You are on page 1of 12

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 4 SESI 2012/2013


KRM 3043 : ASAS PENGURUSAN DATA

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH NAMA PUAN ASMA BINTI SHUIB NO. MATRIK D20112054209 NO TELEFON 012-5634804

PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI 01

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH

TARIKH SERAH:

Matapelajaran statistik telah dimasukkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu statistik ini perlu di ajar di peringkat kanak-kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal bagaimana untuk mengumpul,memproses dan menganalisis data.Pengurusan data adalah memainkan peranan yang sangat penting kerana kemahiran matematik ini juga dapat digunakan dalam sains dan hidupan seharian.Pengurusan data adalah satu daripada tajuk yang menarik dalam kurikulum matematik sekolah.Oleh itu,murid perlu belajar konsep dan proses yang berkaitan dengan pengurusan data melalui penglibatan aktif daripada situasi pelbagai.Terdapat empat tajuk yang terdapat dalam pengurusan data iaitu pengumpulan dan pengurusan data,perwakilan data,sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan.Namun pelajar sering menghadapi miskonsepsi di dalam tajuk-tajuk ini.Miskonsepsi yang wujud akan menjadi halangan untuk melangkah ke tajuk yang seterusnya.Jadi,langkah-langkah mengatasi perlu diambil supaya murid tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Pengumpulan dan pengurusan data.Dalam tajuk ini,murid akan belajar bagaimana data dikumpulkan dan diuruskan dengan kaedah yang bersesuaian.Setelah mengenali pembolehubah dan jenis-jenis data,murid akan mempelajari bagaimana hendak mengumpulkan data mengikut taburan-taburan tertentu.Miskonsepsi yang wujud dalam tajuk ini ialah murid-murid tidak tahu bagaimana untuk dapatkan selang kelas yang pertama.Ini kerana kefahaman murid-murid, setiap selang kelas perlu dimulakan dengan 0.Contoh: Murid diberi jadual yang berkaitan dengan berat murid-murid dalam kelas 3B.

29 25 18 21 23 19 22 32 28 16 30 27 15 35 26 13 31 22 17 26 38

Berdasarkan jadual di atas,murid kemungkinan akan memberi jawapan 0 15 bagi selang kelas. 2

Cara mengatasinya ialah dengan mengadakan aktiviti kumpulan.Setiap kumpulan akan diberi jadual data yang berlainan.Murid dikehendaki mencari data minimum dan data maksimum untuk menentukan selang kelas.Guru perlu memberi penjelasan tentang data minimum dan data maksimum serta menggalakkan murid membuat banyak latih tubi bagi meningkatkan kefahaman mereka.Contoh:

29 25 18 21 23 19 22 32 28 16 30 27 40 35 26 13 31 22 17 26 38 32 24 36 31 37 37 29

Data minimum = 13 Data maksimum = 41 Selang kelas = 10 - 20

Miskonsepsi seterusnya berlaku apabila ada murid memasukkan

satu data ke

dalam lebih daripada satu selang kelas.Contohnya,10 20, 20 30 dan seterusnya.Apabila di ambil data 20,ke dalam selang kelas manakah 20 akan dimasukkan. Jadi guru haruslah membantu murid dengan memaparkan beberapa jadual.Di sini murid diingatkan berhati-hati ketika membentuk sesuatu kelas supaya data dapat dimasukkan dalam satu kelas sahaja.Saiz untuk semua kelas mestilah sama supaya ia memudahkan kita untuk memaparkan data dalam bentuk graf.

Kelas 10 20 21 30 31 40 41 - 50

Gundal

Bilangan murid

//// //// //// / //// /// /

5 11 8 1

Perwakilan

data.

Terdapat

peringkat

dalam

perwakilan

data

iaitu

mengemukakan soalan,pengumpulan data,analisis data dan keputusan interpretasi. Datadata yang dikumpulkan terbahagi kepada dua jenis iaitu data diskrit dan data selanjar dan ia boleh disusun samada dengan menggunakan kaedah jadual,senarai dan

penggundal.Data-data yang diperolehi boleh dipersembahkan secara visual sama ada dengan menggunakan pictogram,carta palang,carta pai,histogram,poligan kekerapan atau graf garisan mengikut kesesuaian.Dalam mempelajari tajuk ini,terdapat miskonsepsi yang sering dilakukan oleh murid.Pertama,murid-murid salah untuk menginterpretasikan pictogram.Biasanya di dalam pictogram data ditunjukkan dengan menggunakan symbol atau gambar.Jika murid tidak berhati-hati,kemungkinan akan berlaku kesilapan mentafsir maklumat kerana ada sebilangan symbol atau gambar diwakili sebahagian (pecahan) bilangan item.Contohnya:

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini ialah meminta murid menyenaraikan bulan-bulan dalam setahun.Kemudian murid diminta menyatakan bulan kelahiran mereka di dalam jadual yang disediakan.Setiap murid diberikan pelekat bergambar.Murid diminta melekatkannya mengikut bulan kelahiran mereka di dalam jadual.Contohnya:

Bulan

Bilangan

Januari Februari

Guru menerangkan bahawa setiap pelekat mewakili 2 orang murid.Seterusnya guru menyoal murid .Berapakah pelekat yang diperlukan untuk seorang murid. Guru memberi bimbingan kepada murid dan menerangkan langkah yang perlu diingati semasa melukis pictogram. a) Pastikan semua pictogram mempunyai tajuk dan kekunci. b) Pilih gambar atau symbol yang mudah untuk dilukis. c) Tuliskan dengan jelas perwakilan symbol yang digunakan. d) Bilang bilangan symbol yang diperlukan untuk setiap data e) Gunakan keras graf untuk melukis pictogram agar symbol yang dilukiskan dengan kemas dan sekata.

Miskonsepsi seterusnya ialah carta pai yang mengelirukan.Terdapat murid yang tidak melukis dengan betul menyebabkan maklumat yang hendak disampaikan tidak jelas.Ini kerana dengan menggunakan pengetahuan tentang carta pai,kita dapat menafsir suatu carta pai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyediakan satu jadual seperti berikut:

Hasil sebuah ladang dalam tahun 2000.


Hasil Kuantiti ( ton metric ) Kobis Sayur manis Tembikai Teh Kacang soya Jagung 2100 720 360 1500 540 180

Berdasarkan jadual di atas,guru membimbing murid melukis carta pai mengikut langkah-langkah berikut:

1. Lukis bulatan

2. Tentukan saiz sudut sector

Jumlah hasil = 2100 + 720 + 360 + 1500 + 540 + 180 = 5400 ton metric

Saiz sudut sector bagi : Kobis = (

Sayur manis

Tembikai

Teh

Kacang

Jagung

3. Bahagikan bulatan mengikut saiz sudut sector

4. Labelkan sector-sektor itu

Sukatan kecenderungan memusat.Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat iaitu min,mod dan median.Min adalah purata satu kumpulan data.Min dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan membahagikannya dengan bilangan nombor tersebut.Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan perbandingan.Min juga berguna semasa mengira sisihan piawai dan skor sisihan.Mod pula ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan.Manakala median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan mmenaik atau menurun.Antara miskonsepsi yang sering berlaku ialah murid-murid tidak menghafal rumus dan maksud min,mod dan medium.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah memperkenalkan pendekatan altenatif seperti yang disyorkan oleh Cai et al (1995) iaitu dengan membenarkan pelajar untuk membina pemahaman kontekstual mengenai konsep sukatan kecenderungan memusat sebelum menggunakan algoritma biasa. Contoh : Dalam satu ujian Matematik,skor untuk 10 oarang pelajar adalah : 35, 42, 55, 67,75, 88, 90, 94, 96 dan 98. Kira min bagi 10 morang murid tersebut.

Miskonsepsi seterusnya ialah murid tidak tahu untuk memilih sukatan kecenderungan yang paling sesuai untuk konteks masalah.Pelajar tidak menggunakan setiap ciri matematik untuk membuat keputusan mereka.Murid lebih cenderung untuk memilih min kerana lebih mudah berbanding median.Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini ialah mengaitkan satu set data yang terdapat dalam kehidupan seharian pelajar.Guru juga perlu memperkenalkan konsep sukatan kecenderungan memusat dengan memberi contoh penggunaan min,seperti kos barangan harian,kehadiran sekolah,atau gred pencapaian subjek.Bahan maujud seperti kismis boleh digunakan sebagai konteks untuk bekerja dan berfikir tentang konsep kecenderungan memusat.

Sukatan serakan.Dalam sukatan serakan set data yang tersebar luas akan mempunyai nilai sukatan serakan yang lebih besar berbanding dengan set data yang berkumpul.Julat bermaksud perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam sesuatu set data.Julat juga mempunyai perbezaan antara titik tengah kelas tertinggi dengan titik tengah kelas terendah.Sisihan piawai pula menunjukkan sejauh mana nilai-nilai dalam suatu set data terkumpul sekitar nilai min set data berkenaan.Kuartil-kuartil bermaksud satu set data yang telah disusun sama ada dalam tertib menaik atau menurun.Miskonsepsi yang biasa terjadi dikalangan murid ialah murid mengganggap julat boleh digunakan dengan tepat bagi menentukan serakan bagi mana-mana satu set data.Sebenarnya, nilai julat tidak memberi gambaran yang tepat mengenai sebaran data itu.

Contoh : Perhatikan bagaimana skor-skor berikut disusun dalam taburan kekerapan dengan julat kelas sebanyak 5. . 33 22 14 32 27 31 17 12 16 34 24 20 22 29 64 48 22 27 33 16 13 52 26 19 30 14 36 18 72 37 40 23 27 27 44 51 21 24 31 20 92 12 13 32 22 19 29 82 28 7 6 15 24 23 5

Miskonsepsi terhadap sukatan serakan berdasarkan kuartil dan persentil juga sering berlaku di kalangan murid.Mereka mengganggap julat sesuai digunakan sebagai ukuran serakan jika min digunakan sebagai ukuran memusat.Ini kerana jika min digunakan sebagai ukuran memusat,maka ukuran serakan yang sesuai adalah sisihan piawai.Julat diantara kuartil sesuai digunakan selagi ukuran serakan hanya apabila median digunakan sebagai ukuran memusat. Contoh: Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian sains. Cuba kirakan sisihan piawai.

10

Rumusan

Sebagai seorang guru,kita haruslah peka terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran.Sebaik sahaja mendapati pelajar melakukan kesilapan,tugas guru ialah mencari sebab dan cara untuk mengatasi supaya dapat membetulkan kesilapan mereka.Aktiviti pengumpul data dan analisis data sangat penting untuk digunakan dalam semua aspek kehidupan seharian.Kita perlu mengumpul pelbagai data setiap hari,memadan dan menyusun.Seterusnya apabila seseorang itu bijak menyelesaukan masalah,mereka dapat menyusun maklumat terlebih dahulu dan membuat kesimpulan serta dapat membuat jangkaan mengenai situasi masa hadapan.Banyak pengalaman akan menjadikannya seorang yang lebih fleksibel.

11

BIBLIOGRAFI

1. Rosinah Edimin(2011), Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

2. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli Ab.Ghani (2012), Modul Asas Pengurusan Data. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. Statistik Asas (2012). Diperolehi pada Oktober 3, 2013 daripada http://www.amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/Statistik%20Asas.pdf 4. Perbincangan Statistik (2012). Diperolehi pada Oktober 5, 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Statistik

5. Sukatan Kecenderungan memusat (2012). Diperolehi pada Oktober 5, 2013 daripada http://pkukmweb.ukm.my/tangang/stab2003/Bab3/chapter3.htm

12

You might also like