You are on page 1of 2

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau dikenali dengan Falsafah Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut:

percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan; berakhlak mulia; bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu; dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu: Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara; Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan; Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan; Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara; Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum; dan Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Pada Iazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan faktor yang penting untuk menentukan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih jelas, Iebih mantap, lebih bermakna dan sempurna apabila unsurunsur pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi negara dijelmakan sebagai penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala usaha pendidikan, termasuk sistem pendidikan yang sedia ada, akan dapat dirancang, direformasi dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara mengikut haluan dan pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan.