You are on page 1of 3

SMK TAMAN INDAH , TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI KEDUA TAHUN 2013 Tarikh : 22 Mei 2013 Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran 1. 2. 3. 4. En. Hamzah b. Hj. Abd. Hamid ( GKMP Kemanusiaan) Pn. Rohani Mohd Yunus ( Ketua Panitia ) Pn. Fatimah Zaharah bt Mohd kadzri Pn Rosmarina bt Mohd Yusoff

Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Ucapan aluan dan terima kasih ke atas kehadiran guru ke mesyuarat kali kedua. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu 1.1 Dicadangkan oleh Pn. Rosmarina dan disokong oleh Pn. Fatimah Zaharah. Tindakan : Setiausaha

2.0 Perkara berbangkit 6.0 Pn. Rohani memaklumkan guru supaya memberitahu murid membeli jangka sudut di koperasi sekolah untuk kegunaan semasa peperiksaan dan ujian. Ramai murid tiada jangka sudut dan ini menyebabkan murid selalu salah menjawab soalan bahagian kemahiran geografi. Tindakan: Semua guru 4.0 Audit Akademik 4.1 Ujian Selaras 1 2013 4.1.1 Tingkatan 3 Amanah 4.1.1.1 Sikap murid pada tahun ini sangat teruk jika dibandingkan dengan murid tahun lepas. 4.1.1.2 Murid yang mempunyai Gred C juga boleh ditingkatkan kea rah yang lebih baik jika murid mempunyai kesedaran lebih awal 4.1.2 Tingkatan 3 Bersih 4.1.2.1 Murid tidak mempunyai sejarah kesalahan disiplin, maka mereka boleh dibimbing dan dibentuk untuk mengikut pembelajaran dan pengajaran dengan baik kerana mereka sering menunjukkan sikap yang positif semasa guru mengajar. 4.1.3 Tingkatan 3 Cekap 4.1.3.1 Penguasaan B. Melayu terutamanya bagi murid Cina dan India agak teruk dan ada yang tidak memahami teks/kandungan Geografi. 4.1.3.2 Kelas ini terdiri daripada majority murid yang kurang minat untuk meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam Geografi. 4.1.4 Tingkatan 2 Amanah 4.1.4.1 Bilangan murid yang mendapat B dan C boleh dilonjakkan untuk mendapat A terutamanya murid yang rajin berusaha dan menunjukkan minat yang baik dalam subjek Geografi. 4.1.4.2 Murid sentiasa menunjukkan sikap yang positif semasa guru mengajar.

4.1.5 Tingkatan 2 Bersih 4.1.5.1 Kelas ini terdiri daripada majoriti murid yang tiada minat untuk belajar dan murid Cina sering membuat bising semasa guru sedang mengajar. 4.1.5.2 Beberapa orang murid boleh berada di tahap yang lebih baik jika focus semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung. 4.1.6 Tingkatan 2 Cekap 4.1.6.1 Hanya 23 orang murid yang lulus dalam Ujian Selaras 1. 4.1.6.2 Kelas ini terdiri daripada murid yang kurang minat belajar dan majority murid gagal dalam banyak mata pelajaran. Walau bagaimanapun keputusan ini masih boleh dipertingkatkan lagi dengan memberi banyak latihan kepada murid tersebut. 4.1.7 Tingkatan 1 Amanah 4.1.7.1 Penglibatan murid aktif dan bersemangat tinggi 4.1.7.2 Murid gemar nota yang berbentuk peta minda yang ringkas 4.1.7.3 Sebahagian murid mampu mendapat A dalam mata pelajaran Geografi kerana mereka menunjukkan minat yang baik 4.1.8 Tingkatan 1 Bersih 4.1.8.1 Terdapat beberapa orang murid Melayu yang gemar bercakap semasa guru sedang mengajar 4.1.8.2 Murid Cina dan India lemah dalam mata pelajaran Geografi kerana kesukaran menguasai Bahasa Melayu/ terma tertentu dalam subjek Geografi. 4.1.9 Tingkatan 1 Cekap 4.1.9.1 Kebanyakan murid Tingkatan 1 Cekap merupakan murid Peralihan tahun lepas. Terdapat sebahagian murid Cina dan India tidak tahu membaca, tidak memahami kehendak soalan dan tiada minat untuk belajar. 4.1.9.2 Kerap kali berlaku guru perlu memanggil seorang murid Cina/India untuk menterjemahkan apa yang diajar oleh guru dalam bahasa ibunda mereka. Tindakan: Makluman 5.0 PBS 5.1 Pn. Rohani mengingatkan kepada semua guru yang mengajar Tingkatan 1 dan 2 supaya sentiasa semak eviden PBS yang telah dibuat bersama-sama murid 5.2 Guru PBS perlu memasukkan markah secara online apabila Sistem SPPBS dibuka oleh Lembaga Peperiksaan Tindakan: Guru PBS Tingkatan 1 dan 2

6.0 Pemantauan PdP dan buku latihan 6.1 Puan Rohani menegaskan pemantauan perlu dilakukan mengikut jadual untuk markah SKPM dan pemantau diminta menulis komen di ruang belakang buku rekod guru yang telah dipantau. 6.2 Puan Rohani juga menegaskan buku nota dan latihan juga perlu dihantar mengikut jadual untuk penyemakan. 6.3 Pemantauan PdP akan bermula pada penggal kedua selepas tamat cuti persekolahan Tindakan : Semua guru 7.0 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 7.1 Maklumat Peperiksaan Pertengahan Tahun masih belum diketahui kerana kebanyakan guru masih dalam proses penandaan lagi. Tindakan : Semua guru

8.0

Kewangan Panitia 8.1 Pn. Rohani menyatakan bahawa sehingga 30 April 2013 , baki kewangan adalah RM492.50. 8.2 Peruntukan panitia telah dibelanjakan dengan membeli 8.2.1 CD soalan Tingkatan 1 8.2.2 Marker white board 8.2.3 Kertas mahjung Tindakan : Ketua Panatia Hal-hal lain 9.1 Pn. Rohani menyatakan rasa kesal kerana kedatangan murid pada kelas tambahan petang sangat-sangat mengecewakan kerana hanya beberapa orang murid sahaja yang hadir. Beliau berharap pihak pentadbir sekolah akan mengadakan perjumpaan dengan semua guru yang mengajar kelas tambahan petang untuk bertanyakan tentang sebarang masalah yang dihadapi dengan murid berkaitan kedatangan dan tingkah laku murid tersebut. Tindakan: Ketua Bidang 9.2 En. Hamzah menyatakan bahawa setiap guru perlu membudayakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) daripada sekarang dan guru yang menyediakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dikehendaki membuat JSU mengikut format yang telah diedarkan. Beliau juga menegaskan bahawa terdapat perubahan jadual waktu guru pada penggal persekolahan kedua. Tindakan : Semua guru

9.0

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.50 petang .

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(Pn. Rosmarina Mohd Yusoff) Setiausaha Panitia Geografi

.. (Pn. Rohani Mohd Yunus) Ketua Panitia Geografi

You might also like