You are on page 1of 9

2.

Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Ahad 20 Mac 2011 Saya sampai di sekolah yang saya pilih iaitu Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir tepat jam 7.15 pagi. Perasaan berdebar-debar menyelubungi jiwa kerana ini merupakan kali pertama saya melangkah masuk ke bekas sekolah saya dengan taraf yang berbeza, iaitu saya ialah salah seorang bakal pendidik dan bukannya seorang pelajar seperti suatu ketika dahulu. Saya menemui rakan-rakan yang turut menjalani program yang sama dan masing-masing membicarakan luahan hati mereka ketika itu. Fatin Amirah binti Mohd Hanapiah merupakan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Fatin Athirah binti Mohd Hanapiah merupakan guru pelatih dari IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Nur Fadila Syazwani binti Zipri merupakan guru pelatih dari IPG Kampus Bukit Coombe, Pulau Pinang. Mohd Haniff Rowther bin Mohd Hussin dan Ahmad Fathi Lutfi bin Mohd Amran merupakan guru pelatih dari IPG Kampus Kangar, Perlis. Izzan Fatihin binti Md. Atan merupakan guru pelatih dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor. Majoriti berpendapat bahawa kami agak gentar untuk menghadapi suatu pengalaman yang baru seumpama ini. Setiap hari Ahad, perhimpunan mingguan akan diadakan. Lazimnya, perhimpunan berlangsung di tapak perhimpunan. Tetapi, ketika itu hujan membasahi bumi Seberang Takir dan ia terpaksa dilangsungkan di tempat lain. Pada jam 7.30 pagi, semua guru dan pelajar dikehendaki memenuhkan ruang di dewan terbuka sekolah. Sebelum itu, para guru dan pelajar diminta menyanyikan beberapa buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Terengganu dan lagu sekolah. Selepas itu, murid-murid membaca ikrar pelajar. Guru yang pertama memberi ucapan ialah Ustaz Kamaruddin bin Muda. Beliau menyampaikan teguran mengenai adab sopan iaitu sikap pelajar yang suka berkejar-kejaran ketika waktu rehat dan pelajar yang kerap pergi ke tandas. Selepas itu, terdapat penyampaian sijil penyertaan kepada seorang wakil pelajar yang menyertai Perkhemahan Pengakap peringkat negeri Terengganu dan ia disampaikan oleh Guru Besar SKKST, Puan Hajah Mahani binti Jaafar. Sebelum berakhirnya perhimpunan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, iaitu Tuan Haji Din bin Yahya menyampaikan penerangan tentang program menganalisis markah peperiksaan pelajar. Beliau turut mengumumkan bahawa kelas tambahan

pada setiap hujung minggu akan diadakan dan semua guru dan pelajar tahun 6 diwajibkan hadir. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa dan tamat pada pukul 8.00 pagi. Selesai perhimpunan, kami terus berjumpa dengan Puan Hajah Mahani, Guru Besar SKKST. Sesi berkenalan antara beliau dan kami mengambil masa selama 30 minit. Beliau turut berbangga dengan kedatangan kami ke sekolah tersebut dan berliau menyuarakan permintaan agar kami turut menyertai program praktikum di sekolah itu. Kami juga bersyukur kerana beliau merupakan seorang guru yang amat prihatin dengan keadaan kami yang kurang dari segi pengalaman. Tanpa segan silu,beliau terus menceritakan tentang suasana sekolah, persekitaran sekolah dan pencapaian sekolah sepanjang tahun 2010. Beliau juga turut menasihati kami dan berkongsi tips-tips untuk menjadi guru yang berkaliber. Selepas itu, Puan Hajah Mahani mengarahkan Ustaz Kamaruddin untuk menyediakan meja guru untuk kami di bilik guru. Kemudian, kami pergi meninjau keadaan kawasan sekeliling sekolah tersebut dan mengambil beberapa keping gambar sebagai lampiran untuk portfolio PBS. Banyak yang dapat kami belajar apabila melihat keadaan sekolah ini. Kami melihat sekolah ini dari pelbagai aspek yang boleh membantu kami menyiapkan folio ini. Kami selesai membuat tinjauan tepat pada pukul 12.30 tengah hari. Kami kembali ke bilik guru untuk membuat draf awal berkenaan PBS di SKKST. Kami pulang ke rumah masing pada jam 2.00 petang.

Isnin 21 Mac 2011 Debaran di dada tidak terlalu kencang kerana saya dapat menyesuaikan diri dengan warga di sekolah ini. Saya tiba di sekolah tersebut tepat pukul 7.25 pagi. Sebelum masuk ke bilik guru, saya memerhatikan gelagat pelajar berlari-lari ke arah kantin untuk menjamu sarapan pagi atas bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Menu yang disediakan amat berkhasiat untuk peringkat umur pelajar di sekolah rendah. Selepas bacaan Yaasin dan zikir munajat, pelajar diminta untuk masuk ke kelas masing-masing bagi memulakan aktiviti pembelajaran. Pada pukul 9 pagi, saya, Fathi dan Haniff ke padang sekolah bagi menyelesaikan tugasan PKK iaitu mengukur perkembangan fizikal kanak-kanak. Bagi mengukur perkembangan kognitif kanak-kanak, aktiviti ini kami jalankan di dalam bilik darjah. Semasa di padang, kami meminta 3 orang murid bagi setiap peringkat umur untuk membantu kajian, sebelum meminta kanak-kanak tersebut membantu kami, kami telah meminta kebenaran oleh guru pelajar terbabit. Para guru di sekolah tersebut banyak memberi bantuan untuk kami menyiapkan tugasan ini. Selepas menjalankan kajian, kami menuju ke bilik Puan Noraini binti Hashim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPKHEM) bagi menemubual beliau mengenai bidang tugas yang dijalankan dan masalah disiplin yang dihadapi oleh SKKST. Tugas beliau juga amat penting kerana beliau dan guru besar akan mengawal setiap aktiviti yang akan dijalankan. Apa yang dibincangkan dengan GPK HEM ialah peranan beliau dalam merealisasikan FPK. Beliau turut menjelaskan mengenai masalah-masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar. Malah beliau tidak lokek untuk memberitahu kami faktor penyebab masalah ini berlarutan. Pada pukul 11 pagi, kami pergi ke bilik Puan Hajah Mahani binti Jaafar, Guru Besar SKKST untuk menyambung perbincangan yang tidak dapat diselesaikan pada hari semalam. Guru besar banyak memberi input kepada kami mengenai alam pendidikan dan menyelesaikan tugasan kami. Perbincangan antara guru besar tamat pada pukul 12 tengah hari. Selepas itu, kami berjumpa pula dengan Encik GPK KO-KURIKULUM, kedatangan kami di sambut baik oleh beliau. Beliau banyak menolong kami menyelesaikan tugasan dengan memberikan bahan-bahan yang berkaitan dengan aktiviti sukan, unit beruniform dan kelab serta senarai nama pelajar mengikut tahun. Beliau turut menyuruh kami melihat sendiri aktiviti unit

beruniform yang akan diadakan pada keesokan hari di sebelah petang bagi menambahbaikan input yang kami peroleh. Pada pukul 11.02 pagi, kami berkesempatan untuk menemuramah ketua panitia pendidikan jasmani dan juga selaku guru kelas, beliau ialah Cikgu Norlida. Beliau menyambut kami dengan begitu ramah sekali, antara topik yang menjadi perbualan kami ialah tindakan beliau bagi menangani murid yang bermasalah di dalam kelas dan beberapa soalan lain yang melibatkan bidang tugas beliau. Kami selesai melakukan kajian pada pukul 11.45 pagi. Sebelum melakukan tugasan yang seterusnya, kami terlebih dahulu mengisi perut yang telah lama mendendangkan lagu keroncong. Tepat pukul 12.15 tengah hari, kami meminta tandatangan para guru yang terlibat untuk mengisi tempat kosong dalam lampiran 3 sebagai pengesahan , iaitu bagi tugasan PBS.

Selasa 22 Mac 2011

Hari ini kami tiba pada pukul 7.25 pagi. Saya dan rakan-rakan masuk ke bilik guru untuk membuat perbincangan mengenai aktiviti yang bakal kami laksanakan pada hari ini. Aktiviti saya pada hari ini tidaklah padat seperti semalam kerana saya perlu mengemaskini tugasan- tugasan yang diberikan supaya tersusun rapi dan mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan lampiran folio. Setelah itu, saya membuat catatan dan beberapa refleksi tentang maklumat-maklumat atau tugasantugasan yang belum dilaksanakan. Selesai membuat kemaskini setiap maklumat, saya dan rakan-rakan sepakat untuk meninjau sekali lagi kawasan sekolah bagi menambahkan bahan untuk membuat tugasan. Sungguh memenatkan tetapi saya menganggapnya sebagai dugaan dan ujian dari Allah sebagai adab menimba ilmu pengetahuan. Walaupun merasa susah pada saat ini, namun saya pasti akan dapat memperoleh hasil yang baik jika dibuat secara bersungguh- sungguh.

Tidak dinafikan jika tugasan yang diberikan kali ini sememangnya mencabar dan ketahuilah saya bahawa ingin menjadi seorang guru yang mempunyai segulung ijazah bukanlah senang untuk dapatkannya tanpa setitik peluh. Kebetulan pula pada hari tersebut merupakan hari unit beruniform. Melihat guru segak dan cantik beruniform teringat pula saya ingin meninjau kegiatan kokurikulum pada petangnya. Pada pemerhatian saya, para guru di sekolah ini sangat berketrampilan apabila kesemua guru memakai baju unit beruniform masing-masing bahkan guru besar turut memakai pakaian unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum ini bermula pada pukul 2 hingga 4 petang. Para pelajar disini mengambil inisiatif untuk tidak pulang dan duduk di sekolah sahaja kerana faktor rumah yang jauh dari sekolah. Terdapat sesetengah ibu bapa menghantar bekalan makanan dan menemani anak-anak mereka makan. Suasana ini mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang telah lama ditinggalkan, sungguh

syahdu rasanya. Seperti waktu saya bersekolah dulu, aktiviti kokurikulum ini berlangsung di dalam kelas sahaja memandangkan cuaca tidak elok.

Apabila saya meninjau setiap unit beruniform, pelbagai perkara dapat saya lihat. Para pelajar di ajar cara untuk membuat rawatan kecemasan, kawad kaki, memasak, cara untuk mengikat tali,dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, pelajar dapat mengaplikasikan aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian malah dapat mengcungkil bakat mereka. Apa yang dapat saya simpulkan disini, kita perlulah mengimbangi aktiviti yang kita akan ajarkan kepada pelajar dengan kegiatan yang berfaedah dan bermanfaat agar perkembangan murid-murid berkembang dengan baik dan teratur.

HARI KEEMPAT (24 MAC 2010)

Pada hari ini, saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana mengalami keracunan makan dan telah mendapat sijil cuti sakit. Akan tetapi, rakanrakan lain tetap meneruskan tugasan dengan mencari beberapa maklumat untuk ditambah ke dalam tugasan.

HARI KELIMA (02.09.2010)

Alhamdullilah, saya beransur sihat dan dapat meneruskan PBS. Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalani PBS, terasa tidak mahu meninggalkan

sekolah ini. Pada hari ini, saya dan rakan tiba di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Hari ini merupakan hari berlangsungnya Pertandingan Tadarus, Hafazan dan Bercerita Kisah Para Anbia Peringkat PKG. Saya dan rakan mengambil kesempatan ini untuk melihat sendiri bagaimana para guru mengendalikan program sebegini agar dapat dimanfaatkan kelak.

Tempoh berada di sekolah ini saya rasakan amat singkat, banyak lagi perkara belum saya terokai dengan lebih mendalam. Tuntasnya, apa yang boleh saya katakan mengenai sekolah ini, saya dapati sekolah ini amat menitikberatkan keseimbangan dalam diri setiap pelajarnya. Tidak hairanlah sekolah ini memperoleh anugerah kerana peratusan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR sangat tinggi dan menjadi sekolah pertama di Terengganu yang memperoleh banyak A dalam UPSR baru-baru ini. Pihak pentadbir menyediakan pelbagai program dan aktiviti bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, antaranya ialah bacaan Yassin dan melakukan solat hajat setiap hari sebelum memulakan pembelajaran.

Semasa perjalanan ke dewan, saya dapat melihat gelagat beberapa orang pengawas sedang mengambil nama pelajar yang datang lewat. Kami tergerak haati untuk mengambil beberapa keping gambar pelajar yang hadir lewat ke sekolah, untuk dijadikan bukti bagi tugasan kami. Kami ke dewan untuk melihat sesi pendaftaran dan para peserta. Bahkan pada masa yang sama kami turut berbual dengan beberapa orang guru mengenai program ini. Pada pukul 8.40 pagi, kami perlu berjumpa dengan guru besar bagi mengambil kembali borang penilaian. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas semuanya siap,

kami mengambil keputusan

untuk melihat

pertandingan bercerita yang diadakan di perpustakaan. Di sini saya dapat lihat kesungguhan para pelajar untuk menjuarai pertandingan tersebut, setiap peserta mempunyai kebolehan masing-masing. Seterusnya kami pergi melihat pula pertandingan hafazan yang di adakan di surau sekolah. Tepat jam 10.35 pagi, saya dan rakan menuju ke bilik guru untuk menyemak setiap maklumat yang telah dikumpulkan selama empat hari berada di sekolah ini. Selesai membuat kerja tersebut, saya mengambil keputusan untuk masuk ke kelas Ibnu Khaldun untuk melihat gelagat mereka. Mereka amat gembira apabila saya menghadiahkan mereka coklat. Wajah mereka terpancar cahaya kegembiraan yang tidak diselubungi walau sedikit pun masalah. Kelas tersebut merupakan kelas yang paling tercorot, namun keadaan di dalam kelas masih dapat di kawal.

Di dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai pelajar yang agak lemah, namun apabila saya menghadiahkannya coklat,

dia dapat mengeluarkan kata-kata terima kasih dan mengukir senyuman yang amat manis bagi saya. Sebelum pulang, saya dan rakan kemudiannya makan di kantin bagi mengisi perut yang kosong. Selepas itu, kami berempat pergi ke bilik guru bagi memohon kemaafan andai tersalah kata mahupun perbuatan semasa berada di sekolah ini. Kami pulang pada pukul 1.30 petang, terasa sayang untuk meninggalkan sekolah ini.

You might also like