You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio
saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “...”. Folio yang ini amat penting buat saya
memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua Maktab
Rendah Sains MARA Pontian, Tuan “...” kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan
semangat kepada semua pelajar.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, “...” kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek
saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta
membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir
hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan
kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan
kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai
projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

You might also like