You are on page 1of 20

PENDAHULUAN Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu

sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyibunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Definisi fonetik Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi diinterpretasikan. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975). Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan. bahasa itu dihasilkan, didengar dan

Cabang-cabang fonetik Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur. Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi

perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud. Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. mendekod, yang melibatkan pendengar. Proses yang terlibat dinamakan sebagai

Penutur menukarkan maklumat yang hendak

disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006). Definisi fonologi Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik

merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Perbezaan fonetik dan fonologi Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu. Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Anak tekak

Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Lidah Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.

Pita suara Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum. Rongga Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung. Bibir Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan,

bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir. Gigi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak. Gusi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut. Lelangit Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras. Epiglotis Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.

FUNGSI ALAT ARTIKULASI Anak tekak

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz , anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Lidah Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bahagian hadapan, tengah, belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi- bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Pita suara Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara. Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat

penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Rahang Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rahang berperanan penting dalam pembuyian vokal. Rongga Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga berperanan dalam menetukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Terletak di atas rongga mulut yang

dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Bibir Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut. Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gigi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi berfungsi untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Gusi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-digerakkan. Gusi juga berperanan dalam pengeluran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [ t ] dan [ d ]. Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi- bunyi bahasa. Lelangit lembut berperanan dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Menurut Linguistik Pengenalan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan Nor Aini

Ismail, lelangit lembut berfungsi untuk mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung. Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan

lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Epiglotis Menurut buku linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker, epiglotis berfungsi menutup peti suara semasa makan, justeru itu ia melindungi saluran ke paru-paru. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan minum ke trakea.

KESIMPULAN

Berdasarkan isi yang telah dihuraikan di atas, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa alatalat tutur alat artikulasi atau organ-organ yang berfungsi di dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa memainkan peranan utama dalam kehidupan kita seharian untuk berinteraksi antara individu dengan individu yang lain. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh yang ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu ialah alat tutur alat artikulasi. Kesemua alat artikulasi yang telah dihuraikan di atas memang memainkan peranan yang amat penting dalam pengeluaran bunyi bahasa. Bunyibunyi bahasa yang dihasilkan bergantung pada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang terlibat.Untuk menghasilkan pengeluaran bunyi konsonan dan vokal Melayu kita perlu mengambil kira tentang keadaan pita suara bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara atau pun tidak. Disamping itu kita perlu mengetahui tentang alat dan daerah artikulasi yang diperlukan semasa pengeluaran bunyi ini, dengan cara ini kita akan mengetahui bunyi apakah yang didengar oleh kita itu.

PENGENALAN Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik dan mempunyai sistem atau pertuturan yang dikaji pula dalam bidang fonologi. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi? Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2013), bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung. Bidang fonetik yang mengkaji bunyi bahasa dapat dipecahkan kepada tiga iaitu artikulatori, auditori, dan akustik. Cabang fonetik adalah mengkaji bagaimana bunyi bahasa terhasil, bagaimana bunyi diklasifikasikan serta bagaimana setiap bunyi yang dikeluarkan berbeza. Bertil Malmberg pada tahun 1968 mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Tambahanya lagi, fonetik menekankan pelahiran bahasa dan bukan kepada kandungannya. Dengan kata lain, unit-unit yang digunakan dalam bahasa pertuturan ialah bunyi-bunyi dan kumpulan-kumpulan bunyi yang boleh dibezakan oleh telinga manusia tanpa ragu-ragu Fonologi pula ialah kajian sistem bunyi bahasa. Kajian fonologi dapat dibahagikan kepada enam tujuan iaitu untuk melihat kemestaan bahasa, pemenggalan bunyi bahasa, pola dan

kelas bunyi bahasa, variasi bunyi, proses fonologi, dan perubahan bunyi. Abdullah Hassan mendefinisikan fonologi adalah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Terdapat beberapa perbezaan antara fonologi dan fonetik. Antaranya ialah, fonetik mengkaji subdisiplin linguistik kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya. Sebaliknya, fonologi pula merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bahasa iaitu tentang fungsi perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Selain itu, fonetik juga merupakan kajian tentang sifat-sifat semulajadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Namun, berbeza pula dengan fonologi di mana fonologi merupakan kajian ssitem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semulajadi sistem-sistem tersebut secara umum.

MANFAAT

Fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia. Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa yang bermakna itu digunakan secara sistematik untuk membentuk kata atau ujaran Menurut Crystal(1980:268). Fonologi adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa. Oleh itu, banyak faedah yang diperolehi daripada pelajaran fonetik dan fonologi. Antaranya ialah memberi pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu untuk

diaplikasikan secara praktik. Mengetahui dan memahami tentang bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa.Mengetahui dengan lebih jelas bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dituturkan serta mengenali alat-alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyibunyi bahasa.Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang pendidik membetulkan

kesilapan dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan dan menyebut sesuatu dengan betul. Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal.Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa. Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari, yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyibunyi bahasa yang dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Pilih bunyibunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunda kanak-kanak, misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar seperti b, r, j, d, itu patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan. Oleh sebab itulah terdapat kanak-kanak Cina menyebut baju sebagai maju, bulu sebagai mulu, rumah sebagai lumah, rokok sebagai lokok, jalan sebagai yalan, dalam sebagai lalam dan lain-lain lagi. Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran perbendaharaan kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan Antaranya ialah coffee dengan kopi, radio dengan perkataan-perkataan yang serupa.

radio, biscuit dengan biskut, bag dengan beg, computer dengan komputer, dan yang seumpamanya. Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui perlulah didahulukan. Kemudian baharulah dipilih bentukbentuk ayat yang tiada atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya. Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional.

Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca. Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut: a. a e i o u Bunyi vokal aaa eee iii ooo uuu

b. b c d

Bunyi konsonan beh ceh deh n p q en peh qeh

f g h j k l m

feh geh heh jeh keh el em

r s t v w y z

rer sss teh vev weh yeh zez

Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambargambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Selain itu, mempelajari fonetik dan fonologi juga dapat membantu kita untuk mengetahui dan memahami tentang bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Dalam kehidupan, manusia menghisap udara setiap hari. Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006), udara merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Hal ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah apabila seseorang guru membincangkan tentang fungsi serta bunyi-bunyi yang terhasil dan tidak terhasil melalui organ badan manusia. Sebagai contoh, bunyi bahasa yang terhasil daripada penghasilan konsonan, vokal dan diftong. Dalam penghasilan vokal, pelbagai bentuk bunyi bahasa yang terhasil seperti vokal depan luas, vokal depan sempit, vokal depan separuh sempit, vokal depan luas. Selain itu, terdapat juga vokal tengah, vokal belakang sempit, dan vokal belakang separuh sempit. Dengan mempelajari fonetik dan fonologi juga, kita dapat mengenalpasti konsonan asli dalam bahasa Melayu. Dengan itu, mudahlah bagi kita untuk mengenalpasti bunyi bahasa apabila

sesuatu sebutan keluar daripada sebutan kita. Melaluinya, pengenalan yang lebih mendalam kepada alat-alat artikulasi dalam penghasilan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Sebagai contoh, vokal depan sempit (tinggi) [i] menghasilkan bunyi bahasa seperti:
Awal perkataan [ikan] [ijab] [insan] Tengah perkataan [tiba] [kila] [kita] Akhir perkataan [tali] [bli] [padi]

Mengenal pasti perbezaan bunyi bukan bahasa seperti ketawa, menepuk tangan dan berdehem adalah sebahagian daripada manfaat mempelajari fonetik dan fonologi. Sekiranya pembelajaran berlangsung, pelajar dapat membezakan apa itu bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Hal ini kerana, bunyi bahasa dalam pengajaran fonetik dan fonologi adalah bunyi yang terhasil daripada sekatan alat-alat artikulasi yang menerbitkan perkataan dan mempunyai makna serta dapat difahami. Sebaliknya, bunyi berdehem atau ketawa bukanlah sebahagian daripada bunyi bahasa kerana ianya tidak menerbitkan apa-apa makna atau perkataan. Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain (1965), manfaat utama seseorang pelajar mempelajari ilmu fonetik dan fonologi adalah dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan sebutan terutamanya pelajar bahasa kedua. Penyelesaian masalah ini dapat dilakukan dengan meneliti secara fonetik variasi-variasi sebutan dialek-dialek satu-satu bahasa itu. Seperti yang diketahui, setiap pelajar yang mempelajari satu-satu bahasa kedua pasti akan menghadapi masalah dan kesukaran kerana tidak ada dua bahasa yang sama. Malah dalam satu bahasa pun terdapat variasi-variasi dan kelainan-kelainan yang diistilahkan sebagai dialek-dialek tertentu untuk menguasai bahasa sendiri sepenuhnya sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah. Fonetik dan fonologi bermanfaat dalam penggunaan bahasa. Contohnya:

/#Dia memberi saya sebulan gaji#/

Ayat ini akan sukar disebut oleh pelajar-pelajar Cina yang menuturkan bahasa Cina sebagai bahasa pertama apabila mereka mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa. Pelajar-pelajar Cina itu akan menyebutnya seperti: [dia mmbli saj sbulan gai]

Tedapat dua bunyi bahasa yang digantikannya iaitu [r] ke [l] dan [j] ke []. Kedua-dua bunyi [r] dan [] tidak terdapat dalam bahasa Cina. Oleh yang demikian kedua-dua bunyi ini digantikan oleh mereka dengan bunyi yang paling dekat yang terdapat dalam bahasa mereka. Oleh hal yang demikian, dengan mempelajari fonetik dan fonologi, semua ini boleh dibantu dengan bahan-bahan yang dianalisi secara fonetik dan oleh guru-guru yang tahu ilmu fonetik. Latihan-latihan yang mencukupi perlu diberi dan bahan-bahan ini boleh disediakan dan dari analisaan fonetik. Melaluinya, pelajar sama ada pelajar bukan bahasa kedua atau pelajar bahasa pertama dapat mempelajari bagaimana cara-cara untuk meggerakkan alat-alat sebutan atau artikulasi mereka dengan betul. Misalnya pelajar Cina yang tidak dapat mengeluarkan bunyi [r] dalam bahasa Melayu, dengan bantuan guru, mereka dapat serta boleh mempelajari cara-cara bagaimana hendak menggerakkan alat-alat sebutan mereka untuk mengeluarkan bunyi [r] itu. Hal ini juga sama seperti pelajar yang mempelajari sebutan standard seperti pelajar-pelajar Terengganu yang dengan mempelajari fonetik dan fonologi, mereka dapat membunyikan bunyi bahasa dengan betul. Sebagai contoh,

[dia mmbri say sbula gaji]

Disebabkan dialek tidak lekang dari sebutan, maka sebutan [n] akan menjadi []. Namun, dengan mempelajari ilmu fonetik dan fonologi, sebutan standard mereka dapat diubah dengan sebutan yang betul. Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang pendidik membetulkan

kesilapan dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan dan menyebut sesuatu dengan betul.

Mempelajari fonetik dan fonologi juga boleh membantu dari huraiannya tentang setiap bunyi bahasa yang diperhatikannya dalam pertuturan yang dianalisanya itu. Seseorang pelajar bahasa kedua, penggunaan antara bunyi [k] dan [] dalam bahasa Melayu mungkin merupakan satu masalah. Mereka seharusnya mengetahui tempat [k] digunakan dan tempat [] digunakan dalam pertuturan yang bersambung-sambung. Oleh hal yang demikian, fonetik, di samping dapat membezakan antara dua bunyi itu dari segi bentuk dan kualiti akustiknya, akan dapat menentukan tempat penggunaannya yang wajar, iaitu [] pada asasnya merupakan penutup sukukata dalam KVK. Tambahan lagi, fonetik juga boleh menentukan kecualiannya iaitu sekiranya terdapat kata pinjaman /cek/, maka [k] sebagai penutup sukukata itu dikekalkan dalam penyebutan bahasa Melayu.

Selain itu, mempelajari fonetik dan fonologi juga boleh membantu pelajar menggunakan secara tepat sifat-sifat bunyi seperti panjang-pendek, tekanan dan tinggi-rendah suara dalam bahasa yang dipelajari. Fonetik dan fonologi dikatakan boleh membantu kerana dalam bidang tersebut terdapat teori-teori mengenai sifat-sifat bunyibahasa. Dalam bahasa melayu, penyelidikan mengenai perkara-perkara ini belum lagi dilaksanakan dengan meluasnya kerana penggunaan fonetik dan fonologi secara berkesan dalam bidang pengajaran bahasa belum dilaksanakan lagi. Namun demikian, pengetahuan fonetik dan fonologi daripada guru yang mengajar bahasa boleh sedikit sebanyak membantu. Dalam bahasa Melayu, panjang-pendek dan tekanan tidak berfungsi selari seperti dalam bahasa Inggeris. Bagi pelajar-pelajar bahasa Melayu, kedua-dua sifat bunyi ini dipelajari sebagai gaya dalam bahasa Melayu sahaja. Perbezaan-perbezaan dari segi dua sifat bunyi ini juga boleh ditinjau dari segi variasi-variasi di dalam dialek-dialek ataupun variasi-variasi di antara dialek atau dialek-dialek dengan bahasa melayu standard. Variasi-variasi dari segi panjang-pendek dan tekanan menurut dialek ini boleh dikaji dan diteliti dan hasilnya amat berguna untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Di samping itu, pembelajaran fonetik dan fonologi turut memberi manfaat dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak. Hal ini kerana penggunaan kaedah fonetik dapat

membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa. Contohnya, bunyi vokal /e/ dapat dibunyikan oleh kanak-kanak dengan betul sama ada ianya [a] ataupun []. Contoh lain adalah perkataan yang mempunyai sama ejaannya tetapi berlainan maksud dan sebutan. Dengan mempelajari fonetik dan fonologi ini membolehkan kanak-kanak ataupun pelajar menyebutnya dengan betul seperti perkataan /perang/. Apabila ditranskripsikan, perkataan ini boleh membawa kepada dua maksud sama ada [pra] atau [para].

KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang dilakukan tentang alat-alat artikulasi,kita dapat mentafsirkan bahawa bahasa mempunyai suatu sifat yang dikatakan sebagai bahasa sebagai simbol bunyi.Dengan hanya menggunakan bahagian-bahagian tubuh manusia,kita dapat berbahasa dengan menggunakan pelbagai bunyi yang dapat dihasilkanTerdapat banyak bahagian tubuh manusia yang mendukung peranan sebagai alat artikulasi seperti bibir,gigi,gusi,lidah,tulang rahang dan anak tekak.Berdasarkam alat-alat artikulasi inilah manusia dapat bertutur dengan sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan. Konklusi keseluruhannya,pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau artikulasi adalah penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar bahawa alat-alat artikulasi atau organ-organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa mempunyai pefungsi yang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara individu.Tambahan pula,penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi yang telah dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung kepada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang digunakan.

RUJUKAN
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tatabahasa dewan edisi ketiga. Lingustik fonologi dan fonetik bahasa melayu abdul hamid mahmood, nurfarah lo Abdullah Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://cantikbahasa.blogspot.com/2012/11/faedah-mempelajari-ilmu-fonetik.html http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/alat-artikulasi.html http://abkar178.blogspot.com/2012/11/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html

You might also like