1. Murid-murid dapat mengenali huruf besar dan huruf kecil konsonan. 2. Murid-murid dapat membezakan huruf konsonan daripada huruf vokal. 3. Murid-murid dapat menyebut huruf konsonan dengan lancar.

Nama ABM : Dadu Suku kata Elemen Bahasa : Mengenal Suku Kata Kaedah : Suku Kata Konsonan dan Vokal

Dadu Suku Kata

1) 2)

3)

Murid murid dapat membezakan konsonan dan vokal (KV). Murid murid dapat menyebut suku kata KV dengan lancar. Murid murid dapat mengenal bentuk bentuk suku kata.

1)
2) 3) 4)

Guru menyediakan dadu yang mengandungi suku kata KV. Guru memilih dua dadu yang mengandungi suku kata KV. Guru menyebut suku kata KV di hadapan murid murid. Guru akan meminta semua murid menyebut suku kata KV bersama guru.

5) Guru memanggil murid secara rawak 5

hingga 6 orang murid dan meminta mereka untuk menyebut suku kata KV yang telah disebut oleh guru.

6) Guru akan melakukan latih tubi secara berulang kali sehingga murid - murid dapat menguasai suku kata KV.

AKTIVITI 4 MEMBINA PERKATAAN, FRASA DAN AYAT

Aktiviti 4 Nama ABM Elemen bahasa Objektif

: Membina perkataan, frasa dan ayat : Papan perkataan , frasa dan ayat : Mengenali abjad : -Murid-murid mengetahui cara mebina perkataan -Murid-murid mengetahui cara membina frasa -Murid-murid mengetahui cara membina ayat -Murid-murid dapat membezakan antara perkataan, frasa dan ayat.

Langkah Pelaksanaan :
1)

2)

3)

Guru menyediakan papan abjad yang mengandungi perkataan, fr asa dan ayat. Guru menyuruh murid-murid memilih suku kata untuk membina perkataan. Contohnya murid-murid memilih suku kata BA dan JU, maka jadilah perkataan BAJU.

4) Guru menyuruh murid-murid memilih dua kad perkataan yang


dipegang oleh guru untuk membina frasa. 5) Contohnya, murid-murid memilih perkataan BAJU dan perkataan

ITU, maka terbentuklah frasa BAJU ITU.


6) Guru menyuruh murid-murid memilih tiga kad perkataan yang dipegang oleh guru untuk membina ayat.

7) Contohnya, murid-murid memilih perkataan BAJU, ITU dan BIRU,


maka terbentuklah ayat BAJU ITU MERAH.

Langkah Pelaksanaan :
1. Guru menyediakan papan konsonan yang mengandungi huruf konsonan dari A sehingga Z dalam huruf besar dan huruf kecil. 2. Guru memilih tiga konsonan (konsonan A,B,C). 3. Guru menyebut konsonan B,C,D di hadapan murid. 4. Guru meminta semua murid menyebut huruf B,C,D secara berulang kali. 5. Guru memilih beberapa murid secara rawak (antara 5 hingga 6 orang murid) dan mereka untuk menyebut huruf konsonan B,C,D. 6. Guru melakukan latih-tubi secara berulang kali sehingga murid dapat mengenali huruf konsonan dan menguasai sebutan huruf konsonan B,C,D.

RUMUSAN

Murid-murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya kerana dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan. Di samping itu, kaedah ini sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi. Cara mengeja suku katanya tetap. Kaedah ini juga memberi asas yang kukuh dalam membaca.

Murid-murid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak kepada kebanyakan kanakkanak yang belum didedahkan kepada huruf. Penghafalan huruf-huruf yang abstrak ini agak bercanggah dengan prinsip pendidikan, iaitu sepatutnya murid-murid mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu. Selain itu, dengan menggunakan kaedah ini murid-murid terlalu bergantung pada proses mengeja. Murid-murid terbawa-bawa dengan tabiat mengeja. Ini menyebabkan mereka tidak lancar atau tersangkut-sangkut semasa membaca.

You might also like