You are on page 1of 46

UMS

AJ30503 SEJARAH ASIA TENGGARA : PERMODENAN DAN PEMBANGUNAN TAJUK NO.13 : FERDINAND MARCOS Perbincangan : Sejauhmanakah Peranan golongan Gereja membawa kepada kejatuhan Marcos. PENSYARAH : DR.MAUREEN DE SILVA TUTORIAL : ISNIN 9.00AM - 10.00AM NAMA NO.MATRIKS ERIENNA GRACE BINTI SUITING JUINNAH BINTI BESANTI LADYLEAOLGA P JAMES MARSILAH BINTI MARAIS [1] BA10110084 BA10110145 BA10110163 BA10110173

1.0 Pengenalan Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai paling banyak penduduk beragama kristian Katolik. Sepanjang pentadbiran Sepanyol di Filipina, agama Kristian Katolik berjaya disebarkan hampir ke seluruh pelosok negara Filipina. Dianggarkan sebanyak 85% populasi masyarakat Filipina telah memeluk agama Kristian Katolik. Sepanyol menjajah Filipina sehingga tahun 1898 dan kemudiannya diambil alih oleh Amerika Syarikat. Sepanjang pentadbiran, Amerika Syarikat telah membuka peluang keapda rakyat Filipina untuk berkerajaan sendiri dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946. Sejak mendapat kemerdekaan sendiri, berlaku turun naik dalam aspek politik, ekonomi dan sosial Filipina. Keadaan paling teruk berlaku apabila Ferdinand Marcos mengambil alih tampuk pemerintahan dengan menjalankan pelbagai dasar yang mencengkam masyarakat. Hasil daripada kerakusan Marcos dalam menjadi pemerintah telah mengakibatkan berlaku penentangan. Pada awalnya rakyat sendiri tidak berani untuk bangkit dan melakukan penentangan namun begitu, kesedaran yang didorong oleh golongan gereja katolik telah membuka mata rakyat segenap lapisan untuk berdiri mempertahankan hak mereka. Kenyataan ini dikuatkan dengan ; "During the final years of the Marcos rule, the Catholic Church especially Manilas's Jamime Cardinal Sin provided critical leadership in the anti Marcos struggle that ultimately led to the fall of Marcos and the subsequent democratization in the Philippines."1 2.0 Latar Belakang Ferdinand Marcos Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos dilahirkan di wilayah Ilocos Norte di barat laut Luzon. Marcos merupakan seorang peguam yang bijak dan pernah berjaya menterbalikkan keputusan kes bunuh terhadap dirinya pada tahun 1930an dalam Mahkamah Agung Filipina kerana tuduhan menembak musuh politik ayahnya. Ferdinand Marcos merupakan Presiden yang keenam dari Republik ketiga dan presiden pertama dari Republik keempat. Usaha politik beliau bermula pada pilihan raya Dewan Rakyat pada tahun 1949 sebagai Kongres dari Ilocos. Beliau kemudian menjadi Presiden Senat pada tahun 1963 dan akhirnya Marcos telah menjadi [2]

1 Jongseok Woo, Security challenges and military politics in East Asia from state building to post democratization, New York : Continuum International Publishing Group, 2011, Hlm 85.

presiden Filipina setelah mengalahkan Diosdado Macapagal pada pilihanraya 1965. Pada masa tersebut, Marcos telah memperoleh undian yang terbanyak kerana dipercayai dapat memberi perubahan terhadap sistem pemerintahan di Filipina dan mampu memerangi masalah yang berlaku di Filipina pada masa tersebut seperti masalah kemiskinan dan rasuah. Marcos berkahwin dengan Imelda Remedios yang menjadi tunjang kekuatan beliau dalam mengukuhkan pemerintahan sebagai Presiden. Selepas Marcos menjadi Presiden, Imelda Marcos dikenali sebagai The First Lady of the Philippines . Ferdinand Marcos merupakan presiden Filipina yang memerintah selama 21tahun iaitu dari 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986. Marcos pada awalnya dipilih menjadi Presiden dengan harapan mampu membawa perubahan dalam sistem pemerintahan di Filipina. Dalam pemerintahan , beliau memperkenalkan dasar pentadbiran baru bagi menggantikan status quo di Filipina yang telah diamalkan sebelumnya. Namun, selepas beberapa tahun mentadbir Filipina, Marcos mulai melaksanakan pelbagai dasar yang menindas rakyat. Selain itu, pentadbirannya dipenuhi oleh aktiviti rasuah, corak pemerintahan kuku besi, memilih alih keluarga dalam pentadbiran, penindasan politik dan pencabulan hak manusia.Malah pengenalan Martial Law serta masalah-masalah domestik yang berlaku telah membuka ruang penentangan yang lebih luas menyebabkan golongan gereja menjadi medium pengerak dalam menghentikan penindasan. 3.0 Era Pemerintahan Marcos 3.1 Masyarakat Baru Marcos telah menetapkan beberapa pembaharuan pada tahun-tahun awal rejim pemerintahan beliau iaitu keamanan dan ketenteraman, reformasi tanah, reformasi pendidikan, reformasi buruh, penyusunan semula kerajaan, ekonomi pembaharuan dan pekhidmatan sosial. Martial Lawtelah diisytiharkan untuk memulihkan undang-undang dan ketenteraman. Tenteratentera dibahagikan kepada lebih dari 149 tentera swasta, sindiket jenayah berjaya dibongkar, lebih daripada setengah juta senjata api dirampas, beribu-ribu jenayah dan tanpa undang-undang sama ada ditangkap, ditahan atau terbunuh dalam operasi polis dan tentera gabungan. Hasilnya juga, indeks jenayah Filipina jatuh pada tahun pertama Martial Law dijalankan. Kadar jenayah di kawasan Manila yang terkenal dengan kawasan jenayah yang tertinggi seperti yang [3]

digambarkan dalam isu Majalah Time pada 21 Oktober 1966 juga berubah indeks jenayahnya.2 Malah, Manila telah menjadi salah satu tempat yang mempunyai kadar jenayah yang terendah dalam kalangan bandar-bandar besar dunia semasa tempoh awal Martial Law. Walau bagaimanapun, dalam tahun-tahun akhir tempoh Martial Law, terdapat peningkatan jenayah seperti penyeludupan dadah haram, pemalsuan, perjudian haram dan sebagainya. Salah satu gejala sosial yang membawa kepada pemberontakan di kawasan desa adalah pengeksploitasian petani miskin yang tidak bertanah oleh tuantuan tanah. Dalam menyelesaikan masalah pemberontakan yang semakin teruk tersebut, Marcos telah mengisytiharkan seluruh negara sebagai kawasan reformasi tanah. Hal ini bermakna penyewaan tanah akan dimansuhkan dan membebaskan penyewa dari perhambaan tanah dengan memindahkan pemilikan tanah kepada mereka. Reformasi tanah adalah satu program tunjang Marcos di bawah Masyarakat Baru. Pada akhir bulan April 1974, kerajaan telah mengeluarkan lebih daripada 250,000 sijil pemindahan tanah yang meliputi kawasan seluas 360,000 hektar dan sebanyak 200,000 petani yang menyewa.3 Selaras dengan reformasi pendidikan dalam Masyarakat Baru juga, Marcos telah mengeluarkan Education Development Decree of 1972 (Presidential Decree 6-A) yang mana menyediakan Program Pembangunan Pendidikan Sepuluh Tahun (1973-1982) termasuklah penubuhan sistem pendidikan sains, tenaga kerja dipercepatkan dengan latihan kemahiran untuk bertindakbalas dengan keperluan industri serantau, pendidikan program pertanian serantau, penekanan kepada program-program yang berorientasikan kerja dan sebagainya serta yang paling penting adalah membantu pelajar-pelajar yang miskin tetapi layak. Selaras dengan Program Pembangunan Pendidikan Sepuluh Tahun, kurikulum telah disemak semula dalam hampir semua peringkat sistem persekolahan dalam usaha untuk memperbaiki kandungan dan keberkesanan pengajaran serta menepati matlamat pendidikan baru yang lebih berkaitan dengan matlamat pembangunan negara, manakala guru pula telah [4]

2 Ferdinand E. Marcos, The Democratic Revolution in the Philippines. Manila : National Media Production Center, 1975, hlm. 14. 3 Ferdinand E. Marcos, Op. Ctt, hlm. 205.

diberikan pendidikan awal dan latihan serta sistem pengantar dwibahasa (Pilipino dan Inggeris) telah diperkenalkan pada tahun 1974.4 Selaras dengan objektif Masyarakat Baru juga, Marcos juga telah menyelesaikan pertikaian buruh melalui National Labor Relations Commission, mewujudkan gaji minimum bagi pembantu rumah, memansuhkan Blue Sunday Law dan menyediakan mandatori rehat seminggu sekali bagi setiap pekerja, menghapuskan diskriminasi dan antipekerja Wanita dan Undang-undang Buruh Kanak-kanak. Dalam tindakbalas kepada masalah pengangguran pula, Jabatan Buruh telah menubuhkan pusat-pusat latihan kemahiran serantau untuk memudahkan padanan kemahiran dengan pekerjaan, menyediakan kaunseling pekerjaan dan mengumpul maklumat pasaran buruh. Dengan pertumbuhan pesat ekonomi dan pelbagai undang-undang sosial yang dikeluarkan, keadaan buruh bertambah baik dalam tempoh Martial Law. Pada 24 September 1972, sehari selepas pengisytiharan Martial Law diumumkan, Marcos telah membuat Rancangan Penyusunan Semula Bersepadu. Pelan ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Hasilnya, seramai 6655 orang pekerja telah dibuang kerja pada tahun pertama Martial Law. Agensi-agensi yang paling terjejas ialah Biro Hasil Dalam Negeri dan Biro Kastam. Bagi memudahkan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan responsif kepada jabatan-jabatan awam, eksekutif baru juga telah diwujudkan bermula dengan Jabatan Maklumat Awam dan Jabatan Kerajaan Tempatan serta diikuti dengan Jabatan Pelancongan, Jabatan Perdagangan dan Industri dan Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli. Marcos memberi keutamaan juga kepada sektor perindustrian dalam program pembangunan ekonomi. Program perindustrian telah menjurus kepada perkembangan industri simen, industri elektronik, tekstil, petrokimia, kejuruteraan berat dan kemahiran bersepadu, rasionalisasi industri kelapa dan juga pembinaan kapal. Pada 11 Mei 1973, Marcos telah mewujudkan Jabatan Pelancongan untuk memperhebatkan lagi industri pelancongan di Filipina. Industri tersebut bukan sahaja menjana peluang pekerjaan malah memperolehi tukaran wang asing bagi negara. Hotel-hotel bertaraf dunia, konvensyen dan pusat-pusat kebudayaan serta kemudahan pelancongan telah dibina. Pantai-pantai awam, pusat peranginan, tamantaman dan padang golf juga dibangunkan. Tempat-tempat bersejarah dan [5]

4 Ferdinand E. Marcos, Five Years of the New Society , Manila: National Media Production Center, 1977, hlm. 117.

budaya juga begitu dipelihara. Pada tahun 1980, kedatangan pelancong mencapai lebih daripada satu juta yang telah menjana pendapatan kira-kira AS $450 juta pelancong ke Filipina. Walaupun terdapatnya asas-asas positif makroekonomi semasa Masyarakat Baru, namun kemiskinan masyarakat kekal menjadi masalah terutama di kawasan pinggir Manila kerana pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. Golongan miskin menjadi lebih miskin manakala yang kaya pula menjadi lebih kaya. Bagi bertindakbalas kepada perkhidmatan sosial terutama dari segi kesihatan di Filipina, rejim Martial Law telah menyusun semula sistem penyampaian penjagaan kesihatan. Kerajaan telah mengubahsuai pusatpusat kesihatan bagi menjadikan ia lebih berfungsi dan menambah pusatpusat kesihatan luar bandar di seluruh negara. Kerajaan juga melaksanakan Program Pemakanan Filipina termasuklah bantuan makanan kepada keluarga dengan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan, perlindungan kesihatan, perancangan keluarga dan maklumat pemakanan dan pendidikan. 3.2 PeMembagaan Autontarianisme Pada 16 Mac 1967, Kongres Filipina telah meluluskan Konvensyen Perlembagaan untuk mengubah perlembagaan. Pemilihan perwakilan untuk konvensyen telah diadakan pada 20 November 1970 berdasarkan kepada Akta Konvensyen Perlembagaan 1970. Konvensyen perlembagaan secara rasminya bermula pada 1 Jun 1971. Bekas presiden Filipina iaitu Carlos P. Garcia, seorang wakil dari Bohol telah dilantik sebagai presiden bagi konvensyen ini. Malangnya beliau meninggal dunia pada 14 Jun 1971 dan telah digantikan dengan seorang lagi bekas presiden Filipina iaitu Macapagal Diosdado. Pengisytiharan Martial Law telah mempengaruhi hasil akhir konvensyen ini. Perlembagan 1973 akhirnya ditubuhkan dalam kerajaan berparlimen Filipina dengan presiden sebagai ketua adat istiadat negeri dan perdana menteri sebagai ketua kerajaan. Namun ia tidak dilaksanakan kerana referendum plebisit yang diadakan melalui Dewan Rakyat yang mana majoriti menolak untuk diadakan Perhimpunan Kebangsaan. Pada tahun 1976, majoriti pengundi Barangay (Dewan Rakyat) bersetuju Martial Law diteruskan dan mengesahkan pindaan kepada perlembagaan yang dicadangkan oleh Marcos iaitu Interim Batasang Pambansa (IBP) yang akan menggantikan Perhimpunan Kebangsaan Interim yang mana presiden juga akan menjadi Perdana Menteri pada masa yang sama dan beliau akan terus [6]

menjalankan kuasa perundangan sehingga Martial Law ditarik balik. Dalam pindaan 1980, umur persaraan ahli-ahli Badan Kehakiman telah dilanjutkan kepada 70 tahun. Dalam Pindaan 1981 pula, sistem berparlimen telah diubahsuai iaitu kuasa eksekutif telah dipulihkan kepada presiden, pemilihan langsung presiden juga telah dipulihkan, jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada Perdana menteri dan tidak lebih daripada empat belas orang ahli telah diwujudkan bagi membantu presiden menjalankan tugas. Menurut ahli perlembagaan yang dihormati, Fr. Joaquin Bernas : "' 'Constitutional authoritarianism' as understood and practiced in New Society. ..is authorized by the letter or at least by spirit of a legitimately enacted Constitution." 5 3.3 Dasar Luar Pada tahun 1976, Presiden Marcos mengumumkan kepada rakyat Filipina bahawa dasar beliau adalah menjalin hubungan dengan negara-negara komunis seperti Republik Rakyat China (9 Jun 1975) dan Kesatuan Soviet (2 Jun 1976). Hubungan dengan Amerika Syarikat pula telah diubahsuai. Ia tidak lagi berdasarkan "sentemental ties" tetapi pada sikap saling hormat menghormati untuk kepentingan negara masing-masing. Oleh itu, perjanjian ketenteraan dan ekonomi antara Amerika Syarikat dan Filipina telah dipinda untuk mencerminkan hubungan yang baru ini. Dalam pindaan tersebut, terdapatnya perjanjian antara Filipina dan Amerika Syarikat yang mana Amerika Syarikat mengakui kedaulatan Filipina berhubung pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara ini (Subic dan Clark). Pengkalan ini akan mempunyai komander Filipina dan akan mengibarkan bendera Filipina. Di samping itu, Amerika Syarikat bersetuju untuk membayar sewa ke Filipina untuk penggunaan pengkalan. Marcos juga telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan negara-negara di Asia. Filipina menjadi ahli terkemuka Dunia Ketiga iaitu nama kolektif bagi negaranegara membangun pada masa itu. Filipina mengambil bahagian secara aktif dalam persidangan dunia seperti Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) dan menghadiri [7]

5 Joaquin G. Bernas S.J., The 1973 Phiiippine Constitution: A Reviewer-Primer. Manila: Rex Book Store, 1981, hlm. 211.

mesyuarat yang diadakan di Nairobi, Kenya pada tahun 1976 serta Mesyuarat Antarabangsa mengenai "Kerjasama dan Pembangunan" yang dihadiri oleh ketua-ketua daripada 21 buah negara di Cancun, Mexico pada tahun 1981. 3.4 Ekonomi Semasa pemerintahan Ferdinand Marcos, ekonomi Filipina telah jatuh dan mencapai titik terendah dari semua tempoh sejarah kepimpinan di Filipina. Hal ini disebabkan amalan rasuah yang bermaharajalela di kubu pemerintahan Marcos pada masa tersebut terutamanya pengikut-pengikut Marcos. Walaupun pada awal pemerintahan Marcos ekonomi Filipina adalah begitu memberangsangkan namun selepas tujuh tahun mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, ekonomi Filipina mulai merosot pada tahun 1979 dan ia berterusan dalam tahun-tahun awal 1980-an. Pada tahun 1979, pertumbuhan KDNK Filipina perlahan iaitu sebanyak 5.4 peratus, pada tahun 1980, ia adalah 4.9 peratus dan pada tahun 1981, ekonomi hanya berkembang sebanyak 2.3 peratus. Marcos juga telah menerapkan sistem liberal dalam ekonomi Filipina dengan membawa pelabur-pelabur asing masuk sehingga mendominasi perekonomian domestik Filipina dan melemahkan pasaran dan perusahaan tempatan. Modal asing telah dibawa masuk untuk melabur dalam projekprojek perindustrian tertentu. Mereka ditawarkan insentif termasuk keistimewaan pengecualian cukai dan keistimewaan membawa keluar keuntungan mereka dalam bentuk mata wang asing. Salah satu program ekonomi yang paling penting pada tahun 1980-an adalah Kabuhayan Kilusang at Kaunlaran (Pergerakan untuk Kehidupan dan Kemajuan). Tujuannya program ini adalah untuk menggalakkan pembangunan ekonomi daripada barangay dengan menggalakkan penduduk untuk melibatkan diri dalam projek-projek kehidupan mereka sendiri. Usaha kerajaan mengakibatkan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negara kepada purata enam peratus atau tujuh peratus pada tahun 1970 hingga 1980. Namun demikian, Marcos gemar meminjam dana daripada pihak IMF dan World Bank untuk keperluan peribadi terutama untuk keperluan politik beliau misalnya Marcos menghabiskan sejumlah besar dana kerajaan untuk membantu calon-calon KBL untuk menang dan membiayai beberapa projek pembangunan ekonomi seperti penerokaan tanah, penubuhan loji janakuasa geoterma, loji nuklear bataan, empangan hidro-elektrik, pembinaan [8]

lebih banyak jalan raya, jambatan, sistem pengairan dan lain-lain projek infrastruktur yang memerlukan pebelanjaan yang mahal. Pada era Marcos juga ekonomi Filipina berada diambang kehancuran terutamanya apabila melonjaknya harga minyak dunia pada tahun 1979. Amerika Syarikat terus memberikan bantuan kewangan kepada kerajaan Filipina. Pinjaman berterusan menyebabkan ketidakupayaan Filipina untuk membayar semula hutang tersebut yang akhirnya membawa kepada kemelesetan ekonomi yang teruk pada pertengahan tahun 1980-an. Sementara itu, monopoli telah dilakukan dalam kebanyakan sektor ekonomi termasuk pembuatan, media, pembinaan, perkhidmatan kewangan dan pertanian. Banyak perniagaan swasta juga telah diambil alih oleh kerajaan. Marcos dan isterinya, Imelda dan rakan terdekat serta saudara-mara mereka memonopoli kegiatan ekonomi tersebut melalui sistem ekonomi kapitalisme. Peningkatan harga import terhadap minyak tersebut telah ditambah lagi dengan merosotnya harga komoditi eksport dalam sektor pertanian sehingga menyebabkan Marcos mengambil jalan keluar dengan meminjam lagi dana dari IMF dan World Bank. Sehinggalah pada tahun 1986, hutang Filipina ke kedua institusi Breton Wood ini telah tercatat sebanyak US$17.2 million. Pada tahun 1983, Filipina menyatakan tidak mampu membayar hutanghutang luar negerinya dan memohon untuk mendapat keringanan. Ekonomi Filipina mengalami penurunan besar selepas pembunuhan Benigto Aquino pada Ogos 1983. Masalah politik menghalang kemasukan pelaburan asing, dan bank-bank asing berhenti memberi pinjaman kepada kerajaan Filipina. Kebanyakan rakyat Filipina juga mogok kerja yang seterusnya mengakibatkan merosotnya sektor-sektor ekonomi di Filipina disebabkan sahabat-sahabat negara Filipina kecewa dengan peristiwa tersebut seterusnya menarik hubungan ekonomi mereka dengan Filipina. Pada tahun 1985, hutang luar negeri Filipina telah mencapai US$26 Million. Pendapatan tahunan Filipina hanya cukup untuk membayar bunga hutang sahaja. Dalam usaha untuk memulakan program pemulihan ekonomi negara, Marcos berunding dengan pemiutang asing termasuk Bank Antarabangsa bagi pemulihan dan pembangunan, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), bagi penyusunan semula hutang luar negara dan untuk memberi Filipina lebih banyak masa untuk membayar pinjaman. Walau bagaimanapun, selama program pemulihan tersebut berlangsung, ekonomi mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif dari awal tahun 1984 dan terus merosot walaupun terdapatnya usaha pemulihan oleh kerajaan. Kegagalan program pemulihan adalah [9]

disebabkan oleh rusuhan awam, rasuah berleluasa dan rasuah dalam kerajaan, dan kekurangan kredibiliti Marcos sendiri dalam menyelesaikan masalah tersebut. Marcos sendiri dialihkan jumlah wang yang besar wang kerajaan untuk dana kempen partinya. Kadar pengangguran melonjak dari 6.30 peratus pada tahun 1972 kepada 27.65 peratus pada tahun 1985. Dalam era pemerintahan Marcos ini, lebih dari 50 peratus penduduk Filipina telah terjerbak ke dalam lembah kemiskinan. 3.5 Masyarakat Moro Penubuhan kerajaan sendiri Filipina telah membuka episod baru penderitaan masyarakat Moro Pada zaman pemerintahan Marcos, beliau telah mengenakan polisi-polisi yang mampu mengukuhkan lagi kekuasaannya dan secara khususnya telah mengambil tanah umat Islam Moro. Undang-undang baru di bawah Marcos telah membolehkan pihak Filipina merampas 24 hektar tanah tetapi ia telah dihadkan kepada kepada 10 hektar bagi kes Moro. Kesannya, berlaku perpindahan rakyat Filipina ke kawasan yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti. Pada tahun 1966 sehingga 1976 seramai 3.5 juta pendatang rakyat Filipina tinggal di kawasan tanah umat Islam. Pada 1 Mei 1968, Gabenor Cotabato, Datu Udtog Matalam telah menubuhkan Pergerakan Kemerdekaan Muslim (MIM) yang bertujuan untuk mencari kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintahan Marcos. Namun demukian, ia gagal mendapat sokongan. Kerajaan pusat tidak mempertimbangkan langsung hal tersebut sebaliknya melihat ia sebagai satu peluang untuk meningkatkan lagi polisi-polisi anti-Moro. Dengan mengumumkan pengisytiharan Martial Law, alasan Marcos mewujudkan undang-undang tersebut adalah bertujuan untuk menghapuskan pergerakan komunis dan penentang Islam di negara Filipina. Sejak itu, Marcos telah memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam yang telah memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan. Kirakira 50,000 orang Islam telah dibunuh dengan kejam termasuk 10,000 orang wanita dan kanak-kanak. Marcos juga telah menubuhkan unit-unit pengganas yang dilatih khas bagi menamatkan sokongan terhadap puak penentang dalam negaranya terutama sekali Moro National Liberation Front (MNLF).6 Kumpulan yang ditubuhkan oleh Marcos ini dikenali sebagai Ilaga. Kumpulan-kumpulan Ilaga ini telah bertindak menyerang dan memusnahkan banyak penempatan dibakar dan harta benda masyarakat Moro dirampas, masjid-masjid yang [10]

6 Kenneth E. Bauzon, The Religious Experience in the Formation of the Ummah in the Philippines, Hong Kong: Asian Research Service, 1981, hlm. 27.

terdapat orang di dalamnya dibom, tanah pertanian serta rogol beramairamai dilakukan sehingga menyebabkan penduduk Moro terpaksa menjadi pelarian di bandar-bandar besar yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Tidak cukup dengan itu, beliau menindas dan menidakkan hak-hak kepentingan sosial dan ekonomi pula di abaikan tanpa bantuan langsung menyebabkan mereka hidup dalam keadaan 'survival'. Kemuncak perjuangan Moro ialah dengan penubuhan organisasi yang memperjuangkan nasib bangsa Moro iaitu "Moro Islamic Liberation Front" atau MILF di bawah pimpinan Hashim Salamat yang bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam Moro yang bebas dan merdeka. 3.6 Martial Law Dalam masa pemerintahan Marcos, ternyata Filipina tidak mengalami banyak kemajuan. Bahkan banyak pengamat politik menilai Marcos sering melakukan tindakan yang tidak mengikut perlembagaan. Situasi sedemikian mendorong pembangkang parti-parti politik Filipina menubuhkan persatuan untuk melancarkan gerakan untuk menentang Marcos. Dalam menghadapi situasi ini, pada tahun 1973, Marcos telah menetapkan dan mengisytiharkan rejim hukum Martial Law sebagai landasan pemerintahannya. Ini menandakan bermulanya pemerintahan diktator Marcos. Perisytiharan 1081 meletakkan seluruh negara di bawah ketenteraan. Ia telah ditandatangani pada 21 September 1972 dan diumumkan kepada negara pada petang 23 September 1972. Martial Law merupakan hukum yang digunakan oleh Marcos untuk mereformasi struktur masyarakat Filipina seperti yang ditulis oleh Marcos iaitu : "..The decision to impose martial law entailed much more than saving the Philippine Republic by restoring peace and order...Our ultimate goal is to bring honest and sweeping reforms throughout all areas of national life..." 7 Dalam hal ini juga, Marcos menyatakan bahawa peningkatan jenayah di negara tersebut adalah disebabkan pergolakan antara golongan kiri dan kanan sehinggakan semua hal tersebut perlu diseimbangkan di bawah Martial Law.8 Marcos menyifatkan kewujudan Martial Law beliau sebagai "Constitutional Authoritarianism ". Namun hakikatnya, hukum Martial Law [11]

7 Ferdinand E. Marcos, Notes on the New Society of the Philippines. Manila: Marcos, 1971, hlm. 53. 8 Lela Nonle, Emergency Politics in the Philippines, Asian Survey, 1978, hlm. 362.

tersebut sebenarnya digunakan sebagai alat untuk menyingkirkan pesaing politik beliau. Sejak melancarkan Martial Law, ramai tokoh-tokoh politik dan individu yang menentang Marcos telah hilang, dipenjarakan dan dibuang negeri.9 Antaranya pemimpin pembangkang yang menjadi mangsa kekejaman Marcos ialah Senator Jovito, Salonga, Jose Diokno dan Benigto Aquino. Beliau memerintahkan pengawasan yang ketat terhadap parti-parti politik, media massa dan syarikat pekerja. Pembatasan-pembatasan juga telah dilakukan ke atas rakyat dari segi kebebasan mengeluarkan pendapat, kebebasan berkumpul dan perombakan perlembagaan oleh Sidang Perlembagaan menjelang 1972 jelas menunjukkan bahawa akan dilakukan perubahan terhadap struktur-struktur dan prosedur-prosedur yang berhubung dengan demokrasi Filipina. Marcos menggunakan pasukan militer untuk melaksanakan pengawasan tersebut. Selain itu, Marcos dalam masa kepimpinannya telah mencanangkan diri beliau sebagai One Man Rule, yakni seorang pemimpin yang boleh membuat, mengatur serta memutuskan semua perkara di Filipina serta berkuasa dalam eksekutif dan perundangan. Marcos menjawat jawatan presiden yang sekaligus merangkap menjadi perdana menteri serta memiliki kekuasaan yang sangat besar termasuk hal menyetujui setiap rancangan undang-undang yang diusulkan jika memberi faedah kepadanya dan membatalkan undang-undang yang tidak memberi faedah dan tidak disukainya serta hak untuk membubarkan majlis jika badan tersebut dinilainya tidak melakukan tugas seperti yang sepatutnya. Hasil daripada pengisytiharan Martial Law ini, kadar jenayah di negara Filipina pada mulanya telah mengalami penurunan yang ketara. Rakyat menjadi patuh kepada undang-undang. Tetapi keadaan tersebut tidak bertahan lama kerana selepas setahun Martial Law dijalankan, kadar jenayah mulai meningkat semula. Malah, keadaan keamanan dan ketenteraman di negara Filipina pada masa tersebut telah menjadi lebih teruk. Buktinya, masalah pemberontakan komunis tidak terhenti walaupun selepas Marcos memperkenalkan Martial Law. Terdapat satu laporan kerajaan pada tahun 1986 yang menunjukkan bahawa pasukan gerila bersenjata NPA sudah berjumlah lebih 16,000 orang. NPA melancarkan perang ke atas kuasa-kuasa kerajaan dan dipercayai terlibat dalam aktiviti yang ganas seperti pembunuhan ke atas pegawai-pegawai tempatan yang diketahui terlibat dalam aktiviti rasuah. Skuad pembunuh NPA dikenali sebagai Sparrows Unit. Bagi melawan kembali ancaman NPA [12]

9 H. Monte Hill. "Philippine Martial Law : A Case Study in the Management of Poliyical Participation", Annual Conference of the Southeastern United States Region, North California: Association of Asian Scholars, 16 January 1986. hlm. 4.

daripada terus berkembang maka Marcos juga telah menambahkan jumlah angkatan tentera kepada lebih daripada 200,000 orang. Beliau juga menganjurkan Civilian Home Defense Forces di kawasan luar bandar yang diancam oleh NPA. Beberapa pemimpin NPA telah ditangkap seperti Jose Ma. Sison, Bernabe Buscayno, Victor Corpus dan ramai lagi. Ketidakadilan yang dilakukan oleh beberapa pegawai kerajaan dan orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh serta kemiskinan rakyat yang berterusan telah digunakan oleh NPA sebagai propaganda dalam menarik idealistik rakyat untuk menyokong dan menyertai mereka dalam menentang Marcos. Malah paderi dan biarawati yang menyaksikan penindasan pemerintahan diktator Marcos telah menyertai NPA. Salah seorang paderi yang menyertai NPA ialah Father Conrado Balweg. Beliau menjadi wira kaum pemberontak kepada kaumkaum etnik di Cordilleras iaitu di Utara Luzon. Dalam tahun-tahun awal pemerintahan Martial Law, parti-parti politik di Filipina telah digantung. Parti-parti politik hanya disambung semula pada pilihan raya Interim Batasang Pambansa pada 7 April 1978. Ia adalah pilihan raya pertama negara di bawah Martial Law. Pilihanraya kedua juga telah dijalankan untuk pemilihan pegawai-pegawai tempatan yang diadakan pada 30 Januari 1980. Seperti yang dijangka, parti-parti politik timbul semula. Mereka yang menyokong Presiden Marcos membentuk Kilusang bagong Lipunan (KBL). Ahli-ahlinya adalah dari barisan parti Liberal dan Nacionalis. KBL menguasai semua pilihan raya yang diadakan semasa era pemerintahan Marcos. Sebuah parti politik yang baru telah muncul untuk melawan KBL. Kumpulan partim politik tersebut dikenali sebagai Lakas ng Bayan (LABAN) yang diasaskan pada tahun 1978 oleh kumpulan pembangkang yang diketuai oleh bekas Senator Benigno S. Aquino. Selain dari LABAN, terdapat beberapa parti politik lain iaitu Mindanao Alliance, Partido Demokratiko ng Pilipinas (PDP), Bicol Saro, Pusyon Bisaya dan Pinaghiusa di Cebu. Kemudian parti-parti politik kecil tersebut bersatu ke dalam satu payung organisasi yang dikenali sebagai United Nationalist Democratic Organization (UNIDO) yang diketuai oleh bekas Senator Salvador H. Laurel. 3.7 Pembunuhan Aquino Hukum Martial Law Marcos itu mendapat kritikan keras daripada pihak pembangkang iaitu Parti Lakas Ng Bayan (People Power). Aquino menganggap Marcos memerintah secara totalitarian yang mana bertentangan dengan prinsip demokrasi Filipina. Aquino melancarkan kecaman ke atas Marcos apabila sekali lagi Marcos terpilih sebagai presiden pada 1967. Beliau [13]

menganggap Marcos melakukan kecurangan dalam pemilihan presiden. Pada tahun 1973 pula Marcos telah mula untuk menekan Aquino apabila samasama bersaing untuk pemilihan presiden. Bagi menyingkirkan Aquino, Marcos tela memerangkap Aquino ke pengadilan militer dengan tuduhan subversi. Begnito Aquino telah menghabiskan masa hampir lapan tahun di dalam sel tahanan tentera di Fort Bonifacio. Pada tahun 1980, Benigto Aquino telah menderita sakit jantung kemudian Marcos membenarkan Begnito Aquino untuk meninggalkan negara Filipina bagi membolehkan beliau untuk menjalani pembedahan jantung di Amerika Syarikat. Ternyata keizinan yang diberikan Marcos itu hanyalah taktik untuk menyingkirkan Benigdo Aquino dari Filipina. Buktinya, setelah Benigto Aquino sembuh dan menyatakan keinginannya untuk kembali ke Filipina, Marcos telah melarangnya. Namun demikian, Benigto Aquino tetap berkeras dan nekad untuk kembali ke Filipina pada 21 Ogos 1983 tetapi sebelum sempat Benigto Aquino menjejakkan kaki di lapangan terbang antarabangsa Manila, beliau telah ditembak mati.10 Pengumuman rasmi pihak pemerintah menyatakan bahawa penembakan yang berlaku itu dilakukan oleh Rolando Galman namun tidak mempunyai sebarang motif di sebalik peristiwa pembunuhan Begnito Aquino tersebut kecuali jenayah biasa. Pihak pembangkang Filipina tidak mempercayai keterangan rasmi pemerintah tersebut dan menuduh Presiden Marcos dan para pimpinan militernya yang berada di sebalik peristiwa pembunuhan Benigto Aquino itu. Rolando Galman yang dituduh sebagai pembunuh hanyalah menjadi kambing hitam dari terbunuhnya tokoh pembangkang tersebut. Oleh itu, dengan tewasnya Benigto Aquino menjadikan semangat yang lebih kuat dan semakin meningkat penentangan pihak anti-Marcos untuk menentang Marcos.11 Perjuangan Begnito Aquino telah dilanjutkan oleh isterinya Ny. Maria Corazon atau dikenali juga sebagai Corazon Aguino atau lebih dikenali sebagai Cory Aquino. Dalam tempoh waktu yang singkat sahaja, beliau berjaya meraih simpati daripada masyarakat yang menganggap kematian suaminya itu adalah sebagai mangsa kekejaman Marcos. Sokongan yang semakin besar itu telah menempatkan Cory Aquino menjadi pemimpin pembangkang. Dengan sokongan daripada sebahagian besar rakyat Filipina maka Cory Aquino telah mencalonkan diri sebagai presiden dalam pemilihan umum pada 7 Februari 1986. Tampilnya Cory Aquino sebagai calon diharapkan dapat memulihkan demokrasi Filipina. Rakyat Filipina pada masa tersebut sangat berharap supaya Cory Aquino menang dalam pemilihan umum [14]

10 H. Monte Hill. "Philippine Martial Law : A Case Study in the Management of Poliyical Participation". Annual Conference of the Southeastern United States Region, Association of Asian Scholars, North California. 16 January 1986. hlm. 16. 11 Ibid., hlm. 17.

tesebut. Hasil pemungutan undi menunjukkan keputusan yang mengelirukan yang mana berdasarkan kepada hasil kiraan undi, Cory Aquino yang memenangi pemilihan tersebut. Terdapat dua badan pemantau semasa proses pengundian tersebut iaitu salah satu kumpulan adalah yang ditaja oleh kumpulan yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan satu lagi suruhanjaya rasmi kerajaan yang mana mengatakan keputusan pilihanraya adalah bercanggah sama sekali. Kedua-dua calon mendakwa kemenangan namun demikian, pemilihan dari pihak pemerintah mengumumkan kemenangan berpihak kepada Marcos. Perbezaan tersebut menimbulkan tuduhan bahawa Marcos melakukan kecurangan dalam pengiraan undi. Pernyataan tersebut dikuatkan lagi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Richard Lugar, seorang ketua kumpulan pemerhati dari Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa Marcos secara sistematik juga telah memanipulasi perkiraan undi tersebut. Malah, gereja Katolik di Manila mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa pemilihan Marcos tersebut adalah "A fraud unparalleled in history". Meskipun hasil kiraan undi meragukan, parlimen Filipina tetap mengumumkan Marcos sebagai pemenang dan menjadi presiden buat keempat kalinya yang akhirnya menimbulkan kemarahan rakyat kerana menuduh pemerintah melakukan kecurangan dalam pengiraan undi. Dalam suasana saling tuduh-menuduh maka merebaknya aktiviti demonstrasi. Presiden Marcos mempercepatkan proses pengambilan sumpah dan pelantikan dirinya sebagai presiden. Sehari selepas pengumuman parlimen, Cory Aquino menerima petisyen sebanyak 2.5 juta penduduk Kota Manila yang mengehendaki Cory Aquino menjadi presiden Filipina. Beliau menyambut baik kehendak rakyat tersebut dan untuk memenuhi kehendak rakyat, hal yang sama dengan Marcos telah dilakukan Cory Aquino dengan mengumumkan dirinya sebagai presiden dan Salvador Laurel sebagai wakil presiden. Antara pihak kuat yang menyokong Cory Aquino ialah Menteri Pertahanan Filipina iaitu Juan Ponce Enrile dan panglima angkatan bersenjata Leftenan Jeneral Fidel Ramos yang dahulunya merupakan penyokong utama Marcos namun demikian telah berpaling tadah menentang Marcos serta perwira-perwira muda yang membentuk gerakan pembaharuan yang dipimpin oleh Kolonel Gregorio Honasan dan juga pemimpin gereja Katolik iaitu Katedral Sin. Buat pertama kalinya hierarki Gereja Roman Katolik secara terbuka menentang rejim Marcos. Dengan demikian, Filipina pada suatu ketika pernah mempunyai dua orang presiden pada satu masa yang sama iaitu Marcos dan Cory Aquino. [15]

Dengan sokongan yang semakin kuat terhadap Cory Aquino, rakyat Filipina telah melakukan gerakan-gerakan untuk menggulingkan Marcos. Namun demikian, gerakan ini dilakukan melalui revolusi damai tanpa sebarang pertumpahan darah yang dikenali sebagai Revolusi EDSA iaitu pada 22 Februari 1986 hingga 25 Februari 1986 di bawah pimpinan Cory Aquino. Dalam perkembangan selanjutnya, aktiviti-aktiviti demonstrasi pembangkang semakin bertambah berani dengan melakukan demonstrasi di jalan-jalan dengan melakukan teriakan anti-Marcos. Mereka menuntut supaya Marcos meletakkan jawatan dan segera meninggalkan Filipina. Akhirnya, Filipina berada dalam keadaan yang mengarah kepada perang saudara. Pada saat krisis mengancam persatuan dan kesatuan negara, akhirnya Presiden Amerika Syarikat iaitu Ronald Reagan mendesak Marcos menyerahkan kekuasaannya dan segera meninggalkan Filipina. Permintaan tersebut akhirnya diterima dengan pertimbangan supaya tidak ada pertumpahan darah berlaku. Dengan menggunakan pesawat Amerika Syarikat, Marcos dan keluarga telah dibawa pergi ke Guam dan kemudian ke Hawaii. Akibatnya, berakhirlah era pemerintahan Marcos yang telah memangku jawatan presiden Filipina selama 20 tahun. Pada 25 Februari 1986, secara rasmi Cort Aquino telah dilantik oleh Majlis Nasional sebagai Presiden Filipina selama enam tahun. 3.8 Kebangkitan Pelajar Pada November 1969 Ferdinand Marcos telah dipilih semula menjadi presiden Filipina. Beliau mengalahkan Parti Liberal Sergio Osmena, Jr dan Senator Genaro Magsaysay. Setelah memenangi pilihanraya tersebut, Marcos merupakan presiden pertama Republik yang dilantik semula menjadi presiden. Peristiwa-peristiwa penting semasa penggal kedua Marcos menjadi presiden adalah seperti kebangkitan aktivisme pelajar. Para pelajar memprotes keadaan semasa negara. Para pelajar telah berkumpul dan berjalan keluar ke jalan Manila dan pusat bandar lain untuk memprotes rasuah yang sedang berleluasa, penindasan hak asasi manusia, yuran tuisyen yang tinggi, ketenteraan dan penyalahgunaan tentera, kehadiran pangkalan Tentera Amerika Syarikat dan sikap Marcos yang tunduk kepada dasar pentadbiran Amerika Syarikat yang hanya mengarah kepada kepentingan Amerika Syarikat. Demonstrasi pelajar yang paling ganas berlaku pada Januari 1970 apabila beribu-ribu penunjuk perasaan pelajar cuba untuk menggempur pintu Malacanang. Seramai enam orang pelajar terbunuh dan ramai yang cedera. kejadian ini dikenali sebagai "Battle Of Mendiola". Kumpulan pelajar yang radikal dalam tempoh ini dikenali sebagai Kabataang Makabayan (KM) dan Samahang Demokratikong [16]

Obsesiku(SDK) dan pemimpin pelajar yang paling menonjol pada masa ini ialah Nilo Tayag dan Edgar Joson. 3.9 Penubuhan New People's Army (NPA) Pergerakan komunis yang dihapuskan oleh Presiden Magsaysay pada tahun 1950-an, dihidupkan semula aktiviti mereka dan bangun untuk melakukan reformasi pada masa pemerintahan Marcos. Satu kumpulan yang lebih radikal iaitu Maoists yang percaya kepada prinsip Mao Tse-Tung (pemimpin China) telah mengambil alih pergerakan komunis ini. Mereka menyusun semula Communist Party of the Philippines (CPP) dan mewujudkan tentera komunis gerila baru yang dipanggil New People's Army (NPA).12 Komunis mengambil kesempatan daripada rasa tidak puas hati rakyat yang semakin meningkat terhadap Marcos. Sebagai satu strategi untuk meningkatkan bilangan dan kekuatan, mereka secara aktif menyokong beberapa kumpulan anti-Marcos. Mereka menyusup ke beberapa pertubuhan pelajar, petani, buruh dan juga profesional. Pengaruh NPA secara beransuransur meningkat dan merebak ke bahagian-bahagian lain di negara Filipina seperti di Mindanao. 4.0 Peranan gereja dalam kejatuhan Marcos Kejatuhan Marcos pada tahun 1986 secara tidak langsung telah membawa kepada penamatan dasar-dasar autoritarian yang telah dilaksanakan oleh beliau. Perubahan dasar yang dilakukan pada penggal kedua pemerintahannya telah membawa kepada berlakunya pelbagai bentuk kepincangan bukan sahaja daripada aspek politik akan tetapi juga dalam aspek ekonomi dan sosial. Masalah-masalah yang timbul kesan daripada pemerintahan beliau tidak mampu diselindungkan lagi mengakibatkan wujudnya tentangan dari pelbagai pihak bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar. Penentangan-penentangan yang berlaku secara perlahan-lahan berjaya menjatuhkan Marcos dan digantikan oleh pemimpin yang baru iaitu Corazon Aquino. Salah satu pihak yang terlibat dalam menentang Marcos ialah golongan gereja yang dipelopori oleh gereja Roman Katholik. [17]

12 Stephen R. Shalom, "Promoting Ferdinand Marcos", Bulletin of Concerned Asian Scholars, 22: 20-26, 1990.

Secara umumnya, Filipina merupakan satu-satunya negara kristian di Asia Tenggara dimana 85 % daripada rakyatnya adalah beragama kristian Roman Katholik, 5 % adalah beragama Islam dan 10% adalah lain-lain rakyat yang terdiri daripada agama lain termasuklah aliran kristian dari denominasi lain.13Melihat kepada statistik denominasi gereja, Roman Katholik adalah aliran terbesar yang dianuti oleh masyarkat Filipina. Oleh yang demikian, secara tidak langsung sebenarnya gereja yang banyak memainkan peranan adalah daripada denominasi gereja Roman Katholik walaubagaimanapun tidak dinafikan gereja dari denominasi lain turut terlibat dalam menentang pemerintahan Marcos. Peranan golongan gereja dalam kejatuhan Marcos secara kasarnya dilhat kurang menonjol disebabkan sifat gereja yang biasanya tidak akan mencampuri urusan politik sesebuah negara dan hanya menguruskan soal-soal berkaitan dengan keagamaan. Oleh itu, persoalannya bagaimanakah gereja katholik memainkan peranan penting dalam membawa kepada kejatuhan Marcos. Sebelum itu, perlu dijelaskan beberapa faktor yang membawa kepada wujudnya peranan gereja katholik dalam menjatuhkan pemerintahan Marcos. Pada penggal pertama pemerintahan Marcos, rakyat Filipina belum menyimpan hasrat untuk menentang secara besar-besaran akan kepimpinan beliau disebabkanadanya pembangunan yang telah dilaksanakan misalnya pembinaan sekolah dan hospital. Hal ini diakui oleh Persiden Fidel V. Ramos sendiri dimana menurut beliau, During [Marcos's] first term, if you will recall, he [conducted] a miracle rise...he did the infrastructure program, connecting the Philippines as much as possible and putting the Philippines on a proper economic path.1" Walaubagaimanapun, kesan daripada perubahan dasar politik beliau dalam penggal kedua telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang mana mengundang kepada ketidakpuashatian rakyat Filipina. 14 Nicole Cu Unjieng, " Ferdinand Marcos: Apotheosis of the Philippine Historical Political Tradition", Undergraduate Humanity Forum, 2008-09., hlm. 67. [18]

13Albert F. Celoza, Ferdinand Marcos and the Philippines: The Political Economy of Authoritarianism, United States of America: Praeger Publishers, 1997, hlm. 8.

4.1 Faktor penentangan gereja Seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi Marcos telah mengubah dasar pemerintahan beliau iaitu dengan melaksanakan dasar perundangan tentera pada tahun 1972. Pelaksanaan dasar ini telah membolehkan beliau memperoleh kuasa yang besar dan mampu mengawal hampir keseluruhan aspek pentadbiran di Filipina misalnya tindakan pengharaman parti-parti politik yang menghalang kebebasan berpolitik, menangkap tokoh-tokoh pembangkangserta penyokongnya, serta kawalan terhadap pihak media kecuali yang diiktiraf oleh kerajaan14 yang mana secara tidak langsung berunsurkan penindasan.Penindasan yang wujud ketika pemerintahan Marcos tidak hanya tertumpu kepada aspek politik dan sosial sahaja akan tetapi juga ekonomi. J. Douglas dan Cynthia melalui karya mereka menyentuh tentang faktorfaktor yang mendorong kepada penentangan golongan gereja terhadap Marcos dimana dasar perundangan tentera Marcos telah melarang pihak gereja untuk bekerjasama dengan golongan pekerja dan golongan petani, serta berlakunya pencabulan hak asasi masyarakat. Pada awal tahun 1980an, keadaaan ekonomi Filipina berada dalam situasi yang teruk dimana penyelewengan atau rasuah yang dilakukan oleh konco-konco Marcos telah menjejaskan ekonomi. Kadar upah menjunam jatuh, berlaku peningkatan dalam kadar pengangguran, kadar kemiskinan bertambah teruk dan pada kesempatan ini juga pihak komunis bangkit menentang.15selain itu, faktor lain yang telah menyemarakkan lagi penentangan golongan gereja ialah apabila berlakunya pembunuhan Benigo Aquino iaitu salah seorang musuh utama politik Marcos. Ringkasnya, dasar Marcoslah yang sebenarnya telah menekan pihak gereja untuk bangkit memainkan peranan menentang rejim Marcos16. Menurut Aniedi Peter dalam penulisannya, Religion exercises a measureable power over the state, especially when religious freedom and human rights are threatened. Ironically it is the [19]

14 Md. Salleh Md Said, "Masyarakat sivil dan pendemokrasian: Perbincangan konseptual", Jebat: Ma/aysian Journal, History, Polttics & Strategic Studies, 38 (2): 119-137, 2011. 15 J. Douglas & S. Cynthia, Religion, the missing Dimension of state Craft, New York: Oxford University Press, 1994, hlm. 153. 16 Patricia N. Abinales & Donna J. Ameroso, State and society in the Phii'ipp'ines, United States of America: ROWMAN & LTTTLEFIELD PUBLISHERS, INC., 2005, hlm. 223.

relative autonomy of the church from the state that gives the church a measure of power (diffusion) over the state not only in matters of morals and ethics but on social and political issues.Golongan gereja katholik di Filipina dapat dibahagikan kepada tiga bahagian atau hierarki iaitu golongan konservatif, golongan sederhana dan golongan progresif. Golongan konservatif merupakan golongan yang masih berpegang kepada nilai ortodoks dimana pihak gereja tidak harus terlibat dalam politik negara dan hanya perlu menumpukan perhatian terhadap soal keagamaan sahaja sementara golongan sederhana pula adalah golongan yang inginkan pembaharuan sosial tetapi dalam masa yang sama akan bekejasama dengan pihak kerajaan. Golongan gereja yang ketiga ialah golongan progresif dimana mereka merupakan golongan yang banyak menentang dasar-dasar kerajaan. Walaubagaimanapun, penentangan yang dijalankan adalah selaras dengan persidangan katolik yang dijalankan di Puebla, Mexico pada tahun 1979 yang memberi kebenaran kepada gereja untuk memperjuangkan hak-hak kemasyarakatan.188Tindakan ini juga dikenali sebagai Theology of Liberationdimana Philip Berryman mendefinisikan perkara ini sebagai an intrepetation of Christian faith out of the experience of the poor.17Dengan kata lain, pihak gereja katolik di Filipina turut merasa bertanggungjawab untuk membela hak masyarakat yang tertindas.Berbalik kepada persoalan mengenai peranan gereja dalam kejatuhan Marcos, terdapat beberapa peranan penting gereja yang telah memberi kesan kepada kejatuhan Marcos. 4.2 Peranan Kardinal Sin Salah seorang pihak gereja yang banyak memainkan peranan dalam menentang Marcos ialah Kardinal Sin. Kardinal Sin atau nama sebenarnya Jaime Sin merupakan Arcbishop Manila yang telah menggantikan Kardinal Santos pada tahun 1974. Pada peringkat awal, Kardinal Sin masih belum ingin terlibat sama dengan usaha-usaha penentangan ahli gereja sebaliknya mengamalkan dasar ^critical collaboration' a i t u masih berpegang kepada usaha untuk bekerjasamadengan pihak kerajaan bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah atau 18 Okure, Aniedi Peter, The Catholic Church as social and poiitical Actor: An analysis of the Catholic Bishop Conference of Nigeria 1960-1990, United States of America: ProQuest LLC, 2009, hlm. 31. [20]

188 Maureen De Silva, Gereja dan Kejatuhan Marcos, Sabah: Universiti Malaysia Sabah, 2004, hlm. 5. 17 B. Philip, Liberation Theology: Essential facts about the revolutionary movement in Latin America and beyond, United States of America: Temple University, 1987, hlm. 5.

konflik. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan usaha Kardinal Sin dalam mempertahankan dasar ini. Peristiwa pertama ialah serbuan tentera Marcos keatas rumah pertapaan di Novaliches, Quezon City pada 25 Ogos 1974 yang menuduh para rahib telah terlibat dengan kegiatan haluan kiri iaitu New People's Army (NPA). Kardinal Sin tidak bertindak melulu bangkit menentang pihak kerajaan walaupun tidak dinafikan beliau telah mengeluarkan surat pastoral yang berunsurkan kemarahan. Peristiwa kedua yang berlaku ialah tentera Marcos cuba untuk memusnahkan kawasan setinggan dan mengetepikan golongan buruh menyebabkan Kardinal Sin mengambil peranan bagi memperjuangkan hak masyarakat yang terlibat. Pada November 1974, Kardinal Sin telah bersama-sama mengetuai satu rombongan penduduk setinggan ke Malacanang untuk berunding dengan Presiden Marcos berkenaan dengan tindakan untuk memusnahkan kawasan petempatan mereka18. Melalui tindakan ini, dapat dilihat bahawa Kardinal Sin cuba untuk tidak berselisih faham dengan pihak kerajaan meskipun tindakan rejim Marcos cukup menjadi alasan kukuh untuk menjalankan penentangan. Usaha Kardinal Sin untuk mengekalkan keamanan selaras dengan konsep agama kristian walaubagaimanapun tidak mampu dilanjutkan kesan daripada tindakan rejim Marcos yang telah melampaui batas. Serbuanserbuan ke atas gereja-gereja semakin kerap dilakukan atas alasan bahawa terdapat ahli-ahli gereja yang menjadi penyokong kepada NPA.Jika dilihat kepada statistik serbuan yang telah dilakukan ke atas gereja bermula daripada tahun 1973 sehingga 1984, boleh dikatakan bahawa dalam serbuan keatas institusi gereja berlaku dengan kerap misalnya pada tahun 1973, serbuan ke atas gereja telah dilakukan sebanyak lima kali.19 Pelaksanaan perundangan tentera pada tahun 1972 menyebabkan usaha-usaha untuk menangkap golongan anti-kerajaan dijalankan diseluruh Filipina termasuklah institusi gereja. Pada awal tahun 1980-an, serbuan-serbuan keatas gereja telah disertai dengan penangkapan paderi-paderi dan rakyat awam yang disyaki berhaluan kiri.Tindakan ini sebenarnya telah mencabuli perjanjian Church Military Liasion Commitee (CMLC) yang ditandantangani pada Disember 1973 dimana sebarang bentuk masalah yang timbul diantara pihak gereja dan tentera haruslah dibawa ke meja rundingan terlebih dahulu. 20 Oleh yang demikian tidak [21]

18 Maureen De Silva, Op. Ct.,hlm. 7. 19Ibdd., hlm. 8. 20Ibdd., hlm. 9.

heranlah mengapa tindakan rejim tentera Marcos ini telah menimbulkan kemarahan golongan gereja. Pada bulan Julai 1982, Kardinal Sin telah mengkritik Marcos dengan mengatakan bahawa rakyat telah hilang kepercayaan dan rasa hormat terhadap beliau disebabkan beliau gagal menjalankan pemerintahan dengan baik dan tidak mampu menyelesaikan segala masalah yang timbul.21Contohnya, tindakan Marcos untuk menjalankan dasar perundangan tentera telah menyebabkan ramai rakyat telah ditindas melalui penangkapan dan pembunuhan bagi sesiapa yang menentang beliau. Sejurus selepas itu, Kardinal Sin telah mencabar Marcos untuk meletakkan jawatan sebagai presiden serta menyerahkan jawatan tersebut kepada pemimpin yang baru. Jika dilihat secara kasarnya, tindakan Kardinal Sin ini sememangnya merupakan satu tindakan yang berasas sebagaimana yang diakui oleh salah sebuah penulisan dimana ia menyatakan bahawa his [Marcos] human-right abuses cost him the support of the powerful Roman Catholic Church, led by Jaime Cardinal Sin.22 Penentangan golongan gereja memuncak apabila berlakunya peristiwa pembunuhan Benigno Aquino yang merupakan musuh politik utama Marcos pada Ogos 1983 dilapangan terbang sebelum sempat menjejakkan kakinya. Kardinal Sin dan ahli gereja yang lain tampaknya terkejut besar apabila mendapat tahu mengenai perkara tersebut. Kematian Benigno Aquino atau lebih dikenali sebagai Ninoy telah menyedarkan ramai rakyat akan kekejaman rejim Marcos. Dalam upacara pengembumian, perarakan kereta mayat telah berlangsung selama sembilan jam sebelum tiba ditapak perkuburan. Dikatakan bahawa seramai dua juta orang telah menghadiri upacara pengembumian tersebut yang mana menggambarkan tindakan demonstrasi politik rakyat terhadap Marcos. Kardinal Sin melalui khutbahnya telah mengkritik keras tindakan Marcos serta menyatakan bahawa rakyat Filipina terbelenggu dalam kawalan Marcos. Beliau turut menyatakan bahawa rakyat tidak boleh berdiam diri lagi.23 [22]

21Ibdd., hlm. 10. 22Gale Group, Worldmark Encylopedia of the nations: AAsia & Oceania, United States of America: Worldmark Press, 2001, hlm. 483. 23Maureen De Silva, Op. Cit,hlm. 14.

Rakyat Filipina yang hadir nampaknya mengerti dengan jelas mengenai isi tersirat khutbah Kardinal Sin dan mula mengambil langkah berani menentang kerajaan Marcos contohnya tindakan mengadakan perarakan dan demonstrasi. Kesan daripada kematian Aquino telah menyebabkan berlakunya krisis ekonomi dimana para pelabur mula menarik diri daripada ekonomi Filipina menyebabkan berlakunya pengaliran keluar modal yang sangat besar. Persekitaran yang tidak selamat di Filipina menjejaskan keyakinan para pelabur untuk menanam modal seterusnya menyebabkan rakyat turut terkena tempiasnya misalnya berlakunya pengangguran. Golongan gereja di bawah Kardinal Sin telah mengalihkan sokongan mereka kepada balu Benigno Aquino iaitu Corazon Aquino untuk mengambil alih pucuk pimpinan Marcos.24semasa pilihan raya, sokongan Kardinal Sin terhadap Corazon Aquino dapat dilihat dimana beliau muncul bersama Corazon Aquino dalam sebuah upacara sembahyang Ahad dengan memakai pakaian berwarna kuning terang dan hijau dimana kuning terang menggambarkan penentangan sementara hijau menggambarkan warna parti politik Aquino.Selain itu, Kardinal Sin menggalakkan rakyat untuk mengundi berdasarkan naluri mereka dan bukannya berdasarkan ikatan kontrak dimana Kardinal Sin menyedari bahawa rakyat tidak akan mengelak daripada menerima sejumlah wang pemberian kerajaan Marcos. 25 Ringkasnya, peranan Kardinal Sin lebih tertumpu kepada usaha untuk meraih sokongan rakyat dalam menentang Marcos kerana beliau melihat bahawa rakyat adalah golongan yang mampu mempengaruhi keputusan undian dalam pilihanraya yang akan dijalankan melalui ucapan, kritikan serta khutbahnya. 4.3 Surat-surat Pastoral Usaha-usaha memprotes corak pemerintahan Marcos turut dilakukan melalui surat-surat pastoralyang berkenaan dengan aspek sosiopolitik beserta dengan cadangan kukuh serta tuntutan. Tujuan utama surat pastoral ini dikeluarkan adalah untuk menyuarakantentang perkara yang sebenar, perlindungan bagi hak masyarakat serta menghormati maruah pihak lain. Selain itu, dalam surat ini, golongan gereja turut menulis mengenai keperluan untuk berbincang mengenai keadilan sosial serta penolakan terhadap dasar kekejaman.26 Pada 15 [23]

24A. Benedict, Hantu Komparasi: Nasonalisme, Asia Tenggara, dan Dunia, Yogyakarta: PENERBIT QALAM, 2002, hlm. 373. 25Maureen De Silva, Op. Cit,hlm. 22. 26 J. Douglas & S. Cynthia,Op. Ctt, hlm. 159.

Februari 1983, para bishop telah mengeluarkan surat pastoral berkenaan dengan dasar-dasar Marcos yang lebih menumpukan kepada golongan luar berbanding dengan keperluangolongan rakyat khususnya di kawasan pedalaman. The government has iniated a massive program of economic development aimed at correcting problems of poverty. But a number of its key developmental priorities, - e.g., heavy reliance on multinationals and its favouring of their needs over those of the people; its attention to tourist facilities and service, like lavish film festivals, over the services it can and should provide to rural areas, do not appear to lessen the number of our poor which is growing daily - their destitution more accute.27 Selain daripada itu, pada bulan yang sama satu surat pastoral telah dikeluarkan oleh Persidangan Bishop dimana mereka mempertanggungjawabkan segala penindasan, rasuah, dan kepincangan ekonomi yang berlaku di Filipina ketika itu keatas rejim Marcos. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa pihak gereja berani mengambil langkah untuk mengkritik secara terbuka. Surat pastoral tersebut juga mengandungi amaran bahawa tekanan yang dialami secara tidak langsung akan menyebabkan tindakan penentangan dimana dikatakan bahawa masyarakat akan memperjuangkan keadilan berdasarkan iman mereka.28 Dengan kata lain, segala dasar yang bertentangan daripada nilai-nilai agama misalnya yang berunsurkan penindasan atau penyelewengan akan ditentang oleh masyarakat. Pada bulan Februari 1986 sewaktu pilihanraya, Persidangan Bishop katolik telah membangkitkan isu surat pastoral yang mengatakan bahawa Marcos telah kehilangan kesahan moral untuk memerintah. Surat ini dikeluarkan oleh pihak gereja konservatif menyetujui pemecatan keatas Marcos. 29 Tindakan daripada golongan gereja terutamanya gereja dari golongan konservatif jelas menggambarkan bahawa mereka turut mengharapkan seorang pemimpin yang baru dan bukan mengamalkan dasar autoritarian seperti Marcos yang mana [24]

27 Maureen De Silva, Op. Ctt, hlm. 12. 28J. Douglas & S. Cynthia, Op. Cit., hlm. 159. 29/btd., hlm. 155.

lebih banyak menindas daripada membangunkan Filipina. Surat-surat pastoral secara tidak langsung pastinya akan memberi kesan kepada masyarakat Filipina kerana jika dilihat kepada latar belakang agama masyarakat Filipina, hampir keseluruhan adalah beragama kristian katolik dan melalui peranan golongan agama, masyarakat akan mudah menerima dan mengikuti setiap tindakan yang dipimpin oleh golongan agama. Hal ini diakui oleh Douglas dan Cynthia dimana mereka menyatakan, The catholic church must realize that with its moral influence and solid but widespread organization it can play a decesive role in persuading the facist dictator to yield to the people's sovereign will..?30 Selepas beberapa hari pilihan raya berlangsung, Persidangan Bishop Katolik yang terkejut dengan keputusan pilihan raya yang memihak kepada Marcos telah mengeluarkan satu isu iaitu Post Election Statementyang menggambarkan pilihan raya tersebut sebagai pengendalian penipuan yang tidak ada bandingannya. Mereka telah mengeluarkan ayat yang berani dengan mengatakan bahawa sesebuah kerajaan yang memperolehi kuasa melalui penipuan tidak mempunyai nilai-nilai moral dan orang yang beriman mempunyai kewajipan untuk membetulkan kejahatan yang telah menyakiti mereka dengan cara aman dan bukan melalui kekerasan. 31Dalam hal ini, pihak gereja sememangya tidak menggunakan kekerasan sebaliknya hanya menggunakan idea-idea mereka melalui surat pastoral yang diyakini mampu memberi impak kepada masyarakat yang membacanya kerana reaksi yang timbul daripada masyarakat itulah yang sebenarnya telah membawa kepada kejatuhan Marcos. 4.4 PengNbatan gereja dalam NAMFREL Selain daripada itu, peranan golongan gereja dalam National Citizens' Movement for Free Elections (NAMFREL ) turut menjejaskan kedudukan Marcos. NAMFREL telah ditubuhkan oleh pihak Amerika Syarikat pada tahun 1951 dimana bertujuan bagi mewujudkan sebuah pilihanraya yang adil dan bersih dimana rakyat diberi peluang untuk mengundi pemimpin [25]

30/btd., hlm.158. 31/bdd., hlm. 161.

yang dipercayainya.32Oleh itu NAMFREL mengambil peranan penting ketika pilihan raya dijalankan pada tahun 1986. For million of Filipinos the 1985-1986 campaign was also a struggle to make elections an expression of people's view and desires for their country. They were determined to bring the voting process in line with the rhetoric that elections should be free of coercion, intimidation, cheating, and fraud. They sought to make this election a method by which the majority could decide what person and what kind of government was best for the country.33 NAMFREL diketuai oleh Jose Conception, Jr., iaitu seorang ahli perniagaan dan juga penganut kepada agama kristian katholik. Beliau telah mendapat kerjasama daripada institusi perniagaan dan sivik serta golongan gereja katholik itu sendiri. Buktinya, NAMFREL berjaya merekrut seramai 200, 000 orang rakyat Filipina untuk mengawasi pendaftaran dan pengundian dan juga mengira jumlah undi.Peranan gereja dalam aspek ini dapat dilihat melalui beberapa orang bishop yang berkhidmat sebagai pengerusi tempatan atau serantau NAMFREL. Selain itu juga, paderi dan rahib diseluruh kawasan Filipina menjadi pemerhati pada hari pilihanraya tersebut bagi mengelakkan sebarang penipuan dilakukan.34 Hal ini disebabkan, ramai berpendapat bahawa kemenangan Marcos dalam pilihanraya sebelumnya adalah melalui penipuan iaitu beliau membeli undi.Taylor dalam penulisannya menyatakan, ...the 1969 presidental election, described as "essentially a battle of machines", pitting senator Sergio Osmena, Jr. Against incumbent president Ferdinand Marcos. To ensure victory, the Marcos machine outspent Osmena's by an estimated 4, 000 pesos per vote to 1, using [26]

32 Pihak Amerika Syarikat melihat senario pilihan raya yang berlaku pada tahun 1951 dan 1953 semakin meruncing dimana mereka merasa terancam dengan pengaruh komunis serta pemberontakan daripada Huk Balahap di Luzon Tengah yang semakin tersebar, ditambah lagi dengan penyelewengan ekonomi oleh presiden Quirino. Oleh yang demikian pihak Amerika Syarikat membuat keputusan untuk menggantikan presiden Quirino dengan seseorang yang lebih layak iaitu Ramon Magsaysay. Bagi menjayakan usaha tersebut, mereka menubuhkan NAMFREL yang mana memberi kuasa utama kepada NAMFREL untuk membuat kongres pilihan raya pada tahun 1951 dan terutamanya dalam hal pemilihan presiden dengan cara yang bersih. 33 R. H. Taylor, The Politics of Elections in Southeast Asia, Australia: Woodrow Wilson Center Press and Cambrigde University Press, 1996, hlm. 154. 34 Maureen De Silva, Op. Ctt, hlm. 18.

money raided from the national treasury and printed by the mint. His most brazen use of funds to entire blocks of votes was handing, often personally 2, 000 pesos to nearly bario captain in the nation, supposedly for village development but in fact for votes.Hasil undian yang dibuat melalui NAMFREL menjelaskan bahawa majoriti undian berada di pihak Aquino-Laurel.3388Hal ini wlaubagaimanapun bertentangan daripada jumlah undi yang dikira oleh pihak Comission of Election (COMELEC) yang lebih memihak kepada presiden Marcos. Sehari selepas pilihan raya tersebut berlangsung iaitu pada tarikh 8 Februari, pihak gereja menyatakan bahawakeputusan pilihan raya tersebut adalah satu penipuan. Salah satu contoh protes daripada pihak gereja dapat dilihat melalui kenyataan yang para Bishop iaitu, "berdasarkan kepada prinsip-prinsip moral, sebuah kerajaan yang mendapat atau mengekalkan kuasa melalui penipuan tidak mempunyai asas moral". Selain itu, Bishop Francisco turut melontarkan hujahnya dengan mengatakan "gereja tidak akan mengiktiraf presiden Marcos walaupun beliau diisytiharkan sebagai pemenang". Lebih mengejutkan satu telegram telah dihantar kepada para bishop daripada Pope John Paul II yang mengatakan bahawa " I am with you.'"440 Jelas dalam hal ini membuktikan bahawa presiden Marcos turut ditentang dari luar dan hal ini tidak mampu mempertahankan kedudukannya untuk menjadi pemerintah terutamanya di mata para golongan gereja ditambah lagi dengan kepastian bahawa Marcos telah melakukan penipuan dalam pilihan raya tersebut. 4.6 Penglibatan dalam revolusi EDSA Pada 23 Februari 1986, gereja telah menerima keputusan NAMFREL dan menerima Corazon Aquino sebagai presiden Filipina yang baru dengan mengabaikan undian keputusan pilihan raya rasmi yang memihak kepada Marcos. Pada tahun 1986, suatu peristiwa telah tercetus yang dikenali sebagai revolusi EDSA yang manamelibatkan penentangan yang besar daripada 38 R. H. Taylor, Op. Ctt, hlm. 143. 40 Maureen De Silva, Op. Ctt, hlm. 23. [27]

3388 Corazon Aquino dan Salvador Laurel berasal daripada dua cabang pembangkang yang berbeza. Tindakan untuk menggabungkan kedua-dua pihak ini meskipun mereka bermusuhan telah dilakukan oleh Kardinal Sin bagi bekerjasama untuk menjatuhkan Marcos serta demi kepentingan rakyat. Aquino dapat mempengaruhi rakyat melalui simbol moral sementara Laurel dapat mengimbangi kelemahan politik Aquino melalui pengalaman beliau sebagai pemimpin politik pembangkang.

rakyat bukan sahaja golongan gereja tetapi juga para pengikut Marcos sendiri iaitu golongan atasan pihak tentera. Terdapat beberapa pihak utama yang terlibat dalam revolusi 1986 iaitu rejim Marcos termasuklah golongan eksekutif dan badan perundangan, golongan ketenteraan, gereja katolik, gereja Protestan seperti Iglesia Ni Kristo, dan parti komunis.35Peranan golongan gereja dilihat dalam usaha Kardinal Sin dimana beliau telah menyeru pihak rakyat untuk datang menyokong penentangan golongan tentera dan People' Power terhadap Marcos.36 Bukan itu sahaja, tindakan para paderi, rahib, ahli seminarian serta ahli agama yang lain yang berasal dari kawasan lain seperti Pampanga sebagai pengiring tentera Reformasi pembangkang ke temapt yang lebih selamat iaitu ke kumpulan Enrile- Ramos ketika revolusi EDSA berlaku. Selain daripada itu, para golongan agama juga mengawal kawasan tersebut selama 24 jam serta bertindak memberikan makanan yang telah dibekalkan daripada penderma dan sukarelawan.37Usaha pihak gereja ini nampaknya tidak sia-sia dimana akhirnya pada 27 Februari, pemerintahan Marcos telah digantikan dengan pemerintahan baru yang dipegang oleh Corazon Aquino. 4.7 Peranan Radio Gereja Selain daripada itu, siaran radio milik persidangan Bishop katolik yang berfungsi sebagai alat penyebaran agama kristian telah digunakan untuk menyuarakan penentangan. Jonathan dalam penulisannya menyatakan bahawa radio juga menjadi alat untuk mengubah sokongan terhadap Marcos dimana pada 23 Februari 1986, Kardinal Sin telah bersuara melalui siaran radio gereja iaitu Radio Veritas dengan meminta sokongan daripada rakyat Filipina untuk menentang Marcos dengan meminta pihak rakyat untuk pergi ke Camp Crame dan Camp Aguinaldo.38 Selain daripada itu, pihak gereja khususnya Kardinal Sin turut menyokong penuh gerakan penentangan tentera yang menentang iaitu Enrile dan Ramos. Hal ini secara tidak langsung telah menarik sokongan daripada rakyat untuk menentang, buktinya dapat dilihat dimana rakyat awam telah membanjiri kedua-dua Camp yang terlibat bertujuan untuk [28]

35Ibtd., hlm. 155. 36Joseph F. Ines et. al., People's Journey with God, Manila: Rex Bookstore, Inc., 2007, hlm. 171. 37Maureen De Silva, Op. Ctt, hlm. 27. 38W. Jonathan, The media and Political Change in Southeast Asia, United Kingdom: Edward Elgar Publishing Limited, 2008, hlm. 127.

melindungi para pemberontak.39 Nyata dalam hal ini, pihak gereja meskipun hanya menggunakan media massa masih mampu untuk memperngaruhi rakyat Filipina ketika itu. 5.0 Faktor - Faktor lain 5.1 Hubungan Marcos dengan Amerika Syarikat Selain daripada faktor gereja sebagai faktor utama yang membawa kepada kejatuhan Marcos, wujud faktor-faktor lain yang turut mendorong kepada kejatuhan Marcos dimana salah satunya ialah hubungan Marcos dengan pihak Amerika Syarikat. Terdapat beberapa perkara penting yang telah mengikat hubungan Marcos dengan Amerika Syarikat. Dalam aspek politik dan ketenteraan, hubungan Marcos dengan pihak Amerika Syarikat berlangsung ketika Perang Dingin berlaku dimana Marcos telah memberi Amerika Syarikat pangkalan tentera di Teluk Subic dan juga pangkalan tentera udara di Clarke. Keadaan ini berikutan daripada kedudukan Filipina merupakan negara yang strategik sebagai pangkalan tentera Amerika Syarikat ketika perang Vietnam. Bahkan meskipun perang Vietnam telah tamat, Amerika Syarikat telah menjadikan Filipina sebagai sebuah kawasan utama bagi menentang pengaruh perang dingin di Asia Tenggara. Penempatan tentera Amerika Syarikat di Filipina bolehlah dikatakan menyumbang kepada pengukuhan dasar keselamatan bagi negara Filipina dan Marcos tidak perlu risau akan adanya serangan daripada negara lain di Asia Tenggara. Bantuan Amerika Syarikat ini walaubagaimanapun tidak diberikan secara percuma sebaliknya negara Filipina mesti menjadi rakan sekutu kepada Amerika Syarikat. Dalam hal ini, Filipina bukan hanya menjadi rakan sekutu Amerika Syarikat akan tetapi secara tidak langsung membantu Amerika Syarikat menentang musuh mereka. Contoh yang paling ketara dapat dilihat ketika berlakunya perang Vietnam dimana Marcos telah membantu menghantar pasukan tentera ke Vietnam bagi membantu tentera Amerika Syarikat menentang pengaruh komunis. Sebagai balasannya, bantuan kewangan akan disalurkan ke Filipina bagi memulihkan keadaan ekonomi serta bagi keperluan ketenteraan.40 Dasar ini bolehlah disifatkan sebagai winwin situation dimana kedua belah pihak mendapat kepentingan yang sama. Sementara itu dalam aspek ekonomi, peranan Amerika Syarikat dalam hal ini dapat dilihat melalui tindakan [29]

39Maureen De Silva, Op. Cit., hlm. 28. 40Kenji Kushida, " The Pottttcal Economy of The Philippine Under Marcos: Property Rights in The Philippines from 1965-1986', Stanford Journal for East Asian Affairs, 3 : 119-126, 2003.

Bank Dunia dan International Money Fund (IMF). Hal ini dinyatakan oleh Norma Mahmood dalam buku yang telah disuntingnya, The US government IMF - World Bank Group and foreign investors gave their material, military, and financial support to Marcos dictatorship in exchange for governmental or political policies which guaranteed foreign investment, repatriation of profits, liberalisation of imports, and free trade. As a result of this exchange, the US/WB- IMF model consequently created a new type of dependency, deepening foreign peneration into the country's political economy and closer integration into the capitalist world economy.Daripada petikan diatas, dapat dilihat mengenai dasar Amerika Syarikat ke atas Filipina dimana bantuan kewangan diberikan berdasarkan syarat tertentu dimana Filipina menerima dasar politik Amerika Syarikat sebagai sebuah negara kapitalis dan bukannya komunis. Jika dilihat dalam aspek yang lebih mendalam, pihak Amerika Syarikat cuba untuk membasmi pengaruh komunis daripada tersebar ke seluruh Asia Tenggara dan tindakan ini merupakan salah satu jalan keluar. Selain daripada itu, tindakan ini sebenarnya lebih memihak kepada Amerika Syarikat kerana Marcos terpaksa bergantung kepada sumber kewangan dari luar bagi memajukan ekonomi Filipina. Perubahan dasar yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas Filipina akan menjejaskan keadaan sedia ada yang telah dicipta oleh Amerika Syarikat sendiri. Hal inilah yang dilihat telah menjadi salah satu aspek yang membawa kepada kepincangan pemerintahan Marcos ketika hubungannya dengan Amerika Syarikat terjejas kerana tidak dinafikan tindakan pihak Amerika Syarikat akan mempengaruhi masa depan Filipina. Pelaksanaan dasar perundangan tentera oleh Marcos pada tahun 1972 sememangnya sangat disokong oleh pihak Amerika Syarikat berikutan daripada ancaman pengaruh komunis yang semakin membimbangkan. Selain daripada itu, Amerika Syarikat khuatir akan berlakunya Teori Domino477di Filipina. Walaubagaimanapun, apabila keadaan tersebut tidak berlaku, pihak 47Norma Mahmood, Rethnnknng Pottttcal Development in Southeast AAsta, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1994, hlm. 91.

477Sebuah teori yang menyatakan apabila sesebuah negara tersebut telah berada di bawah pengaruh komunis maka negara jiran yang lain akan turut dipengaruhi. Contohnya, selepas perang Vietnam tamat, Vietnam telah menjadi [30] negara komunis sementara pihak Amerika Syarikat tidak mampu mempertahankan ideologi mereka di negara tersebut. Pihak Amerika Syarikat bimbang bahawa pengaruh komunis akan menular di Filipina.

Amerika telah bertindak mengurangkan bantuan kewangan terhadap Filipina. Perubahan pemimpin di Amerika Syarikat telah membawa perubahan terhadap dasar yang dijalankan oleh pemimpin sebelumnya. Presiden Jimmy Carter yang menggantikan Presiden Gerald R. Ford lebih memihak kepada dasar -dasar yang menekankan prinsip hak asasi manusia dan secara tidak langsung beliau sebenarnya kurang senang dengan pelaksanaan dasar perundangan tentera Marcos. Presiden Jimmy Carter telah mendesak Marcos untuk memansuhkan dasar tersebut dengan membuat sekatan ekonomi. Akibatnya, Marcos telah memansuhkan perundangan tentera pada tahun 1981.Pada 20 Januari 1981, Ronald Reagan telah dilantik menjadi pemimpin Amerika Syarikat yang ke-40 menggantikan presiden Jimmy Carter.41Presiden Reagan turut menentang dasar Marcos dan mengambil pendekatan untuk menyebelahi Corazon Aquino. Hal ini didorong oleh faktor tertentu. Stephen dalam artikelnya menyatakan, His greed and corruption alienated local business interests as well as many foreign investors. His human right abuses troubled liberal members of the US Congress and his repression fueled the Communist insurgency, while pushing the middle class and the church towards the left, causing officials in Washington to worry that Marcos might drag US interest down with him.42 Petikan diatas jelas menunjukkan bahawa pihak Amerika Syarikat terutamanya Kesatuan Kongres tidak menyenangi dasar - dasar Marcos yang telah secara tidak langsung memberi kesan terhadap kepentingan Amerika Syarikat di Filipina. Ketika Presiden Reagan dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat menggantikan Presiden Jimmy Carter, beliau mengatakan bahawapihak Amerika Syarikat akan lebih fleksibel di masa hadapan dalam hal berkaitan hak asasi manusia di negara-negara sekutunya iaitu negara bukan komunis. Keadaan yang berlaku di Filipina walaubagaimanapun menyebabkan Reagan terpaksa mengubah pendirian beliau dan mengambil langkah untuk meninggalkan sekutunya iaitu Marcos dan menyebelahi pihak [31]

41Maureen De Silva, Op. Ctt., hlm. 33. 42Stephen R. Shalom, "Promoting FerdinandMarcos"<http://www.bcasnet.Org> Akses 29 November 2012.

pembangkang yang diketuai oleh Corazon Aquino-Laurel.43 Anderson dalam penulisannya menyatakan bahawa pemerintahan Marcos telah mendapat tentangan daripada pihak pembangkang iaitu Communist Party of the Philippine (CPP) dan New People's Power (NPA). Hal ini telah menimbulkan kebimbangan Reagan sendiri dimana kepentingan Amerika Syarikat di Filipina akan tergugat jika beliau terus menyokong Marcos. Tambahan lagi, majoriti rakyat Filipina menentang pemerintahan Marcos dan peluang Marcos untuk mempertahankan kedudukannya adalah sukar. Kepentingan Amerika Syarikat di Filipina ialah pangkalan tentera di Amerika di Teluk Subic dan Clarke.44selain daripada itu, Reagan ingin memperlihatkan bahawa beliau memperjuangkan hak-hak kemanusiaan.45 Salah satu peranan yang dijalankan oleh pihak Amerika Syarikat yang membawa kepada kejatuhan Marcos ialah melalui sokongan ke atas pilihan raya pada tahun 1986 yang dijalankan oleh NAMFREL. Selain daripada pihak gereja yang membantu memantau perjalanan pilihan raya tersebut, terdapat juga pemerhati daripada Amerika Syarikat yang diketuai oleh Senator John Kerry dan Senator Richard Lugar. Disamping itu, ramai wartawan Amerika Syarikat telah datang untuk menulis laporan mengenai pilihan raya tersebut. Walaupun hasil undian secara rasmi menyatakan bahawa Marcos telah menang dalam pilihan raya tersebut, pihak pemerhati daripada Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan sama seperti pendapat yang lain mereka mempercayai bahawa Marcos telah menang melalui penipuan dan isu ini telah diungkit oleh Senator Lugar kepada Presiden Reagan. Ucapan Reagan mengenai kebebasan di Amerika Syarikat dikatakan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Amerika Syarikat untuk menyokong Aquino dan menentang Marcos.46 ketika pihak pilihan raya mengumumkan kemenangan Marcos sebagai presiden Filipina kali yang ketiga, orang ramai telah mengadakan perarakan beramai-ramai di jalan raya sebagai tindakan protes dan menuntut agar Marcos meletakkan jawatannya. Marcos kemudiannya membuat keputusan untuk menghentikan tindakan protes tersebut melalui tindakan ketenteraan bahkan beliau telah menghantar pasukan bersenjata ke kawasan yang [32]

43Winthrop D. Jordan & Leon F. Litwack, The United States: Brief Edition, United States of America: Prentice Hall, 1994, hlm. 455. 44A. Benedict, Op. Ctt., hlm. 487. 45Maureen De Silva, Op. Ctt, hlm.33. 46Michael Mc. Faul, Democracy in U.S. Security: From promotion to Support, United States of America: Center for strategic & International Studies, hlm. 79.

paling ramai menjalankan tindakan protes dan membunuh orang ramai yang terlibat dengan harapan mampu mengembalikan kedudukannya. Jumlah wartawan Amerika Syarikat yang ramai membuat liputan dari Manila telah menjejaskan sokongan Amerika Syarikat terhadap Marcos. Marcos meminta bantuan daripada Amerika Syarikat akan tetapi jawapan yang diterima adalah mengecewakan dan Marcos diminta untuk menyerah dan tidak lama selepas itu, helikopter Amerika Syarikat memindahkan Marcos dari kediaman presiden dan kemudiannya beliau dihantar oleh angkatan jet udara Amerika Syarikat ke Hawaii sebagai orang buangan dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Filipina.47 Dengan berakhirnya kerjasama Marcos dengan pihak Amerika Syarikat, dapatlah dikatakan bahawa Marcos umpama hilang tempat pergantungan. Hal ini kerana sejak awal lagi pihak Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menjamin dan mengukuhkan kedudukan Marcos di Filipina iaitu melalui bantuan ketenteraan dan kewangan. Jika dilihat secara mendalam tindakan Amerika Syarikat ini, tidaklah keterlaluan untuk menyatakan bahawa dasar yang dilaksanakan sejak dari awal hubungan mereka dengan Marcos sehinggalah ke pilihan raya yang memilih untuk memihak kepada Aquino, adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di Filipina sementara faktor untuk memperjuangkan hak asasi manusia hanyalah sebagai faktor sampingan sahaja. 5.2 Penentangan Parti Benigno Aquino Jr Servillano atau lebih dikenali sebagai "Ninoy" dilahirkan di Concepcion Tarlac pada November 27 merupakan antara individu penting yang membawa kepada kejatuhan Marcos. Penglibatan Ninoy Aquino dalam politik Filipina bermula pada 1955 apabila dia dipilih sebagai Datuk Bandar Concepcion, Tarlac pada umur 22 dan merupakan orang termuda yang dipilih sebagai datuk bandar di Filipina. Pada masa itu juga, dia telah berkahwin dengan seorang wanita kaya dari Tarlac dalam kalangan Cojuangco-Aquino. Beliau kemudiannya dipilih sebagai Naib Gabenor provinsi Tarlac pada usia 27 (yang paling muda dipilih naib gabenor) dan akhirnya sebagai Gabenor Tarlac pada usia 29. Dalam tahun 1966, Ninoy kemudiannya dilantik sebagai setiausaha agung dan merupkan kumpulan pembangkang yang terkemuka pada masa itu iaitu Parti Liberal.48 [33]

47Ibdd, hlm. 80. 48 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 57

Dengan jawatan ini beliau telah menjadi pengkritik utama dan parti pembangkang kepada pentadbiran Marcos. Sekitar tahun 1968, melalui kebebasan bersuara Ninoy telah memberi amaran kepada negara bahawa Presiden Marcos telah mengubah Filipina menjadi "negara garrison" melalui penyediaan Angkatan Tentera Filipina dengan bajet besar, melantik jeneral di jabatan pertahanan dan jabatan ketenteraan. Salah satu ucapan beliau yang paling terkenal bertajuk "Pantheon untuk Imelda". Namun dikritik hebat oleh First Lady Imelda Marcos dan telah bertindak memalukan Ninoy. Beliau berasa marah dengan tuduhan dan kritikan tersebut sehinggalah bertindak sebagai parti Liberal pembangkang utama dan musuh kepada pemerintahan Marcos.49 Ninoy Aquino juga telah mendedahkan banyak penyelewengan pentadbiran Marcos. Hal ini sekaligus telah mempengaruhi sebahagian rakyat. Apatah lagi pada ketika itu, telah berlaku krisis ekonomi dan pengganguran. Malahan gejala rasuah juga semakin berleluasa. Selain daripada itu, pentadbiran Marcos juga mengalami ancaman apabila meningkatkan populariti Parti Komunis Filipina dan penubuhan unit pemberontak pertempuran yang dikenali sebagai Tentera Rakyat Baru. Marcos telah bertindak mengebom Plaza Miranda semasa perhimpunan Parti Liberal 1971. Pada ketika itu juga telah wujud parti pembangkang politik dari pelbagai kumpulan berhaluan kiri dan rightist telah mengakibatkan Marcos mengistiharkan seluruh Filipina berada dibawah undang-undang tentera pada tahun 1081. Menyedari bahawa Ninoy Aquino merupakan musuh kepada pemerintahan beliau, Marcos telah mengarahkan agar Ninoy ditangkap atas tuduhan palsu pembunuhan, pemilikan haram senjata api dan tindakan subversif. Beliau telah dipenjarakan di Fort Bonifacio.50 Ninoy Aquino telah mengalami serangan jantung pada Mac 1980 dan dihantar ke Pusat Jantung Filipina (projek 1 Imelda Marcos) untuk rawatan segera. Beliau mengalami masalah saluran arteri dan disyorkan untuk pembedahan. Namun Ninoy bimbang, "pakar bedah tempatan" dipengaruhi oleh Presiden Marcos. Beliau mengatakan bahawa beliau hanya ingin dibedah di Amerika Syarikat. Pada 8 Mei 1980, First Lady Imelda Marcos membuat lawatan mengejut dan beliau menawarkan tiket kapal terbang kepada Ninoy dan visa untuk dia dan [34]

49577 Ibid. 50 Ibid.

keluarganya meninggalkan Filipina serta merta ke Amerika Syarikat. Pembedahan beliau telah dijalankan di Dallas, Texas. Dalam masa beberapa minggu, beliau telah pergi ke Damsyik serta Syria untuk bermesyuarat dengan pemimpin Islam. Dalam tempoh masa tiga tahun, Ninoy tinggal bersama-sama dengan keluarganya di pinggir bandar Boston. Melalui gerakan Universiti Harvard, dia bekerja dan menyiapkan dua manuskrip untuk buku serta memberikan ceramah mengenai politik dan kewartawanan di dewan dan auditorium di seluruh Amerika. Walaupun Ninoy Aquino tinggal beberapa tahun di Boston "percikan bunga api" dan kehendak terhadap pentadbiran Marcos tidak pernah berkurangan. Dalam 1983, Ninoy menyatakan hasrat untuk kembali ke Filipina dan berbincang dengan Marcos tentang demokrasi Filipina sebelum kumpulan ketenteraan mengambil alih negara kerana pada ketika itu Marcos telah mengalami masalah kesihatan.51 Namun begitu, Marcos telah memberi amaran agar Ninoy tidak kembali ke Filipina. Ninoy tidak mengendahkan amaran tersebut dan bertindak kembali ke Filipina.52 Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino) pada Ogos 21, 1983 dan telah ditembak mati oleh pembunuh upahan di landasan. Kematian Aquino terbukti menjadi pemangkin kepada kejatuhan Presiden Marcos. Disebabkan tekanan oleh rakyat Filipina yang tidak puas hati, Presiden Marcos mengisytiharkan bahawa pilihan raya presiden snap akan dijalankan pada 7 Februari, 1986. Balu Ninoy Corazon "Cory" Aquino adalah calon presiden pembangkang. Namun pilihan raya presiden tersebut penuh dengan kontroversi. kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain melakukan penipuan. Tetapi majoriti orang ramai berpihak kepada Puan Aquino. Hal ini kerana mereka berasa Ninoy merupakan pemimpin yang berkaliber berbanding Marcos yang telah banyak menjalankan dasar hingga menekan rakyat. Pada ketika itu juga, Marcos ditekan oleh demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan, Ferdinand Marcos dan keluarganya telah meninggalkan Istana Malacanang ke hawai.53 Dengan sokongan orang ramai, Gereja Katolik, tentera berpangkat tinggi serta pegawai-pegawai kerajaan, Corazon Aquino telah [35]

51 Shakila Yacob, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan 52Bahasa Dan Pustaka, 2005, hlm. 28. 53 Abu Talib Ahmad, Op. Ctt., hlm 61.

diisytiharkan sebagai Presiden Republik Filipina dan menunjukkan berakhirnya 20 tahun pemerintahan Marcos.54 5.3 Kebangkitan golongan pelajar dan buruh Gerakan nasionalisme yang berkembang pada tahun 1960-an ini dikembangkan melalui penyebaran propaganda. Propaganda yang mereka sebarkan meliputi hal-hal yang berhubung dengan sosial, ekonomi dan politik Filipina. Pertubuhan-pertubuhan pelajar yang menjalankan demonstrasi ini terbahagi kepada dua golongan yang besar iaitu kumpulan kiri dan kanan. Kumpulan-kumpulan kiri terdiri daripada Kabataang Malcabayan (KM), Student Cultural ,association (SCA), Samahanng Demolcratiko Demolcratilcong Kabataang (SDK-Kesahran Belia Demokratik), Student Power Assembly of the Philippines (SPAP) dan Movement For Democratic Philippines (MDP). Sambil berarak mereka melaungkan Marcos Puppet. Pada 28hb Januari 1969 berlakunya rusuhan pelajar di Lyceum yang mana ini menandakan satu fasa baru gerakan protes kaum pelajar. Mereka telah berani menyerang dengan menggunakan batu dan kayu, memecahkan tingkap, melaungkan permintaan mereka. Para penunjuk perasaan berkumpul di luar pagar utama Lycewn dengan manifesto dan sepanduk yang mengadap orang ramai sambil melaungkan permintaan mereka. Daripada kejadian di Lyceum ini, gerakan oleh pertubuhan-pertubuhan pelajar ini bukan hanya setakat menyebarkan propaganda untuk menyedarkan masyarakat malah mereka juga bertindak melaungkan hakhak mereka untuk mendapatkan kemudahan pelajaran yang lebih baik. ketua kesatuan buruh juga telah bertindak melaungkan Rebolusyon yang merupakan laungan yang bersemangat mengajak masyarakat menyertai revolusi. Akhirnya bermula pertempuran secara terbuka dengan pihak polis yangmengawal di sekeliling. Penunjuk-penunjuk perasaan mula membaling batu ke arah 55kereta-kereta yang berhampir 5.4 Korupsi pentadbiran dan First Lady Imelda Marcos Marcos telah memperkenalkan platform baru untuk Filipina yang lebih baik, iaitu Bagong Lipunan (Baru Society). Beliau juga menubuhkan sebuah parti politik baru yang dipanggil [36]

54 Kahin, George McTruman, Kerajaan dan PolttikAsia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1982, hlm 48. 55 Ibdd, hlm 60.

Kilusang bagong Lipunan (Pergerakan untuk Masyarakat yang Baru) yang menguasai cawangan perundangan kerajaan Filipina. Walaupun Filipina, mendapat kemajuan ekonomi semasa pentadbiran undang-undang tentera dengan kejayaan projek-projek bagong Lipunan, namun rasuah yang berleluasa dalam kerajaan Filipina menyebabkan banyak korupsi-korupsi dalam pentadbiran Marcos. Semasa kepimpinan Marcos, Kronisme dan korupsi begitu meluas. Berbilion wang Negara disedut ke akaun bank Marcos di Swiss. Walaupun Marcos mahu orang Filipina percaya bahawa segalanya akan kembali normal dengan mengangkat undang-undang tentera, sememangnya ia jauh dari kebenaran. Golongan tentera terutamanya pegawai rendah menjadi tidak puas hati dengan dasar pentadbiran semasa kerana memberi kelebihan kepada jeneral lama dan jawatan tentera berpangkat tinggi. Selain daripada itu, First Lady Imelda Marcos merupakan isteri kepada Ferdinand Marcos. Namun begitu Imelda dipercayai telah menyebabkan lebih banyak wang diggunakan untuk beliau membeli belah. Kehidupan ImeldaMarcos dkatakan amat mewah sehinggakan beliau mempunyai pelbagai koleksi pakain dan kasut serta barang-barang peribadi yang mahal. Hal ini membangkitkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak terutamanya rakyat philipina yang hidup dalam serba kekurangan sedangkan Marcos dan keluarganya hidup dengan mewah.56 Berbilion projek pelancongan First Lady Imelda Marcos (dinamakan Gabenor Metro Manila dalam 70-an) juga menjadi satu kontroversi. Pihak Pembangkang serta parti lain menyatakan bahawa Puan Marcos hanya menggunakan projek-projek pelancongan sebagai satu alat untuk menyembunyikan penyalahgunaan jutaan dolar dana kerajaan terutamanya yang digunakan oleh beliau dalam perjalanan membeli-belah dan korupsi dengan pihak swasta di luar negara. Imelda Marcos yang menyimpan segala kemewahan termasuk beribu pasang kasut di dalam stor koleksi kasut milik bekas first Lady of Philipine.57 Imelda Marcos hidup dengan segala kemewahan sedangkan rakyat sengsara. Akhirnya, rakyat memberontak, lalu Marcos dan ahli keluarga terpaksa tinggalkan Filipina. Justeru itu dapat dikatakan bahawa Imelda Marcos menjadi antara punca kejatuhan rejim Ferdinan Marcos di Filipina . [37]

56 Hanafi Hussin. 1995. Masyarakat dan ptotes di Filipina semasa rejim Marcos 1960an -1970an . Jati. Bilangan I. September., hlm. 5. 57 Teodoro A. Agoncillo, Fllppino Nationalism IEn-1970, Quezon City: R.P. Garcia Publishing Company, 1974, hlm. 22.

6.0 Kesan Kejatuhan Marcos 6.1 Ekonomi Rasuah sememangnya akan meninggalkan pelbagai implikasi kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Disamping itu, gejala rasuah turut akan memburukkan lagi taraf kemiskinan rakyat kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. Begitu la kesan yang terpaksa dihadapi oleh Filipina setelah kejatuhan Marcos. Setelah Marcos dan keluarganya melarikan diri ke Hawaii, keadaan politik dan ekonomi terbelangkai begitu sahaja menyebabkan banyak masalah ekonomi yang berlaku. Semasa era pemerintahan Marcos kegiataan rasuah dan korupsi dalam jabatan begitu berleluasa. Setelah jatuhnya Marcos masing-masing cuba mengambil kesempatan dan kesannya dilihat pada rakyat Filipina yang hidup dalam kemiskinan. Selepas sahaja kejatuhan Marcos, masalah ekonomi masih dihadapi oleh Filipina dan rakyatnya menganggur. Apatah lagi Marcos telah menyimpan asset-aset yang banyak yang di bank-bank Swiss dianggarkan bernilai US$684 juta. Lembaga Transparency International juga menyatakan Marcos salah satu daripada pemimpin yang terbanyak melakukan korupsi wang. Walaupun Marcos telah meninggalkan Filipina dan tampuk pemerintahan telah diambil alih oleh Corazon Aquino, tetapi kesan dari ekonomi semasa pemerintahan Marcos masih begitu ketara dan bukannya mudah untuk dipulihkan. Apatah lagi sememangnya masih terdapat indivisu-individu dalam parti yang masih menjalankan rasuah dan menggelapkan wang demi kepentingan sendiri.58 Selain itu, Oleh kerana kurangnya batasan-batasan ke atas penguasan Amerika menyebabkan bidang ekonomi negara Filipina menjadi tidak menentu. Keadaan menjadi lebih ketara lagi apabila pada penghujung tahun 1960 an Presiden Marcos menjalankan dasar pengapungan ke atas peso dalam hubungannya dengan dollar Amerika.59 Harga barangan-barangan lain dan komoditi terutamanya yang diimpot naik mendadak. Beberapa buah kilang telah membuang pekerja-pekerja mereka, kos pengangkutan naik dan urusniaga menjadi [38]

58 Hanafi Hussin. Op. Ctt, hlm 8. 59 Shakila Yacob, Op. Ctt, hlm. 35.

perlahan. Justeru itu, kesan ekonomi masih begitu ketara walaupun setelah penggulingan Marcos. 6.2 Kesan Politik Corazon Aquino atau Cory merupakan presiden ke-11 dan wanita Filipina pertama yang memegang jawatan itu selepas menggulingkan pemerintahan diktator Ferdinand Marcos pada tahun 1986 sebelum meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kanser. Kesan politik yang berlaku ialah berlakunya pengalihan kuasa daripada rejim dan keluarga Marcos kepada Aquino. Cory merupakan wanita yang mencipta sejarah kerana mampu untuk mentadbir sesebuah Negara. Namun begitu, walaupun kebanyakan rakyat dan pemimpin dalam parti yang menyokong Aquino tetapi masih ada juga pihakpihak yang berusaha untuk menggulingan Cory. Apatah lagi pada ketika itu, terdapat parti-parti lain yang wujud untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Keadaan politik di pilipina masih lagi "panas' pada ketika itu. Terdapat juga beberapa parti yang cuba melakukan rampasan kuasa kerana mereka berpendapat wanita tidak sesuai dijadikan presiden untuk mentadbir Negara. Aquino juga perlu bersiap sedia dengan cabaran berhadapan dengan golongan tentera yang berkepentingan dalam politik dan mempengaruhi hala tuju pemerintahan Filipina selain tabiat AS yang gemar campur tangan.60 Kesan politik ini tidak hanya berlaku ketika itu tetapi juga sehingga kini. Aquino harus meyakinkan masyarakat Filipina menerusi perubahan polisi dan pelaksanaan dasar yang dapat dilihat oleh rakyat sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Hal ini kerana semasa pemerintahan Marcos beliau pernah menjalankan dasar ketenteraan di Filipina. Malah kemunculan semula keluarga Marcos di dalam politik Filipina juga merupakan kesan daripada pemerintahan Marcos yang terdahulu.61 Isteri bekas presiden Ferdinand Marcos, Imelda telah memenangi kerusi Kongres, anak perempuannya pula merupakan gabenor wilayah manakala anak lelakinya dilaporkan semakin hampir untuk meraih kerusi dalam Senat.Pertembungan dua ikon warisan ini sudah tentu akan mewarnai dunia politik Filipina yang mana, ia [39]

60 Teodoro A. Agoncillo, Op. Ctt, hlm 46. 61 Abu Talib Ahmad, Op. Ctt, hlm 68.

merupakan sebahagian daripada cabaran Aquino sebaik menggenggam jawatan Presiden baru negara Filipina.6.3 Kesan Sosial Kesan sosial yang dapat dilihat ialah rakyat Filipina masih lagi hidup dalam kemunduran. Cory terpaksa berusaha untuk menjalankan dasar yang mampu untuk mewujudkan ekonomi yang stabil dan membawa perubahan sosial terhadap rakyat Filipina kerana sebelum ini, Kerajaan tidak dapat membangunkan ekonomi negara dengan jayanya dan kesannya tertimpa ke atas masyarakat. Masyarakat yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus melarat. Dasar yang dijalankan tidak tidak dinikmati sepenuhnya. Filipina masih bergantung harap dengan bekas penjajahnya Amerika, baik dalam bidang ekonomi, ketenteraan mahupun bidang sosio-budaya. Fenomena ini menjadikan Filipina seolah-olah mesih dijajah oleh Amerika iaitu yang dikatakan penjajahan dalam bentuk yang baru yang dipanggil sebagai neokolonialisme kerana sebelum ini Marcos bekerjasama dengan Amerika Syarikat.Kehidupan masyarakat Filipina masih lagi di tahap lama walaupun telah lama mencapai kemerdekaan. Jurang perbezaan di antara golongan kaya dan miskin di Filipina terlalu ketara. Keadaan ysng tidak seimbang ini disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah pengaruh sistem kapitalisme itu sendiri yang menggalakkan masyarakat mengejar kekayaan. Hal ini kerana Marcos sendiri telah melaksanakan sistem ekonomi tersebut semasa era pemerintahan beliau ditambah lagi dengan rasuahrasuah yang berleluasa. Pada era pemerintahan Marcos juga, kekayaan Filipina diggarap sebanyak mungkin oleh Rejim Marcos untuk kegunaan peribadinya.Selain itu, kesan yang begitu ketara juga ialah semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat begitu menebal walaupun Marcos telah diggulingkan. Hal ini kerana rakyat masih berasa trauma dan marah dengan dasar-dasar Marcos terutamanya dengan pengenalan Martial Law. 70 Kahin, George McTruman, Op. Cit., hlm. 58.
70 71

71Garraty, J. A., The American Nation: A Story Of United States, 9th Edition, USA: Addison Wesley Educational Publishers Inc, 1998, hlm. 8. [40]

7.0 ANALISIS Golongan gereja sesungguhnya menjadi medium penggerak dan faktor dominan kepada Kejatuhan Marcos. Gereja melihat dasar-dasar Marcos seperti Martial Law yang tidak mempedulikan hak-hak asasi manusia, rakyat ditindas sesuka hati, dan korupsi yang tidak putus-putus malah gerakan agresif militer terhadap gereja perlu dihentikan. Kardinal Sin merupakan ahli religious yang menjadi nadi kepada pergerakan penentangan rakyat terhadap pemerintah. Gereja menggunakan pendekatan "iman rakyat" untuk menyedarkan rakyat telah tiba masa untuk bangkit dan berjuang melepaskan diri dari terus dibelenggu oleh penindasan pemerintah. Malah, golongan paderi menerapkan unsur-unsur kesedaran di dalam setiap khutbah yang mereka berikan. Golongan paderi dan rahib juga tidak terkecuali berada di jalan-jalan raya untuk bersama-sama menjadi nadi kekuatan kepada rakyat. Dalam proses perjuangan revolusi mereka ini, golongan gereja sama sekali melarang menggunakan kekerasan ataupun gerakan militer dalam mencapai matlamat pembebasan. Peranan Gereja ini akhirnya membawa kepada Revolusi EDSA atau People Power Revolution menjelang Februari 1986 yang menjadi pengakhiran kepada kediktatoran Marcos. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat faktorfaktor lain yang turut membawa kepada kejatuhan Marcos seperti peranan Amerika Syarikat. Perubahan pucuk pimpinan AS kepada Jimmy Carter dan Ronald Reagan nampaknya lebih mementingkan hak asasi manusia selaras dengan perkembangan ideologi demokrasi ketika itu di Eropah.Hal ini menyebabkan pempimpin AS mengambil tindakan menasihati Marcos. Kedegilan Marcos terutama dalam meyelewengkan pilihanraya membuatkan Amerika Syarikat masuk campur dalam menjatuhkan Marcos. Jelas bahawa tahun 1960 an hingga tahun 1970 an kekacauan begitu ketara di Filipina. Kelantangan suara-suara penentangan terhadap kerajaan dilakukan di mana-mana sahaja. Tidak cukup setakat menyebarkan propaganda diadakan juga demonstrasi-demonstrasi. Memandangkan semangat yang begitu membara, demonstrasi-demonstrasi yang dilakukan kadang-kadang diakhiri dengan keganasan dan berlakunya pertempuran dengan pihak polis. Selalunya ia berakhir dengan kemenangan di pihak polis yang menggunakan berbagai cara untuk membenteras demonstrasidemonstrasi yang dijalankan. Begitulah hebatnya desakan-desakan rakyat dalam melaungkan hak mereka. Walau bagaimanapun desakan-desakan masyarakat ini sebenarnya berpunca dari kesedaran yang dilaungkan oleh golongan belia [41]

termasuk pertubuhan pelajar dan juga pertubuhan belia yang radikal. Ditambah lagi dengan pertubuhan buruh dan juga pertubuhan petani. Disamping itu, penentangan Parti Liberal Pembangkang yang dipelopori oleh Ninoy telah banyak mendedahkan penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran Marcos sehingga menyebabkan rakyat mulai bangkit mencari keadilan. Ninoy telah melaungkan korupsi-korupsi yang telah berlaku semasa pemerintahan Marcos. Tambahan lagi dengan sikap Imelda Marcos iaitu isteri kepada Marcos yang dikatakan gemar membelanjakan wang untuk membeli barangan mewah. Akibatnya, rakyat menderita manakala orang atasan hidup senang lenang. Keadaan ini telah menjadi pemangkin kepada penentangan rakyat dan penggulingan rejim Marcos yang menyaksikan kebangkitan Corazon Aquino.Pembunuhan Ninoy juga dilihat sebagai satu faktor kebangkitan perjuangan. Selain itu, kebangkitan golongan pelajar dan buruh seperti Kabataang Malcabayan, Student Cultural association (SCA), Student Power Assembly of the Philippines (SPAP) dan Movement For Democratic Philippines (MDP) dalam menuntut hak kemudahan pelajaran yang lebih baik serta menyeru lebih ramai buruh untuk menyertai revolusi. Selain itu, korupsi dalam pentadbiran juga akhirnya membawa kepada hutang yang terlalu banyak untuk ditanggung serta melemahkan jentera pentadbiran sekaligus menyebabkan golongan oligarki mempunyai kuasa dalam menindas golongan buruh. Hal ini nyata, membuka mata rakyat untuk tidak terus ditindas dan dieksploitasi. Imelda Marcos yang turut menggunakan berbillion-billion dolar untuk menjalankan pelbagai projek yang memberi keuntungan hanya kepada beliau dan menggunakan wang yang sangat banyak untuk kepentingan diri telah menjadi kontroversi yang sangat hebat yang akhirnya turut menjadi faktor penentangan yang membawa kepada kejatuhan Marcos. Nyata disini, golongan gereja berperanan dalam membibit benih-benih keberanian rakyat untuk bangkit dan memperjuangkan hak mereka. Kesan daripada kejatuhan Marcos ini telah menyebabkan pelbagai impak yang dapat dikategerikan kepada aspek sosial, ekonomi dan politik. Dari segi sosial, Kehidupan masyarakat Filipina masih lagi di tahap lama walaupun telah lama mencapai kemerdekaan. Jurang perbezaan di antara golongan kaya dan miskin di Filipina terlalu ketara. Selain itu dari segi ekonomi Filipina, masalah ekonomi masih dihadapi oleh Filipina dan rakyatnya menganggur. Walaupun Marcos telah meninggalkan Filipina dan tampuk pemerintahan telah [42]

diambil alih oleh Corazon Aquino, tetapi kesan dari ekonomi semasa pemerintahan Marcos masih begitu ketara dan bukannya mudah untuk dipulihkan. Apatah lagi sememangnya masih terdapat indivisu-individu dalam parti yang masih menjalankan rasuah dan menggelapkan wang demi kepentingan sendiri. Manakala dari segi politik, Keadaan politik di pilipina masih lagi "panas' pada ketika itu. Terdapat juga beberapa parti yang cuba melakukan rampasan kuasa kerana mereka berpendapat wanita tidak sesuai dijadikan presiden untuk mentadbir Negara. Aquino juga perlu bersiap sedia dengan cabaran berhadapan dengan golongan tentera yang berkepentingan dalam politik dan mempengaruhi hala tuju pemerintahan Filipina selain tabiat AS yang gemar campur tangan. 8.0 RUMUSAN Sesungguhnya, golongan gereja telah menjadi faktor dominan yang membawa kepada Kejatuhan Marcos. Memang tidak dinafikan masih wujud faktor-faktor lain yang dalam amsa yang sama turut mempengaruhi kejatuhan Marcos. Namun, golongan gereja dilihat sebagai satu entiti yang telah meruntuhkan kekuatan Marcos secara keseluruhannya. Dapat dikatakan, menerusi peranan golongan gereja inilah yang telah membuka laluan kepada rakyat dalam bangkit mencari keadilan. Golongan gereja hanya perlu menggunakan Pendekatan iman rakyat demi mencapai matlamat tanpa menggunakan kekerasan fizikal dan nyata ia telah berjaya. Rakyat Filipina dapat menarik nafas lega selepas kejatuhan Marcos kerana mereka sekali lagi mendapat kebebasan secara total. Dapat dikatakan, agama mampu menjadi medium kepada kebangkitan dan kekuatan rakyat Filipina. [43]

9.0 RUJUKAN A.Benedict. 2002. Hantu Komparasi: Nasonalisme, Asia Tenggara, dan Dunia, Yogyakarta: Penerbit Qalam. Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka Albert F. Celoza.1997. Ferdinand Marcos and the Philippines: The Political Economy of AuthoritarianismUnited States of America: Praeger Publishers. B. Philip. 1987. Liberation Theology: Essential facts about the revolutionary movement in Latin America and beyond. United States of America: Temple University. Douglas & S. Cynthia. 1994. Religion, the missing Dimension of state CraftNew York: Oxford University Press. Gale Group.2001. Worldmark Encylopedia of the nations: Asia & Oceania. United States of America: Worldmark Press. Garraty, J. A., The American Nation: A Story Of United States, 9th Edition, USA: Addison Wesley Educational Publishers Inc, 1998 H. Monte Hill. "Philippine Martial Law: A Case Study in the Management of Poliyical Participation". Annual Conference of the Southeastern United States Region, Association of Asian Scholars, North California. 16 January 1986 Hanafi Hussin. 1995. Masyarakat dan ptotes di Filipina semasa rejim Marcos 1960an -1970an. Jati. Bilangan I. September Joaquin G. Bernas, S.J. The 1973 Philippine Constitution: A Reviewer-Primer. Manila: Rex Book Store. Jongseok Woo. 2011. Security challenges and military politics in East Asia from state building to post democratization. New York : Continuum International Publishing Group. Kahin, George McTruman. 1982. Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka [44]

Kenji Kushida, "The Political Economy of The Philippine Under Marcos: Property Rights in The Philippines from 1965-1986', Stanford Journal for East Asian Affairs, Vol 3, 2003 (119-126) Kenneth E. Bauzon. The Religious Experience in the Formation of the Ummah in the Philippines. Hong Kong : Asian Research Service. 1981 Lela Nonle. Emergency Politics in the Philippines. Asian Survey. February 1978. Maureen De Silva. 2004. Gereja dan Kejatuhan Marcos. Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Md. Salleh Md Said. 2011. "Masyarakat sivil dan pendemokrasian: Perbincangan konseptual" Jebat: Malaysian Journal, History, Politics & Strategic Studies, Vol 38(2) 119-137 Michael Mc. Faul, Democracy in U.S. Security: From promotion to Support, United States of America: Centerfor strategic & International Studies Nicole Cu Unjieng. " Ferdinand Marcos: Apotheosis of the Philippine Historical Political Tradition". Undergraduate Humanity Forum, 2008-09. Norma Mahmood. 1994. Rethinking Political Development in Southeast Asia. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Okure, Aniedi Peter. 2009. The Catholic Church as social and political Actor: An analysis of the Catholic Bishop Conference of Nigeria 1960-1990. United States of America: ProQuest LLC. Patricia N. Abinales & Donna J. Ameroso. 2005. State and society in the P h i l i p p i n e s . United States of America: ROWMAN & LITTLEFIELD PUBLISHERS.INC R. H. Taylor.1996. The Politics of Elections in Southeast Asia. Australia: Woodrow Wilson Center Press and Cambrigde University Press. Sidney Sulliman. Now Showing: Hidden Wealth. Veritas. 15 September 1983 Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. [45]

Stephen R. Shalom. 1990. Promoting Ferdinand Marcos. Bulletin of Concerned Asian Scholars, Vol. 22 Teodoro A. Agoncillo. 1974. Filipino Nationalism IEn-1970, Quezon City, R.P. Garcia Publishing Company Winthrop D. Jordan & Leon F. Litwack. 1994. The United States: Brief Edition. United States of America: Prentice Hall. [46]

You might also like