You are on page 1of 3

Mengenai Solat wajib secara duduk bagi seorang yang masih mampu berdiri, adalah tidak dibenarkan menurut

makna umum firman Allah swt : "dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk" - [al-Baqarah 2:238] dan juga hadith Imraan ibn Hussein, dimana Rasulullah saw bersabda : "Solatlah berdiri, jika tidak mampu hendaklah duduk, dan jika tidak mampu berbaring disebelah tepi" - [hadith riwayat al-Bukhaari #1117] -[Fataawa al-Lajnah alDaaimah, 8/126]. Pada dasarnya, seorang yang sakit hendaklah melakukan solat mana yang mungkin pada setiap rukun solat, dan dia tidak perlu melakukannya posisi mana yang tidak mampu dilakukan, sebagaimana firman Allah swt : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - [al-Baqarah 2:286] Begitu juga dengan sabda Nabi saw : "Jika apa aku perintahkan kamu melakukan sesuatu,

maka lakukan sejauh mana yang kamu mampu" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #7288, Muslim #1337] Bagi keadaan yang dinyatakan diatas, apa yang boleh dilakukan ialah, lakukan Qiam seperti biasa (kerana ia mampu melakukan), kemudian rukuk, dan bila tiba rukun sujud, maka bolehlah duduk diatas kerusi sambil menundukkan kepala kedepan bagi menandakan situasi sujud. Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz [Ahkaam Salaat al-Mariid wa Tahaaratihi]: . . . ( ) "Barangsiapa yang mampu berdiri tetapi tidak mampu rukuk atau sujud TIDAK dikecualikan dari kewajipan berdiri (qiam), bahkan ia hendaklah solat berdiri, kemudian kedepan sedikit untuk rukuk (yakni dia masih qiam), kemudian duduk dan kedepan sedikit untuk sujud, ia harus kedalam sedikit bagi membezakan dengan rukuk" Tambah beliau lagi : "Dan semasa solat, jika seorang yang sakit itu boleh melakukan sesuatu yg ia tidak boleh melakukan sebelum itu, seperti berdiri, duduk, rukuk atau sujud, dia harus mula melakukannya dan meneruskan dari apa yang dia boleh bagi menyempurnakan solat"

Kesimpulannya, jelas menunjukkan jika seorang yang sakit mampu berdiri semasa solat fardu, kewajipan berdiri itu masih tidak terangkat darinya. Duduk dibenarkan didalam kondisi rukun mana yang seseorang pesakit itu tidak mampu melakukannya, Bagi solat sunat, bolehlah seseorang itu melakukan solat sepenuhnya sambil duduk. wallahu'alam.

You might also like