You are on page 1of 1

TOKOH SEJARAH NEGERI PERAK Dato' Maharaja Lela Pandak Lam Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah

salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch). Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Long Jaafar Enche Long Jaafar atau nama sebenarnya Nai Long Jaafar dihantar oleh ayahanda baginda yang menjadi Maharaja Benua Islam Siam bernama Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang ke daerah Larut. Pada masa itu Larut adalah jajahan Kedah dan negeri Perak belum wujud lagi. Nama sebenar baginda ialah Nai Long Jaafar. Dalam Bahasa Siam Islam Kedah, Nai bermaksud Syed. Apabila ayah baginda mangkat, baginda ditabal menjadi Maharaja benua Islam Siam, Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah. Sultan Jaafar Madazam Syah Perak dan Encik Long Jaafar adalah orang yang sama. Pada tahun 1857 Cik Long Jaafar telah digantikan oleh anaknya yang bernama Ngah Ibrahim. Sultan Jaffar Muazzam Shah telah memberi surat akuan kepada Ngah Ibrahim pada 24 Mei 1858. Surat ini telah ditandatangani oleh Sultan Jaffar, Raja Muda Ngah Ali dan Raja Bendahara, Perak. Pada masa Cik Ngah Ibrahim, beliau telah membenarkan dan membawa orang Cina masuk ke NLarut sebagai buruh. Apabila orang Cina makin bertambah dan pada awal tahun 1860 orang Cina telah menjadi 2 kumpulan besar iaitu Go Kuan (ertinya 5 daerah) dan Si Kuan (ertinya 4 daerah). Orang Cina dalam kumpulan Go Kuan terdiri daripada orang Cina Hakka (Khek) dan Hokkien yang bekerja di lombong Klian Pauh (Taiping) dan mereka menjadi ahli dalam kongsi gelab yang bernama Hai San di bawah ketua bernama Chung Keng Kwee (dikenali juga dengan nama Ah Kwee). Orang Cina yang berasal dari Canton bekerja dilombong Klian Baharu (Kamunting) dan menjadi ahli kongsi gelab yang bernama Ghi Hin di bawah ketua bernama So Ah Chiang. Bilangan orang Cina yang ramai dan berpuak-puak menyebabkan tercetus pergaduhan dan akhirnya keadaan aman bertukar huru-hara dan akhirnya mencetuskan perang Larut. Disebabkan perebutan kekayaan bijih timah maka akhirnya kedua-dua kumpulan tersebut mulai bermusuhan dan tercetuslah Perang Larut I, II dan III. Ngah Ibrahim juga adalah Menteri Larut. Untuk menamatkan Perang Larut beliau telah melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Negerinegeri Selat) mengambil tindakan yang sewajarnya.

LONG JAAFAR Di antara tokoh sejarah Negeri Perak Darul Ridzuan ialah Long Jaafar. Beliau sangat berpengaruh dan dianggap juga sebagai orang Melayu terkaya di Negeri Perak pada zamannya. Cik Long Jaafar mempunyai seekor gajah yang bernama Larut dan gajah ini turut dibawa bersama ke Bukit Gantang dari Lubok Merbau. Gajah ini telah hilang hampir 3 hari dan ketika ditemui gajah ini disaluti dengan lumpur yang keras. Akhirnya didapati lumpur itu adalah bijih timah. Di atas peristiwa ini daerah ini dinamai Larut iaitu mengambil sempena nama gajah Cik Long Jaafar. Akhirnya pada tahun 1850, daerah Larut telah dikurniakan kepada Cik Long Jaafar oleh Raja Muda Ngah Ali serta orang Besar-besar Perak iaitu Temeggong, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja.

You might also like