You are on page 1of 31

Isi kandungan

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 `5 16 Perkara Pengenalan Sub tugasan 1 Definisi dan konsep Sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia Perundangan berkaitan pendidikan khas Jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas Khidmat sokongan untuk kanak-kanak berkeperluan khas Sub tugasan 2 Autisme Sindrom Down Masalah Pendengaran Disleksia Palsi Serebral Rumusan Refleksi Rujukan Muka surat 2 3 4 5 9 11 12 15 16 18 21 23 25 28 29 31

1.0 Pengenalan Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rohana Lat kerana banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau agak sukar untuk saya menyiapkannya dengan baik. Tugasan ini terbahagi kepada tiga sub tugasan iaitu sub tugasan pertama adalah pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak berkeperluan khas dan pendidikan khas. Sub tugasan kedua pula adalah mengenai 5 kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang telah dipilih dan dihuraikan dari beberapa aspek seperti yang dikehendaki oleh soalan. Manakala, sub tugasan ketiga pula adalah penghasilan buku panduan sebagai rujukan khususnya ibu bapa, guru dan sesiapa yang berminat mengenai kanak-kanak berkeperluan khas. Objektif tugasan ini adalah untuk mengumpul maklumat mengenai sejarah

perkembangan dan perundangan berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Tugasan ini juga bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai khidmat sokongan yang disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia dan bagaimana kolaborasi pelbagai pihak berlaku di Malaysia. Selain itu, bagi menghuraikan isu dan trenda dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dan juga mengenal pasti kategori dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. Akhir kata, saya berharap tugasan yang disiapkan ini telah memenuhi kehendak soalan. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang saya melaksanakan tugasan ini

terutamanya rakan sekelas.

2.0 Definisi dan konsep 2.1 Definisi dan Konsep Kanak-kanak Berkeperluan Khas Berdasarkan pandangan Jamila K.A. Mohamed (2005), kanak-kanak khas adalah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas yang juga disebut kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya ataupun kanakkanak cacat. Istilah kanak-kanak cacat jarang digunakan pada masa kini berbanding pada masa lampau atas faktor sensiviti. Menurut Jamila K.A. Mohamed (2005), kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek yang berbeza ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Menurut Kirk (1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan mengubahsuai program pendidikan. Ini akibat dari keadaan yang ada pada mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran dalam cara biasa ataupun meletakkan mereka jauh ke hadapan dan bosan dengan apa yang diajar (dalam Jamila K.A. Mohamed (2005)). 2.2 Definisi dan Konsep Pendidikan khas Menurut Jamila K.A. Mohamed (2005), pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Menurut Shahabuddin Hashim et.al (2003), pendidikan khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia yang bersifat luar biasa. Salvin (1997) pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditunjukkan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti

kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa di kelas (dalam Shahabuddin Hashim et.al (2003). 3.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia Berdasarkan buku Open Universiti Malaysia (OUM) (2006), pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam

memperkembangkan pendidikan khas. Jadual 3.1: Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas Tahun 1926 1931 1948 1953 1954 1958 1962 Peristiwa Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka. Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas ke Pulau Pinang Pembukaan Sekolah Rendah Buat Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan kebajikan Masyarakat di Johor Bahru. Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan

Menengah) di Pulau Pinang Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM) Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah

Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah. Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas. Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu. - Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Kurang Upaya Penglihatan, Setapak.

1963

1977

1978

- Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan sistem Kod Tangan Bahasa Melayu. - Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran.
5

1979 1983 1984 1987 1988 1994 1995

Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan. Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille Al-Quran. Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille,

Kementerian Pendidikan. Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam. Permulaan Kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran. Pembukaan Kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah. Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan.

Pendidikan khas formal di Malaysia bermula pada tahun 1948 untuk masalah penglihatan dengan penubuhan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru. Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran pula, pada tahun 1954, Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang ditubuhkan. Program pemulihan bagi pelajar lembam atau lemah menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, perkembangan pendidikan khas di Malaysia tertumpu pada kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

3.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara

Jadual 3.2: Tarikh-tarikh penting perkembangan masalah pembelajaran

Tahun

Peristiwa - -Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20

1988

orang murid dan tiga orang guru terlatih). - Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah - Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang

1990

murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji. - Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya.

1991

- - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. --Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah

1992

Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat. - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti

1993

Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.

1995 1996

- Pendidikan Inklusif bermula. Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul,

Kuala Lumpur - Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah

pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah 2006 pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

4.0 Perundangan berkaitan pendidikan khas Berdasarkan buku Jamila K.A. Mohamed (2005): Pada masa ini, pendidikan khas di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diberi tanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan mengenal pasti kanakkanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian Pendidikan mengadakan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)1997. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Akta Pendidikan 1996 juga menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu: Jika dia mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung pada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan .

4.1 Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas di Luar Negara Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta
9

Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act). Berdasarkan ayat yang dipetik dari buku Thomas K. Fagan & Paul G. Warden: Public Law 94-142 mandated services for children ages three to twenty-one who had been identified with the following disabilities: mental retardation; hearing impairment, including deafness, speech and language impairment, visual impairment, including blindness, serious emotional disturbance, other health impairment, specific learning disability, and multihandicapped (two or more disabilities). These children also must require special education and related services.

Ini bermaksud PL 94-142 menjamin bahawa individu yang berada dalam lingkungan umur 3 hingga 21 tahun yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan di atas akan menerima pendidikan khas yang percuma. Pada tahun 1990, PL 94-142 telah diberi nama baru iaitu Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Undang-undang ini menunjukkan betapa pentingnya hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah: Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive environment). Kanak-kanak dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.
10

5.0 Jenis-jenis Kanak-kanak Berkeperluan Khas Di Malaysia, pendidikan murid berkeperluan khas diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Jabatan Pendidikan Khas, murid berkeperluan khas terbahagia kepada murid bermasalah penglihatan,

bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. 5.1 Masalah Pendengaran Menurut Mohd. Sharani Ahmad (2004), masalah pendengaran terbahagi kepada dua, iaitu apabila deria dengar tidak berfungsi langsung dan separuh apabila seseorang itu boleh mendengar tetapi kurang jelas. Ini bermakna masalah pendengaran terbahagi kepada pekak sepenuhnya dan separuh pekak. 5.2 Masalah penglihatan Menurut pandangan Jamila K.A. Muhammad (2007), terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan, iaitu buta dan rabun atau penglihatan terbatas ( low vision). 5.3 Masalah pembelajaran Kategori murid bermasalah pembelajaran pula merangkumi murid yang mengalami: Sindrom Down Disleksia Autisme Lembam (slow learner) Palsi serebral Bermasalah bahasa dan komunikasi Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) Masalah emosi dan tingkah laku Hiperaktif

11

6.0 Khidmat Sokongan Yang Disediakan Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas (JPK) yang distrukturkan pada 1 Oktober 1995 yang menjalankan tanggungjawab seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. JPK bertanggungjawab untuk: 1. Merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah. 2. Merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman). 3. Merancang, menyelaras dan menilai dasar-dasar dan peraturan-peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional. 4. Merancang kurikulum dan aktiviti pendidikan yang berkaitan pendidikan khas. 5. Membabitkan diri dalam pembabitan perancangan dan penilaian pendidikan khas. 6. Menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf. 7. Menyelaraskan program pendidikan pemulihan khas.

12

Manakala, visi, misi, falsafah dan objektif JPK dinyatakan seperti dalam rajah 3.1: Rajah 6.1: Visi, misi, falsafah dan objektif Jabatan Pendidikan Khas

Visi

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepda pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

Misi

menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Falsafah

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan bahan-bahan P & P yang mecukupi dan terkini Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Objektif

Bagi mencapai objektif tersebut, Jabatan Pendidikan Khas dibahagikan kepada tiga bahagian dan satu unit iaitu Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah, Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu serta Unit Pengurusan.

13

6.1 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Selain badan kerajaan, terdapat pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawan yang juga mengendalikan pendidikan khas. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations) ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara Malaysia. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Association) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

14

15

7.0 Autism 7.1 Punca masalah autism Menurut K.A. Razhiyah (1959), autism disebabkan oleh satu masalah biologi yang mengganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Kajian mendapati faktor genetik juga memainkan peranan utama. Kajian menunjukkan sekiranya salah seorang daripada kembar seiras mengalami autism, risiko untuk kembarnya menghadapi autism atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa amat tinggi. Selain daripada teori genetik terdapat beberapa teori lain yang dijalankan oleh pengkajipengkaji di seluruh dunia seperti: 1. Teori kelebihan Opioid 2. Teori Gluten atau Casean dan Hbungan Penyakit Celiac 3. Kolokistokinin 4. Oksistosin dan Vasopressin 5. Metilation 6. Imunitasi Teori Autoimun dan Alergi Makanan 7. Zat darah penyerang kuman ke Myelin Protein Basic 8. Teori Infeksi kerana virus Vaksinasi 9. Teori Sekratin 10. Teori Kelainan saluran cerna 11. Orphanin Protrin: Prohanin FQ/NOCICEPTIN (OFQ/N) 12. Kekurangan vitamin, mineral nutrisi tertentu Jangkitan virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil seperti Rubella, Toxo, Herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan dan keracunan makanan juga

mempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya mengganggu fungsi otak yang dikandungi terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.

16

7.2 Ciri-ciri fizikal autism Jika dilihat dari aspek fizikal kanak-kanak yang mengalami autisme, fizikal mereka adalah tidak mengalami sebarang kecacatan dan kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa. 7.3 Aspek kognitif Menurut pernyataan K.A. Razhiyah (1959), kanak-kanak autisme mempunyai pengawalan terhad dalam aktiviti, tidak ada variasi, imaginasi dan penzahiran simbolik. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme berfikir secara terus dalam aktiviti yang sama. Selain itu, kanak-kanak autisme juga mempunyai IQ yang rendah, dalam sesetengah kes terdapat juga yang mempunyai IQ yang tinggi. 7.4 Aspek emosi Kanak-kanak autisme lazimnya mengalami tekanan sekiranya aktiviti atau rutin diubah. Contohnya mengubah atau menukai jenis pakaian, permainan dan laluan yang baru. Selain itu juga akan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan cara melempar barang-barang. 7.5 Aspek sosial Dari aspek sosial, kanak-kanak autisme pula tidak tahu bergaul dengan rakanrakan, mengelakkan diri daripada kanak-kanak lain dan mengelakkan daripada bertentangan mata dengan orang di sekeliling. Di samping itu, mereka juga akan mengelakkan diri daripada disentuh, tidak mempedulikan perasaan orang lain, tidak ada sikap memujuk atau simpati pada orang lain, tidak ada perasaan menghargai orang lain serta suka bermain sendirian. Ini kerana kanak-kanak tersebut berada dalam dunia mereka sendiri dan tidak menghiraukan orang lain. 7.6 Aspek tingkah laku Dari sudut tingkah laku, kanak-kanak yang mempunyai autisme akan didapati bermain sesuatu yang sama dalam aktiviti tertentu. Tidak ada pelbagai atau variasi dalam permainan dan akan mengulang permainan yang sama tanpa berasa jemu.
17

Mereka juga akan membuat sesuatu tanpa makna dan rujukan serta menggerakkan badan berulang-ulang contohnya, menghayun tangan berkali-kali, menggelengkan kepala dan sebagainya. Seterusnya, kanak-kanak autisme mengenali sesuatu dengan cara menghidu atau menjilat contohnya, menghidu makanan sebelum dimakan atau menjilat bola sebelum bermain. Kadangkala mereka menggigit, menampar,

menghantukkan kepala, menumbuk atau melukakan diri sendiri. Namun, perkara tersebut jarang berlaku. Mereka juga tidak menunjukkan tindak balas pada kesakitan yang dialaminya. Sekiranya terjatuh dan lututnya luka, beliau tidak akan menangis seperti yang sering dipamerkan oleh kanak-kanak lain kerana urat saraf sakit mereka tidak berfungsi.

8.0 Sindrom Down 8.1 Punca-punca sindrom down Menurut Azizi Yahaya et.al, pada amnya, ada dua faktor yang menyebabkan masalah kerencatan akal, iaitu organik dan faktor sosiobudaya. Faktor organik menyebabkan masalah kerencatan akal wujud dalam beberapa bentuk. Faktor organik terbahagi kepada empat kromosom tidak normal, kecelaruan metabolik, penggunaan bahan organik semasa mengandung oleh ibu, faktor organik selepas dilahirkan. Azizi Yahaya et.al menyatakan bahawa faktor sindrom down ialah dail daripada kromosom yang tidak normal. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengalami tiga kromosom pada gen yang ke-21 akan mengalami Sindrom Down. Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada Sindrom Down ialah hasil gangguan metabolisme yang dikenali sebagai phenyketouria (PKU). Gangguan ini terjadi daripada nisbah yang amat kecil iaitu satu keajaiban dalam 20 000 dan hanya satu daripada 100 individu yang mengalami kerencatan akal adalah disebabkan oleh masalah PKU. Ini terjadi apabila badan tidak dapat memecahkan kompleks asid amino

18

jenis phenylalanine dalam darah dan konsentrasi kompleks dalam darah akan meningkat. Faktor penggunaan bahan organik semasa dalam kandungan akan mengganggu perkembangan mental kanak-kanak semasa dalam kandungan. Ibu yang mengambil dadah berbahaya, ubat kadar yang berlebihan, terkena pancaran radiasi yang berlebihan, mengalami kecederaan fizikal, minum alkohol dengan banyak dan menghidapi penyakit lain seperti Rubella. Faktor penggunaan organik yang menyebabkan akal berlaku semasa bayi

dilahirkan, Azizi Yahaya et.al.. Jikalau bayi tidak mendapat oksigen secukupnya, ini akan menyebabkan kerencatan akal. Keadaan ini digelar sebagai asphyxia. Seterusnya faktor sosiobudaya juga turut menjadi faktor kepada Sindrom Down. Ini berlaku selepas bayi dilahirkan dan semasa kanak-kanak melalui proses pembesaran. Makanan dan zat yang berkurangan akan menyebabkan kerencatan akal. 8.2 Ciri-ciri fizikal Sindrom Down Menurut Azizi Yahaya et.al, kanak-kanak ini akan mempunyai ciri fizikal seperti lidah yang kasar dan tebal, bentuk muka yang leper, mata yang herot dan lain-lain. Menurut buku Open University Malaysia (OUM) (2006), antara ciri-ciri fizikal yang ketara adalah kepala yang kecil, leher yang pendek serta mata yang sepet. Mereka juga mempunyai hidung yang leper, telinga dan mulut yang kecil. Selain itu, tangan yang pendek, tapak kaki yang lebar dan ibu jari kaki yang pendek serta otot yang lemah. Badan yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak biasa juga merupakan salah satu ciri fizikal kanak-kanak Sindrom Down. 8.3 Aspek kognitif Sindrom Down Pelajar bermasalah pembelajaran lazimnya lemah dalam pengamatan

termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan
19

tersebut dalam situasi pembelajaran. Dari segi perkembangan kognitif pula, kanakkanak Sindrom Down ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. 8.4 Aspek emosi Kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down mempunyai emosi yang mudah terganggu, berasa resah dan harga-diri (self-esteem) yang rendah kerana disebabkan oleh kegagalan mereka untuk berinteraksi dengan orang lain dan berasa kecewa. Kadangkala, hal ini akan menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. Pertumbuhan perasaan suka, duka, kasih sayang dan sebagainya tetap ada pada diri kanak-kanak Sindrom Down. Mereka juga mempunyai emosi seperti kanakkanak biasa yang lain. Mereka akan ketawa, menangis, sayangkan sesuatu seperti kanak-kanak biasa juga, cuma bezanya kawalan emosi tidak seperti kanak-kanak biasa. Mereka kurang mempunyai perasaan malu dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengan mereka. 8.5 Aspek sosial Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenal pasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. Selain itu, kanak-kanak Sindrom Down tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan perempuan, belum faham perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur mereka dah belasan tahun. Pergaulan mereka dengan rakan-rakan sebaya juga tidak menampakkan kematangan, mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak biasa.
20

8.6 Aspek tingkah laku Sindrom Down Kanak-kanak seperti ini selalunya mempunyai personaliti yang introvert, banyak menyendiri, bersifat pemalu dan kadang-kadang pendiam. Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai masalah sukar untuk memberi tumpuan, terlalu aktif dan tidak mengikut arahan. 9.0 Masalah pendengaran 9.1 Punca masalah pendengaran Menurut Hallahan dan Kaufman (1997) (dalam OUM, 2006), terdapat beberapa sebab kecacatan diperoleh seperti yang dinyatakan iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Sebelum kelahiran, punca masalah pendengaran adalah dari baka dan bukan baka. Faktor baka adalah disebabkan oleh genetik dari ibu bapa ataupun keturunan. Faktor bukan baka pula adalah disebabkan oleh jangkitan semasa mengandung seperti rubella, meningitis, campak, cacar dan sebagainya. Selain itu, pengambilan dadah atau bahan kimia dan alkohol turut menyebabkan kanak-kanak mendapat masalah pendengaran. Faktor lain adalah mengalami toksemia di peringkat akhir mengandung dan juga mengandung terlalu kerap. Semasa kelahiran bayi juga akan menjadi punca masalah pendengaran sekiranya bayi berada terlalu lama di pintu rahim yang mengakibatkan tekanan yang kuat terutama pada bahagian telinga bayi. Selain itu, faktor lain semasa kelahiran adalah kelahiran yang tidak cukup bulan, kecederaan yang dialami semasa dilahirkan terutamanya di bahagian telinga serta penyakit hemolisis yang disebabkan oleh faktor Rhesus (Rh). Selepas kelahiran pula, individu akan mendapat masalah pendengaran apabila mendapat penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga dan juga terdedah kepada bunyi yang kuat akan menyebabkan masalah pendengaran.

21

9.2 Ciri-ciri fizikal masalah pendengaran Kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai fizikal yang normal seperti kanak-kanak biasa kerana masalah hanya dalam telinga dan tidak dapat dilihat dari luar. 9.3 Aspek kognitif Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mempunyai pemikiran yang normal tetapi ketinggalan apabila tidak mendapat maklumat dengan segera. 9.4 Aspek emosi Sekiranya kanak-kanak kurang diterima oleh masyarakat, kanak-kanak akan berasa rendah diri kerana tidak dapat berkomunikasi secara normal dengan rakan sebaya berpunca daripada kehilangan deria pendengaran. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga kurang keyakinan diri kerana takut mereka tersilap dalam pertuturan atau melaksanakan sesuatu mengikut arahan. 9.5 Aspek sosial Menurut Ashman & Elkins (1998), setiap individu yang dikategorikan mengalami masalah pendengaran tidak berupaya bertutur berpunca daripada kehilangan deria pendengaran. Ketidakupayaan mendengar akan menyebabkan gangguan dan masalah pertuturan dan seterusnya memberi kesan kepada komunikasi. Hubungan sosial dengan individu akan terjejas dan terbatas kerana pertuturan adalah penting dalam perhubungan antara manusia. Individu bermasalah pendengaran tidak berupaya untuk bertutur dan memahami maksud orang lain dan ini merupakan masalah peribadi dan hubungan sosial mereka (dalam OUM, 2006). 9.6 Aspek tingkah laku Kegagalan untuk diterima dengan baik oleh rakan sebaya sering membawa kepada akibat yang lain yang kurang baik. Kanak-kanak yang kurang diterima oleh rakan sebaya sering menunjukkan sikap yang mengganggu, agresif dan dalam sesetengah kes mengasingkan diri dari rakan sebaya. Didapati juga kurang penerimaan
22

oleh rakan sebaya ini akan membawa kesan jangka panjang yang mengakibatkan mereka mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan dan mendorong pelbagai masalah apabila meningkat dewasa. Selain itu, beberapa ciri dapat dilihat bagi mengetahui individu tersebut mengalami masalah pendengaran misalnya meminta percakapan diulang berkali-kali, bercakap dengan nada suara yang lebih kuar daripada biasa dan tidak memahami arahan yang diberikan. Mereka juga sukar untuk memahami perbualan di tempat yang bising, terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari serta suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual. 10.0 Disleksia

10.1 Punca masalah Menurut Sheila Devaraj & Samsilah Roslan, mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Galaburda, susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak seorang yang biasa. Apabila dilahirkan, manusia mewarisi gen daripada ibu bapanya. Oleh itu, masalah disleksia dapat dikatakan sebagai masalah keturunan. 88% daripada mereka yang mempunyai simptom disleksia mewarisi masalah itu daripada ahli keluarganya. 12% lagi terdiri daripada kemalangan iaitu ketika dalam kandungan ataupun selepas dilahirkan. Apabila individu mendapat penyakit disleksia cara otak bekerja berbeza daripada keadaan otak yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada otak individu yang normal. 10.2 Ciri-ciri fizikal Secara umumnya anggota badan kanak-kanak yang menghidapi disleksia adalah normal seperti kanak-kanak biasa tetapi mereka tidak dapat membuat koordinasi motor mata tangan kiri dan kanan serta menumpukan perhatian.

23

10.3 Aspek kognitif Menurut Sheila Devaraj & Samsilah Roslan, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan yang luar biasa. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam mengingat semula perkataan, bermasalah memproses perkataan, bermasalah penyusunan bersiri seperti peristiwa dan mempunyai daya ingatan jangka pendek. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'. 10.4 Aspek emosi Dari aspek emosi pula, kanak-kanak yang menghidapi disleksia kurang keyakinan terhadap diri dan menghadapi masalah tekanan di sekolah kerana tidak faham dan keliru dengan banyak perkataan. Mereka juga cenderung untuk menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain serta mempunyai daya tumpuan yang mudah terganggu. 10.5 Aspek sosial Kanak-kanak disleksia tiada masalah dalam berinteraksi, bergaul dan

berkomunikasi tetapi agak lambat dalam tindakan lisan. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap kanak-kanak disleksia semasa lawatan di Persatuan Dyslexia Malaysia, Ampang, saya mendapati kanak-kanak disleksia boleh bergaul seperti kanak-kanak normal. Mereka juga boleh bermain dan bertoleransi antara satu dengan yang lain. 10.6 Aspek tingkah laku Secara umumnya, kanak-kanak disleksia suka mengganti, mengurangkan dan menambah perkataan dan bersikap hiperaktif pada masa-masa tertentu. Mereka juga mempunyai ciri-ciri tingkah laku tidak merangkak semasa bayi serta suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri. Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya banyak soalan.

24

11.0

Palsi Serebral

11.1 Punca masalah Palsi Serebral adalah ensefalopati statik yang mungkin didefinisikan sebagai kelainan postur dan gerakan non-progresif, sering disertai dengan epilepsi dan ketidaknormalan bicara, penglihatan dan kecerdasan akibat dari cacat atas lesi otak yang sedang berkembang (Behrman, Kliegman & Arvin, 2000). Punca masalah Palsi Serebral dibahagikan kepada tidak faktor utama iaitu sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Sebelum kelahiran ibu yang mengalami jangkitan pada rahim seperti rubella, meningitis cytomegalovirus dan toxoplasmosis sehingga mengakibatkan kecederaan pada sistem sarat bayi. Selain itu, ibu yang mengalami jangkitan penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan juga kurang darah semasa mengandung menyebabkan bayi akan mendapat Palsi Serebral. Kekurangan bekalan oksigen serta pendedahan kepada bahan-bahan toksik misalnya alkohol, rokok dan dadah boleh merencatkan

pertumbuhan organ-organ seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya. Faktor genetik juga merupakan punca masalah Palsi Serebral apabila terlebih kromosom (Trisomi 13 & Trisomi 18) menyebabkan muka, jantung, otak, kaki & tangan janin mengalami kecacatan. Semasa kelahiran, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami kecederaan otak semasa lahir juga faktor berlakunya Palsi Serebral. Faktor lain adalah bayi lemas semasa lahir, tertelan najis sendiri dan juga jangkitan kuman semasa lahir. Selepas kelahiran pula, individu mendapat penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan oksigen tidak sampai ke otak adalah punca masalah Palsi Serebral. Seterusnya, keracunan ubat-ubatan seperti panadol, minyak tanah dan sebagainya serta berlaku kecederaan otak akibat kemalangan, penderaan atau penganiayaan fizikal akan menyebabkan individu menghidap Palsi Serebral.

25

11.2 Ciri-ciri fizikal Palsi Serebral dibahagikan kepada tiga kategori iaitu spastik, ataxia dan diskinetik. Ciri-ciri kanak-kanak spastik adalah sering berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan iaitu jika kaki dan tangan kanan kejang dikenali sebagai hemiplegia, sekiranya kedua-dua belah kaki kejang dipanggil sebagai diplegia dan jika seluruh badan menjadi kaku dikenali pula sebagai quadriplegia. Selain itu, terdapat juga jenis kategori ataxia dalam Palsi Serebral yang mempunyai otot-otot tangan dan kaki yang lembik serta keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar. Manakala, bagi kategori diskinetik pula, kanak-kanak Palsi Serebral mengalami pergerakan yang tidak boleh dikawal. Terdapat juga kecederaan pada muka, tangan, badan yang menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor. Secara keseluruhannya, ciri-ciri masalah fizikal Palsi Serebral ialah mempunyai perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat. Mereka juga masih mempunyai tindakan yang sepatutnya hilang tetapi jika mengalami Palsi Serebral

individu tersebut masih mempunyai tindakan yang kekal apabila membesar. Kanakkanak Palsi Serebral juga berjalan dengan menjinjit kaki atau diseret dan berlaku ketidaknormalan otot. Seterusnya, terdapat lekukan pada spinal jawbon atau kepala kecil. 11.3 Aspek kognitif Kanak-kanak yang mengalami Palsi Serebral mengalami kerosakan otak yang menyebabkan mereka kurang atau tidak berupaya untuk mengawal pergerakan otak. Mereka juga mempunyai masalah untuk memahami bahasa yang dituturkan serta menzahirkan pemikiran mereka. Kanak-kanak Palsi Serebral jarang memahami bahasa dan agak sukar untuk bercakap. Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh bercakap tidak boleh melafazkan pemikiran mereka. Kanak-kanak seperti itu selalu menggunakan isyarat untuk mengatakan kehendaknya walaupun jelas dari

kelakuannya yang dia bukan pekak atau cacat akal.

26

11. 4 Aspek emosi Emosi individu yang mengalami Palsi Serebral tidak stabil kerana mereka cenderung untuk menjadi sensitif dan mudah marah. 11. 5 Aspek sosial Gangguan emosi dalam kalanagan kanak-kanak Palsi Serebral dari peringkat persekolahan ke bawah boleh mengakibatkan gangguan kepada perkembangan kanakkanak. Mereka lebih cenderung untuk sering bersendirian, tidak pernah berinteraksi dengan kelakuan anehnya menyebabkan tidak akan dapat stimulasi serta dorongan yang sesuai untuk membolehkan dia mempelajari bahasa. Aspek tingkah laku Kanak-kanak yang mengalami Palsi Serebral mempunyai masalah tingkah laku disebabkan oleh keadaan fizikal mereka.

27

12.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, jenis kanak-kanak yang berkeperluan khas terbahagi kepada tiga bahagia iaitu masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran. Setiap jenis ini mempunyai kategori masing-masing terutamanya masalah pembelajaran yang merangkumi banyak kategori. Secara dominannya, punca masalah kanak-kanak berkeperluan khas adalah disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Majoriti kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami sebarang masalah atau kelainan upaya sukar untuk dipulihkan sepenuhnya tetapi masih boleh dikurangkan untuk membantu mereka menjadi seperti kanak-kanak normal dari aspek pendidikan, sosialisasi dan emosi. Sekurang-kurangnya mereka mampu berdikari dan seterusnya berjaya bagi mereka yang tidak mempunyai masalah pembelajaran kerana kurang gangguan pada otak. Walaupun kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai kekurangan atau kelainan upaya namun terdapat badan-badan yang melindungi, membantu dan menyokong mereka tidak kira sama ada badan kerajaan atau pun badan bukan kerajaan. Kemudahan juga disediakan bagi kanak-kanak berkeperluan khas di tempat awam seperti laluan, tandas, tempat dan sebagainya. Oleh itu, sebagai seorang masyarakat Malaysia yang tinggal serumpun walaupun terdapat pelbagai kaum kita hendaklah membantu, menyokong dan melindungi individu yang berkeperluan khas bagi menghormati dan menghargai mereka kerana mereka juga insan ciptaan Tuhan. Namun, pihak yang memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar adalah ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi dorongan moral serta sabar melayani kerenah kanak-kanak berkeperluan khas barulah dapat melahirkan individu yang berjaya.

28

13.0 Refleksi Tugasan ini sangat bagus kerana telah meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang pendidikan khas. Melalui tugasan ini saya mengetahui banyak perkara baharu terutamanya punca-punca dan ciri-ciri bagi suatu kategori kanak-kanak berkeperluan khas contohnya Palsi Serebral yang sebelumnya saya kurang faham. Namun, setelah melaksanakan tugasan ini melalui pencarian dari pelbagai sumber seperti internet dan buku saya telah mengetahui dan memahami masalah serta ciri-ciri seorang kanak-kanak yang mengalami Palsi Serebral. Sememangnya tugasan ini telah meningkatkan kefahaman saya tentang keperluan kanak-kanak pendidikan khas. Selain itu, tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya untuk tidak memandang rendah kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana mereka juga adalah ciptaan Tuhan. Sebarang kecacatan atau kelainan upaya yang mereka miliki bukanlah dipinta namun faktor dominannya adalah faktor genetik. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa membantu, memberi dorongan, menghormati dan menghargai insan seperti mereka. Di samping itu, tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar tidak memandang rendah kerana mereka juga boleh berjaya seperti kanakkanak normal malah kadangkala lebih berjaya lagi. saya sangat mengagumi tokohtokoh yang telah berjaya yang pada asalnya dikategorikan dalam pendidikan khas misalnya Alexander Graham Bell iaitu seorang yang mengalami disleksia tetapi berjaya menjadi seorang pencipta alat telekomunikasi, Helen Keller seorang yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran tetapi berjaya menjadi seorang penulis, ahli politik dan juga pensyarah serta banyak lagi tokoh yang telah berjaya. Seterusnya, tugasan ini telah meningkatkan kefahaman saya bagaimana untuk mengatasi atau membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Bagi membantu mereka, pihak ibu bapa, guru, kerajaan mahu pun bukan kerajaan harus memainkan peranan penting dalam memberi mereka rawatan, pendidikan, intervensi dan segala keperluan mereka. Kini saya faham bahawa kanak-kanak berkeperluan khas harus mempunyai penjagaan yang lebih rapi daripada kanak-kanak normal bagi memastikan

perkembangan mereka ke arah positif.

29

Sesungguhnya tugasan ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai bakal guru dalam mempersiapkan diri kerana telah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pendidikan khas, memupuk kesedaran untuk menghargai kanak-kanak berkeperluan khas dan memahami keperluan kanak-kanan pendidikan khas.

30

14.0 Rujukan Jamila K.A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Shahabuddin Hashim et.al (2003). Psikologi Pendidikan. Selangor. PTS Professional Publishing. Open University Malaysia, OUM (2006). Pengenalan Pendidikan Khas. Selangor. UNITEM Sdn. Bhd. Thomas K. Fagan & Paul G. warden (1996). Historical Encyclopedia of School Psychology. America. Greenwood Publishing Group. Albert M. Bursztyn (2007). The Praeger Handbook of Special Education. America. Greenwood Publishing Group, Inc. K.A. Razhiyah (1959). Apa Itu Autisme. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Mohd. Sharani Ahmad (2004). Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Jamila K.A. Muhammad (2007). Special Education For Special Children. Jakarta. Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika) Azizi Yahaya et.al. punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku. PTS Professional Publishing. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. Apa Itu Disleksia. PTS Professional Publishing. Behrman, Kliegman & Arvin (2000). Ilmu Kesehatan Anak. Jakarta. Penerbit Buku Kedokteran EGC.

31

You might also like