You are on page 1of 2

KIRKBY INTERNATIONAL COLLEGE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) 2012 KRM 3033: ASAS BENTUK DAN RUANG

TUGASAN 1 Hasil Pembelajaran Kursus Di akhir kursus, diharap pelajar dapat : 1. Menganalisis konsep bidang bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi. 2. Membincangkan kesukaran dan konsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam tajuktajuk tertentu bagi bidang bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi. 3. Merancang penggunaan bahan konkit, media dan teknologi dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi 4. Membina PCK bagi tajuk-tajuk dalam bidang bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi. 5. Mengadaptasi pendekatan perkembangan profesionalisme perguruan secara berterusan. Tugasan Anda dikehendaki membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh muridmurid di sekolah rendah semasa mempelajari salah satu tajuk dalam bidang bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi. Tugasan anda mestilah mengandungi pengenalan kepada kesukaran dan miskonsepsi serta faktor-faktor yang mempengaruhi punca-punca kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah dalam pembelajaran tajuk berkenaan. Seterusnya, anda dikehendaki menggunakan konsep ini dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang menggunakan bentuk geometri. Bincangkan bagaimana bentuk geometri meningkatkan kefahaman dan pengukuhan konsep bentuk dan ruang pada diri kanak-kanak.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus: 1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan (6 orang). 2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Rujukan adalah mengikut format APA 3. Tempoh tugasan : 8-9-2013 hingga 5-10-2013. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 30%. 6. Tarikh hantar tugasan pada : 16 NOVEMBER 2013 (Batu Pahat,Ipoh, Alor Setar, Kuantan dan Kota Baru) 23 NOVEMBER 2013 (Cyberjaya)

2 DECEMBER 2013 (Sabah n Sarawak)

You might also like