You are on page 1of 2

REFLEKSI Pada 1 Oktober 2013 yang lalu, kumpulan PISMP Pendidikan Prasekolah Semester 4 Ambilan Januari 2012 Institut

Pendidikan Guru Kampus Perlis telah menganjurkan program Pergerakan Kreatif Satu Malaysia. Program ini telah dijalankan untuk memenuhi kehendak tugasan projek bagi kursus Kursus Apresiasi Muzik dan Pergerakan (PRM 3102). Mengikut tugasan projek yang diberi, kami harus merancang dan melaksanakan satu aktiviti pergerakan kreatif. Bersyukur kepada Tuhan kerana dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Megat Mohd Noor Bin Megat Teh kerana telah memberi peluang untuk kami melaksanakan program ini dan membimbing kami dari semasa ke semasa. Hasil daripada tugasan yang dilakukan kami telah memperolehi pelbagai pengalaman dan juga dapat memanfaatkan pengalaman tersebut pada masa akan datang. Pelaksanaan tugasan ini telah memberikan peluang untuk kami merancang satu program dan telah memahami proses dan langkah-langkah bagi mengadakan sesuatu program. Bermula dengan pemilihan ahli jawatankuasa, penyediaan kertas kerja, persediaan awal dan sebagainya. Setakat ini, kami pernah laksanakan program-program bersama kanak-kanak

prasekolah SK IPGM sahaja. Ini merupakan pengalaman kali pertama kami melaksanakan program bersama semua murid-murid SK IPGM. Sebelum pelaksanaan program, kami tidak begitu yakin terhadap program yang telah kami rancang disebabkan beberapa perkara seperti murid-murid mungkin tidak dapat melakukan pergerakan dengan baik, tiada pengalaman sedia ada, kawalan murid-murid, pergerakan-pergerakan yang susah dan sebagainya. Malah, andaian kami menjadi negatif apabila kanak-kanak prasekolah dan murid-murid sekolah tersebut berjaya melibatkan diri secara aktif. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan prodram ini memandangkan muzik dan pergerakan merupakan kegemaran kanak-kanak. Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan dan persengketaan dapat dielakkan bagi melahirkan persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan

kepada kami dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh. Sewaktu melaksanakan tugasan ini, kami tidak mengalami rintangan yang begitu serius. Hal ini mungkin disebabkan pengalaman kami menganjurkan program-program lain sebelum ini dapat menyakinkan diri kami. Melalui ini, kami telah meningkatkan pengetahuan kami berkaitan pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea , perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Ia memberi penekanan kepada empat elemen asas, iaitu tubuh badan,ruang,masa dan tenaga yang merupakan perbendaharaan pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan, ritma dan kreativiti. Program ini juga telah menjadikan kami sedar akan kepentingan pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif telah menjadi suatu pengalaman untuk menyalurkan perasaan bagi kami dan juga murid-murid yang terlibat. Hakikat ini menjadi kenyataan apabila aspek-aspek intelek , emosi dan spritual dipadankan bersama aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan. Kami yang menceburi pergerakan kreatif telah mendapat peluang untuk membentuk sifat-sifat fleksibel, mempelajari cara-cara mengawal pergerakan, mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti pergerakan dan menggunakan anggota dan minda sebagai alat untuk mencapai tahap pergerakan yang bersifat seni . Pergerakan kreatif memberikan kesempatan yang luas kepada kami untuk melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi kami. Bukan itu sahaja program ini kepuasan kepada kami kerana kami mulai sedar bahawa setiap anggota dapat dijadikan alat atau sekurang-kurangnya mempunyai daya potensi untuk menyalurkan segala tenaga yang berlebihan dan perasaan yang terpendam. Ini semua dapat membantu perkembangan pemikiran yang kritis, sikap sosial yang positif serta cita rasa yang seni. Kesimpulannya, saya berharap program yang telah dijalankan dapat memberi pengalaman yang baru kepada kami disamping mengenali pergerakan kreatif dan kepentingannya. Pelaksanaan program ini telah memberikan inspirasi bagi diri kami untuk terus berusaha dan menjadi seorang guru yang cemerlang. Kami berharap semua ilmu yang diperoleh daripada tugasan ini dapat kami manfaatkan pada setiap masa.

You might also like