You are on page 1of 11

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 2

PERKEMBANGAN DAN PEMEROLEHAN MATEMATIK

SINOPSIS

Perkembangan

dan

pemerolehan

matematik

perlu

difokuskan

dalam

pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan. Kefahaman ini dapat memudahkan guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Tajuk ini akan menjelaskan tahap perkembangan matematik murid,

menyatakan hieraki pembelajaran matematik, faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan matematik dan mengenal pasti masalah dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid pemulihan serta mencadangkan strategi yang sesuai untuk manangani masalah tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tahap kesediaan/perkembangan matematik murid. 2. Menyatakan hieraki pembelajaran matematik. 3. Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi penguasaan matematik serta masalah dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid pemulihan.

17

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK


KERANGKA TAJUK

Perkembangan dan pemerolehan Matematik

Tahap Perkembangan Matematik

Hieraki pembelajaran Matematik

Faktor -faktor yang mempengaruhi penguasaan matematik

Masalah dalam pembelajaran matematik murid pemulihan

Rajah 2.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan KANDUNGAN ISI 2.1 Tahap Perkembangan Matematik

2.1.1 Kesediaan Pembelajaran Matematik

Kesediaan pembelajaran matematik terbahagi kepada 3 jenis: kesediaan kognitif (perkembangan mental untuk menerima

rangsangan dan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada); kesediaan afektif (sikap dan minat terhadap matematik) dan kesediaan psikomotor (kesediaan fizikal).

2.1.2 Kesediaan Terhadap Nombor

Kesedaran

terhadap

konsep

nombor

terutama

dalam

kemahiran

menambah dan menolak boleh dilakukan dengan mengajar murid-murid ini menggunakan latihan seperti permainan papan nombor atau menggunakan perisian yang bersesuaian. 18

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 2.1.3 Kesediaan Terhadap Belajar Matematik Pada Tahap Tinggi

Pengetahuan dan kemahiran asas dikuasai sebelum belajar matematik tahap tinggi.

2.2

Hieraki Pembelajaran Matematik

2.2.1 Konkrit/Enaktif

Murid-murid perlu mempunyai pengalaman konkrit untuk memahami sesuatu konsep seperti memegang, meneroka bahan dan mengubah suai bahan. Pembelajaran pada peringkat ini memerlukan seseorang murid menggunakan kepada sesuatu objek konkrit atau objek sebenar bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Pada peringkat konkrit ini, pelbagai sensori digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Oleh itu, muridmurid yang melalui pembelajaran peringkat konkrit dapat menguasai sesuatu perkara atau konsep yang dipelajari dengan mudah menggunakan sesuatu objek konkrit atau sebenar. Contohnya, dalam pengajaran konsep nilai tempat, penggunaan blok-blok sebagai bahan bantu mengajar amat berkesan bagi membolehkan murid-murid memahami konsep nilai tempat menerusi bahan yang digunakan tanpa perlu membuat pengiraan secara membilang satu-satu.

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat perlu untuk mengajar konsep matematik. Pengajaran pemahaman secara konkrit perli diajar terlebih dahulu sebelum ke pengajaran beralih ke peringkat semi-konkrit dan abstrak. Guru perlu merancang dan menyediakan latihan-latihan yang menggunakan objek konkrit kepada murid-murid. Implikasi pengajaran dan pembelajaran seperti ini ialah: 19

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Membantu muid-murid yang pasif untuk belajar secara lebih bermakna menggunakan objek konkrit. Guru menyampaikan idea tentang sesuatu konsep dengan melibatkan pemahaman konkrit murid-murid. Melibatkan pemahaman konseptual dan prosedural dalam struktur yang dilaksanakan oleh guru.

Adalah penting bagi guru untuk mengetahui beberapa ciri asas yang berbeza pada setiap matematik manipulatif dan bagaimana perkara tersebut memberi kesan kepada murid yang bermasalah.

Terdapat dua jenis matematik manipulatif iaitu: Discrete=bahan/objek yang boleh dikira (murid, counting block, unifix cube, mainan dan sebagainya). Continuous= bahan yang digunakan bukan untuk tujuan pengiraan, tetapi digunakan untuk tujuan pengukuran (pembaris, alat penyukat, alat timbang dan sebagainya).

2.2.2 Semi konkrit/Ikonik

Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila murid-murid telah menguasai kemahiran matematik pada peringkat konkrit.

Pada peringkat semi konkrit, murid-murid yang telah menguasai peringkat objek konkrit akan diperkenalkan pula dengan gambar-gambar yang mewakili objek tersebut secara perlahan-laha/beransur-ansur. Penekanan diberikan pada penyesuaian simbol yang abstrak seperti nombor kepada objek di dalam proses penyelesaian masalah.

Oleh itu, maklumat yang guru sampaikan boleh diterima oleh murid-murid melalui pembacaan, melihat, mendengar dan menyentuh dalam aktiviti-aktiviti 20

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK seperti menulis, mengasingkan mengikut ciri-ciri tertentu, bertutur dan melukis. Gambar yang dilukis oleh murid-murid mewakili objek konkrit dalam

menyelesaikan masalah.

Apabila pelajar belajar melukis bagi sesuatu simbol yang abstrak kepada objek dalam penyelesaian masalah, pelajar berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik secara berdikari. Pelajar juga berasa lebih yakin apabila setiap masalah matematik dapat diatasi menerusi pembelajaran peringkat semikonkrit.

Secara tidak langsung, murid-murid dapat mengukuhkan pemahaman secara semi konkrit tentang sesuatu konsep adalah disebabkan kesamaan lukisan gambar-gambar dengan objek konkrit yang digunakan ketika

pembelajaran peringkat semi konkrit.

2.3

Faktor yang mempengaruhi penguasaan matematik

2.3.1 Internal/Dalaman

a) Faktor diri sendiri dan psikologi: Mempunyai masalah dalam mengingat Mempunyai masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi.

b) Masalah kurang kecerdasan mental Warisan daripada genetik ibu bapa Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan Kekurangan makanan yang berzat

21

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK c) Sikap Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai tidak berminat untuk belajar.

d) Masalah pengamatan seperti pendengaran, penglihatan, dan psikomotor

e) Fizikal ( makanan, keletihan, berpenyakit ) Makanan yang tidak mencukupi dan tidak berzat Murid yang cepat letih tidak mampu menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah Keletihan Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik Berpenyakit sehingga kerap tidak hadir ke sekolah mengakibatkan murid ketinggalan dalam pelajaran

f) Tidak menguasai bahasa pengantar Tidak boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa Inggeris.

g) Penempatan murid tidak sesuai: disleksia, lembam (slow learner)

2.3.2 Eksternal/Luaran

Faktor eksternal yang mempengaruhi penguasaan matematik murid-murid terbahagi kepada faktor sekolah, guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran.

a) Sekolah: Pihak pentadbir Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya 22

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid-murid pemulihan sebaliknya menumpukan perhatian kepada murid-murid UPSR

b) Guru Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia ada murid, tiada aktiviti pengukuhan Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan tidak sesuai Emosi tidak stabil, garang dan tidak sabar Kurang prihatin Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul Kurang berminat dalam bidang pemulihan Tiada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pemulihan Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara individu Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan

c) Ibu bapa Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku, dan sebagainya Tidak memberi dorongan Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak Sibuk dengan hal sosioekonomi Tidak memantau pergaulan sebaya anak Masalah rumah tangga

d) Suasana P & P Persekitaran P & P yang tidak ceria

23

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK e) Kurikulum (sukatan, buku teks) Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ murid-murid Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar Sukatan Pelajaran yang terlalu umum

f) Persekitaran (bilik pemulihan) Tempat tidak sesuai seperti di bawah tangga Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan

2.4

Masalah dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid pemulihan

2.4.1 Operasi Asas

tidak faham konsep/simbol tidak faham nilai tempat keliru dengan nombor yang hampir sama bentuk cepat lupa tidak ingat tidak faham ayat matematik Diskalkulia

2.4.2 Penyelesaian Masalah

tidak tahu menyelesaikan masalah tidak tahu prosedur menyelesaikan masalah

24

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 2.4.3 Fobia Matematik (mathophobia)

Ciri-ciri: tidak suka matematik, berasa tidak pasti/kurang yakin, pencapaian lemah, kurang minat dan sikap tidak ambil peduli. Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi keupayaannya dalam matematik

2.4.4 Memori

Tidak ingat Cepat lupa Masalah ingatan adalah bukti utama apabila murid mempamerkan kesukaran untuk mengingat asas operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid-murid mengalami masalah ingatan dari aspek penyimpanan maklumat. Dua prinsip bagi membantu murid untuk mengingat maklumat: imaginasi & asosiasi.

2.4.5 Metakognitif Diperlukan bagi sebarang penyelesaian masalah Berkaitan dengan keupayaan murid untuk memantau pembelajaran mereka: o menilai sama ada mereka belajar o menggunakan strategi apabila diperlukan o mengetahui sama ada strategi itu berjaya o membuat pertukaran apabila diperlukan.

25

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 2.4.6 Tanggapan Visual/Auditori

Tanggapan visual: o Kecelaruan pemprosesan visual atau perseptual merujuk kepada ketidakupayaan untuk menjana maklumat yang diperoleh dari mata. Ia melibatkan penglihatan atau ketepatan penglihatan. o Beberapa kesukaran yang dialami: hubungan ruang diskriminasi visual visual closure pengenalpastian objek (visual agnosia)

Tanggapan auditori o Kecelaruan pemprosesan auditori menghalang keupayaan individu untuk menganalisis maklumat yang diperoleh dari deria pendengaran.

2.4.7 Bahasa

Masalah bahasa berlaku apabila murid bermasalah menggunakan simbol matematik, menzahirkan konsep matematik kepada orang lain dan mendengar penjelasan tentang matematik.

Masalah juga berlaku semasa membaca atau menulis ayat penyelesaian masalah matematik.

26

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Melayari Internet (1 jam)

Melayari laman web berikut untuk mengumpul maklumat tentang masalah pembelajaran matematik dalam kalangan muird-murid pemulihan. Sediakan satu rumusan terhadap kefahaman anda tentang pra nombor dan menulis refleksi. http://www.basicconcepts.co.za/systematic.htm http://www.col.org/stamp/UpMath4.pdf http://s22318.tsbvi.edu/mathproject/ch1.asp

Latihan

1.

Huraikan faktor yang mempengaruhi penguasaan Matematik berserta

contoh yang sesuai.

Perbincangan ( 1 jam)

Dapatkan maklumat daripada internet dan bahan bacaan/sumber lain tentang masalah pembelajaran dalam kalangan murid pemulihan Matematik serta cadangkan strategi pengajaran yang sesuai untuk menangani masalah tersebut.

27

You might also like