You are on page 1of 6

1.0 Pengenalan 1.

1 Definisi Tingkah Laku Bermasalah Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat, secara tidak langsung perlakuan ini akan menjejaskan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan juga perhubungan dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris pula, tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar daripada nilai dan norma masyarakat. Mohd Nazar Mohamad (1990), telah mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang mengganggu kehidupannya. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Menurut Robert H Woody pula, di dalam bukunya yang berjudul The School and The Behavior Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan ini akan menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku positif yang dikenal pasti seperti sikap ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik

tiga iaitu perlakuan distruktif berkaitan tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhir sekali tingkah laku bergantung yang berlebihan. 1.2 Definisi Hiperaktif Dan Tingkah laku Sasaran Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. Tingkah laku sasaran yang dipilih ialah tingkah laku mengganggu 2.0 Modifikasi Tingkah Laku

Laporan Nama Jantina Bangsa Agama Warganegara Tarikh Lahir Alamat Anak ke Kumpulan Guru Kelas : Koay Yuan Chern : Perempuan : Cina : Buddha : Malaysia : 28.11.2002 : 274, Lorong Perak 12, Kawasan Perusahaan Mergong 2, 05150 Alor Setar, Kedah. : Pertama (tunggal) : PPKI Mutiara : Cik Nafisah Bt. Md Daud

Saya telah menjalankan kajian terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang benama Koay Yuan Chern atau lebih dikenali dengan Chern. Dia merupakan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dan dikategorikan sebagai Hiperaktif dan berumur 10 tahun. Apa yang saya dapati setelah membuat pemerhatian selama lima hari banyak tingkah laku negatif yang dapat dikesan antaranya adalah dia seorang yang suka mengganggu, suka berjalanjalan di dalam kelas, suka mengumpul pensil dari kawan-kawan kemudian menggenggamnya sepanjang masa, apabila guru memberi latihan Chern akan buat dengan cepat, latihan yang disiapkan tidak kemas dan Chern juga seorang pelajar yang tidak sabar iaitu tidak boleh menunggu giliran dan juga beliau tidak dapat menumpukan pelajaran langsung semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berlaku. Masalah tingkah laku sasaran adalah tingkah laku mengganggu kawan, iaitu Chern suka mengganggu rakannya setiap masa. Menurut guru kelasnya, Chern suka mengganggu rakan sekelasnya. Apabila dia mengganggu rakannya

dia akan mencetuskan suasana bising di dalam kelas kerana ada pelajar yang menangis kerana diganggu. Selain itu, kadangkala tingkah laku mengganggu rakan-rakannya akan menyebabkan pelajar lain turut mengikutnya untuk mengganggu pelajar lain. Pada mulanya, guru memberi latihan di dalam kelas, Chern akan cuba menyiapkan latihan dengan cepat, tujuannya supaya beliau dapat mengganggu rakannya yang sedang membuat latihan. Latihan yang disiapkan tidak kemas, ejaan salah dan banyak lagi. Seterusnya mengganggu proses P&P yang sedang berjalan. Tingkah laku bermasalah ini bukan sahaja berlaku di dalam kelas, bahkan waktu rehat juga berlaku. Dia akan memeluk rakannya sehingga menangis. Kesan tingkah laku bermasalah ini akan menyebabkan rakan sebaya tidak mahu berkawan dan dia juga kurang disennangi serta mereka juga kurang merasa selesa apabila Chern berada berhampiran dengan mereka. Oleh itu, untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah ini guru menggunakan kaedah time-out ataupun hukuman berbentuk negatif iaitu pelajar itu diasingkan dari kawan-kawan dan diletakkan dibahagian belakang kelas.

Refleksi Sepanjang menjalankan kajian/ projek terhadap masalah tingkah laku bagi pelajar khas terutamanya pelajar hiperaktif. Pada pendapat saya Teori Pelaziman Operan oleh Skinner adalah paling sesuai kerana ia melibatkan hukuman. Ini kerana setiap tingkah laku yang dilakukan oleh pelajar akan mendapat ganjarannya. Contoh jika Chern mengganggu kawannya, guru akan menegur terlebih dahulu kemudian apabila dia masih mengganggu rakannya dia akan dikenakan hukuman iaitu duduk dibelakang kelas. Apabila hukuman seperti ini sentiasa dilakukan. Pelajar ini akan kurang mengganggu rakannya. Jadual kekerapan bagi masalah tingkah laku ada disertakan sebagi bukti bahawa pelajar ini ada perubahan apabila perhatian ini dilakukan selama 2 minggu dengan bantuan daripada guru dan pembantu pengurusan murid dalam merekod data. Disamping itu juga teori Behavioris juga dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah tingkah laku pelajar yang mengganggu iaitu guru member perhatian yang serius terhadap masalah pelajar dengan menyelidik factor-faktor yang menyebabkan murid tersebut bermasalah. Jika pelajar mengurangkan tingkah laku bermasalah guru dengan secepat mungkin akan memberikan peneguhan positif kepada pelajar.

You might also like