You are on page 1of 21

Prosa:Hikayat Khoja Maimun

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Soalan 1 Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau! Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya,Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada martabat raja atau anak raja itu dengan tetapi dengan ikhtiar juga maka sempurna adanya. Baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikian adanya! Maka kata isteri Khoja Maimun, Hai Bayan, bagaimanakah hikayatnya? Kamu ceterakanlah kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar itu? Maka kata Bayan Mengapa maka tuan hendak mendengar Hikayat Bayan itu? Tidak sabar anak raja itu menanti tuan? Baiklah tuan segera pergi dahulu. Insya-Allah Taala, esok harilah hamba bercetera. Maka kata Bibi Zainab,Jikalau ada kasihmu akan aku, berceteralah engkau dahulu kepada aku sekarang sebelum aku pergi ini. Kepada hati Bayan,Jika demikian insya-Allah Taala dapatlah perempuan ini aku perlalaikan dia. ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja, hlm. 75-76)

i. ii.

Berikan maksud aku perlalaikan juga akan dikau. 1m Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah caranya burung Bayan itu melalaikan isteri Khoja Maimun? 3m
1

iii.

Pada pendapat anda, wajarkah Bayan melalaikan isteri Khoja Maimun? Berikan empat alasan anda. 4m

SKEMA i. ii. aku menyebabkan isteri Khoja Maimun melupakan hajatnya untuk pergi berjumpa dengan anak raja dengan memuji kemuliaan hati dan keelokan rupa paras isteri Khoja Maimun ; melahirkan kebimbangannya jika anak raja itu marah atas kelewatan isteri Khoja Maimun menemuinya; DAN menceritakan kisah burung Bayan yang telah dicabut bulunya oleh isteri saudagar. wajarkerana perempuan itu ialah isteri Khoja Maimun; mengelakkan isteri Khoja Maimun melakukan perkara yang tidak baik dengan lelaki lain; menyelamatkan rumah tangga Khoja Maimun ; DAN berlaku curang kepada suami adalah dosa besar

iii.

Soalan 2 Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau! Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya,Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada martabat raja atau anak raja itu dengan tetapi dengan ikhtiar juga maka sempurna adanya. Baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikian adanya! ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja)
2

i.

ii. iii.

Berikan maksud rangkai kata aku perlalaikan juga akan dikau. 2m Apakah helah yang dilakukan oleh burung Bayan agar dia tidak menerima nasib seperti burung tiung? 3m Sekiranya seorang rakan anda terjebak dalam kegiatan maksiat, apakah tindakan anda untuk menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut? 3m

SKEMA i. saya akan melekakan kamu ii. menyuruh isteri Khoja Maimun segera menemui anak raja; berjanji akan menyimpan rahsia pertemuan isteri Khoja Maimun dengan anak raja daripada pengetahuan Khoja Maimun; dan mempengaruhi isteri Khoja Maimun dengan mengumpamakan dirinya seperti kisah seekor bayah yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. iii. menasihatinya supaya tidak melakukan kesalahan tersebut lagi; mengajaknya untuk melakukan perkara lain yang berfaedah; membawanya bertemu dengan guru atau kaunselor untuk memberikan nasihat kepadanya; dan memberitahu kesalahannya kepada keluarganya.

Soalan 3 Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar itu,sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah, maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala maka anak raja itu pun berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan anak raja itu. Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu,Hai ibuku, pergi sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia
3

dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini! Setelah didengar oleh orang tua itu maka segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun. ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja, hal.72 74,Dewan Bahasa dan Pustaka 2009) i. Apakah maksud tersangkutlah hatinya? 2m ii. Tuliskan peristiwa pertemuan pertama Bibi Zainab dengan anak raja. 3m iii. Sekiranya anda Bibi Zainab, apakah yang anda lakukan untuk menghilangkan kesunyian? 3m SKEMA i. ii. jatuh cinta Bini Zainab kesunyian lalu duduk di tepi tingkap, memerhatikan keadaan keliling sambil berangan-angan; Seorang anak raja sedang menunggang kuda lalu di hadapan mahligai Bibi Zainab; dan Bibi Zainab dan anak raja berpandangan lalu mereka tersenyum mengaji al-Quran supaya dapat mententeramkan hati dan mendoakan suami selamat; Melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, bersukan, dan lain-lain; dan Membuat kerja-kerja kebajikan seperti berkhidmat di rumah orang tua-tua supaya tidak berasa sunyi

iii.

Soalan 4 Syahadan telah hari malam waktu pun sunyi orang tidur, maka isteri Khoja Maimun pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harumnya. Maka ia pun datanglah kepada Bayan. Kata Bayan,Tuan hamba ini tahu akan dirinya orang yang duduk bertafakur, wahai Bibi Zainab! Maka ia pun datang kepada Bayan seraya katanya,Hai unggas yang bijaksana lagi budiman, beri apalah aku ini jalan supaya aku pergi mendapat habibiku itu! Maka sahut Bayan,Belumkah tuan hamba bertemu laki-laki itu? Belum! kata Bibi Zainab, Pada malam inilah! Maka kata Bayan, Terlalu sangat bebalnya tuan ini maka tiada mahu bertemu dengan anak raja itu. Pada bicara hamba baik juga tuan segera pergi. Janganlah tuan takut, tiada akan tuan ini beroleh malu, insya-Allah hamba bicarakan dia. Janganlah syak hati. Tiadakah tuan mendengar hikayat seorang perempuan bijaksana, tetapi suaminya terlalu amat cemburuan, daripada sangat arifnya serta tahu ia memikirkan dirinya itu berapaberapa harta orang diperdaya olehnya? Maka kata Bibi Zainab, Betapa hikayatnya itu ceterakanlah olehmu ini supaya aku dengar? Maka sahut Bayan,Tiadalah hamba mahu berhikayat akan dia, seolah-olah

hamba menangguhkan tuan dengan hikayat ini menjadi durjanalah hamba kepada tuan. Maka kata isteri Khoja Maimun,Hai handaiku Bayan, tiadakah engkau kasihkan aku? Setelah Bayan mendengar kata isteri Khoja Maimun ia pun berhikayatlah. ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009) i. ii. iii. Apakah tujuan Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan? 2m Nyatakan dua sebab Bayan enggan bercerita tentang hikayat perempuan bijaksana kepada Bibi Zainab. 2m Pada pendapat anda, mengapakah Bayan seolah-olah menggalakkan Bibi Zainab pergi menemui anak raja? 4m

SKEMA i. ii. iii. Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja. tidak mahu seolah-olah menangguhkan Bibi Zainab untuk bertemu dengan anak raja DAN bimbang tindakannya itu akan menyusahkan Bibi Zainab. Bayan tahu bahawa Bibi Zainab ingin sangat bersua dengan anak raja itu, jadi dia tidak akan berjaya menghalangnya; Bayan menggalakkan Bibi Zainab bertemu dengan anak raja itu sebagai helah sahaja; di samping menggalakkan Bibi Zainab pergi, Bayan mengemukakan tajuk cerita dan Bibi Zainab tidak jadi pergi kerana gemar mendengar cerita; DAN supaya Bibi Zainab tidak mengesyaki tujuannya bercerita.

SOALAN 5 Alkisah peri menyatakan cetera ketiga mengenai seorang suami yang sangat cemburu, maka kata Bayan,Adalah kononnya suatu cetera mengenai seorang perempuan terlalu baik parasnya. Maka nikahlah ia dengan seorang laki-laki terlalu sangat cemburuannya. Selama ia duduk dengan isterinya itu, jangankan ia pergi berniaga, berjalan-jalan pun tidak ia, kerana tiada mahu meninggalkan isterinya itu. Hatta berapa lamanya maka harta yang dibawanya itu pun habis dimakannya. Maka kata si isteri kepada suaminya, Hai tuan hamba,betapa hal kita ini? Maka sahut lakinya,Tiadalah aku mahu bercerai dengan tuan hamba kerana aku tiada percaya akan dikau, kalau-kalau peninggalan aku, engkau berbuat jahat! Setelah isterinya mendengar kata suaminya itu, maka perempuan itu pun tersenyum seraya katanya, Patutlah maka tuan hamba tiada mahu belayar mencari makan. Tidakkah tuan mendengar suatu hikayat? Maka kata suaminya,Betapakah hikayat itu, ceterakan olehmu supaya aku
5

dengar. Maka kata isterinya,Ada seorang laki-laki berbagai-bagai ia diperbuat oleh isterinya tiada juga ia marah, dan perempuan itu pun hairanlah melihatkan hal suaminya itu. Syahadan adalah pada suatu hari maka fikirlah perempuan itu,Bahawa banyak benci juga rupanya suami aku ini akan aku, maka demikian ini lakunya, tetapi baik juga aku cuba juga dahului. Setelah sudah ia berfikir itu maka dipanggilnya seorang perempuan, daripada kejahatannya, maka diberinya memakai cara laki-laki, lalu dibawanya naik ke rumahnya, lalu di hadapan suaminya, itu pun tiada juga ia berkata-kata akan isterinya. ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009) i. ii. iii. Apakah maksud rangkai kata diberinya memakai cara lakilaki? 2m Mengapakah lelaki itu tidak mahu berpisah dengan isterinya? 3m Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mewujudkan keharmonian dalam hidup pasangan suami isteri? 3m

SKEMA i. iaitu berpakaian seperti lelaki. ii. kerana dia tidak percaya akan isterinya; dia bimbang sepanjang peninggalannya, isterinya akan berbuat jahat; DAN dia terlalu sayang akan isterinya iii. pasangan suami isteri mesti saling mempercayai antara satu sama lain; pasangan suami isteri juga mesti saling menghormati antara satu sama lain; pasangan suami isteri seharusnya menghadapi susah senang bersama; DAN pasangan suami isteri mesti bertolak ansur antara satu sama lain. SOALAN 6 Setelah didengar oleh saudagar itu, maka ia pun naik ke rumahnya. Maka dilihatnya bulu Bayan itu, berlambak di tanah. Maka kata saudagar, Tiada Bayanku ini dimakan oleh kucing! Engkau juga membunuh dia, tidak juga dibunuh oleh orang, ini adalah hasil perbuatanmu yang jahat, maka Bayanku engkau bunuh! Hai bedebah, nyahlah engkau dari rumahku ini, tiada aku mahu memandang muka orang durjana ini! Maka isteri saudagar itu pun turulah dari rumahnya, lalu ia pergi kepada kubur Tuan Syeikh. Maka di sanalah ia diamnya pada kubur itu. Sehari-hari minta doa hendak pulang kepada suaminya juga. Adapun Bayan itu masuk ia diam di dalam saluran itu. Apabila orang membasuh beras itu dimakannya oleh Bayan itu hingga sampai panjanglah bulunya dan dapatlah ia terbang kepada kubur Tuan
6

Syeikh itu. Maka isteri saudagar itu pun datanglah menyapu kubur itu. Maka perempuan itu pun minta doa kepada Allah Taala. Ya Tuhanku, berkatilah oleh Allah engkau Syeikh, kembalikanlah aku kepada suamiku! Sudah letih benar tubuhku ini! Maka kata Bayan,Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu? Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu, maka pada hatinya perempuan itu suara dari dalam kubur inilah. Maka kata perempuan itu, Ya Tuhanku hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku! Maka kata bayan itu,Bahawa pekerjaanmu berbuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari. Maka kata perempuan itu,Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu. Maka kata Bayan itu, Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu, Maka dikerjakan oeh perempuan itu seperti kata bayan itu. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. ii. iii. Apakah maksud rangkai kata dikerjakan oeh perempuan itu? 2m Bagaimanakah reaksi saudagar apabila melihat bulu Bayan bertaburan di tanah? 3m Pada pendapat anda, mengapakah Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu keningnya? 3m

SKEMA i. ii. iii. perempuan itu mengikut arahan. dia mengatakan bahawa Bayannya bukan dimakan kucing; dia mengatakan isterinya yang membunuh Bayan; DAN dia menghalau isterinya keluar dari rumahnya ingin membalas dendam terhadap isteri saudagar; supaya isteri saudagar kelihatan bodoh; supaya isteri saudagar berasa malu; DAN supaya saudagar terus membenci isterinya.

SOALAN 7 Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Hai ibuku, pergilah sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barangbarang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini! Setel ah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun itu. Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja itu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manis mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahi dikatakannya. Setelah isteri Khoja Maimun

mendengar kata orang tua itu, maka hatinya pun terikatlah akan anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya itu. Maka Bibi Zainab pun berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya,Hai ibuku, baiklah katakan kepada anak raja itu hamba punya sembah maka ampun banyak-banyak pada anak raja itu! Sekarang malam hamba mendapatkan anak raja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia ini. Bukan sebarang ini, mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati! Setelah orang tua itu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. ii. iii. Apakah maksud kata-kata anak raja katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini? 2m Nyatakan perwatakan Bibi Zainab berdasarkan petikan? 3m Pada pendapat anda, mengapakah Bibi Zainab bersikap demikian? 3m

SKEMA i. Dia mahu perempuan tua menyampaikan hasrat hatinya kepada Bibi Zainab bahawa dia suka akannya. Anak raja mahu perempuan itu menggunakan pelbagai muslihat supaya hasratnya tercapai. ii. seorang isteri yang menduakan suaminya; seorang wanita yang mudah tergoda dengan godaan; DAN seorang wanita yang cantik iii. terlalu rindu akan belaian suaminya; telah jatuh cinta akan anak raja yang sangat kacak; DAN tidak mempunyai pegangan agama yang kuat. SOALAN 8 Maka kata Bayan itu, Adalah seorang saudagar di negeri Istanbul, maka ia pun pergi belayar. Hatta berapa lamanya selepas peninggalan saudagar itu, maka isteri saudagar itu bermukah dengan seorang kalandar. Sebermula adapun saudagar itu ada menaruh seekor Bayan. Hatta berapa lamanya maka saudagar itu pun datanglah daripada belayar itu. Maka tiadalah baik hatinya saudagar itu akan isterinya itu. Sebaik-baik ia berbantah, maka isteri saudagar itu berfikir di dalam hatinya, Tiada siapa lagi yang memberitahu kepada suamiku ini melainkan Bayan juga, maka ia tahu akan perbuatan aku ini. Maka isteri saudagar itu pun marahlah kepada Bayan itu. Maka ada pada suatu hari maka saudagar itu pun tiada di rumahnya pergi ke kedainya. Setelah dilihat oleh isteri saudagar suaminya pergi berjalan maka Bayan
8

itu pun dipanggilnya lalu ditangkapnya,dicabutkannya bulunya Bayan itu seraya katanya,Si celaka inilah memberitahu kepada suamiku maka ia tahu! Setelah habislah bulu Bayan itu dicabut oleh isteri saudagar, baharu dilepaskannya. Maka Bayan itu pun larilah bersembunyi masuk ke dalam saluran tempat orang membuang air beras. Maka Bayan itu pun diamlah di sana. Pada sangkaan isteri saudagar Bayan itu sudah mati. Maka saudagar pun kembalilah ke rumahnya. Apabila isteri saudagar itu melihat suaminya pulang, ia pun pura-pura berteriakteriak seraya katanya,Sayangnya Bayan aku dimakan oleh kucing! (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 76 - 77) i. ii. iii. Apakah maksud frasa saudagar itu pun datanglah daripada belayar itu? 2m Berdasarkan petikan, mengapakah isteri saudagar mencabut bulu Bayan? 3m Pada pendapat anda, bagaimanakah saudagar mengetahui kecurangan isterinya? 3m

SKEMA i. ii. saudagar itu baru pulang daripada pelayaran. kerana menyangka Bayanlah yang memberitahu suaminya tentang kecurangan yang dilakukan; Dia juga berbuat demikian dengan harapan Bayan akan mati; DAN Perbuatan tersebut dilakukan untuk mendapat simpati daripada suaminya. dengan cara gerak hati seorang suami. Suami sememangnya dianugerahkan keistimewaan untuk memahami sikap isterinya yang berubah; Saudagar juga mungkin mengetahui berita buruk itu melalui rakan-rakannya; DAN Bayan yang dapat bercakap itu juga boleh menjadi sumber berita tentang kecurangan isterinya.

iii.

SOALAN 9 Maka sahut Khoja Maimun, Berapa harganya? Maka kata orang itu, Seribu dinar Bayan hamba ini harganya. Maka tersenyum Khoja Maimun, katanya Adakah orang yang mahu membeli burung yang segenggam ini seribu dinar? Layaknya unggas ini makanan kucing juga. Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan

bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. ii. iii. Berikan maksud rangkai kata kampungkanlah sanbal dalam negeri ini. 2m Apakah kelebihan-kelebihan yang dinyatakan oleh Bayan tentang dirinya? Kemukakan tiga kelebihan tersebut. 3m Sekiranya anda ialah Khoja Maimun, adakah anda akan membeli Bayan dengan harga seribu dinar? Berikan tiga alasan anda. 3m

SKEMA i. membeli kesemua narwastu/wangi-wangian yang terdapat dalam negeri tersebut. ii. sekalian alam di bawah tilikan Bayan; sentiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; DAN mengetahui sesuatu yang akan berlaku sepuluh hari akan datang. iii. akan membelinya: KERANA Bayan banyak mempunyai kelebihan; Bayan dapat meramal kejadian masa hadapan; DAN Bayan petah berkata-kata tidak akan membelinya: KERANA tidak sepadan dengan nilai Bayan; belum tahu kata-kata Bayan itu betul; DAN Bayan bersifat tinggi diri. SOALAN 10 Maka kata Bayan,Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu? Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu, maka pada hatinya perempuan itu suara dari dalam kubur inilah. Maka kata perempuan itu, Ya Tuhanku hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku! Maka kata bayan itu,Bahawa pekerjaanmu berbuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari. Maka kata perempuan itu,Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu. Maka kata Bayan itu, Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu, Maka dikerjakan oeh perempuan itu seperti kata bayan itu.
10

Setelah sudah maka ia pun pulanglah kepada makam itu. Maka Bayan itu pun menunjukkan dirinya kepada perempuan itu seraya katanya,Bedebah yang tiada berbudi engkau! Inilah orang yang kena murka kerana tiada malu. Sungguhpun ia Syeikh dan wali masakan ia berkata-kata dari kuburnya, melain akulah yang berkata kerana ingin membalas pekerjaanmu dahulu itu. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. Apakah maksud membalas pekerjaanmu? 2m ii. Nyatakan tiga syarat yang dikemukakan Bayan kepada perempuan itu untuk dia kembali semula kepada suaminya? 3m iii. Sekiranya anda ialah perempuan itu, adakah anda akan menerima syarat yang dikemukakan oleh Bayan tersebut? Berikan tiga alasan anda. 3m SKEMA i. melunas/melangsaikan perbuatan tersebut ii. bertaubat atas perbuatan khianat terhadap suami; mencukur rambut; DAN mencukur kening. iii. terima: KERANA rasa berdosa kepada suami; ingin kembali hidup bersama-sama dengan suami; DAN hukuman yang diberikan tidak berat dan setimpal SOALAN 11 Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba. Setelah Khoja Maimun mendengar kata Bayan itu, terlalulah sangat sukacitanya seraya katanya kepada orang itu, Tuan hamba berikanlah hamba burung ini, darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. Apakah maksud darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu? 2m

11

ii.

Bayan menceritakan keistimewaan Bayan kepada Khoja Maimun agar Khoja Maimun membelinya. Nyatakan tiga keistimewaan Bayan seperti yang dijelaskan Bayan kepada Khoja Maimun. 3m Bayan sengaja menceritakan kehebatannya kepada Khoja Maimun. Pada pandangan anda, mengapakah seseorang sanggup menceritakan kebolehannya kepada orang lain? Berikan tiga sebab hal tersebut boleh terjadi. 3m

iii.

SKEMA i. mengenai nilai barang, saya mahu beritahu kemudian ii. seluruh alam di bawah pandangannya; seekor burung yang taat kepada Allah dengan sentiasa memuji akan kebesaran Allah; dan Bayan dapat mengetahui kejadian sepuluh hari mendatang iii. Sesetengah orang sanggup menceritakan kebolehan diri sendiri untuk meyakinkan orang lain akan kehebatannya, dengan harapan diberi tanggungjawab, jawatan atau pangkat yang sesuai; .Selain itu, untuk menutup kelemahan yang dimiliki agar tidak disisihkan daripada kumpulan; dan untuk menarik perhatian kumpulan agar sikap dan kata-katanya sentiasa dipercayai. SOALAN 12 Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Hai ibuku, pergilah sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini! Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun itu. Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja itu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manis mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahi dikatakannya. Setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata orang tua itu, maka hatinya pun terikatlah akan anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya itu. Maka Bibi Zainab pun berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya,Hai ibuku, baiklah katakan kepada anak raja itu hamba punya sembah maka ampun banyak-banyak pada anak raja itu! Sekarang malam hamba mendapatkan anak raja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia ini. Bukan sebarang ini, mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati! Setelah orang tua itu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu , maka ia pun segeralah kembali serta menyampaikan segala pesan Bibi Zainab kepada anak raja itu. Sebermula maka tersebutlah perkataan isteri

12

Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka ia pun memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum baunya, hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun keluar hendak berjalan. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. ii. iii. Apakah maksud hatinya pun terikatlah akan anak raja itu? 2m Nyatakan pesanan Bibi Zainab kepada anak raja. 3m Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu? Berikan tiga alasan anda. 3m

SKEMA i. ii. iii. Bibi Zainab terpikat kepada putera tersebut Bibi Zainab memohon ampun kepada anak raja. Dia berpesan bahawa dia akan menemui anak raja itu pada waktu malamnya Tidak wajar.kerana a)tindakan itu akan mendorongnya melakukan perbuatan sumbang dan terkutuk apatah lagi dia telah lama ditinggalkan oleh suaminya. B)Pada masa itu anak raja pula memang mempunyai niat tidak baik terhadap Bibi Zainab yang mempunyai kecantikan yang tiada tolok bandingnya di negeri itu.c) Selain itu, sebagai isteri, Bibi Zainab harus sedar bahawa tindakannya menemui anak raja itu ketika suaminya tiada di rumah akan menjatuhkan maruah dirinya dan nama baik suaminya.

SOALAN 13 Setelah didengar oleh saudagar titah raja itu, maka sembah saudagar itu, Ya tuanku, di manakah tuanku tahukan isteri hambamu? Maka dikhabarkan oleh raja segala perihal ehwalnya itu, habis dikatakan kepada saudagar itu. Setelah sudah berkata-kata, maka saudagar pun bermohonlah kepada raja itu hendak kembali ke negerinya kerana musim pun sudah sampai. Maka ia pun memberi anugerah saudagar itu, dipersalinnya dengan pakaian yang mulia-mulia. Setelah sudah, saudagar itu menjunjung duli yang mulia-mulia. Setelah sudah, saudagar itu menjunjung duli lalu berjalan ke negerinya. Setelah sampai kepada isterinya kasih saudagar pun makin sangat bertambah-tambah kepada isterinya. Maka kata Bayan,Demikianlah hikayat orang yang bijaksana, hartanya pun banyak diperolehnya dan nama yang jahat pun dilepaslah. Bermula nama yang baik juga diperolehnya, disebut orang dari dunia datang ke akhirat. Akan sekarang baiklah tuan hamba pergi kerana anak raja itu menanti tuan. Maka isteri Khoja Maimun pun turunlah berjalan baru tiga langkah, maka hari pun siang, lalu balik ke rumahnya duduk dengan percintaannya serta berahinya akan anak
13

raja itu. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hal.93) i. ii. iii. Apakah maksud rangkai kata segala perihal ehwalnya? 2m Apakah kisah orang yang bijaksana yang terdapat dalam petikan? 3m Isteri Khoja Maimun masih gagal menemui putera raja. Pada pendapat anda, mengapakah seorang isteri perlu menjaga maruah diri? 3m

SKEMA i. ii. semua yang berkaitan dengan kejadian yang berlaku kisah orang yang bijaksana adalah tentang harta banyak yang diperolehnyadapat menghilangkan nama yang buruknama yang baik juga diperoleh yang akan disebut orang dari dunia hingga ke akhirat. untuk menimbulkan kepercayaan dan penghormatan orang ramai terhadapnyauntuk menjaga nama, maruah suami dan keluarganyauntuk menjamin keharmonian pasangan suami isteri.

iii.

SOALAN 14 Setelah isterinya mendengar kata suaminya itu, maka perempuan itu pun tersenyum seraya katanya, Patutlah maka tuan hamba tiada mahu belayar mencari makan. Tidakkah tuan mendengar suatu hikayat? Maka kata suaminya,Betapakah hikayat itu, ceterak an olehmu supaya aku dengar. Maka kata isterinya,Ada seorang laki-laki berbagai-bagai ia diperbuat oleh isterinya tiada juga ia marah, dan perempuan itu pun hairanlah melihatkan hal suaminya itu. Syahadan adalah pada suatu hari maka fikirlah perempuan itu,Bahawa banyak benci juga rupanya suami aku ini akan aku, maka demikian ini lakunya, tetapi baik juga aku cuba juga dahului. Setelah sudah ia berfikir itu maka dipanggilnya seorang perempuan, daripada kejahatannya, maka diberinya memakai cara laki-laki, lalu dibawanya naik ke rumahnya, lalu di hadapan suaminya, itu pun tiada juga ia berkata-kata akan isterinya. Maka perempuan itu pun berkata kepada suaminya,Apa juga mulanya maka tuan hamba tiada menaruh cemburuan akan hamba? Berbagai-bagai laku hamba tiada juga tuan hamba gusarkan hamba. Maka kata suaminya, Sebab pun aku tiada menaruh cemburuan itu, oleh sebab aku sudah melihat orang cemburuan diperduakan oleh isterinya dan berapa laki-laki diperdayakannya berbagai-bagai pulak oleh isterinya itu. Maka sahut isterinya,Apakah penglihatan tuan hamba itu? Maka kata suaminya,Adalah seorang laki-laki dapat ia menjadikan dirinya gajah, tetapi akan laki-laki itu amat cemburuannya.

14

Apabila ia hendak berjalan maka dijadikan dirinya gajah hikmat, diadakannya suatu baluhan di atas belakangnya, dibawanya berjalan ke sana sini akan isterinya itu, daripada ia tiada percaya dan sangat cemburuan, takut akan isterinya bermukah. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hal.85) i. Apakah maksud rangkai kata tiada juga tuan hamba gusarkan hamba? 2m ii. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah si isteri bercerita? 3m iii. Nyatakan kepentingan-kepentingan memelihar a institusi keluarga dalam sesebuah masyarakat. 3m SKEMA i. maksud..mengapakah tuan tidak memarahi saya. ii. mengurangkan sikap cemburu buta suaminyamenggalakkan suaminya belayar untuk mencari rezeki yang halalmeyakinkan suaminya bahawa dia tidak akan curang sewaktu suaminya tiada di rumahnya iii. dapat mengekalkan budaya hidup bekeluargadapat membentuk akhlak dan sahsiah anak-anakdapat melahirkan anak-anak yang berjaya dalam pelajaran SOALAN 15 Maka raja kamu berbahagialah ia, dah daulatnya pun bertambahtambah daan umurnya pun dilanjutkan Allah Taala! Maka Taif pun dilepaskannya tangan anaknya itu lalu dibawanya kembali ke rumahnya. Maka tatkala itu raja pun mengintaikan segala kelakua Taif itu dengan perempuan itu. Sekaliannya habis didengarnya oleh raja itu dan dilihatnya segala kelakuan Taif itu. Setelah sudah maka Raja Tabristan pun kembalilah ke istananya. Taif pun fikir di dalam hatinya Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah. Sebermula akan Raja Tabristan pun, setelah sudah menyuruhkan Taif melihat suara itu maka Raja Tabristan pun mengikut dari belakangnya, tetapi Taif tiada melihat baginda itu ada mengintai dia. Setelah sudah raja melihatkan lakunya Taif dengan perempuan itu maka raja pun kembali ke istananya. Hatta ada seketka lagi Taif pun datanglah mengadap raja. setelah raja melihat Taif datang itu maka Raja Tabristan pun bertanya kepada Taif ,Suara siapakah itu, hai Taif? Maka sembah Taif,Ya Tuanku Syah Alam, suara orang berkelahi hambamu dengar demikian! Maka raja pun tersenyumlah seraya berkata di dalam hatinya,Tiadakah gerangan engkau ketahui bahawa aku melihat barang kelakuanmu itu, hai saudaraku? Bahawa sesungguhnya aku saudaramu. Insya-Allah Taala lihatlah olehmu balasan kasihmu akan aku itu! (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
15

i.

Mengapakah tuanku Syah Alam tersenyum apabila mendengar jawapan Taif? 3m ii. Apakah balasan yang diperoleh Taif daripada Raja Tabristan? 3m iii. iii. Berdasarkan Hikayat Khoja Maimun, tuliskan tiga latar tempat dan peristiwa yang berlaku di situ. 3m SKEMA I. Baginda tahu bahawa Taif tidak bercakap benar. . Taif bertindak demikian kerana bimbang jikalau baginda tidak mtempercayai kata-katanya. II. balasannyasebuah negeri dan harta yang banyak III. negeri Ajam kafilah membeli narwastu dengan Khoja Maimun. Khoja Maimun memperoleh keuntungannyang banyakdi pekan.Khoja Maimun membeli seekor Bayan dan seekor tiung betinadi tingkap mahigai..Bibi Zainab teringat akan suaminya lalu terpandang anak raja yang lalu berhampiran mahligainya. SOALAN 16 Hai Raja, kepada hati raja hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba mengerjakan pekerjaan yang demikian itu dan lagi tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada pada segala makhluk,muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab tatkala di Padang Masyar di hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu. Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan masyhur juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya. Syahadan lagi jikalau perempuan yang tiada berbudi lagi hina zahil akalnya itu redalah ia dapat malu dianya, tiada takut azab Allah Taala di dalam neraka jahanam lima ratus ribu tahun lamanya itu, tiada ia takut asalkan ia dapat. Demikianlah hamba dengar perihal orang yang menduakan suaminya itu. Adapun raja jikalau hamba hendak berbuat khianat atas hamba raja dapat hamba perikan dia itu. Setelah didengar oleh raja kata isteri saudagar itu, maka raja pun tersenyum lalu bertitah Hai ibuku, bahawa sesungguhnya telah taubatlah hamba daripada pekerjaan yang jahat ini! Maka emas yang dibawanya itu pun habislah diberi raja kepada isteri saudagar itu. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) i. ii. Berikan maksud pekerjaan itu akan masyhur. 2m Mengapakah isteri saudagar tidak mahu melakukan perbuatan menduakan suami? Nyatakan tiga sebab berdasarkan petikan di atas. 3m
16

iii.

Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan dugaan seperti yang dihadapi oleh isteri saudagar? Kemukakan tiga langkah yang sesuai. 3m

SKEMA i. ii. maksudnyaperbuatan itu tersebar . dia tidak mahu menanggung maludia takut dibunuh oleh suaminyadia takut akan soal jawab di padang mahsyardia takut dimasukkan ke dalam neraka selama lima ratus ribu tahun. banyakkan berdoa kepada Tuhantinggal sementara dengan keluargamembataskan pergaulan dengan orang lainbanyakkan beribadat bagi meningkatkan keimanan diri.

iii.

Soalan 17 Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan semena-mena, maka ia pun mendiamkan dirinya berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun berpura-pura terkejut seraya berkata,Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan maka datang malam-malam buta ini? Maka datang ujar Bibi Zainab,Hai Bayan, berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia! Betapakah bicaramu? Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau! Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya,Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja) i. ii. iii. Berikan maksud aku perlalaikan juga akan dikau. 2m Nyatakan tiga perbuatan yang menunjukkan kebijaksanaan Bayan. 3m Apakah yang anda akan lakukan bagi mengelakkan rakan anda
17

daripada melakukan perbuatan yang salah? Kemukakan tiga pendapat anda. 3m SKEMA i. ii. iii. maksudnya..aku lekakan berpura-pura tidur bagi mengelakkan tuannya tahu yang dia melihat kejadian Tiung dibunuhberpura-pura memberikan keizinanberfikir sebelum mengambil tindakan menasihatinya dengan cara yang lemah lembut..mengajaknya mengingati dan mematuhi ajaran agamamemberitahu kesan buruk yang akan ditanggung sebagai akibat perbuatan salah itu.

Soalan 18 Sebermula setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata Tiung itu maka ia pun terlalu marahnya, serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya seraya katanya,Tak kusangka engkau tiada menaruh kasihan rupanya sama perempuan! Maka tiung itu pun matilah. Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan semena-mena, maka ia pun mendiamkan diri berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun pura-pura terkejut seraya berkata,Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan maka datang malam-malam buta ini? Maka datang ujar Bibi Zainab,Hai Bayan, berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia! Betapakah bicaramu? Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan semena-mena, maka ia pun mendiamkan dirinya berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun berpura-pura terkejut seraya berkata,Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan maka datang malam-malam buta ini? Maka datang ujar Bibi Zainab,Hai Bayan, berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia! Betapakah bicaramu? Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau -kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau! Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya,Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya

18

belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada martabat raja atau anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikianlah adanya! ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja) i. ii. iii. Berikan maksud serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya sebagaimana terdapat dalam petikan. 1m Mengapakah Bayan berpura-pura tidur setelah melihat peristiwa Bibi Zainab dan Tiung? 3m Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu? 4m

SKEMA i. ii. ditarik dengan kuat dari kurungannya lalu dilempar dengan kuatnya. kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Tiung yang telah dibunuh oleh Bibi ZainabBayan tidak mahu Bibi Zainab mengetahui bahawa Bayan melihat peristiwa Tiung dibunuh oleh Bibi Zainab. Tidak wajarkerana Bibi Zainab telah bersuami dan tidak wajar seorang isteri menemui lelaki laintidak wajar menduakan suami kerana perbuatan itu dilarang oleh agama.

iii.

Soalan 19 Maka Taif pun berkata,Hai perempuan, siapa engkau ini dan apa katamu? Maka sahut perempuan itu,Akulah yang mengawal istana raja itu. Telah aku keluarlah, siapa dapat kembalikan aku ke istana ini? Maka kata Taif,Apa erti katamu itu? Maka kata perempuan itu,Bahawa Raja Tabristan ini berpalinglah daulatnya dan umurnya pun singkatlah. Maka sahut Taif,Hai perempuan, betapakah perinya engkau kembali ke istana raja ini dan daulatnya raja pun akan bertambah-tambah dan umurnya pun dilanjut akan Allah? Maka kata perempuan itu,Sungguh-sungguhkah engkau hendak berbuat kebaktian akan raja itu? Jika engkau hendak akan bertambah-tambah daulatnya raja kamu itu dan umurnya pun dilanjutkan Allah, hendaklah
19

engkau bunuh akan anakmu yang engkau kasihkan dengan tulus hatimu, supaya segera aku kembali ke istana raja kamu itu! Telah Taif mendengar kata perempuan itu maka Taif pun segeralah ditangkap tangan anaknya. Maka segera dipegangkannya oleh perempuan itu seraya katanya,Jangan engkau bunuh anakmu itu! Bahawa sesungguhnyalah telah kembalilah aku ke istana raja kamu, daripada tulus hati kamu dengan ikhlasnya hati kamu mengerjakan pekerjaan tuanmu itu. Adalah Allah Taala memberi balasan atas kejujuranmu dan keikhlasanmu kerana yang sempurna adalah Allah Taala jua. Maka raja kamu berbahagialah ia, dan daulatnya pun bertambah-tambah dan umurnya pun dilanjutkan Allah Taala! Maka Taif pun dilepaskannya tangan anaknya itu lalu dibawanya kembali ke rumahnya. ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja, hal.81 -82,Dewan Bahasa dan Pustaka 2009) i. ii. iii. Bagaimanakah perempuan itu masuk ke dalam istana tanpa membunuh anak Taif? 2m Berdasarkan petikan di atas, siapakah perempuan yang berkata-kata itu dan apakah keistimewaannya? 3m Pada pendapat anda, apakah amalan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian? 3m

SKEMA i. ii. iii. kerana Taif telah bersetuju membunuh anaknya dengan hati yang ikhlas pengawal istana. keistimewaan perempuan itu jika dia dapat masuk ke dalam istana ialah daulat Raja Tabristan akan bertambahumur Raja Tabristan bertambah lanjut membaca untuk menambah pengetahuanmemakan makanan yang berkhasiat dan seimbangbersenam secara berterusan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Soalan 20 Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar itu,sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah, maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala
20

maka anak raja itu pun berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan anak raja itu. Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu,Hai ibuku, pergi sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini! ((Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja, hal.72 74,Dewan Bahasa dan Pustaka 2009) i. ii. iii. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya? 2m Nyatakan kelebihan anak raja itu sehingga Bibi Zainab terpikat kepadanya. 3m Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab jatuh cinta kepada anak raja dan kemudian berhasrat hendak menemuinya pula? 3m

SKEMA i. ii. memerlukan Bibi Zainab dengan apa-apa juga muslihat asalkan diperoleh paras rupanya yang dipandang cantik oleh Bibi Zainabanak raja itu mempunyai senyuman yang menawan yang dilemparkan semasa terpandang Bibi Zainab di tingkap mahligaianak raja itu seorang yang dianggap berani dan sungguh-sungguh menyukai Bibi Zainab kerana mengirimkan perempuan utusan untuk menyatakan hasrat hatinya Tidak wajar.Bibi Zainab merupakan isteri saudagar Khoja Maimunsebagai seorang isteri,dia perlu taat dan setia kepada suaminyaBersikap curang merupakan dosa besar bagi seorang isteri.

iii.

21

You might also like