You are on page 1of 3

MESYUARAT BENGKEL ETIKET DAN SOSIAL , DAN KHIDMAT MASYARAKAT ( BIG FASA 3 )

Tarikh : 7 Julai 2013 Masa : 2.00-4.00 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Taman Ria , Padang Serai , Kedah .

Pengerusi : Puan. Rabaah bt. Mohd Saad Kehadiran : Semua Guru PPG, Ambilan Februari 2012 Kelas Sains 2

Agenda 1

1. UCAPAN PENGERUSI 1.1.Memulakan mesyuarat dengan bacaan Umul Kitab Al-Fatihah 1.2.Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat hadir 1.3.Memaklumkan mesyuarat bertujuan membincangkan tentang program Bengkel Etiket Dan Sosial serta program Khidmat Masyarakat yang akan diadakan pada 20 Julai 2013 yang akan datang bagi melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) PPG. 1.4 Mengharapkan kerjasama dari semua ahli.dan semoga segala masalah yang timbul dapat diselesaikan secara perbincangan sesama ahli.

Agenda 2 PERBINCANGAN PELAKSANAAN KERTAS KERJA BIG FASA 3

2.1. Meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat berkenaan tarikh tersebut dan Semua ahli bersetuju sebulat suara dengan tarikh yang dipilih dan lokasi yang akan dilaksanakan,iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Padang Serai, Kedah.

. 2.2. Setiausaha BIG Fasa 3 membentangkan kertas cadangan. Senarai jawatan kuasa pelaksana dan bidang tugas sebagaimana yang telah disediakan iaitu: a.AJK Peralatan/Tempat/Siaraya b.AJK Dokumentasi c.AJK Keselamatan dan Kawalan Murid d.AJK Pengacara Majlis e.AJK Penyediaan Bahan f. AJK Hadiah/Cenderahati g.AJK Kelas Tambahan h.AJK Brosur/Bacaan Doa/Penceramah Tindakan : Makluman

2.3 Meminta pandangan ahli mesyuarat tentang penambahbaikan kertas cadangan BIG fasa 3 tersebut.

2.4 AJK Kelas Tambahan akan mengendalikan sepenuhnya aktiviti kelas tambahan. AJK diminta merancang apakah aktiviti yang hendak dilaksanakan dan menyediakan peralatan serta bahan yang diperlukan. Tindakan : AJK Penyediaan Bahan

Agenda 3 KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

3.1 Pengerusi mencadangkan agar kutipan wang dibuat daripada ahli kelas untuk menampung perbelanjaan bagi program ini . 3.2 Pn. Ruhaizam mencadangkan kutipan RM10 bagi setiap ahli dan disetujui oleh semua ahli . 3.3 Perbincangan pembelian alatan kepada peserta bengkel . Pn. Nor Hayati bt. Yusoff mencadangkan agar dibeli fail dan pensel kepada peserta bengkel . 3.4 Semua ahli bersetuju RM50 diperuntukkan untuk cenderahati kepada pihak sekolah . Tindakan: Bendahari

Agenda 4 HAL-HAL LAIN

4.1 Puan Scholastica Patrick Gimbus mencadangkan agar setiap kumpulan murid untuk kelas tambahan adalah murid dari pelbagai pencapaian. 4.2 Puan Sarimah Binti Mohmad Yusop mencadangkan agar bahan untuk kelas tambahan disediakan sesuai dengan pencapaian murid.

UCAPAN PENANGGUHAN Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli. Semoga program akan berjalan lancar dan dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

Disediakan oleh, ( NORHISHAM BIN MOHAMUD) Setiausaha BIG Fasa 3.

You might also like