You are on page 1of 1

REFLEKSI DIRI

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Ungkapan di atas mengingatkan kita supaya membuat persiapan awal sebelum sesuatu peristiwa yang membawa
penyesalan itu berlaku. Kebiasaannya pada awal tahun ramai pelajar yang menganggapkan adalah terlalu awal
untuk mengulang kaji sesuatu pelajaran. Begitu juga bagi pelajar yang berada di kelas yang tidak menduduki
peperiksaan awam akan menganggap tahun tersebut adalah tahun untuk bersuka ria tanpa menghiraukan sangat
soal pelajaran.

Usaha mengulang kaji pelajaran perlulah dilakukan berterusan dan bukannya bermusim. Pelajar yang akan
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya pada hari
pertama mereka melangkah ke tingkatan empat.

Rata-rata pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan mengatakan bahawa rahsia kejayaan mereka
ialah kerana memberi perhatian sepenuhnya di kelas ketika guru sedang mengajar. Hal ini bermakna bahawa segala
masalah pembelajaran yang timbul harus diselesaikan di dalam kelas dan bukannya dibawa balik ke rumah.

Penyelesaian masalah pembelajaran dapat dilakukan dalam beberapa cara:

-Berinteraksi dengan rakan:


Pelajar boleh menyemak atau belajar bersama-sama dengan rakan
sebaya. Melalui perbincangan, sebarang masalah dapat diselesaikan
dengan segera. Perbincangan juga mampu mengelakkan rasa bosan
ketika belajar.

-Merujuk kepada guru:


Guru bukan sahaja sebagai seorang pembimbing malah menjadi ibu
atau bapa kepada pelajar ketika di sekolah. Pelajar tidak harus takut
pada guru tetapi hormat dan patuh segala peraturan yang disediakan.
Segala kekeliruan, kekusutan sama ada masalah pelajaran atau
masalah peribadi, guru dan guru kaunseling harus dijadikan tempat
rujukan dan tempat meluahkan segala masalah tanpa berasa malu atau
takut. Guru kaunseling misalnya boleh membantu para peIajar dalam
memberi khidmat nasihat sama ada dalam
penentuan kerjaya atau masalah peribadi.

-Merujuk pusat sumber atau bahan media:


Pusat sumber selaku gedung ilmu harus dijadikan seolah-olah rumah
kedua pelajar. Manakala bahan media seperti akhbar, majalah, cd-rom
dan internet mampu menambahkan koleksi bahan bacaan dan rujukan

OIeh itu, langkah bijak untuk menggunakan segala kemudahan di atas ialah dengan mempraktikkannya sepanjang
tahun serta secara berterusan. Janganlah apabila terdesak barulah kita tergesa-gesa untuk menyelesaikannya
seperti kata pepatah Melayu, `sudah terhantuk baru nak tengadah’. Perbuatan sedemikian sudah terlambat, umpama
‘nasi sudah menjadi bubur’.

Jadi, `sediakan payung sebelum hujan’!

strive for excellence

You might also like