You are on page 1of 4

MINIT MESYUARA AHLI JAWATANKUASA HARI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU UDA

TARIKH MASA TEMPAT

: 21 JULAI 2007 : 10.15 PAGI : BILIK MESYUARAT SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU UDA

KEHADIRAN : 20/21 AGENDA 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Guru Besar Sekolah Kebangsaan Uda selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh saudari Siti Nur Aishah selaku Naib Bendahari dan disokong oleh saudara Mohd Asraf selaku AJK Pengacaraan. 3.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 3.1 Objektif sukan tahunan sekolah adalah bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi kurikulum malah cemerlang dalam kokurikulum.

4.0 AGIHAN TUGAS MENGIKUT BIRO 4.1 LAPORAN BIRO KEHAKIMAN 4.1.1 Saudara Khairul Anam membentangkan syarat-syarat dan peraturan kejohanan yang bakal dilangsungkan. 4.1.2 Semua pengadil telah dilantik. 4.2 LAPORAN BIRO PENGADILAN 4.2.1 Saudara Luqmanulhakim selaku ketua pengadilan melantik pembantu-pembantu pengadil dari kalangan guru-guru lain. 4.3 LAPORAN BIRO PUBLISITI 4.3.1 Saudara Fatahulhanif telah menampal poster-poster iklan di setiap blok akademik. 4.3.2 Bina kejohanan telah disiapkan dan akan digantung dalam minggu ini dan biro meminta wang daripada bendahari untuk membayarnya. 4.4 LAPORAN SIARAYA 4.4.1 Saudari Siti Aisyah selaku ketua Biro Siaraya melaporkan bahawa beberapa mikrofon telah rosak. 4.4.2 Kekurangan kelengkapan yang diperlukan contohnya seperti pembesar suara, projector dan lain lain lagi.

4.5 LAPORAN PENGANGKUTAN 4.5.1 Saudara Fitri selaku ketua Pengangkutan melaporkan bahawa empat buah bas telah disediakan untuk ke stadium. 4.5.2 Penempahan bas telah disahkan oleh Guru Besar dan badan kokurikulum. 4.6 LAPORAN MAKANAN 4.6.1 Saudari Nurul Satiqah telah menempah makanan untuk pelajar, peserta dan guru pengiring yang hadir. 4.7 LAPORAN KEBAJIKAN 4.7.1 Saudari Norazlina telah memberitahu bahawa kebajikan para peserta dan pelajar terjamin semasa berlangsungnya kejohanan. 4.8 LAPORAN TUGAS KHAS 4.8.1 Saudari Noraiza telah berjanji bahawa beberapa orang wakil daripada agensi-agensi swasta akan menaja kejohanan sukan peringkat sekolah pada kali ini. MESYUARAT DITANGGUNGKAN PADA JAM 12.44 TENGAHARI. YANG MENJALAKAN TUGAS, ---------------------------------------(FATIN SHUHAIDA BTE YUSRI) SETIAUSAHA, KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN, SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU UDA.

DISAHKAN OLEH, ---------------------------------------(MOHD SHUKRI BIN MUSA) PENGERUSI. KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN, SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU UDA.

You might also like