You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA SK RPS DALA KALI KEDUA / 2011

Tarikh Hari Masa Tempat

: 25/08/2011 : Khamis : 2.00 petang : Makmal Sains

Kehadiran: 1. Tn.Hj Ahmad Rashid Bin Zakaria (Guru Besar) 2. En. Shari B. Abd Rani ( PK1) 3. En. Muhamad Zulazki B. Zakaria 4. En.Khairul Syazwan Bin Zamri 5. Cik Siti Hasniza Bt. Husain 6. Pn. Nani Bt. Ali 7. Cik Padmini a/p Padom

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Penasihat 3. Pengesahan minit yang lepas 4. Pencapaian 5. Masalah pembelajaran 6. Cadangan penyelesaian maslah 7. Peruntukan kewangan Panitia Bahasa Melayu 8. Hal-hal lain 9. Penutup

1|Panitia Bahasa Malaysia

1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan doa dan mengalu-ngalukan kehadiran wakil penasihat dan semua guru dalam mesyuarat. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Makluman dan tindakan : Semua guru

2.

UCAPAN WAKIL PENASIHAT 2.1 En.Shari mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas usaha guru-guru bahasa sepanjang tahun ini dalam p&p di dalam kelas. 2.2 Beliau berharap agar guru-guru bahasa dapat bekerja dan berusaha lebih keras lagi bagi menghapuskan gejala buta 3M dikalangan murid sekolah ini. 2.3 Beliau juga memberi peluang berbincang kepada guru-guru yang mempunyai masalah berkaitan dengan p&p di dalam kelas boleh membuat perbincangan ahli panitia bagi menyelesaikan masalah tersebut. Makluman dan tindakan : Semua guru

3.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 3.1 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Pn. Nani dan disokong oleh En. Khairul Syazwan. 3.2 Tiada perkara berbangkit. Makluman dan tindakan : Pengerusi

4.

PENCAPAIAN 4.1 Mengikut keseluruhan peratus pencapaian Subjek Bahasa Melayu bagi semua murid di sekolah ini, masih di tahap yang kurang memuaskan dan bolah dianggar dalam 30% boleh membaca dengan lancar, 20 % boleh membaca tetapi masih kurang lancar, 30%
2|Panitia Bahasa Malaysia

pula masih mengenal suku kata manakala 20% lagi masih ditahap mengenal abjad dan bunyi . 4.2 Bagi pencapaian murid pemulihan pula, menurut En.Zulazki, murid-murid masih di tahap yang kurang memuaskan juga. 4.3 Guru tahun enam juga telah membentangkan keputusan Percubaan UPSR, di mana 8 orang murid telah lulus dalam penulisan. Makluman dan tindakan : Semua guru

5.

MASALAH PEMBELAJARAN 5.1 Menurut Cik Siti Hasniza, masalah yang selalu dihadapi oleh murid-murid tahap satu ialah berkaitan dengan kehadiran. 5.2 Selain itu juga menurutnya, kebanyakan murid masih belum bersedia untuk belajar. 5.3 Menurut Pn.Nani pula, ramai diantara murid sekolah ini kurang minat untuk membaca. 5.4 En.Khairul Syazwan juga menyatakan yang berkemungkinan punca masalah muridmurid ini adalah disebabkan oleh kurangnya galakan atau dorongan dari keluarga mereka untuk belajar. 5.5 Manakala cik Padmini pula menyatakan yang murid-murid kelasnya kurang daya usaha untuk menyiapkan sesuatu kerja rumah yang di berikan olehnya, dengan sebaik yang mungkin. Ini menunjukan yang salah satu masalah pembelajaran juga berpunca daripada sikap malas. Makluman dan tindakan : Semua guru

6.

CADANGAN PENYELESAIAN 6.1 En.Shahri selaku guru tahun 6 juga mencadangkan supaya guru-guru bahasa memperbanyakan latihan untuk murid. 6.2 Beliau juga mencadangkan aktiviti atau persembahan bacaan diadakan pada setiap perhimpunan pagi. Di mana setiap guru bahasa perlu bergilir-gilir menyediakan bahan untuk dipersembahkan. 6.3 Bagi kemahiran membaca pula dicadangkan supaya pertandingan galakkan membaca diadakan setiap minggu.
3|Panitia Bahasa Malaysia

6.4 Beliau juga mencadangankan ganjaran atau hadiah di berikan untuk murid yang boleh menyiapkan kerja rumah sebagai motivasi.

Makluman dan tindakan : Semua guru

7.

PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA BAHASA MELAYU 7.1 Guru besar telah membentangkan jumlah peruntukkan kewangan yang ada di bawah Panitia Bahasa Melayu ialah sebanyak RM 631.44. 7.2 Menurut beliau lagi, RM 100.00 daripada peruntukan ditolak untuk keperluan kertas fotostat. Makluman dan tindakan : Semua guru

8.

HAL-HAL LAIN 8.1 Pn.Nani mencadangkan murid-murid tahun 3 mula menjawab soalan objektif dengan menggunakan kertas OMR. Ini bertujuan, melatih murid membiasakan diri untuk menandakan jawapan di ruang yang betul menggunakan kertas OMR. 8.2 En. Shahri juga menyarankan supaya aktiviti bacaan di wujudkan semula setiap pagi perhimpunan. 8.3 En.Khairul Syazwan juga mencadangkan supaya sekolah membeli buku latihan pemahaman untuk latih tubi murid tahun 6. Makluman dan tindakan : Semua guru

9.

PENUTUP 9.1 Pengerusi mengucapakan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua guru. 9.2 Harapan pengerusi segala yang dibincang akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh semua guru.

4|Panitia Bahasa Malaysia

9.3 Mesyuarat disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr dan ditangguhkan pada pukul 3.30 petang. Makluman dan tindakan : Semua guru

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. ( CIK PADMINI A/P PADOM) s/u Panitia Bahasa Malaysia, SK RPS Dala, Gerik.

.. (CIK SITI HASNIZA BT.HUSSIN) Ketua Panitia Bahasa Malaysia, SK RPS Dala, Gerik.

Diakui oleh,

.
(EN.AHMAD RASHID B. ZAKARIA ) Guru Besar, SK RPS Dala, Gerik.

Pengesahan Minit Mesyuarat :-

Pencadang :_______________________ Penyokong :_______________________

5|Panitia Bahasa Malaysia

6|Panitia Bahasa Malaysia

You might also like