You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT KALI KE-I SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA BIL 1/2013 Tarikh Masa

Tempat Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 6. : 05 Februari 2013 : 1.30 tgh : Makmal Komputer : En. Abd Razak Bin Rasdi En. Syed Badrutamam Bin Syed Junid Wan Halil bin Wan Chik Mohd Khairul Hakiminwizan bin Ali Mohd Khidir Bin Ngah En. Syed Azuan Mohd Sufian bin Che Zam - Guru Besar - GPK 1 - Penyelaras Bestari - Penyelaras Pusat Akses - AJK - AJK - Juruteknik FT17

Laporan Mesyuarat 1.

Ucapan Pengerusi 1.1 1.2 Guru Besar memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al-Fatihah. Beliau melahirkan rasa bangga dan syukur kerana program-program melibatkan ICT SKDC telah berjalan dengan baik. Ini disebabkan oleh SKDC mempunyai beberapa orang guru dan kakitangan yang pakar dalam bidang ICT. Beliau juga berharap agar Jawatankuasa ICT dapat meneruskan agenda ICT dengan kelebihan kemahiran yang ada serta prasarana yang agak lengkap. Oleh itu semua ahli jawatankuasa diharap memajukan ICT. sentiasa berusaha ke arah

1.3

1.4 1.5 1.6

Penyelenggaraan adalah sangat penting bagi memastikan semua peralatan sentiasa dalam keadaan baik. Ianya perlu dijalankan secara berterusan. Sekolah perlu sentiasa merujuk laman web PPD, JPN dan KPM untuk mencari dokumen-dokumen yang berkaitan.

2.

Jawatankuasa ICT 2013 2.1 GPK1 menyenaraikan JK ICT untuk sesi 2013: - Pengerusi : Guru Besar - Naib Pengerusi : Penolong Kanan 1 - Setiausaha : Mohd Sufian Che Zam - Penyelaras Makmal Komputer/ : Wan Halil Wan Chik Penyelaras Bestari - Penyelaras Pusat Akses : Mohd Khairul Hakimin Wizan Ali - AJK : Mohd Khidir Bin Ngah Syed Mohd Azuan

3.

Laporan Jawatankuasa 3.1 Makmal Komputer 3.1.1 Encik Wan Halil memberitahu komputer yang rosak sistem telah pun dibaikpulih, namun begitu masih terdapat yang tidak boleh digunakan kerana aksesori seperti papan kekunci dan tetikus mengalami kerosakan. Buat pada masa sekarang penggunaan makmal komputer adalah pada tahap minimum kerana terdapat beberapa pc yang tidak lengkap peralatannya. Beliau juga meminta Encik Sufian membuat penyelenggaraan dan format semua PC untuk penggunaan sesi 2013. En. Sufian menyatakan penyelenggaraan telah dibuat pada masa cuti sekolah yang lepas tetapi disebabkan terdapat beberapa alat yang rosak maka komputer tidak dapat berfungsi dengan baik. Encik Wan Halil menyatakan bahawa talian akses internet telah ditukar kepada YES. Yes telah membekalkan 4 zoom untuk kegunaan sekolah. Zoom tersebut diletakkan di pejabat, makmal komputer serta bilik guru dan 1 lagi adalah sebagai simpanan. Encik Wan Halil turut memberitahu bahawa sistem penghawa dingin masih belum sempurna dimana ia perlu diselenggara kerana penghawa dingin ada kalanya sejuk dan ada kala tidak. Beliau memberitahu bahawa buku rekod penggunaan makmal hendaklah digunakan. Network dan pencetak tiada masalah.

3.1.2

3.1.3 3.1.4

3.1.5

3.1.6

3.1.7 3.1.8

3.2

Pusat Akses 3.2.1 Encik Hakimin menyatakan bahawa terdapat 2 PC mengalami masalah sistem pengoperasian dan sebuah pencetak telah kehabisan toner. Encik Hakimin juga menyatakan bahawa Pusat Akses kurang digunakan oleh murid-murid. Beliau berharap agar perkara ini perlu diberi perhatian. Beliau juga turut menaik taraf prasarana pusat akses. Beliau telah membuat pendawaian semula dan membaiki kipas di dalam bilik tersebut. Sumber adalah daripada beliau sendiri. GPK1 meminta JK membuat kemaskini dan semakan supaya nampak seperti Pusat Akses yang sebenar mengikut keperluan dan kehendak asal. Pusat akses telah diletakkan zoom iaitu zoom simpanan tetapi tidak boleh digunakan kerana ia telah disekat oleh pihak pengurusan YES. Pihak YES menyatakan bahawa zoom itu tidak boleh digunakan kerana ia adalah simpanan jika salah satu zoom yang dibekalkan rosak.

3.2.2

3.2.3

3.2.4

3.2.5

4.

Perancangan Aktiviti 4.1 Encik Wan Halil memberiitahu bahawa program ICTL boleh mula dilaksanakan dan jadual tidak diberi kerana kekangan masa dan pertindihan waktu. Oleh itu adalah lebih baik guru menempah bilik jika ingin digunakan. Beliau turut memberitahu makmal komputer boleh ditempah secara lisan selain menelefon beliau. GPK1 meminta agar JK Pusat Akses dapat merancang program untuk kepentingan pelajar. GPK1 mencadangkan agar satu bengkel ICT dapat dibuat selepas UPSR nanti. GPK1 juga meminta JK agar sentiasa bersedia untuk penilaian dari pihak tertentu. Dokumen-dokumen dan stok perlu sentiasa kemas.

4.2 4.3

4.4 4.5 5.

Keceriaan 5.1 Encik Wan Hail memberitahu yang makmal komputer memerlukan kain langsir dan pewangi. Beliau akan memohon peruntukan daripada bayaran khas daripada PIBG.

6.

Hal-hal lain 6.1 Guru besar menyatakan bahawa pada ketika ini tiada peruntukkan bagi penyelenggaraan makmalkomputer. Tiada peruntukkan daripada PIBG kerana yuran masih belum di kutip. Namun begitu beliau akan cuba usahakan untuk mendapat peruntukkan daripada sumber yang lain. Beliau berharap walaupun keadaan dan fungi makmal komputer dalam keadaan yang kurang baik tetapi beliau berharap guru-guru dapat memanfaatkan sebaik mungkin. GPK1 mengucapkan syabas kepada JK ICT atas pencapaian selama ini dan mengalu-alukan semua JK untuk berjumpanya semasa ketiadaan GB sekiranya mempunyai masalah. GPK1 memberitahu bahawa kesepakatan JK akan memberi manfaat kepada semua. Guru Besar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru dan berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan jayanya. Beliau mengakhiri mesyuarat dengan membaca surah Al-Asr.

6.2

6.3

6.4 6.5

Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, ( Mohd Sufian Che Zam ) Setiausaha Jawatankuasa Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka

You might also like