You are on page 1of 6

INOVASI PEDAGOGI (TEKNIK)

[PRAKTIKUM FASA 3, SK PAYA]

Inovasi Pedagogi (TeKnik) Tajuk : singing and drawing


Pada praktikum kali ketiga ini, saya telah berpeluang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Paya. Semasa menjalankan praktikum fasa 3 ini, saya telah dapat mengahasilkan inovasi pedagogi yang berkaitan dengan teknik pengajaran. Saya telah mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan dan mendapat idea daripada dapatan yang dikumpul. Saya telah merancang, melaksana dan menilai inovasi pedagogi yang dihasilkan iaitu, Mempelajari huruf b,d,p dan q menggunakan Teknik Singing and Drawing PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI : Melalui pemerhatian saya ketika mengajar, murid- murid sering menukar huruf yang hampir sama ini. Apabila murid ingin menulis huruf b, murid akan menulis huruf d dan apabila murid ingin menulis huruf p, murid akan menulis huruf q. Kekeliruan terhadap huruf yang hampir sama bentuk menyebabkan murid gagal untuk menulis huruf dengan betul dan seterusnya tidak dapat membaca dengan betul. Kemahiran mengenal huruf ini merupakan perkara utama di dalam proses pembelajaran tidak kira kemahiran membaca atau kemahiran menulis. Kedua-dua kemahiran ini memerlukan murid untuk mengenal huruf terlebih dahulu. Pengajaran menggunakan kad huruf tidak berkesan kerana murid-murid pemulihan amat lemah di dalam pembelajaran. Bahan semi konrit tidak mampu untuk membantu murid-murid pemulihan di dalam mengenal huruf yang hampir sama bentuk ini. Menurut Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

INOVASI PEDAGOGI (TEKNIK)

[PRAKTIKUM FASA 3, SK PAYA]

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat kemahiran menulis termasuklah peringkat pra tulisan, peringkat mekanis, dan peringkat mentalis. Bagi inovasi yang dijalankan, peringkat mekanis telah dijadikan sebagai perara utama di dalam proses pengajaran. Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh

menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis, latihan menulis huruf berdasarkan gambargambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu. Melalui inovasi yang dijalankan, saya telah menggunakan konsep penggunaan warna di dalam membantu murid untuk mengenali bentuk huruf ini. Saya telah

mengubahsuai idea yang diasaskan oleh Tony Buzan iaitu Peta Minda menggunakan warna. Peta Pikiran atau Mind Mapping adalah metode mempelajari konsep yang ditemukan oleh Tony Buzan. Konsep ini didasarkan pada cara kerja otak kita dalam menyimpan informasi. Tony Buzan menawarkan cara pembelajaran menggunakan gambar, simbol, dan warna yang dipercaya sangat disukai anak-anak di seluruh dunia. Setiap gambar, simbol, warna, huruf, dan kata-kata saling berkaitan sebagai penjelasan mengenai sesuatu hal. Hasil penelitian menunjukkan bahwa otak kita tidak menyimpan informasi dalam kotak-kotak sel saraf yang terjejer rapi melainkan dikumpulkan pada sel-sel saraf yang bercabang-cabang yang apabila dilihat sekilas akan tampak seperti cabangcabang pohon. Semua peta pikiran mempunyai kesamaan. Semuanya

menggunakan warna. Semuanya memiliki struktur alami yang memancar dari pusat. Semuanya menggunakan garis lengkung, simbol, kata dan gambar yang sesuai

INOVASI PEDAGOGI (TEKNIK)

[PRAKTIKUM FASA 3, SK PAYA]

dengan satu rangkaian yang sederhana, mendasar, alami, dan sesuai dengan cara kerja otak. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik garisan berwarna bagi membezakan cara penulisan huruf yang hampir sama iaitu b,d,p dan q. Selain itu, saya juga telah menggunakan teknik nyanyian bagi memudahkan murid untuk mengingati cara penulisan huruf dengan betul melalui lirik lagu yang terdapat pada lagu itu. Melalui cara ini, murid kan lebih mudah untuk mengingati cara menulis huruf yang hampir sama bentuk. PENILAIAN PELAKSANAAN INOVASI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : Percubaan inovasi buat kali pertama ini membuahkan hasil kerana murid-murid memberikan respons yang positif kepada lagu yang telah didengari. Selain itu, melalui aktiviti nyanyian ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Penggunaan lagu dan lirik yang yang jelas juga banyak membantu murid untuk mendengar dengan jelas dan memahami apa yang terdapat di dalam lirik lagu. Guru juga dapat menguji tahap pengamatan pendengaran murid. Setelah mendangar lagu huruf. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid. Antara soalan yang telah dikemukan oleh guru ialah : i. ii. iii. Huruf b terdapat berapa garisan? Huruf b terdapat berapa lengkungan? Untuk menulis huruf b kita perlu bergerak dari mana dahulu?

Murid murid memberikan jawapan positif kerana melalui lirik lagu yang diberikan, murid dapat mendiskriminasikan garisan dan lengukungan yang terdapat pada huruf yang di tulis. Selain daripada itu, murid juga seronok dan berminat untuk mendengar lagu yang diberikan kerana lagu ini berentak rancak sama seperti rentak di dalam lagu Bapaku Pulang. Oleh itu, tidak menjadi masalah kepada murid untuk mengikuti rentak lagu yang sudah biasa didengari.

INOVASI PEDAGOGI (TEKNIK)

[PRAKTIKUM FASA 3, SK PAYA]

Inovasi ini diteruskan dengan langkah drawing pula. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah menunjukkan cara yang betul untuk menulis huruf yang hampir sama ini. Guru telah menggunakan dua warna yang berbeza untuk membentuk garisan dan lengkungan yang terdapat pada huruf-huruf ini. Guru juga menggunakan Papan Garis 4 bagi memudahkan murid untuk menulis huruf dengan cara yang betul. Semasa menjalankan pengajaran menggunakan teknik ini , pada awalnya murid-murid keliru dengan penggunan warna yang berbeza ini. Tetapi lamakelamaan, murid mudah untuk mengingati bentuk dangarisan yang terdapat pada huruf-huruf ini. Sebagai contoh huruf b, garisan (merah) disebelah kiri dan bagi huruf d, garisan (merah) disebelah kanan. Melalui penggunaan garisan dan lengukungan berwarna ini, murid mudah untuk mengingati bentuk-bentuk huruf yang hampir sama ini. Kesimpulannya, inovasi yang telah dihasilkan dapat membantu saya ddalam melaksnakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Oleh itu saya berharap agar inovasi yang dihasilkan dapat diaplikasikan oleh semua guru supaya dapat melaksanakan set induksi yang menarik dan bermakna kepada murid-murid.

INOVASI PEDAGOGI (TEKNIK)

[PRAKTIKUM FASA 3, SK PAYA]

SINGING Lagu Huruf


Rasional: i. Memudahkan murid mengenal beza bentuk huruf yang hampir sama melalui lirik lagu yang didengar. ii. Memudahkan murid mengingat cara menulis huruf dengan betul memalui lirik lagu yang didengar Contoh lirik: Huruf b itu untuk bola, Satu garisan tarik ke bawah, Satu lengkungan di sebelah kanan, Marilah cuba kawan-kawan.

Huruf d itu untuk dadu, Buat lengkungan di sebelah kiri, Satu garisan disebelah kanan, Marilah cuba kawan-kawan.

Huruf p itu untuk papa, Satu garisan panjang ke bawah, Buat lengkungan di atas kanan, Marilah cuba kawan-kawan.

Huruf q pula untuk qari, Buat lengkungan di sebelah kiri, Satu garisan panjang ke bawah, Kemudian tarik condong ke kanan.

INOVASI PEDAGOGI (TEKNIK)

[PRAKTIKUM FASA 3, SK PAYA]

DRAWING HURUF

Rasional: i. Membantu murid mengingat bentuk yang terdapat pada huruf iaitu garisan dan lengkungan. ii. Menulis huruf yang hampir sama bentuk dengan mudah.

You might also like