You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Kali Pertama Perkhemahan Kokurikulum SKM dan Integrasi 1Malaysia Daerah Johor Bahru 2012

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran Agenda 1. 2. 3. 4. 5.

: 26 Julai 2012 : Khamis : 2:00 petang : Sekolah Kebangsaan Sikijang, Johor Bahru : Seperti Lampiran Borang Kehadiran : Ucapan Pengerusi Encik Jamaludin bin A. Rahman (PPD Rendah) Pembentangan Kertas Kerja Perkhemahan Perkara berbangkit Hal hal lain Ucapan Penangguhan

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI 1.1 : Pengerusi mengucapkan jutaan teima kasih kepada semua Guru Besar atau wakilnya dari kalangan guru Penolong Kanan Kokurikulum atas kehadiran ke mesyuarat kali pertama ini. Beliau menyatakan bahawa tujuan mengadakan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan mengenai satu agenda Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru yang akan mengadakan satu perkhemahan yang akan melibatkan 11 buah sekolah dan ini merupakan satu-satunya perkhemahan yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh PPD Johor Bahru.
AGENDA 2 : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

2.1 :

Setiausaha memaklumkan tentang objektif, tujuan, matlamat dan sasaran perkhemahan ini diadakan.

2.2 : Sehubungan itu, Jawatankuasa akan dilantik bagi melicinkan perjalanan program ini dan menentu halatuju program. AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT 3.1 Penetapan tarikh perkhemahan Encik Abdullah bin Sulaiman mencadangkan agar tarikh perkhemahan diadakan selepas UPSR iaitu pada 14, 15 dan 16 September. Guru Besar SK. Morni Pok memaklumkan bahawa tarikh 16.9.2012 adalah cuti umum Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad. Ini bermakna cuti akan dibawa ke hari yang berikutnya iaitu hari Isnin. Jadi tarikh 14 hingga 16 Sepetember kurang sesuai untuk diadakan perkhemahan. Encik Jamaludin pula mencadangkan agar perkhemahan ini diadakan pada hari

persekolahan iaitu pada 19 hingga 21 September. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan tarikh berkenaan. 3.1 Perlantikan Jawatankuasa Perkhemahan Jawatankuasa Induk Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penyelaras Bendahari Ahli Jawatankuasa : Tuan PPD Johor Bahru : Encik Jamaludin bin A. Rahman, PPD Rendah : Tn. Hj. Ahmad Taufik bin Hamzah, PPD Pembangunan Kemanusiaan : Pn Aisah bt Md. Salleh, Guru Besar SK Tanjong Adang : Encik Abdullah bin Sulaiman, GPK Pentadbiran SK. Pendas Laut : Pn Norfaieza binti Marjoni SK. Tanjong Adang : Penolong Akauntan, PPD Johor Bahru : Guru Besar SK. Pendas Laut Guru Besar SK. Kompleks Sultan Abu Bakar Guru Besar SJKC Pai Tze Guru Besar SK. Morni Pok Guru Besar SK. Tanjung Kupang Guru Besar Sungai Melayu Guru Besar Ladang Pendas Guru Besar SK. Sikijang Guru Besar SJKT Gelang Patah Guru Besar SK. Tiram Duku

Jawatankuasa Kerja Selaku Pengerusi, Encik Jamaludin memaklumkan bahawa beliau telah mencadangkan pembahagian kerja kepada semua sekolah yang terlibat dengan adil. Beliau meminta agar cadangan beliau dipersetujui. Pencadang Sokong : Encik Zainudin bin Kasmani, Guru Besar SK. Pendas Laut : Encik Mohd Tab bin Abu, Guru Besar Morni Pok

3.2 Jadual pelaksanaan perkhemahan dan sasaran. En. Mohd Fuad memaklumkan meminta semua merujuk kepada jadual pelaksanaan perkhemahan seperti yang diedarkan. Beliau meminta agar cadangan jadual ini disokong jika tiada bantahan atau pertambahan dan pengurangan maklumat. Cadangan Disokong : Encik Abdullah bin Sulaiman : Encik Basiron

Sasaran perkhemahan ini adalah untuk murid-murid tahap 2 yang terdiri dari murid Tahun 5 dan 6. Encik Fuad memaklumkan bahawa setiap sekolah diminta menghantar 10 orang murid yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan jantina (jika ada).

Tuan Haji Abdul Rahim menyatakan bahawa sekolah beliau hanya boleh menghantar 4 orang peserta sahaja memandangkan bilangan murid Tahun 5 dan 6 hanya empat orang sahaja. Hal ini menerima pandangan positif dari Guru Besar SK. Tanjung Kupang yang bersetuju untuk menambah bilangan peserta dari sekolah beliau bagi menampung bilangan peserta dari SK. Sikijang 3.3 Perbentangan Kewangan Encik Jamaludin memaklumkan bahawa segala perbelanjaan tentang perkhemahan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Beliau meminta semua merujuk kepada lampiran cadangan perbelanjaan yang dilampirkan dan minta disahkan. Disahkan Disokong : Guru Besar SK. Tiram Duku : GPK Kokurikulum SJKC Pai Tze

3.4 Maklumat Tambahan - Kewangan 3.4.1 Khemah Encik Jamaludin memaklumkan bahawa pihak PPD Johor Bahru akan membekalkan sebanyak 20 unit khemah berkapasiti 6 orang sekhemah dan akan diserahkan kepada SK. Pendas Laut, di mana sekolah berkenaan akan menjaga semua khemah terbut dan inventorinya. Tn. Hj. Abdul Rahim meminta jasa baik pihak PPD JB membenarkan mana-mana sekolah yang berhajat untuk menggunkan khemah tersebut untuk urusan sekolah agar dapat meminjamkannya. Hal ini dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. 3.4.2 Makanan Encik Jamaludin meminta bahawa Jawatankuasa makanan dan minuman agar dapat mencari pembekal bagi membekalkan makanan dan minuman sepanjang perkhemahan tersebut. Encik Basiron memaklumkan bahawa beliau selaku jawatankuasa makanan dan minuman akan mencari pembekal yang berkenaan. 3.4.3 T-shirt dan topi Guru Besar SK. Kompleks Sultan Abu Bakar meminta jasa baik PPD JB agar dapat membekalkan t-shirt dan topi untuk semua peserta perkhemahan. Hal ini akan dipertimbangkan oleh PPD JB. 3.4.4 Pengangkutan Encik Zainudin memaklumkan bahawa pengangkutan air iaitu kegunaan bot memerlukan kos. Beliau meminta jasa baik pihak PPD JB berkenaan kos tersebut. Encik Jamaludin memaklumkan bahawa semua perbelanjaan pengangkutan sudah termasuk dalam bajet beliau.

AGENDA 4

: HAL-HAL LAIN 4.1 Majlis Perasmian Encik Jamaludin meminta agar majlis perasmian perkhemahan diadakan di atas kapal di Jabatan Laut Malaysia, Tanjung Pelepas. Beliau meminta jawatankuasa khas ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Encik Zulkifli menyuarakan pendapat agar perasmi pada majlis tersebut adalah Tuan Pengarah Pelajaran Johor. Semua ahli mesyuarat bersetuju agar majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Pengarah. 4.2 Sijil Semua peserta perkhemahan dan fasilitator akan menerima sijil penyertaan dan penghargaan yang akan dikeluarkan oleh PPD Johor Bahru. Tempat Perkhemahan Selaku tuan rumah perkhemahan, Encik Abdullah memaklumkan bahawa tapak perkhemahan adalah di Kampung Pendas Baru, Gelang Patah. Kawasan perkhemahan ini adalah berhampiran dengan surau dan dewan. Hadiah peserta Pihak PPD JB bercadang akan memberikan hadiah berupa hamper kepada semua peserta perkhemahan. Ini bagi mengelakkan sekiranya ada peserta yang tidak menerima hadiah di akhir perkhemahan nanti. Keselamatan Penyelaras perkhemahan memaklumkan bahawa setiap sekolah akan menghantar 2 orang guru sebagai guru pengiring, namun beliau turut memohon jasa baik pihak sekolah agar dapat menyediakan 2 orang guru sama ada guru pengiring yang sama, atau guru yang lain, bagi dilantik menjadi fasilitator. Hal ini adalah disebabkan kesukaran untuk mencari fasilitator memandangkan perkhemahan diadakan pada waktu bekerja. Encik Jamaludian mencadangkan agar guru pengiring yang hadir dilantik secara automatik sebagai fasilitator.

4.3

4.4

4.5

AGENDA 5

: PENANGGUHAN MESYUARAT 5.1 Pengerusi berharap agar semua jawatnkuasa dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang lebih baik. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:30 petang.

Disediakan oleh : .................................................... En Abdullah bin Sulaiman Setiausaha, Perkhemahan Kokurikulum SKM

Disemak oleh ; ..........................................

You might also like