You are on page 1of 2

1.

(a)

Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Nyatakan dengan jelas TIGA maksud matematik. Jawapan: -Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola Pola atau corak adalah sesuatu perkara yang berulang. Kedua-dua memberi keyakinan dalam menetukan atau menjangkakan sesuatu perkara. kajian dalam bidang matematik, seni, muzik dan tekstil. -Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan /perkaitan Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Perhubungan boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual atau graf. -Matematik adalah suatu bahasa Matematik mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri. Bahasa matematik dicipta oleh pakar matematik menjadi lambang dan hukum ke hari ini. Simbol memudahkan kefahaman dan menjadikan operasi matematik lebih ringkas. -Matematik adalah suatu kajian seni Unsur seni seperti seni muzik, seni bina, seni lukis dan seni budaya. -Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus Sesuatu yang berkaitan dengan pengiraan dan penyelesaian masaalh matematik. -Matematik adalah satu cara berfikir Berfikir menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah matematik dalam menyelesaikan masalah. Berfikir secara logik iaitu secara penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. -Matematik adalah alat rekreasi dalam kehidupan harian Aktiviti harian menggunakan matematik iaitu pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun, masa dan jarak.

2.

Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik. Nyatakan empat nama besar dalam dunia matematik dan sumbangannya terhadap pendidikan matematik masa kini. Jawapan: (i) Pythagoras mencipta Teorem Pythagoras (ii) Euclid peraturan dalam Geometry, teori nombor dan algorithm. (iii)Muhammad bin Musa Al-Khwarizmi astronomi, ilmu algebra (persamaan linear dan persamaan kuadratik). (iv)Brahmagupta sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk punca kuasa dua, penyelesaian bagi persamaam kuadratik dan penggunaan matematik serta algebra. (v) Lui Hui kaedah menyelesaikan masalah kejuruteraanh, soal selidik, urusan jual beli dan cukai.

3.

Perkembangan kurikulum matematik di Malaysia telah berkembang maju akibat daripada pelaksanaan beberapa projek-projek yang penting. Projek InSIPRE adalah salah satu projek yang dijalankan dan telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia. Nyatakan dengan jelas objektif projek tersebut dan impaknya terhadap perkembangan kurikulum matematik masa kini. Jawapan: Objektif 1.Untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah luar bandar. 2. Untuk mengembangkan dan mempertingkatkan lagi sistem pengajaran Impak 1. Wujud program 3M membaca,menulis, mengira. 2. Dapat memperbaiki mutu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah luar bandar.

4.

Perubahan dalam kurikulum matematik luar negara ini telah membawa pengaruh yang besar kepada kurikulum matematik di Malaysia. Nyatakan empat projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia dan sejauhmana keberkesanannya terhadap kurikulum masa kini. Jawapan : Projek Luar 1.Nuffield Mathematics Project (NMP 1964) Keberkesanan 1. Wujud projek khas tahun 1970. Pelajar belajar matematik melalui pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil. Kerja projek melibatpenggunaan matematik dalam mencari penyelesaian masalah. 2.Wujud Projek matematik moden untuk sekolah menengah rendah Malaysia (1970). 3. Buku teks SMP menjadi sumber rujukan penting untuk buku teks Matematik Moden di Malaysia. 4. Perubahan dari segi sukatan matematik seperti teori set, asas Nombor,geometri, teori set, nombor negatif, asas nombor dan trigonometri.

2.Scottish mathematics Group (SMG- 1965) 3.School mathematics Project (SMP- 1961) 4.School Mathematics Study Group (SMSG)

You might also like