You are on page 1of 16

1.

Isu-Isu Perkahwinan Oleh: Ustaz Mohd Ismail Bin Mustari Timbalan Pengarah Masjid Sultan Ismail MENJANA MINDA KREATIF DAN INOVATIF 2. Pengenalan Allah S.W.T. menciptakan setiap perkara di dunia ini berpasang-pasangan. Malam dan siang, pagi dan petang, hitam dan putih, gelap dan terang. Bagi binatang pula diciptakan jantan dan betina bagi setiap jenis, begitu juga dengan tumbuhtumbuhan. Terdapat jantan dan betinanya bagi memastikan benih yang ditaburkan oleh si jantan dapat diterima oleh si betina bagi menghasilkan makanan. Perkara ini juga terdapat kepada sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T. iaitu manusia. Allah S.W.T. menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan agar mereka saling berkasih sayang. 3. Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang

menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir . (al- Rum 30 : 21) 4. Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (alIsraa17 : 32 ) 5. PERKAHWINAN AWAL DAN CABARANNYA Menurut Zawiyah Hassan, Che Hashim Mat Sia dan S. Salahudin Suyurno (2005 : 359) terdapat enam faktor perkahwinan ditangguhkan yang telah mereka kumpulkan daripada pandangan-pandangan dan hasil daripada kajian-kajian. Faktor tersebut ialah: 6. Pertama : ialah faktor revolusi pendidikan. Berbanding dengan zaman dahulu majoriti orang muda kini melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkatan lima. Jadi mereka perlu menunggu sehingga tamat sekolah sebelum boleh berkahwin dan ini bermaksud sehingga berusia 17 tahun. Bagi yang menyambung pelajaran ke institut pengajian tinggi iaitu lebih kurang pada umur 23 hingga 24 tahun.

Kedua : ialah peluang pekerjaan yang terbuka luas untuk wanita. Faktor ini mungkin lebih mempengaruhi wanita berbanding lelaki kerana ia membolehkan wanita berdikari. Peluang pekerjaan yang terbuka luas ini membolehkan wanita menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, baik yang profesional mahupun yang tidak profesional. Dengan bekerja, mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri yang membolehkan mereka berdikari tanpa perlu bergantung kepada keluarga mahupun suami. 7. Ketiga : ialah berkaitan dengan tanggungjawab terhadap keluarga. Ada di antara lelaki dan wanita, terutama anak sulung, yang menangguhkan perkahwinan kerana merasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga. Keempat : perkahwinan juga akan tertangguh sekiranya individu tersebut, baik lelaki mahupun wanita, mempunyai jangkaan jangkaan yang terlalu tinggi tentang perkahwinan (terlalu memilih). 8. Kelima : ialah hakikat bahawa keluarga pada hari ini tidak lagi mendesak anakanaknya untuk berkahwin. Keluarga pada hari bukan sahaja tidak lagi mencarikan pasangan untuk anak-anak mereka, tetapi juga tidak begitu mendesak anak-anak mereka untuk berkahwin. Keenam : Menurut Haslina Hj Hassan dan Ann Wan Seng terdapat faktor lain yang mendorong kepada keadaan ini termasuklah seperti faktor sosioekonomi, faktor psikologi, faktor budaya, faktor agama dan faktor kesihatan. 9. PENDAPAT ULAMA MENGENAI PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Sabda Rasullah s.a.w: Maksudnya :Diceritakan kepada kami oleh Umar bin Hafs diceritakan oleh ayahku diceritakan oleh al-Amasy berkata : Diceritakan kepadaku oleh Ibrahim daripada Alqamah berkata :Rasulullah S.A.W. bersabda; Wahai para pemuda, barangsiapa di anatara kalian telah mampu, maka hendaklah dia bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu maka hendaklahdia berpuasa. Kerana sesungguhnya puasa adalah ubat baginya. (Sahih al-Bukhari 1979 : 3 jil. VII)

10. Seorang Ulama iaitu Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz di dalam karya Muhyiddin Abd Hamid ( 2004 :108 ) mempunyai pendapat mengenai menangguhkan perkahwinan anakanak perempuan: Telah sampai kepada saya berita tentang banyaknya orang yang menunda pernikahan orang-orang yang menjadi tanggungan mereka, seperti anak gadis, saudara dan lain-lain. Penundaan ini dilakukan dengan alasan yang tidak dibenarkan oleh syariat, seperti membantu mengurus keluarga, atau mencari calon suami yang mempunyai lebih banyak harta, atau gadis itu rela menerima orang yang sesuai untuknya , seperti anak bapa saudaranya atau yang lain. 11. Menurut Prof. Dr. Hamka (1983 : 87 ), Imam al-Syafi'e. Mempunyai beberapa orang anak laki-laki. Pada suatu hari ketika beliau bangun tahajjud tengah malam dilihatnya anak laki-laki yang masih tidur dekat beliau menemani beliau di tempat ibadatnya. Berdiri zakar anak itu dan tegang sekali. Beliau tutupkan selimut anaknya dan beliau terus sembahyang. Tetapi pada siang harinya beliau segera menghubungi teman atau murid beliau yang mempunyai anak gadis lalu beliau pinang dan pada hari itu juga anaknya beliau kahwinkan. Sebab beliau memandang bahawa itupun adalah tanggungjawab beliau. Kalau anak laki-laki belum mampu sedang si ayah mampu apa salahnya jika ayahnya membantu rumahtangga anaknya lebih dahulu. 12. Prof. Dr. Hamka (1983 : 89) menulis bahawa almarhum ayahandanya Syeikh Abdul Karim Amrullah segera mengahwinkan anak-anaknya sendiri dan anak-anak saudaranya yang mana sudah patut kahwin. Mana yang belum kuat rumahtangganya beliau bantu. Dan beliau bangga sebab beliau telah melaksanakan tugas agama yang paling penting. 13. Shaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin di dalam buku Muhyiddin Abd Hamid (2004:111) ketika memberi pendapat tentang orang yang menolak menikah dengan alasan masih belajar mengatakan bahawa sikap demikian sangat bertentangan dengan perintah Nabi s.a.w. Hal ini merujuk kepada hadith nabi riwayat al-Tirmidzi berkaitan jika datang kepadamu seseorang lelaki yang kamu redhai agamanya sepertimana yang telah dicatatkan sebelum ini. Dengan menghindari perkahwinan, dengan sendirinya seseorang telah menghilangkan maslahat yang dibawa pernikahan. Saya menasihati para wali wanita, dan wanita itu sendiri, janganlah menolak untuk menikah dengan alasan belajar atau mengajar. Seorang wanita yang hendak menikah boleh menentukan syarat-syarat

agar dirinya diizinkan tetap menyambung pengajiannya sampai selesai, atau tetap menjadi guru selama satu atau dua tahun, sepanjang dirinya belum disibukkan oleh urusan mengasuh anak. Syarat seperti ini boleh ditetapkan. (Muhyiddin Abd Hamid 2004 :112) 14. Shaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin lagi, pernikahan lebih penting daripada belajar. Tambahan pula pernikahan tidak menghalangi belajar, kerana kedua-dua urusan ini boleh untuk disepadukan. (Shalih Ahmad al-Ghazali 1999 : 45) Manakala menurut Syaikh al-Balihi pula membawakan satu keadaan di mana jika seorang gadis mengatakan : Aku tidak akan menikah sebelum pengajianku selesai. Tekad remaja ini bukanlah satu masalah, jika pengajiannya akan sampai dalam waktu terdekat. Namun jika pengajiannnya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya tidak bersetuju jika remaja tersebut menunda pernikahan dengan alasan untuk menyelesaikan

pengajiannya, apalagi jika ia menghadapai kursus yang sukar dan tidak sesuai dengan seleranya. (Muhyiddin Abd Hamid 2004 :113) 15. Perbezaan Lelaki & Perempuan Lelaki Cinta terhenti dengan ikatan pernikahan dan perlu dirawat bila ada masalah Lelaki menterjemahkan ikatan cinta dengan aktiviti fizikal Wanita Cinta dan keintiman suatu proses yang berterusan dari masa ke semasa Komunikasi pribadi sebagai sumber ikatan cinta mengatasi harta benda, wang dan pangkat MENJANA MINDA KREATIF DAN INOVATIF 16. Perbezaan Lelaki & Wanita Mengucapkan Cinta Lelaki Kebanyakkan lelaki menterjemahkan emosi melalui aktiviti fizikal Lelaki lebih suka menyembunyikan emosi Wanita Kebanyakkan wanita menterjemahkan emosi melalui aktiviti komunikasi Wanita lebih suka mempamirkan emosi 17. Petua memupuk kasih Sayang Kekalkan sifat-sifat asal yang menyebabkan pasangan tertawan dengan kita Berubah secara positif dan membangunkan diri secara berterusan Sentiasa bersangka baik dan bermaaf-maafan Belajar untuk pandai berbual dan pandai mendengar Lahirkan perasaan secara terbuka dengan ikhlas Pamerkan kasih sayang melalui perkataan, perbuatan dan hadiah-hadiah Jadikan pasangan kita sebagai kawan yang paling akrab Kenalpasti dan elakkan daripada melakukan sebarang perkara yang

menjadi kebencian pasangan Patuh suruhan Allah S.W.T. Dan sentiasa berdoa agar Allah mengisi hati kita dengan kasih sayang yang berkekalan 18. Petanda Kasih Sayang Yang Sirna Hilang kepercayaan terhadap pasangan Kurang menghargai pasangan Kurang mengambil berat tentang perasaan dan kebajikan pasangan Kurang menghormati pasangan Sukar untuk menerima berbagai aspek mengenai pasangan; yakni mudah melihat kesilapan dan kelemahan pasangan Kurang persefahaman Yakin dapat hidup dengan sempurna tanpa pasangan Terasa menyesal berumah tangga dengan pasangan Terasa sukar untuk mendoakan pasangan 19. . 51:49 terjemahannya: Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) 20. Terjemahan : Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain.. Surah al-A raff, 7:189 : 21. . Sesungguhnya yang aku khuatiri terhadap anda semua hanyalah dua perkara, iaitu panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Kerana sesungguhynya panjang anganangan itu akan melupakan akhirat sedangkan mengikuti hawa nafsu akan menghalang dari kebenaran. Kata-kata Saidina Ali r.a. 22. Al-Ashmui pernah bertanya kepada seorang Arabi tentang Al-Isyq (keterpikatan) Ia berkata: Demi Allah, sesungguhnya sebuah cinta teramat agung untuk dapat dilihat. Ia luput dari penglihatan manusia, ia ada di dalam dada bersemayam sebagaimana api bersemayam dalam batu. Jika dinodai ia akan membakar, dan jika di cuba untuk ditinggalkan ia kan selalu membayangi. Cinta Merupakan Realiti atau Sekadar Khayalan 23. Ia berkata; Jalannya sangat rumit untuk difahami, tempatnya tersembunyi dari penglihatan, serta proses kejadiannya begitu membingungkan otak manusia. Awal mula tergeraknya berasal dari hati kemudian menyelimuti semua anggota badan, sehingga muncullah getar dalam berbagai indra; pucat wajahnya, lemah pandangannya, gugup

dalam berbicara, lemah longlai dan diliputi rasa kehancuran. Sehingga orang yang mengalaminya dapat dikategorikan dengan kegilaan. Ibnu Qayyim pernah menyatakan pandangan seorang Arabi tentang gambaran kerterpikatan: 24. Cinta dan Seksual adalah perkara yang berbeza. Sekiranya kita mengatakan cinta adalah seks. Ia boleh diumpamakan seperti kesukaan seseorang kepada semangkuk makanan. Apabila ia kenyang ia kan menyingkirkan makanan tersebut. Tetapi cinta akan terus kekal walupun ia perolehi atau tidak keinginan seksual dari yang dicintai. Antara Cinta dan Seksual 25. : Ruh-ruh diumpamakan seperti sebarisan tentera dimedan peperangan, bilamana saling faham memahami akan terjalin kekuatan dan keharmonian dan bilamana saling berselisihan akan timbul permasalahan dan perpecahan. 26. Untuk pemilihan hukum dalam bab ini kita harus katakan, bahawa sesungguhnya kecintaan, kasih sayang dan ketarikkan terhadap sesuatu yang indah dan memilikki kesesuaian tidaklah merupakan hal yang tercela. Tetapi cinta yang melewati batas sehingga menguasai akal dan mendorong kepada maksiat itulah cinta yang terlarang Imam Ibnu al-Jauzi 27. Percintaan tidak secara keseluruhannya terpuji dan tidak pula tercela keseluruhannya. Akan tetapi terpuji dan tercela secara keseluruhannya bergantung dengan konteksnya. Imam Ibnu Qayyim: 28. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir dariipadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau

perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orangorang lelaki yang telah tua dan tiada keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada llah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya. Surah an-Nur 24: 31 Hubungan Lelaki & Wanita Yang Bukan Mahramnya: 29. Dari Jabir r.a. bersabda Nabi Muhammad s.a.w. : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia berdua-duaan dalam tempat sepi dengan seorang wanita sedang dia dengan wanita tersebut tidak memilikki hubungan keluarga (mahram), kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan. Riwayat Imam Ahmad . Tidak 30. : akan menyendiri seorang lelaki dan perempuan melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. : 31. Sesungguhnya besarnya sebuah balasan adalah sesuai dengan beratnya ujian, maka barang siapa redha, dia akan memperoleh keredhaan dan barang sesiapa yang marah maka dia akan memperoleh kemarahan. Balasan yang Baik Kepada Orang yang bersabar dalam ujian : 32. Firman Allah, terjemahannya: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa -bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri (suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). Surah at-Taubah,9:24.

33. Ibn Abbas meriwayatkan: Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah di dalam rumahku terdapat seorang gadis yatim yang telah dilamar oleh dua orang pemuda yang satu kaya dan yang satunya pemuda miskin, kami lebih suka terhadap yang kaya sedangkan gadis yatim itu mencintai yang miskin. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, Terhadap dua orang yang berkasih-kasihan tidaklah kami lihat hal tersebut kecuali seperti sebuah pernikahan. Hadis Sahih 34. Dari Aisyah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku, Aku melihatmu dalam tidurku (mimpiku) di mana datang malaikat bersamamu dalam sutra yang tipis dan malaikat berkata kepadaku, Ini wanitamu, maka aku buka lembar pakaian yang menutup wajahmu dan ternyata itu adalah kamu, kemudian aku berkata, Jika ini semua dari Allah biarkanlah. Riwayat Bukhari Az-Zuhri berkata, Pertama kali cinta yang terjadi dalam Islam adalah cinta Nabi Muhammad kepada Aisyah r.a. 35. Firman Allah S.W.T. terjemahannya: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuanperempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelakilelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari tuduhan yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. Surah an-Nur, 24:26 36. Barang siapa yang hendak mencari teman tanpa cacat, pasti dia tidak akan menemukan teman dan akan hidup tanpa teman Kata -kata Fudhail Ibnu Iyadh 37. 15 C menyebabkan lelaki membenci wanita C1 Comot C2 Cerewet C3 Cemburu C4 Cincai (cuai) C5 Celupar C6 Cabul C7 Cabar C8 Cetek C9 Caci/cela C10 Canggah C11 Culas (malas) C12 Curiga C13 Curang C14 Canggih sangat C15 Chance tiada 38. 15G menyebabkan perempuan membenci lelaki G1 Gatal G2 Garang / Ganas G3 Gerumal (bohong) G4 Gembar gembur/gah G5 Gagal G6 Gentleman tiada G7 Gementar

G8 Goyah G9 Ganjil / Gila G10 Gertak G11 Gadai maruah G12 Gema (pak turut) G13 Gelojoh G14 Gap (manusia dua alam) G15 Ganteng tiada 39. 06/08/09 Hikmah Perkahwinan Mendaulatkan kalimah Allah Menyahut seruan fitrah manusia Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani Melahirkan keturunan yang soleh Menjaga Akhlak dari runtuh dan rosak Meluaskan persaudaraan dan membina prinsip bekerjasama Jaminan sosial atau menjaga kesempurnaan dan kesejahteraan keturunan manusia Mereka ( isteri-isteri kamu ) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka ( Al-Baqarah:117 ) 40. - pemilihan calon - peminangan - batas pergaulan antara tunang Mukadimah Perkahwinan 41. 06/08/09 Ciri-ciri pasangan Agama yang sahih dan akhlak yang mantap Keturunan yang baik Tidak berkahwin dengan saudara terdekat Sekufu ( hak perempuan dan walinya ) Perawan 42. Pandangan M.A. Qutb: Dasar Pertama: Kahwinlah dengan wanita yang baik penghayatan agamanya, engkau akan perolehi ketenteraman. Empat perkara yang jika dikurniakan kepada sesorag bererti ia telah dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat: hati yang bersyukur, lidah yang berzikir, badan yang sabar menerima cubaan dan isteri yang tidak ingin mendurhakai diri dan harta suaminya[hr tabrani] Tiada apa kebaikan yang diperolehi ssorg mukmin slps bertakwa kepada Allah selain dari isteri yang salehah. Jika disuruh ia taat, jika dipandang ia menyenangkan, jika dicumbui ia buktikan kesuciannya dan jika ditinggalkan ia menjaga kehormatan diri dan harta suaminya. [hr ibn Majah] 43. Dasar Pertama: Janganlah kamu mengahwini wanita kerana cantiknya, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya. Jangan kerana kekayaannya, kerana akan membuatnya durhaka. Kahwinilah kerana agama Ssungguhnya seorang wanita hamba yang baik agamanya lebih baik dikahwini sekalipun hitam [hr ibn Majah] Sesiapa yg kahwini Sesiapa yang kahwini wanita kerana kaya, Allah tidak menambahkan kecuali miskin. Ssiapa kahwini kerana keturunan, Allah akan jatuhkannya ke darjat yang hina.

Ssiapa yg kahwini wanita kerana hebat dan tingginya, Allah tidak akan menambah kecuali kehinaan. wanita kerana ingin menjaga pandangan matanya, kerana menjaga kesucian dirinya, kerana memperluaskan silaturrahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya. [hr Tabrani] 44. Dasar kedua: Kufu atau tidak mengahwini wanita musrik Janganlah kamu kahwini wanita musyrik sblm mereka beriman. Ssunghnya seorang hamba yang beriman lebih baik dari wanita musyrik sekalipun ia menarik hatimu [2: 221] 45. Dasar ketiga: Bukan kaum keluarga atau kerabat terdekat Meluaskan hubungan Melahirkan zuriat yang sihat dan cerdas Janganlah kamu kahwini kerabat sendiri, kerana akan melahirkan anak yang berbadan kurus, lemah dan kurang mampu berfikir. Larangan kahwini wanita yang diharamkan 46. Dasar keempat: Calon yang subur dan tidak mandul Islam ingini keturunan yang ramai Kahwinilah wanita yang subur kerana aku berbangga melihat umatku yang ramai pada hari Kiamat [Abu Daud] Melahirkan kebahagiaan dan kemantapannya Harta dan anak pinak adalah hiasan hidup [al-Kahfi: 46] 47. Dasar kelima: Calon yang masih gadis Kahwinilah yang masih gadis, kamu akan bermesra dengannya da ia akan bermesra denganmu [hr Tirmizi] Hendaklah kamu mengahwini gadis, kerana mulutnya lebih manis, rahimnya lebih mantap, kerenahnya tidak banyak dan berpada dengan kerja yang ringan dan mudah [hr ibn Majah] 48. Mengapa agama? Dalam hadis masyhur disebut: Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana cantiknya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Bincangkan. 49. Melihat bakal Isteri Sabda Rasulullah : Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang di antara kamu berdua Bila lelaki boleh melihat perempuan ajnabi? Untuk keperluan perubatan Ketika berjual beli Sebagai penyaksian ketika menjadi saksi atau memberi keterangan Ketika pembelajaran

50. Peminangan Dihalalkan secara tasrih (terus-terang) @ tarid (membayangkan) jika bukan isteri orang. Tarid dihalalkan jika perempuan itu berada dalam edah kematian suami. Diharamkan meminang selain dari dua keadaan diatas. Haram meminang perempuan yang telah dipinang sekiranya peminangan itu telah diterima kecuali keizinan peminang pertama. 51. Pengaruh Keluarga Ke Atas Jiwa Kanak-Kanak Sabda Rasulullah s.a.w Didiklah anakanakmu, kerana mereka itu dijadikan buat menghadapi zaman yang sama sekali lain dari zamanmu ini. Umar bin Khattab r.a. Berkata: Sesungguhnya anak-anak kamu itu dijadikan untuk generasi yang lain dari generasi kamu sekarang ini, dan dijadikan untuk (menghadapi) zaman yang lain dari zaman kamu sekarang ini. 52. Perkahwinan campur Perkahwinan di antara dua pihak yang berlainan latar belakang bangsa, agama atau kewarganegaraan. Contoh, seorang melayu muslim berkahwin dengan seorang yang berbangsa Inggeris yang pada asalnya merupakan penganut agama lain. 53. 3 Kategori perkahwinan campur Antara Kaum: Perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslimah berbangsa cina Antara Negara: Perkahwinan seorang muslim berbangsa melayu dengan seorang muslimah berbangsa Arab yang berasal dari Magribi Antara Agama: Perkahwinan antara seorang muslim dengan seorang muslimah beragama Kristian syarat mesti memeluk agama Islam 54. PASANGAN pengantin menghidangkan teh kepada kakak sulung Fadil, Fong Lai Peng, 50, sebagai tanda penghormatan mengikut adat kaum Cina pada majlis persandingan di Taman Mahkota Perdana, Kuantan, Pahang, semalam. Biarpun berbeza adat dan budaya, ia tidak menghalang Mardiana Abdul Wabah, 32, dan Fadil Ho Abdullah, 46, yang berketurunan Cina memeterai perjanjian cinta mereka dengan ikatan perkahwinan. Fadil yang memeluk Islam tahun lepas, mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan Mardiana setelah perhubungan mereka direstui oleh keluarga masing-masing. 55. 1. Antara Kaum Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari di kalangan masyarakat. Malaysia sendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan

agama. Perkahwinan sebegini sama ada antara Melayu dengan Cina, India atau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya. Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama lain termasuk agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman Islam Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan bantuan dalam soal pemahaman Islam dan bimbingan untuk tujuan tersebut. 56. 2. Antara Negara Perkahwinan ini melibatkan perkahwinan antara seorang warganegara Malaysia beragama Islam dengan warganegera Asing di Malaysia atau di luar negara. Bagi proses perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan boring permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen- dokumen berikut: Salinan passport yang sah. Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon. Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia 57. 3. Antara Agama Terdapat juga kes-kes istimewa di Malaysia melibatkan seorang warganegara yang beragama selain Islam yang telahpun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islam walaupun pasangan dan keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinan campur yang terdapat di negara kita. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan Hakim Mahkamah Tinggi dalam ucaptamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaan antarabangsa mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannya tetap wujud walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 Akta Mempebaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 membenarkan pasangan bukan Islam untuk menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur- prosedur penceraian tidak dijalankan. [6] 58. IMPAK KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR Perkahwinan campur di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia meninggalkan impak bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat sekililing dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat dari dua sudut, iaitu sudut positif dan sudut negative

59. 1 IMPAK POSITIF KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR Perkahwinan campur antara dua pihak berlainan agama secara tidak langsung merupakan satu cara untuk menyebarkan ajaran Islam. perkahwinan campur antara masyarakat berbilang kaum, diharapkan dapat memupuk semangat perpaduan antara bangsa berbeza dengan menyelami lebih mendalam budaya dan adapt bangsa yang lain. 60. Di antara kebaikan perkahwinan campur pertamanya ialah pasangan itu berpeluang untuk berkenalan di antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya bahkan seluruh keluarga yang terlibat dan ini bertepatan dengan hikmah atau tujuan Allah mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak dan kaum. 61. Sambungan.Positif Perkahwinan Campur Anak- anak hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza dapat mendedahkan anak-anak dengan kepelbagaian adat dan budaya antara ibu dan bapa sekali gus meningkatkan tahap komunikasi dan semangat kemasyarakatan dalam diri anak- anak. anak-anak juga dilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya orang lain. Dengan cara ini, diharapkan agar perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk dapat diperkukuhkan. 62. Sambungan.Positif perkhwinan campur Perkahwinan campur secara tidak langsung merupakan hasil dari perkembangan pesat globalisasi dan diharapkan dapat menyatukan kepelbagaian budaya masyarakat dalam mereliasasikan globalisasi untuk kemajuan negara. selain peluang untuk memahami dan mengamalkan adat resam serta budaya berbeza, faktor bahasa juga dikira advantage kerana dengan berkahwin seseorang itu memiliki 'kamus hidup', yang pasti akan membantu dalam menguasai sesuatu bahasa. 63. pasangan terbabit juga jika bernasib baik berpeluang untuk memperolehi anak-anak yang mempunyai rupa yang berbeza. Bayangkan jika di dalam satu keluarga, ada anak yang rupanya orang Inggeris, ada wajahnya seperti Arab dan sebagainya. Tentunya ia menjadi kebanggaan.

64. IMPAK NEGATIF KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR Secara ideal, perkahwinan campur itu dikatakan dapat memupuk persefahaman antara berbilang bangsa dan budaya. Namun begitu, realitinya perkahwinan campur juga kadang-kala menemui jalan buntu apabila pihak yang terlibat tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat resam antara dua kaum berbeza. Sikap tidak mahu bertolak- ansur antara dua pihak mengakibatkan kegagalan dalam perkahwinan campur yang akhirnya membawa kepada kemusnahan unit keluarga tersebut. 65. Sambungan.. Negatif perkahwinan campur Agak sukar untuk mengubah persepsi dan kepercayaan yang telah dipupuk sejak sekian lama yang telah sebati dalam diri. Tanpa pendedahan terhadap ilmu agama yang cukup, ramai saudara- saudara baru Islam hasil dari perkahwinan campur ini akhirnya terjerumus kembali dalam kefahaman dan kepercayaan lama. Perkahwinan tersebut mungkin melalui jalan- jalan sukar bagi membetulkan persepsi yang telah lama terpahat dalam diri 66. Sambungan.. Negatif perkahwinan campur Akibatnya kedengaran banyak kes -kes perkahwinan campur yang berakhir dengan episod penceraian. Penceraian mungkin terjadi akibat dari tidak benar- benar memahami konsep sebenar perkahwinan dan keengganan untuk berubah serta bertolak ansur. 67. Jika pasangan tersebut dari negara Barat contohnya, tentulah sukar bagi kita untuk menerima sesetengah adat serta amalan yang mereka lakukan. Meminum arak, pergaulan bebas, berzina, berjudi adalah di antara amalan yang sukar dihapuskan dan ini seolah-olah sudah sebati di dalam kehidupan mereka bahkan ia boleh dikira sebagai sebahagian dari hidup mereka. 68. Bagaimana boleh kita pastikan bahawa isteri yang dikahwini adalah suci kerana amalan seks bebas yang berleluasa di dalam masyarakat mereka. Sebagai suami tentunya tidak manis jika terus membelakangkan keluarga wanita yang dikahwini. Satu lagi masalah yang mungkin timbul berkaitan dengan adat istiadat Jika pasangan yang dilahirkan di negara Barat dan hidup pula di dalam kemewahan, maka mungkin mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan rakyat tempatan dan kadangkala

ini juga boleh mendorong kepada ketidaksefahaman dan akhirnya membawa kepada perceraian. 69. Namun, di sini juga masalah akan timbul. Masalah ini bukan di antara pasangan tersebut yang pastinya boleh perkomunikasi dengan sesuatu bahasa, tetapi dengan keluarga pasangan. 70. KONKLUSI Namun begitu, masyarakat secara umumnya masih sangsi dengan keberkesanan penyatuan dua budaya yang berbeza sama ada dari segi bangsa atau agama. Pandangan masyarakat yang skeptikal dan masih berfikiran tertutup juga menyumbang kepada kesukaran pasangan dalam perkahwinan campur dalam menjalani hidup seharian. Masyarakat muslim di Malaysia sendiri sering beranggapan bahawa golongan bukan Muslim yang memeluk Islam hanyalah semata- mata untuk perkahwinan sekaligus melemahkan semangat saudara baru ini untuk lebih mendalami Islam. 71. Tekanan dari pihak sekeliling juga menjadi penyumbang mengapa kadang- kala saudara baru seagama ini kembali kepada kepercayaan lama sekali gus membawa kepada keruntuhan perkahwinan dan kemusnahan unit keluarga. Pihak berkuasa juga memainkan peranan dalam memastikan perkahwinan campur antara kaum atau agama untuk berjaya. Saluran- saluran bantuan untuk tujuan tersebut tidak diwar-warkan secara luas mengakibatkan ramai pasangan yang menjadi tawar hati untuk meneruskan perkahwinan campur. 72. Sebagai contoh, kesukaran untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan untuk pasangan dan anak-anak hasil dari perkahwinan dengan warga asing membawa masalah kepada golongan- golongan yang terlibat. Namun begitu, dengan pendedahan ilmu yang meluas serta kajian terperinci dalam sistem perundangan terbabit mungkin dapat mengubah persepsi bahawa perkahwinan campur ini sukar untuk dipertahankan. 73. Menurut Seksyen 82, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, ibu adalah orang yang paling berhak menjaga anak kecilnya semasa masih di dalam perkahwinan dan selepas pearceraian. Namun persoalannya, adakah si suami rela

meninggalkan anaknya bersama ibu mereka di luar negara sedangkan si suami tidak begitu yakin dengan akidah bekas isterinya ? 74. Berdasarkan beberapa peristiwa yang pernah menjadi berita utama di media massa tempatan, saya melihat bahawa perkahwinan campur khususnya antara lelaki Islam Malaysia dengan wanita Barat banyak menimbulkan masalah apabila berlaku perceraian. Lantaran itu, saya berpendapat bahawa perkahwinan seperti ini jika boleh, hendaklah dielakkan demi menjaga keharmonian hidup kita, anak-anak, keluarga, masyarakat bahkan negara. Ini kerana masih ramai wanita tempatan yang mampu

memberikan kebahagiaan kepada kita. Kenapa harus memilih 'barangan import' sedangkan 'barangan tempatan' lebih bermutu atau setidak-tidaknya setaraf dengan 'barangan import'.

You might also like