You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA HARI SUKANEKA PRASEKOLAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS TAHUN 2013

Tarikh Hari Masa Tempat HADIR Zuraida Binti Muhammad Aidamalina Binti Md Janor Aimy Nadiyah Binti Abdul Khalil Azllin Binti Shahri Juliana Binti Yatim Khuzaifah Binti Mat Tajudin Lilissuriyani Binti Hj Rajab Mashunizalwa Binti Sarmin Maslinda Binti Bedin TIDAK HADIR Afifah Auni Binti A. Rahman Ajibah Binti Gapor Mohd Khairul Azwan Bin Yakob Mohd Tarmizi Bin Ghazali Nazriha Binti Bahari Noor Hizami Binti Samsuddin Nurul Amilin Binti Kamaruddin Omarulaill Azmi Bin Majid Rohayidah Ernnietah Bt Sabturani Siti Asmah Binti Ahmad Mahmud Wan Azlida Salwa Binti Wan Ali Noraishah Binti Idris Norhaslina Binti Jamil Norshuhada Binti Yunus Nur Hafizah Binti Mohd Yusof Nurul Akma Binti Abd Samad Rohana Binti Mohd Radzi Sabariah Binti Taufikul Rahman Siti Maimunah Hani Binti Said : 2 Mei 2013 : Khamis : 2.00- 3.00 petang : Prasekolah IPIK

1.0

Perutusan Pengerusi Pengerusi iaitu Guru Prasekolah Puan Aznee, memulakan agenda dengan memberi salam dan membaca surah Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru pelatih yang menghadiri perjumpaan Program Sukaneka Prasekolah IPIK 2013.

2.0

Perkara-Perkara Berbangkit Tiada.

3.0

Perkara Baru 3.1 Perlantikan AJK Program Sukaneka IPIK 2013 Pengerusi melantik Ketua Kelas KG 3.4, Omarulail Azmi Bin Majid sebagai Ketua Program dan Noraishah Binti Idris secara sukarela menjadi Setiausaha Pengerusi menerangkan tentang senarai bidang tugas AJK Pelaksana Sukaneka Prasekolah IPIK 2013. 3.2.1 AJK Sambutan/ Pendaftaran : i. menyediakan borang kehadiran murid dan penyertaan acara ibu bapa ii. menyambut kehadiran tetamu VIP dan ibu bapa iii. menyediakan dan mengedarkan brosur aturcara Brosur VIP adalah berwarna sebanyak 10 helai dan lain-lain menggunakan warna hitam dan putih dengan bilangan 40 helai. AJK hendaklah berjumpa dengan Puan Aznee untuk mengambil senarai nama murid-murid, ibu bapa dan VIP. iv. mendaftarkan kehadiran murid-murid dan penyertaan ibu bapa dalam acara permainan. 3.2.2 AJK Pembukaan dan Penutupan : i. menjadi pengacara dan pemudahcara majlis hendaklah menyediakan teks ucapan dan teks doa kemudian diserahkan kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan untuk disemak. Tindakan : Sebelum 18 Mei 2013 ii. iii. 3.2.3 memastikan kelancaran acara perbarisan memastikan kelancaran sepenuhnya program

3.2

AJK Peralatan : i. memerlukan 2 orang untuk mengetuai bahagian ini. ii. perlu menyenaraikan peralatan yang diperlukan bagi setiap permainan. iii. menyediakan peralatan yang lengkap iv. menyelenggarakan peralatan selepas tamat acara permainan

3.2.4

AJK Acara Permainan dan Kehakiman i. meneliti peraturan setiap permainan ii. memberi taklimat peraturan kepada peserta dan pengadil iii. memastikan acara permainan di jalankan mengikut masa yang ditetapkan iv. menyediakan borang keputusan v. menyediakan borang pengadilan, peraturan permainan secara bertulis vi. memastikan peralatan di simpan selepas program vii. menjadi pengadil untuk permainan viii. Pengerusi menyatakan bahawa acara yang akan dipertandingkan adalah sebanyak 3 acara bagi murid-murid dan 2 acara bagi ibu bapa. Guruguru pelatih perlu mencari dan memilih acara yag sesuai. Tindakan : semua Guru Pelatih Prasekolah AJK Siaraya i. menyediakan sistem siaraya yang lengkap dan berfungsi ii. mendokumentasikan program iii. memerlukan 2 orang AJK untuk dokumentasi gambar dan laporan iv. menyediakan CD lagu Negaraku, perbarisan, persembahan dan lagu selingan Tindakan : Persembahan Auni Afifah dan Norhaslina AJK Persiapan tempat, kebersihan an keselamatan i. menyediakan meja hadiah dan meji urusetia ii. menyediakan dekorasi tempat dan gelanggang permainan iii. menyediakan kerusi VIP iv. menyediakan peti pertolongan cemas Aida Malina mencadangkan bahawa persiapan tempat melibatkan semua Pelatih Guru Prasekolah Tindakan : 17 Mei 2013

3.2.5

3.2.6

3.2.7

AJK Jamuan i. menghidangkan makanan kepada VIP. Meja bulat diambil dari bilik bunga raya ii. menyediakan minumam ringan iii. memastikan kebersihan tempat jamuan sebelum dan selepas jamuan iv. makanan port luck akan dibawa oleh ibu bapa, dan di tempah dari kafeteria v. perlu memasak air sebelum program bermula

3.2.8

AJK Hadiah dan Cenderamata i. membalut hadiah dan hamper oleh semua Pelatih Guru Prasekolah Tindakan: 16 Mei 2013 ii. menyenaraikan bilangan hadiah mengikut kategori permainan iii. menyediakan cenderamata VIP iv. menyusun hadiah mengikut kategori acara v. memastikan acara penyampaian hadiah berjalan lancar vi. AJK Sambutan membantu AJK Hadiah untuk kelancaran acara

3.2.9 AJK Rumah Sukan i. berperanan sebagai pembawa bendera rumah sukan semasa perbarisan ii. memastikan murid sedia semasa perbarisan iii. mengawal disiplin murid sepanjang majlis iv. mempersiapkan murid semasa menerima hadiah 4.0 Hal-hal Lain 4.1 Puan Aznee yang bertindak sebagai pengerusi berharap agar guru pelatih prasekolah yang akan dilantik oleh ketua dan penolong kelas akan menerima tugas-tugas yang diberi dengan ikhlas dan menjalankan tugas tersebut dengan bersungguh-sungguh. Tindakan : Semua guru pelatih Prasekolah

5.0

Penutup 5.1. Perjumpaan ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

5.2 Perjumpaan yang berikutnya akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

You might also like