You are on page 1of 5

ABSTRAK

Abstraks projek yang dikemukakan kepada fakulti Universiti Putra Malaysia


sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains.

TINJAUAN ISU-ISU KEMAHIRAN AMALAN KAUNSELOR


DALAM MELAKSANAKAN SESI KAUNSELING INDIVIDU DI
PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH (SERENTI)
RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Oleh

Mohamad Shuhmy bin Shuib


November 1999

Penyelia : Mohamed Fadzil Che Din, Phd.


Fakulti : Pengajian Pendidikan, UPM.

Menerusi tugas dan tanggungjawab kaunselor sebagai profesional yang

terlatih, dan juga memberikan sumbangan serta memainkan peranan yang

penting dari segi 'memperikemanusiaankan' dan memperibadikan' suasana

pelatih serta mempertingkatkan kearah rawatan dan pemulihan, di Pusat

Serenti ini. Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau dan melihat

amalan-amalan kaunselor dalam mengimplementasikan kemahiran dan proses

kaunseling individu di Pusat Serenti, Rawang. Kajian juga cuba melihat

sejauhmana pengamal kaunseling (kaunselor) telah mendapat latihan asas

kaunseling untuk membolehkan mereka mengendalikan sesi kaunseling

kepada pelatih-pelatih di Pusat Serenti dan keberkesanan sesi kaunseling yang

di jalankan di Pusat-Serenti.
Analisis kajian adalah atas terdiri dari tiga puluh lima (35) sesi

kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor-kaunselor di Pusat Serenti, Rawang.

Alat kajian yang digunakan ialah senarai semak yang di bentuk oleh pengkaji

untuk melihat kaunselor melaksanakan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi

tujuan rawatan dan pemulihan dadah di Pusat Serenti ini. Data-data yang

dikumpulkan dianalisis menggunakan mod pemeratusan.

Tinjauan yang buat mendapati sebanyak 57.1 peratus kaunselor di Pusat

Serenti diimplikasikan menggunakan pendekatan RET.

Kemahiran asas adalah perkara pokok dalam kemahiran kaunseling,

kaunselor tidak dapat melakukan kemahiran semasa sesi kaunseling. 80.0

peratus sesi kaunseling kaunselor di pusat serenti ini berkemahiran mengenali

dan mengenalpasti masalah kliennya. Kemahiran membuat penjelasan 74.3

peratus. Sebanyak 57.1 peratus berkemahiran membuat konfrantasi.

Dalam menimplentasikan kemahiran membuat interpretasi didapati

senayak 20.0 peratus daripada sesi yang dijalankan tidak tepat dan tidak jelas,

manakala mengenalpasti masalah dalam dan kemahiran membuat penjelasan

sebanyak 8.6 peratus tidak tepat dilakukan oleh kaunselor.

Dalam jadual 13, peratus keseluruhan kemahiran yang dilakukan oleh

kaunselor di Pusat Serenti, Rawang. Sebanyak tujuh item utama disenaraikan

Dalam keseluruhan kemahiran tingkahlaku memberi perhatian sebanyak 87.9

peratus. Kemahiran asas yang ada pada kaunselor sebanyak 76.3 peratus.

Kemahiran menamatkan sesi kaunseling 66.8 peratus. Ciri-ciri kaunselor yang


efektif 61.4 peratus. Kemahiran kaunseling 46.6 peratus dan kemahiran

membuat ujian dan pengukuran psikologi sebanyak 06.7 peratus.

Dalam kemahiran asas kaunseling ada elemen yang dilakukan kurang

tepat atau tidak jelas. Keseluruhannya 8.0 peratus daripada sesi kaunseling

tidak jelas dan 3.7 peratus pula dalam kemahiran kaunseling.

Dari dapatan kajian mendapati bahawa kaunselor di Pusat Serenti ini

tidak begitu mahir dalam mengendalikan sesi kaunseling yang berkesan.

Kemahiran asas seperti merumus kenyataan, kemahiran membuat prafrasa,

refleksi dan merumus yang masih lagi kurang tepat dilakukan.

Kelemahan kaunselor dalam membuat penilaian dan pengukuran perlu

di pertingkatkan lagi untuk memberi keberkesanan dan juga kejayaan sesi

kaunseling di Pusat Serenti ini dan beberapa elemen-elemen kemahiran lain

yang mendapat skor kurang daripada 50 peratus, perlu di pertingkatkan lagi.

Penekanan dan amalan kaunseling tidak dilakukan dengan cara

profesional akan melibatkan ketidak berkesannya rawatan dan pemulihan

dadah di Pusat Serenti ini. Penagih dadah mempunyai personaliti yang sukar di

ubah sekiranya kemahiran-kemahiran mengenalpasti personaliti melalui alat

ukur tidak dapat dikendalikan dengan cara mahir mengakibatkan personaliti

yang devian serta tidak normal sukar ditukar, terutama sekali bagi penagih

dadah.

kaunselor di Pusat Serenti ini dapat memahami konsep asas dan

kemahiran asas kaunseling. Walau bagaimana mereka menghadapi beberapa

masalah yang telah dinyatakan diatas. Sebagai seseorang kaunselor perlu ada
beberapa kemahiran, teknik dan juga proses kaunseling dalam mengendalikan

dan menangani masalah klien. Proses bimbingan dan kaunseling itu

merupakan satu sistem pelaksanaan terhadap sesuatu perkhidmatan. Proses

yang berlaku pada klien semasa sesi kaunselingnya adalah berbeza-beza

antara seorang yang lain.

Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa kaunselor di Pusat

Serenti ini tidak memenuhi syarat sebagai seorang kaunselor yang bertaraf

profesional ini kerana mereka tidak memenuhi syarat sebagai kaunselor.

Walaupun mereka berpengalaman dan diberi pendedahan melalui kursus-

kursus yang berkala namun kemahiran amalan kaunseling tidak dapat

memenuhi tuntutan disiplin rawatan dan pemulihan dadah yang terlalu kronik

serta klinikal.

Persoalan keempat menyatakan bahawa kaunselor yang dilantik

memenuhi syarat yang dikehendaki oleh Lembaga Kaunselor mengikut Akta

Kaunselor 580. Kajian yang dilakukan menunjukkan hampir separuh daripada

kaunselor berkenaan memiliki pengalaman yang luas dalam profesion sebagai

kaunselor rawatan dan pemulihan dadah di Pusat Serenti, Rawang.

Kesimpulannya dapatan kajian mendapati bahawa kejayaan dan

keberkesanan rawatan dan pemulihan dadah di Pusat Serenti di Rawang ini

bukan bergantung sepenuhnya kepada amalan kaunselor yang beretika.

Mereka tidak berkemahiran (profesional bagi mengendalikan proses

kaunselingnya kepada pelatih-pelatih di Pusat Serenti).


Kaunselor di Pusat Serenti, Rawang tidak menepati ciri-ciri sebagai

seorang kaunselor yang profesional dalam mengadakan sesi kaunseling

rawatan dan pemulihan kepada mereka yang berada di Pusat Serenti.

Kaunselor yang dilantik oleh BRPD di Pusat Serenti mengamalkan

amalan kaunseling yang tidak beretika dan tidak memenuhi syarat kelayakan

sebagai seorang kaunselor yang profesional. Mereka yang dilantik sebagai

menjawat jawatan Pegawai Rundingcara bukan sebagai seorang kaunselor

dalam ertikata kaunselor yang telah ditauliahkan untuk mengamalkan

kaunseling.

Unit Kaunseling di Pusat Serenti ini tidak dapat memberi keberkesanan

program kaunseling kerana kaunselor yang dilantik oleh BRPD, KDN ini tidak

memenuhi syarat yang dikehendaki oleh Lembaga Kaunselor mengikut Akta

Kaunselor 580. Mereka adalah terdiri dari Pegawai Pemulihan (Rehabilitation

Oficer). Pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 2 Subseksyen (2) Akta

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983).

Kajian ini mendapati secara umumnya, kemahiran kaunselor masih lagi

di tahap rendah dan mereka perlu mempertingkatkan lagi kemahiran dalam

mengendalikan sesi kaunseling terutama dalam bidang pemulihan psikologi

penagihan. Menguasai teori-teori dan pelbagaikan teknik kaunseling untuk

mempertingkatkan tahap harga diri penagih yang lemah, mereka masih

mengunakan jenis mekanisme bela diri yang primitif serta tidak matang dan

mempunyai tret personaliti yang tak normal.

You might also like