You are on page 1of 24

ADAT PERKAHWINAN MELAYU

AZHAR BIN HUSIN

APA ITU PERKAHWINAN?


MENURUT DBP Berasal dari perkataan KAHWIN bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dan perempuan menjadi suami isteri. MENURUT ISLAM - bahasa ialah berkumpul dan bercampur. -istilah syarak ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh katakata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh islam.

hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan diikat oleh kepercayaan agama mereka sendiri. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undangundang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.

ADA BANYAK JENIS PERKAHWINAN


Perkahwinan yang diatur - pasangan perkahwinan dipilih orang lain Perkahwinan Cina - pengaturan antara keluarga Perkahwinan common law - kelas taraf antara perorangan Perkahwinan perjanjian - di sesetengah negeri Amerika Syarikat, sejenis bentuk perkahwinan yang lebih susah untuk bercerai Perkahwinan digit - dua orang yang tidak mempunyai perkaitan di luar kehidupan permainan bertemu dalam komuniti maya. Perkahwinan Fleet Perkahwinan kelompok Perkahwinan levirat Perkahwinan untuk kesenangan Perkahwinan morganatik Perkahwinan terbuka Perkahwinan sama jantina Perkahwinan sororat

PENGENALAN
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar

Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat yang paling penting dan diamalkan baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar untuk tujuan ini. Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat

PERINGKAT PERTAMA

PERINGKAT PERKAHWINAN

PERINGKAT KETIGA

PERINGKAT KEDUA

MERISIK @ MENENGOK

AKAD NIKAH

MEMINANG @ BERTUNANG

PERINGKAT PERTAMA

HANTAR TANDA

HANTARAN BELANJA

MERISIK @ MENENGOK
Permulaan prosesperkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibu bapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih, usaha merisik dijalankan untuk mengetahui sama ada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui si gadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

MEMINANG @ BERTUNANG
Ia hanya dilakukan bila keluarga si gadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil keduadua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Sesetengah tempat, berita pertunangan diberitahu kepada seisi kampung oleh Ketua Kampung di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.

HANTAR TANDA
Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangnya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah perempuan. Cincin ini disebut sebagai cincin tanda. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.

HANTAR BELANJA
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampung atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk perempuan. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masingmasing. Iringan lain termasuk bunga rampai, sirih junjung atau tepak sirih sahaja, pahar telor merah dan nasi semangat, alat solek, buah-buah dan lain-lain.

AKAD NIKAH
Akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi juru nikah. Dalam upacara ini, juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut sama ada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pengantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri

BERANDAM & BERASAH GIGI

PERINGKAT KEDUA

BERINAI

BERANDAM DAN BERASAH GIGI


Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat(rata @ disamakan) (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan "emak pengantin" (bukan ibu sebenar). Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan kerana lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan ke kedai solek.

BERINAI
Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat: 1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. 2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi. 3. Berinai besar.

BERINAI BESAR Kedua-dua pengantin memakai pakaian yang cantik. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki

MANDI LIMAU

SAMBUT/ JEMPUT MENANTU

PERINGKAT KETIGA

MANDI BUNGA

MAKAN BERADAB

BERSANDING

Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua keluarga. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan Aair sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya. Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Mela

MANDI LIMAU

MANDI BUNGA
antara amalan org dulu selalunya untuk amalan mandi bunga adalah seperti berikut 7 kuntukm bunga cempaka 7 kuntum bunga kenangan 7 kuntum bunga mawar 7 kuntum bunga melur 7 kuntum bunga siantan (ada cara nak amik bunga) 7 kuntum bunga cina 7 kuntum bunga tanjung

BERSANDING
Pada hari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih dahulu.

JEMPUT MENANTU
Majlis jemput menantu atau menyambut menantu diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

SECARA UMUMNYA
Setiap adat perkahwinan Melayu ini, ada unsur-unsur kepercayaan dan adat yang tersendiri Tidak semua adat ini masih diguna pakai sehingga kini Setiap upacara itu membawa kebaikan yang tersendiri

You might also like