You are on page 1of 5

PENGAJIAN ISLAM 2

KITAB TAFSIR BI AL MA’THUR


PENGENALAN
• Para ulama telah membahagikan metodologi tafsiran Al-Quran kepada dua aliran
terpenting iaitu:
• Tafsir bi al-mathur/al Tafsir al-Naqli/tafsir al Manqul
• tafsir bi Riwaya
Iaitu bersandarkepada 4 sumber rujukan yang asas iaitu:
1. Al-Quran
– Ayat-ayatnya “saling tafsir- mentafsir di antara satu sama lain”
– Asbab al Nuzul dan Nasikh wa al-Mansukh

2. Al-Sunnah(Hadis-hadis Nabi)
-Ilmu Hadis
-Asbab al Wurud

3. Tafsiran Para Sahabat Nabi

4. Tafsiran para tabi’in

• Tafsir bi al-mathur ini sebagai metodologi pentafsiran Al-Quran yang terbaik, tersahih
dan wajar diutamakan dan merupakan kemestian tulang belakang dan penyuluh jalan
kepada tafsir secara akal iaitu Tafsir bi al-Ra’.
• Tafsir bil-ma’thur ialah tafsir bersandar kepada hadith-hadith, tabi’in dan tabi’i tabi’in.
• Contoh tafsir jenis ini ialah Jamiul-Bayan oleh al-Tabari dan mengikutinya ialah tafsir
Ibnu Kathir.
Ibn Jarir al Tabari
Latar belakang
 Nama sebenar ialah Muhammad Ibnu Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib
 Bangsa Tabaristan
 Dilahirkan pada tahun 224 H
 Meninggal dunia pada 27 Syawal 310 H
 Digelar sebagai Ensiklopedia Ilmu.( ensiklopedia (énsiklopédia) buku, biasanya dlm
banyak jilid, yg mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan atau
maklumat tuntas tentang sesuatu cabang pengetahuan.)
Tafsir Ibn Jarir
○ Mempunyai 30 jilid dan berukuran tebal.

○ Salah sebuah tafsir ulung yang lengkap dalam sejarah pembukuan ilmu tafsir.

○ Membuat pentarjihan tentang pendapat yang paling kukuh, membicarakan ilmu berkaitan
I’rab dan istinbat hukum
○ Membentangkan pendapat ulama, hadis, mengkritik sanad-sanad, merangkumi aspek
bahasa, akidah dan feqah.
• Antara kitab yang paling tua, paling sahih dan paling utama dalam kategori kitab tafsir bi
Al Ma’thur.
• Ditulis dan disusun bersandarkan pendapat para sahabat, tabi’ dan tabi’ tabi’in.
• Mentafsir Al Quran dengan hadis Nabi SAW.
• Telah diulas dengan teliti serta melalui perbahasan yang mendalam dan teratur, jauh
daripada kesamaran, beserta pendapat ulama salaf dengan sanad yang kukuh dan jauh
daripada unsur bid’ah.
• Banyak membicarakan tentang hukum fiqh, pendapat para ulama serta mazhab dan
akidah.
• Banyak menyangkal pendapat muktazilah dan menyokong ahli sunah wal Jamaah.
Pendapat para ulama
• Imam Nawawi: “ Tafsir ibn Jarir merupakan kitab yang tiada orang mampu
menandinginya. Hal ini terbukti kerana Ibn Kathir juga banyak mengambil pendapat
daripada Tafsir Ibn Jarir.”
• Mufassir Jalaluddin al Suyuti: “ Tafsir Al Tabari ialah Tafsir yang terbesar berbanding
kitab tafsir lain sebelum dan selepasnya.” pendapat ini juga disokong oleh Imam Nawawi
dan Abu Huzaimah.
Metodologi penulisan dalam tafsir al Tabari
○ Sebelum mentafsir, beliau akan berkata “ pendapat mengenai tafsir atau ta’wil untuk
firman Allah adalah begini dan begitu”.
○ Meriwayatkan dengan mengemukakan sanad yang lengkap.
○ Membentangkan kesemua riwayat yang berkaitan dengan ayat yang beliau hendak
tafsirkan, membandingkan dan mentarjihkan.
○ Menekankan permasalahan qiraat.

• Menerangkan aspek I’rab, , istinbat hukum dan membuat penelitian terhadap mazhab
ilmu nahu.
• Membuat kritikan(sanad2), penta’dilan (menetapkan perawi yang adil) dan mentarjihkan
(menetapkan perawi yang cacat).
• Menolak riwayat yang tidak sahih
• Beliau juga meriwayatkan berita yang diambil daripada Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan Ubai
melalui Juraij dan al Suddi, menyebabkan beliau tidak terlepas daripada meriwayatkan
kisah Israiliyat.
• Namun, hampir semua kisah Israiliyat dikritik dan dibahaskan oleh beliau.
• Kitab beliau telah ditahqiq oleh Muhammad Mahmud Syakir manakala hadis2 dalam
tafsirnya telah dikaji oleh Ahmad Muhammad Syakir.
Keistimewaan Tafsir Al Tabari
○ Disusun dan ditulis mengikut kaedah majoriti ulama salaf.

○ Membentang dan menerangkan manakah takwil yang kukuh yang beliau peroleh daripada
sahabat.
○ Tafsir yang bermutu tinggi

○ Menghuraikan sanad dengan jelas

Kitab-kitab yang dihasilkan oleh al Jarir


○ Jami’ al Bayan Fi Tafsir al Quran

○ Tarikh al Umam Wa al Muluk wa Akhbaruhum

○ Kitab al Khaliq

○ Kitab al Taharah

○ Kitab Tarikh al Rijal

○ Tahzib al Athar

○ Al Tabsir Fi al Usul

○ Ikhtilaf al Fuqaha
○ Al Jami’ Fi al Qiraat

Ibn Kathir
• ‘Imadu Al Din Abu Al Fida’
• Lahir pada tahun 705 M.
• Meninggal pada bulan Sya’aban 774 H.
• Ahli Tafsir yang menjadi rujukan ulama’lain.
• Antara guru-guru beliau:
 Ibn Al Syahnah
 Al Amidi
 Ibn ‘Asakir
 Al Mazi
Tafsir Ibn Kathir
• Lebih dikenali sebagai “Tafsir Al Quran Al ‘Azim”
• Salah sebuah tafsir bil Ma’thur (tempat ke-2)
• Rujukan utama ulama’tafsir dan masyarakat Islam.
Tumpuan Utama Dalam Tafsir Ibn Kathir
• Menjelaskan makna-makna ayat dan hukumnya.
• Menjauhi daripada perbahasan tentang I’rab dan ilmu-ilmu balaghah lain.
• Menjauhi dari membahaskan berkaitan ilmu yamg tiada kaitan dengan tafsir atau
memahami al Quran.
• Mengaitkan sesuatu ayat dengan ayat yang lain, kemudian kaitkan dengan hadith,
pendapat sahabat, tabi’in dan ulama salaf.
• Sangat teliti dan berhati-hati tentang perkara Israiliyat.
• Sentiasa berbincang dan berhujah dengan gurunya tentang perkara-perkara yang
mengelirukan.
Metodologi Penulisan Ibn Kathir
 Al Quran dengan Al Quran
 Al Quran dengan Hadith
 Al Quran – Hadith – Sahabat
 Al Quran – Hadith – Sahabat – Tabi’en
 Tidak suka menggunakan ayat dan pendekatan yang sama dalam mentafsir ayat-ayat.
 Mengambil berat tentang ayat-ayat yang mempunyai beberapa makna dengan pendekatan
atau kaedah membandingkan.
 Memberi peringatan tentang ungkapan ulama’ berkaitan hukum Feqah.
Keistimewaan Tafsir Ibn Kathir
• Perhatian yang rapi dan utama dengan apa yang dikatakan dengan Tafsir Al Quran
denagan Al Quran.
• Banyak memaparkan ayat-ayat yang bersesuaian dengan maknanya diikuti pentafsiran
ayat dengan hadith-hadith yang ada kaitan dengan ayat yang ditafsirkan.
• Menjelaskan apa yang dijadikan hujah.
• Disertakan dengan kisah-kisah Israiliyat yang mungkar
• Menjelaskan makna-makna ayat serta hukum-hakam.
• Elak daripada memasukkan perkara atau ilmu-ilmu lain yang tidak ada kaitan dengan
pemahaman al Quran.
• Membawa dan membentangkan ayat-ayat yang bersesuaian dengan maknanya.
• Hubungan ayat dengan ayat sebelum atau selepasnya sehingga jelas maksudnya.
• Membawa kritikan tentang cerita-cerita Israiliyat.
Sumbangan
• Kitab Al Kawakib al Darari (kitab tentang Sejarah).
• Al Bidayah Wa al Nihayah (kitab yang berkaitan dengan bidang Sejarah).
• Kitab Tafsir Al Quran al ‘Azim.
• Al Tahzib wa Al Mizan
• Al Huda wa Al Sunan Fi Al Ahadith al Masanid Wa al Sunan.
Sekian..

You might also like