You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Sains Tulen, Sek. Men. Keb. Taman Indah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan. Bil.

1/2013 Tarikh Masa Tempat : 10 Januari 2013 : 3.15 ptg : Makmal Komputer

Kehadiran: 1. Pn. Tengku Hapizah binti Raja Hamzah 2. Pn. Ramlah Mat Junus 3. Pn. Rosmarina Mohd Yusoff 4. Pn. Norhasidah bt Ismail 5. En. Murali a/l Mookiah

- Pengerusi (Ketua Panitia) - GKMP Sains dan Matematik

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat Panitia Sains Tulen kali pertama bagi tahun 2013. Ahli mesyuarat telah bersetuju melantik Pn. Rosmarina Mohd Yusoff sebagai Setiausaha baru. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 Pn. Ramlah mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan dan cadangannya disokong oleh Pn. Rosmarina. Tindakan: Setiausaha 3.0 Perkara Berbangkit 12.2 Pn. Ramlah telah membawa masalah berkaitan dengan peti besi tempat simpanan projector LCD yang tidak dapat dibuka ke Mesyuarat Pengurusan. Setakat ini bilangan projector LCD mencukupi dan berada di 7 lokasi iaitu Makmal 1, Makmal 2, Makmal 3, Makmal Kimia, Makmal Fizik dan Makmal Biologi dan satu lagi dibolehkan untuk mana-mana guru untuk menggunanya. Tindakan: Semua guru 4.0 Audit Akademik SPM 2013 4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa TOV pelajar bagi tahun 2013 diambil berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Ujian Diagnostik yang diadakan adalah bertujuan sebagai latihan pemanasan bagi pelajar Tingkatan 5 dan juga untuk membuat penyelarasan dengan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun supaya ETR yang lebih realistik dapat dibuat. Tindakan: Semua Guru

4.2

9 orang pelajar dari kelas 5 Sains yang di target untuk mendapat keputusan cemerlang bagi subjek Sains Tulen adalah selari dengan target sekolah. Pelajar tersebut adalah seperti berikut: 1. Foo Chin Ying 2. Yap Li Jun 3. Goh Yen Sin 4. Chan Jun Xian 5. Ngo Tek Horng 6. Abilashini a/p Mahendra Moorthi 7. Cheong Woan Shin 8. Low Chia Sean 9. Bakavathy a/p Saravanan Sasaran GPMP 2013 Mata pelajaran Fizik Kimia Biologi

4.3

Sasaran GPMP 2013 5.45 5.45 4.53 Tindakan: Guru Mata pelajaran

5.0 Perancangan Strategik Panitia 5.1 Pengerusi menerangkan bahawa Ketua Panitia akan mengkaji Perancangan Strategik Panitia 2012. Jika ada sebarang perubahan akan diperbaiki untuk tahun 2013. Ketua Panitia juga akan menyiapkan Pelan Taktikal dan hantar kepada Ketua Bidang. Tindakan: Pn. Tengku Hapizah 5.2 Bagi perancangan tahun 2013, Pelan Taktikal akan ditambah dengan Minggu Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat yang dijangka akan diadakan pada penghujung bulan April. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut: 5.2.1 Pertandingan mereka cipta payung terjun Tindakan: En. Murali 5.2.2 Pertandingan Teka Silang kata Tindakan: Pn. Rosmarina 5.2.3 Kuiz Sains Tindakan: Pn. Ramlah 5.2.4 Pertandingan Saintis Muda Tindakan: Pn. Tengku Hapizah 5.2.5 Science Show Tindakan: Pn. Mazita 5.2.6 Pertandingan Membina Movie Maker Pencemaran Alam Tindakan: Pn. Norhasidah

6.0 Pembelajaran dalam pengajaran 6.1 Pengerusi mendapatkan maklumbalas daripada guru matapelajaran tentang bahasa pengantar, Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian dan juga bahasa yang digunakan untuk membuat soalan dan mendapat maklum balas daripada semua guru mata pelajaran. Tindakan: Guru mata pelajaran 6.1.1 Kimia Pn. Ramlah memaklumkan bahawa bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Kimia Tingkatan 4 & 5 adalah dwibahasa. Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian adalah dalam Bahasa Inggeris. Soalan ujian dan peperiksaan adalah dalam Bahasa Inggeris. Tindakan: Pn. Ramlah 6.1.2 Biologi Tingkatan 5 Pn. Tengku Hapizah memaklumkan bahawa bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Biologi Tingkatan 5 ialah Bahasa Inggeris. Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian adalah dalam Bahasa Inggeris. Soalan ujian dan peperiksaan adalah dalam Bahasa Inggeris. Tindakan: Pn. Tengku Hapizah 6.1.3 Biologi Tingkatan 4 Pn. Rosmarina memaklumkan bahawa bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Biologi Tingkatan 4 adalah dwibahasa. Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian adalah dalam Bahasa Inggeris. Soalan ujian dan peperiksaan adalah dalam Bahasa Inggeris Tindakan: Pn. Rosmarina 6.1.4 Fizik En. Murali memaklumkan bahawa bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Fizik Tingkatan 4 & 5 adalah dwibahasa. Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian adalah dalam Bahasa Inggeris. Soalan ujian dan peperiksaan adalah dalam Bahasa Inggeris. Tindakan: En. Murali 6.1.5 ICTL Pn. Norhasidah memaklumkan bahawa bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek ICTL adalah dwibahasa. Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian serta modul adalah dalam Bahasa Inggeris. Soalan ujian dan peperiksaan adalah dalam Bahasa Inggeris. Tindakan: Pn. Norhasidah

7.0 Ujian dan Peperiksaan 7.1 Pengerusi mendapatkan maklum balas daripada semua guru mata pelajaran tentang penyedia soalan dan guru mata pelajaran memberikan maklum balas. Subjek Penyedia soalan Fizik En. Murali Kimia Pn. Ramlah Biologi Tingkatan 5: Pn. Tengku Hapizah Tingkatan 4: Pn. Rosmarina Tindakan: Guru Matapelajaran 8.0 Anggaran Belanja Mengurus Panitia 8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa anggaran belanja adalah seperti tahun lepas. Ketua Panitia masih menunggu edaran dari Ketua Kerani untuk butiran lanjut. Tindakan: Ketua Panitia 9.0 Hal-hal Lain 9.1 Pn. Ramlah mengedarkan edaran daripada PPD. Merujuk kepada edaran PPD perkara 4 di bawah tajuk Postmortem, JSU atau analisis item akan mula dibuat pada bulan Mac. Tindakan: Semua guru 9.2 Penulisan Fail Meja Pn. Ramlah mengedarkan borang Fail Meja dan menerangkan format penulisan fail meja yang betul kepada semua guru. Tindakan: Semua guru Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.40 petang.

Disediakan oleh, Rosmarina Mohd Yusoff Setiausaha Panitia Sains SMK Taman Indah

Disemak oleh, .. Pn. Tengku Hapizah bt Raja Hamzah Ketua Panitia Sains Tulen SMK Taman Indah

You might also like