You are on page 1of 28

BAHASA MALAYSIA

MELAYU

SEBAGAI

ALAT

PERPADUAN

KAUM

DI

Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama ITsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan `` Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang IndoMelayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa

yang

terdapat

di

Nusantara

sekarang

berpunca

daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. 3

Perkembangan Bahasa Melayu Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit 5

Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepasmarlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. 6

bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)


masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)


ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau 7

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Latar Belakang Bahasa Malaysia Berikut sedikit maklumat mengenai Bahasa Malaysia untuk rujukan dan manfaat bersama. Mana-mana pihak yang menuduh istilah Bahasa Malaysia sebagai TIDAK WUJUD amat wajar membaca maklumat ini serta melakukan pembetulan diri. . Bahasa Malaysia juga dikenali sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu. Ia telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak abad ke-7. Terdapat lebih 200 bahasa di Kepulauan Melayu pada waktu itu. Namun, penggunaan Bahasa Melayu pada waktu itu amat

meluas kerana mudah dipertuturkan. Maka ia menjadi lingua franca. . Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa

Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan digubal, istilah Malaysia belum wujud. Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Malangnya masih ada pihak yang tidak menyedari - atau cuba menafikan - hakikat ini. . Pada tahun 1961, Perdana Menteri Tanah Malaya, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan Malaysia dan cadangan itu menjadi realiti pada 16 September 1963. . Pilihan raya 1969 menyaksikan pihak Perikatan [Barisan Nasional] menghadapinya dengan penuh yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu. Bagaimanapun, rakyat Bukan Melayu pula ternyata kurang senang dengan kedudukan bahasa Melayu. Pada tahun 1957,

Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan selama 10 tahun sehingga 1967. Jadi, kini, timbul soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa bagi Bangsa Malaysia. . 10

Pilihan raya pada 12 Mei 1969 ternyata penuh emosi. Kedudukan politik dan bahasa/budaya Bukan Melayu menjadi topik hangat dalam kempen. Malah, rakyat Bukan Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkenaan. . Natijahnya, undi bagi Perikatan susut 10 peratus dan Perikatan menghadapi masalah mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. . Penyokong Gerakan dan DAP meraikan kemenangan mereka dengan mengadakan pesta di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Penyokong UMNO turut mengadakan pesta yang sama. maka tercetuslah Krisis 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu-padu, harmoni dan saling memahami. Ramai terkorban terutama kaum Cina. . Darurat diisytihar, perlembagaan digantung, parlimen dibubar, pilihan raya di Sabah dan Sarawak ditangguh, pemerintahan pusat

dilaksanakan. Itulah antara langkah segera yang diambil kerajaan pada waktu itu. . Krisis 13 Mei 1969 ternyata membawa perubahan drastik pada polisi kerajaan/pemerintah. Perpaduan nasional, tolerensi, hapus jurang 11

perkauman dan seumpamanya menjadi agenda utama rakyat dan kerajaan. Semua pihak sedar bahawa perbezaan sosial dan ekonomi memang wujud di kalangan rakyat dan menjadi masalah utama rakyat Malaysia. . Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga

diperkenalkan. Dasar Pelajaran Kebangsaan pula dilaksanakan pada 1970 di mana istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan di sekolah dan dalam segala urusan rasmi. Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa diadakan dengan cogan kata Bahasa Jiwa Bangsa di mana pasti sahaja Bahasa; merujuk pada Bahasa Malaysia dan Bangsa merujuk pada Bangsa Malaysia. Masakan pula cogan kata Bahasa Jiwa Bangsa dalam konteks ini membawa makna Bahasa Melayu Jiwa Bangsa Melayu! . Pada September 1970, Tunku Abdul Rahman diganti Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Polisi Pelajaran di bawah

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dilaksanakan, antara lain, bagi mempercepatkan usaha murni kerajaan dan rakyat malaysia menjadikan Bahasa Malaysia bahasa pengantar di sekolah. . Kempen Cintai Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Menunjukkan Bangsa dan yang seumpamanya dipergiat oleh kerajaan, badan-badan 12

tertentu serta agensi kerajaan dan swasta.Pada tahun 1990, Bahasa Malaysia mula digunakan di mahkamah. Memang agak pelik jika kita berpeluang mendengar perbicaraan kes di mahkamah menggunakan Bahasa Malaysia tetapi adalah satu kejayaan mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama. . Generasi yang lahir pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an terbukti fasih dan menganggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik bersama setiap rakyat Malaysia. Mereka sedar bahawa Bahasa Malaysia bukan milik kaum Melayu sahaja. Kaum Bukan Melayu di Malaysia mampu berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dan lancar. Ironinya, sekumpulan kaum Melayu pula lebih suka menggunakan Bahasa Malaysia yang tidak betul. Misalnya: Husband I drebar mini bas di mana frasa ini bukan Bahasa Inggeris dan bukan juga Bahasa Malaysia! . Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting, istilah Bahasa Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1970 berikutan Krisis 13 Mei 1969 terbukti sudah berjaya membina Bangsa Malaysia sebagaimana yang diimpikan. . Kini terdapat ramai penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya sastera Bahasa Malaysia. Golongan penulis/sasterawan ini mempunyai 13

bakat penulisan dan menguasai Bahasa Malaysia. Mereka juga berjiwa Malaysia. Jadi, lahirlah karya sastera berjiwa Malaysia yang

menampilkan citra budaya masyarakat pelbagai kaum dalam Bahasa Malaysia bermutu. Maka penulis pelbagai kaum, sastera dan bahasa mula seiring memupuk semangat dan jiwa Bangsa Malaysiadalam kalangan rakyat negara ini. . Walau bagaimanapun, pada 1999, tiba-tiba sahaja mula ada usaha menafikan kewujudan dan kesahihan istilah Bahasa Malaysia dan kononnya hanya istilah Bahasa Melayu sah digunakan di negara ini. Isu ini dimulakan oleh seorang editor di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). . Penerbit terbabit menafikan kewujudan serta kesahihan istilah Bahasa Malaysia tetapi tetap terus menerbitkan buku-buku Bahasa Malaysia Tahun Satu-Tingkatan Lima untuk kegunaan sekolah kerajaan. Apakah makna semua ini? ... hipokrit? takut bayang? anti polisi kerajaan? anti semangat kebangsaan? anti perpaduan? anti kaum tertentu? . Walau apa sekalipun tindakan pihak tertentu sejak tahun 1999, Bahasa Malaysia sudah terbukti dapat membina Bangsa Malaysia. Tapi kalau kewujudan istilah Bahasa Malaysia terus dinafikan, nescaya Konflik 13 Mei 1969 akan berulang dan golongan berjiwa Malaysia seperti saya 14

dan para sasterawan tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan semangat kebangsaan dan perpaduan nasional

kerana istilah Bahasa Malaysia dikatakan tidak wujud dan tidak sah digunakan. . Sejak tahun 1970, Bahasa Malaysia berjaya membuka laluan ke arah perpaduan nasional tetapi Bahasa Malaysia tidak akan dapat

meneruskan usaha itu selagi kewujudan istilah Bahasa Malaysia dinafikan. . Ikuti juga catatan berhubung keputusan Kabinet pada Mei 2007 dan pendirian DBP mulai Januari 2010 . . FUNGSI BAHASA MALAYSIA Bahasa Kebangsaan melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa. Satu Bangsa/Negara, Satu Bahasa. Bahasa Rasmi dalam komunikasi dan acara rasmi, segala suratmenyurat rasmi, pentadbiran, minit mesyuarat, memo dll. Bahasa Perpaduan perpaduan antara kaum/keturunan, perpaduan politik. Bahasa Ilmu dalam bidang ilmu, sains, teknologi, komputer, saintifik, ilmiah. Menjadikan Bahasa Malaysia setaraf Bahasa Inggeris;

antarabangsa. [Baca isu PPSMI 15

Bahasa Pendidikan bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, universiti, kolej. . BAHASA MALAYSIA FORMAL Bahasa formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi formal. Juga disebut bahasa baku. Bahasa formal adalah bahasa yang telah diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti

perundangan, surat rasmi, majlis rasmi, sekolah, berita, akhbar dan media massa. Walaupun terdapat banyak dialek bahasa di Malaysia, hanya satu bentuk bahasa formal; iaitu bahasa kebangsaan/bahasa rasmi Bahasa Malaysia. . BAHASA MALAYSIA TIDAK FORMAL Bahasa tidak formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal. Contohnya bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian bersama rakan-rakan dan ahli keluarga atau rakanrakan sekerja. Disebut juga bahasa tak baku atau bahasa umum. Termasuk juga dialek negeri-negeri serta bahasa daerah. .. Kedudukan dan taraf Bahasa Kebangsaan terkandung dalam: a) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan b) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 c) Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961) 16

. Sistem ejaan baru Bahasa Malaysia yang ada sekarang telah mula digunakan secara rasmi mulai 16 Ogos 1972.

Latar Belakang Bahasa Malaysia Berikut sedikit maklumat mengenai Bahasa Malaysia untuk rujukan dan manfaat bersama. Mana-mana pihak yang menuduh istilah Bahasa Malaysia sebagai TIDAK WUJUD amat wajar membaca maklumat ini serta melakukan pembetulan diri. . Bahasa Malaysia juga dikenali sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu. Ia telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak abad ke-7. Terdapat lebih 200 bahasa di Kepulauan Melayu pada waktu itu. Namun, penggunaan Bahasa Melayu pada waktu itu amat meluas kerana mudah dipertuturkan. Maka ia menjadi lingua franca. . Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa

Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan digubal, istilah Malaysia belum wujud. Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia.

17

Malangnya masih ada pihak yang tidak menyedari - atau cuba menafikan - hakikat ini. . Pada tahun 1961, Perdana Menteri Tanah Malaya, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan Malaysia dan cadangan itu menjadi realiti pada 16 September 1963. . Pilihan raya 1969 menyaksikan pihak Perikatan [Barisan Nasional] menghadapinya dengan penuh yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu. Bagaimanapun, rakyat Bukan Melayu pula ternyata kurang senang dengan kedudukan bahasa Melayu. Pada tahun 1957,

Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan selama 10 tahun sehingga 1967. Jadi, kini, timbul soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa bagi Bangsa Malaysia. . Pilihan raya pada 12 Mei 1969 ternyata penuh emosi. Kedudukan politik dan bahasa/budaya Bukan Melayu menjadi topik hangat dalam kempen. Malah, rakyat Bukan Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkenaan. . Natijahnya, undi bagi Perikatan susut 10 peratus dan Perikatan menghadapi masalah mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. . 18

Penyokong Gerakan dan DAP meraikan kemenangan mereka dengan mengadakan pesta di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Penyokong UMNO turut mengadakan pesta yang sama. maka tercetuslah Krisis 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu-padu, harmoni dan saling memahami. Ramai terkorban terutama kaum Cina. . Darurat diisytihar, perlembagaan digantung, parlimen dibubar, pilihan raya di Sabah dan Sarawak ditangguh, pemerintahan pusat

dilaksanakan. Itulah antara langkah segera yang diambil kerajaan pada waktu itu. . Krisis 13 Mei 1969 ternyata membawa perubahan drastik pada polisi kerajaan/pemerintah. Perpaduan nasional, tolerensi, hapus jurang perkauman dan seumpamanya menjadi agenda utama rakyat dan kerajaan. Semua pihak sedar bahawa perbezaan sosial dan ekonomi memang wujud di kalangan rakyat dan menjadi masalah utama rakyat Malaysia. . Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga

diperkenalkan. Dasar Pelajaran Kebangsaan pula dilaksanakan pada 1970 di mana istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan di sekolah dan 19

dalam segala urusan rasmi. Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa diadakan dengan cogan kata Bahasa Jiwa Bangsa di mana pasti sahaja Bahasa; merujuk pada Bahasa Malaysia dan Bangsa merujuk pada Bangsa Malaysia. Masakan pula cogan kata Bahasa Jiwa Bangsa dalam konteks ini membawa makna Bahasa Melayu Jiwa Bangsa Melayu! . Pada September 1970, Tunku Abdul Rahman diganti Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Polisi Pelajaran di bawah

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dilaksanakan, antara lain, bagi mempercepatkan usaha murni kerajaan dan rakyat malaysia menjadikan Bahasa Malaysia bahasa pengantar di sekolah. . Kempen Cintai Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Menunjukkan Bangsa dan yang seumpamanya dipergiat oleh kerajaan, badan-badan tertentu serta agensi kerajaan dan swasta. . Pada tahun 1990, Bahasa Malaysia mula digunakan di mahkamah. Memang agak pelik jika kita berpeluang mendengar perbicaraan kes di mahkamah menggunakan Bahasa Malaysia tetapi adalah satu

kejayaan mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama. . 20

Generasi yang lahir pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an terbukti fasih dan menganggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik bersama setiap rakyat Malaysia. Mereka sedar bahawa Bahasa Malaysia bukan milik kaum Melayu sahaja. Kaum Bukan Melayu di Malaysia mampu berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dan lancar. Ironinya, sekumpulan kaum Melayu pula lebih suka menggunakan Bahasa Malaysia yang tidak betul. Misalnya: Husband I drebar mini bas di mana frasa ini bukan Bahasa Inggeris dan bukan juga Bahasa Malaysia! . Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting, istilah Bahasa Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1970 berikutan Krisis 13 Mei 1969 terbukti sudah berjaya membina Bangsa Malaysia sebagaimana yang diimpikan. . Kini terdapat ramai penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya sastera Bahasa Malaysia. Golongan penulis/sasterawan ini mempunyai bakat penulisan dan menguasai Bahasa Malaysia. Mereka juga berjiwa Malaysia. Jadi, lahirlah karya sastera berjiwa Malaysia yang

menampilkan citra budaya masyarakat pelbagai kaum dalam Bahasa Malaysia bermutu. Maka penulis pelbagai kaum, sastera dan bahasa mula seiring memupuk semangat dan jiwa Bangsa Malaysiadalam kalangan rakyat negara ini. 21

. Walau bagaimanapun, pada 1999, tiba-tiba sahaja mula ada usaha menafikan kewujudan dan kesahihan istilah Bahasa Malaysia dan kononnya hanya istilah Bahasa Melayu sah digunakan di negara ini. Isu ini dimulakan oleh seorang editor di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). . Penerbit terbabit menafikan kewujudan serta kesahihan istilah Bahasa Malaysia tetapi tetap terus menerbitkan buku-buku Bahasa Malaysia Tahun Satu-Tingkatan Lima untuk kegunaan sekolah kerajaan. Apakah makna semua ini? ... hipokrit? takut bayang? anti polisi kerajaan? anti semangat kebangsaan? anti perpaduan? anti kaum tertentu? . Walau apa sekalipun tindakan pihak tertentu sejak tahun 1999, Bahasa Malaysia sudah terbukti dapat membina Bangsa Malaysia. Tapi kalau kewujudan istilah Bahasa Malaysia terus dinafikan, nescaya Konflik 13 Mei 1969 akan berulang dan golongan berjiwa Malaysia seperti saya dan para sasterawan tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan semangat kebangsaan dan perpaduan nasional

kerana istilah Bahasa Malaysia dikatakan tidak wujud dan tidak sah digunakan. .

22

Sejak tahun 1970, Bahasa Malaysia berjaya membuka laluan ke arah perpaduan nasional tetapi Bahasa Malaysia tidak akan dapat

meneruskan usaha itu selagi kewujudan istilah Bahasa Malaysia dinafikan. . PERJUANGAN mengangkat martabat bahasa kebangsaan merupakan sebahagian daripada perjuangan bangsa. Isu bahasa belum lagi selesai dan tidak akan selesai selagi tidak ada iltizam politik dan kesedaran mendalam tentang kepentingannya terhadap survival bangsa.

Perjuangan tidak berakhir dengan termetrainya sesuatu bahasa itu diisytiharkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Sebaliknya, perjuangan berterusan dan bergerak seiring dengan perjuangan bangsa untuk menjadi negara bangsa yang perkasa.

Bangsa yang berjiwa besar dan tidak terperangkap dalam jiwa kerdil akan sentiasa berusaha untuk memperkasa bahasa kebangsaannya. Sebagai sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama setengah abad, Malaysia masih lagi dalam proses membentuk keperibadiannya sebagai satu bangsa.

Bahasa Melayu merupakan tonggak emosi dan ketaatan rakyat Malaysia kepada negara ini. Inilah bahasa yang menentukan 23

kelangsungan dan perpaduan kebangsaan sejak dahulu, kini dan untuk selama-lamanya.

Bahasa Melayu akan terus menjadi tonggak utama kekuatan bangsa, serta alat pengucapan budaya dan tamadun yang mampu memikul dan mengisi agenda bangsa, dan menangani perubahan dan keperluan masyarakat dan negara.

Keamanan, persefahaman, dan perpaduan yang kita capai selama ini adalah berkat kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, dan sebagai bahasa rasmi negara. Tidak mungkin bahasa lain dapat mengambil alih tempat bahasa Melayu, kerana inilah bahasa yang dekat di hati rakyat. Nasionalisme bangsa harus terus dipupuk melalui bahasa Melayu.

Bahasa Melayu menjadi lambang jati diri dan kebanggaan rakyat, dan kecintaan terhadapnya harus disemarakkan. Tidak dapat disangkal bahawa bahasa merupakan salah satu ciri atau penanda jati diri yang penting.

Identiti dari segi bahasa dapat ditinjau dari pelbagai perspektif dan konteks, termasuk fizikal, stilistik, psikologi, sosial, etnik dan nasional. Jiwa besar sesuatu bangsa turut diukur dari segi sikap, amalan dan 24

kebanggaan mereka terhadap bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Rasa bangga inilah yang akan dapat menyemai dan mengukuhkan rasa nasionalisme dan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air.

Bangsa yang tanpa bahasa kebangsaan adalah umpama manusia yang tidak mempunyai jiwa dan roh. Itulah sebabnya, amat penting bagi negara yang mencapai kemerdekaan untuk memilih bahasa kebangsaannya.

Kegagalan memilih bahasa pribumi, sebaliknya memilih bahasa asing sebagai bahasa kebangsaan, telah banyak menimbulkan masalah dalam pembangunan bangsa termasuk di 40 buah negara di Afrika, di Asia dan Amerika Selatan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal masing-masing.

Alexis de Tocqueville menyatakan, ikatan bahasa mungkin merupakan ikatan yagn paling teguh dan paling tahan lama dapat menyatukan manusia.

Bahasa Melayu memainkan peranan penting bagi membentuk sikap baharu yang bertunggakkan persefahaman dan persaudaraan

senegara sehingga terbentuknya bangsa Malaysia moden. Bahasa 25

Melayu

yang

digunakan

dalam

sistem

pendidikan

negara

dan

digunakan dalam konteks formal dan tidak formal tentu berupaya menghakiskan etnisisme yang merantai hampir semua ranah dan ciri kehidupan seharian masyarakat majmuk Malaysia.

Kesimpulan

Apakah yang akan terjadi jika kita tidak memiliki satu bahasa yang dapat difahami dan dikuasai oleh seluruh rakyat sebagai alat penyatu dan pengikat jiwa rakyat? Mungkinkah kita mencapai perpaduan dan kestabilan sosio politik dan seterusnya kesejahteraan sosial dan pertumbuhan ekonomi? Dengan alat apakah kita dapat memenuhi impian untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu?

Yang jelas, tanpa menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, negara ini tentu berdepan dengan pelbagai gejala negatif seperti salah faham, prasangka kaum, ketegangan dan krisis.

Kestabilan sosial dan politik tentu sukar dicapai tanpa bahasa kebangsaan, kerana tidak terdapat satu bahasa yang dapat bertindak sebagai tali pengikat jiwa dan raga.

Negara yang tidak mempunyai bahasa kebangsaan ialah negara yang ketiadaan jiwa dan roh. Negara itu pasti akan berhadapan dengan 26

masalah untuk menyatukan penduduknya. Dengan bahasa, nilai dan kepentingan yang berbeza, rakyat akan mudah saling bercakaran. Pergolakan sosial akan berlaku, dan ini akhirnya akan memudaratkan negara itu dari segi politik, sosial dan ekonomi.

Tentu

amat

berbahaya

apabila

bahasa

ibunda

atau

bahasa

kebangsaan dilihat oleh penggunanya sebagai tanda kemunduran, atau sebagai penghalang kemajuan dan peningkatan status sosial mereka.

Bahasa Melayu tetap akan berperanan sebagai wahana komunikasi yang mutlak untuk masyarakat pelbagai kaum, tanpa mengira taraf sosial dan latar belakang. Bahasa Melayu sebagai bahasa watan telah mampu merapatkan atau menimbuskan pelbagai jurang. Ia bukan sekadar sebagai alat komunikasi, tetapi wahana pengikat sosial, merentasi dinding kaum, geografi, status penduduk. Bahasa lain tidak mungkin dapat mengambil alih peranan itu.

27

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan, Isu-Isu Mengenai Fungsi Bahasa Melayu, dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia, Kuala Lumpur, Ogos 1995.

2. A. Samad Ismail, Bangsa Malaysia Berdasarkan Bahasa Melayu, Pelita Bahasa, November 1995.

3. Awang Sariyan, Seminar Tamadun BerBahasa Melayu Menjelang Tahun 2020: Resolusi Umum, Jurnal Dewan Bahasa, September 1995.

4. Mangantar Simanjuntak, Pengutamaan Bahasa Melayu Dalam Semua Bidang, Termasuk Sains Dan Teknologi, Menjamin Potensinya Sebagai Bahasa Ilmu Dan Bahasa Supranasional, Di Samping Menjamin Pembangunan Negara Yang Maksimun, Kongres Melayu Sedunia, Kuala Lumpur, Ogos 1995.

28

You might also like