You are on page 1of 28

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Soalan 1

1.0 Pengenalan Menggambar membawa maksud membuat atau menghasilkan gambar. Menggambar adalah salah satu cabang daripada empat bidang kegiatan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dalam kegiatan menggambar, kandungan sesuatu objek atau hal benda dapat dikenali.Terdapat berbagai-bagai teknik dalam menggambar seperti lukisan, catan, kolaj, mozek, capan,gurisan,percikan,montaj, resis, cetakan,gosokan dan

stensilan.Pelbagai bahan dan media digunakan dalam penghasilan menggambar ini Antara media kering yang digunakan ialah warna krayon, pensel, pen, lilin, arang, warna pensel dan media basah terdiri daripada warna air, warna poster, cat minyak dan cat akrikle.Peralatan dan bahan pula adalah seperti berus,palet, kain pengelap, bekas berus, bahan kutipan, gunting, gam dan banyak lagi.

2.0 Hasil karya dalam bidang menggambar

Tema Tajuk Teknik

: Alam Semula Jadi : Air Terjun : Lukisan, Catan, Kolaj, Resis, Tiupan, Capan

Media dan bahan : Warna air, warna poster,tisu,kapas,pasir,gam.lilin dan kulit kayu ranting,straw,span 1

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

3.0 Sinopsis Karya yang dihasilkan di atas bertemakan Alam Semulajadi dan tajuknya Air Terjun.Karya ini mengenegahkan keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan yang belum dicemari oleh manusia.Bila mata memandangnya ,ia membawa ketenangan dalam jiwa. Justeru itu, hargai dan sayangilah hasil ciptaan tuhan yang unik ini. Dalam persepsi yang lain, ia boleh menggambarkan tentang kehidupan manusia.Ada masanya bergelora dan ada masanya tenang.Perasaan begini dapat ditafsirkan melalui aliran air yang tenang dan berkocak dalam menempuh kehidupan masa kini.Laluan air menerusi batu-batu boleh diibaratkan tentang liku kehidupan manusia di mana kadang-kadang kehidupannya berjalan dengan lancar tetapi ada masanya terpaksa menempuh cabaran untuk terus hidup. Pelbagai teknik dan bahan digunakan dalam penghasilan karya ini. Teknik lukisan,catan,kolaj,resis, tiupan dan capan telah digunakan. Teknik lukisan yang digunakan dalam aktiviti menggambar ini ialah mewarnakan daratan dan batang pokok mengguanakan warna krayon walau pun ditutupi kulit kayu dan pasir tetapi tidak keseluruhannya. Ia sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada karya tersebut. Selain itu,untuk menonjolkan isi karya dan memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar, teknik catan turut digunakan. Dalam teknik ini, warna air dan warna poster digunakan.Aliran air terjun dan gambar tumbuhan diwarnakan dengan warna air dan warna poster.Warna poster yang terang menambahkan lagi nilai estetika karya di samping penggunaan ton warna yang boleh menonjolkan struktur objek dan pencahayaan dari satu sudut. Selain daripada teknik lukisan dan catan, teknik resis turut digunakan.Pemilihan teknik basah atas kering digunakan. Batu diwarnai terlebih dahului dengan menggunakan warna krayon dan kemudian di sapu pula dengan warna air. Warna air telah ditolak oleh warna krayon .Namun masih terdapat titisan warna air di atas batu dan ini memberi satu jalinan tampak yang unik di atas batu-batu tersebut.Kesimpulannya ,warna krayon dan warna air tidak dapat bercampur antara satu sama lain.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bila dilihat dan diamati karya yang dihasilkan, teknik kolaj juga digunakan untuk memberi penegasan kepada objek yang ingin ditonjolkan. Tampalan gumpulan tisu telah

digunakan untuk menonjolkan daun-daun pokok.Daun-daun tersebut kelihatan menonjol keluar berselerakan.Gumpulan kapas juga digunakan untuk menunjukkan kocakan air terjun . Gumpulan kapas ini kelihatan timbul daripada aliran air yang lain. Bagi menyerahkan lagi struktur pokok ,maka tampalan kulit kayu digunakan. Kulit kayu tersebut telah disusun dan ditindih agar ia menampakkan satu jalinan sentuh yang menarik dan asli.Tidak ketinggalan , untuk menggambarkan kederasan air terjun, cairan lilin turut digunakan. Taburan pasir juga

digunakan untuk menghidupkan rupa daratan dalam karya ini di samping ranting-ranting kayu yang berselerakan. Jelaslah di sini, pemilihan bahan-bahan telah memberi impak jalinan yang cukup menarik di samping pemilihan warna yang harmoni. Tidak sah sekirannya percikan air tidak disertakan. Dalam keadaan yang sebenar pun, percikan air pasti akan berlaku bila pertembungan sesuatu objek dengan air secara deras/kuat.Oleh itu, teknik tiupan telah digunakan.Warna air dan straw minuman digunakan . Titisan warna air telah dituip menggunakan straw dan ia menghasilkan bentuk percikan. Sungguh pun hampir keseluruhan lukisan dilukis dengan objek-objek namun,bagi menutupi ruang antara daratan dan pohon kayu serta puncak air terjun dan langit, teknik capan telah digunakan. Teknik basah atas basah digunakan agar pohon-pohon yang terdapat di situ kelihatan agak jauh.Ini memberi satu pandangan yang hidup untuk lukisan tersebut. Pemilihan teknik , bahan, unsur seni dan prinsip rekaan telah diambil kira dalam pengolahan karya ini untuk menyampaikan mesej kepada pemerhati.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Soalan 2 4.0 Apresiasi Seni Apresiasi di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau kepandaian tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih temasubject matter serta gaya dan stail tertentu mereka. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang.karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh.

4.1

Antara Karya Pelukis Tempatan

Gadis Melayu(1950) Cat minyak 49 x 39cm Mohamed Hoessein Enas Koleksi Balai Seni Lukis Negara

"Pago-Pago" 1964, oil on canvas Abdul Latiff bin Haji Mohidin Koleksi Balai Seni Lukis Negara

Semangat Ledang, (20 Akrilik atas kanvas 160 x 120 Datuk Syed Ahmad Jamal Koleksi Balai Seni Lukis Negara

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.2

Kritikan Seni Apresiasi seni dalam Pendidikan Seni dilihat sebagai bidang illmu yang dapat

memperkayakan pengalaman kesenian seseorang terhadap sesebuah karya. Apresiasi dan kritikan seni ini juga akan membantu seseorang untuk memahami, menghayati dan mengetahui asas penghasilan sesuatu karya seni secara lebih mendalam. Dengan itu, penilaiaan terhadap sesebuah karya adalah lebih menyakinkan dan lengkap. Di sini, dua buah karya yang dihasilkan oleh pelukis Malaysia akan di kritik berdasarkan model proses apresiasi yang di kemukakan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967). Gadis Melayu karya Mohamed Hoessein Enas dan Semangat Ledang karya Syeh Ahmad Jamal akan dikritik .Apresiasi dan kritikan seni ini akan dilakukan melaui empat tahap proses persepsi dan intelektual telah dicadangkan oleh Feldman dan Smioth Tahap-tahap tersebut ialah :(a) Menggambar (b) Menganalisa (c) Tafsiran (d) Penilaian (description) (anaalysis) (interpretation) (evaluation)

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.2.1

Gadis Melayu

Tajuk : Gadis Melayu Tahun :(1950) Media :Cat minyak Saiz : 49 x 39cm "

Lokasi : Balai Seni Lukis Negara Pelukis : Mohamed Hoessein Enas

(a) Menggambar (Description)

Penerangan/menginterprestasi gambar

Karya Gadis Melayu oleh Mohamed Hoessein memberi gambaran kepada kita tentang keayuan gadis melayu pada zaman kini.Gadis yang , bersanggul, bibir yang tebal, bersubang, memandang ke satu sudut dan memakai baju kemeja membawa makna tersirat.
6

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rambut hitam dan bersanggul,berbibir tebal dan mempunyai kulit berwarana sawa matang membawa makna seorang gadis melayu asli mana kala pemakaian baju kemeja pula,bermaksud sudah menerima arus kemodenan. Keseluruhan karya ini , mengambarkan seorang gadis melayu menjaga kemelayuannya ( keayuan dan

kesopanan) di dunia yang serba moden ini. Di sini, Mohamed Hoessein cuba menonjolkan identiti kebangsaan dengan imej rakyat tempatan yang

digambarkan secara natural.

Unsur unsur seni

Warna

Penggunaan warna lembut yang menarik antara warna kroma yang menambahkan nilai estetika karya

ini.Pemilihan warna lembut ini menampakan lagi keayuan gadis yang dilukis.

Garisan

Berfokuskan

kepada

subjek

yang

dilukis

untuk

mewujudkan outline.namun,terdapatnya sedikit garisan melintang untuk menunjukkan rupa fesyen baju subjek iaitu pada bahagaian leher dan dada.

Ruang

Subjek yang dihasilkan hampir memenuhi ruang secara menyeluruh. Hanya sedikit sahaja ruang kosong

ditinggalkan bahagian tepi iaitu bahagaian latar belakang subjek. Ini dapat dilihat melalui outline pada subjek.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rupa

Menggunakan subjek untuk mewujudkan kesan estetika pada lukisan.

Bentuk

Raut muka yang bujur menampakkan lagi keayuan gadis melayu tersebut di samping bentuk mata , hidung dan bibir yang diolah menyerupai ciri-ciri rakyat tempatan.

Jalinan

Mempunyai keseragaman dan imbangan antara warna bagi menghasilkan subjek yang cantik dan menarik. Hasil karya jelas menunjukkan keayuan dan kesopanan Gadis Melayu.

Prinsip Rekaan

Penegasan

Penegasan dari aspek garisan, rupa ,warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan kepada pemerhati.Tumpuan berpusat kepada figura manusia yang terdapat dalam karya tersebut.

Imbangan

Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan.

Pergerakan

Pergerakan

berpusat

dan

lebih

bertumpu

kepada

pembentukan figura. Ini dilakukan agar imej ini lebih hidup dan realistik serta menjadikan figura lebih menarik.

Kontra

Pengkarya cuba mengetengahkan ton warna yang sesuai


8

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

dan mempunyai keyakinan dalam pemilihan warna. Namun kesan kontra agak kurang ditunjukkan. Ini bertepatan dengan konsep keayuan/kelembutan.

Kesatuan

Idea yang sama dan menyeluruh. Keseluruhannya, pelukis dapat menjiwai nilai

Kepelbagaian

ketimuran dengan kesan imaginatif dan kreatif dalam penghasilan karya.

(b) Menganalisa (analyse) Subjek Manusia (Gadis Melayu )

Unsur-unsur Seni

1. Warna 2. Rupa 3. Bentuk

Prinsip Rekaan

1. Penegasan 2. Keseimbangan 3. Bentuk

Kualiti Ekspresif

1. Mood Raut wajah Gadis Melayu yang digambarkan dengan sebaik mungkin, berjaya memancarkan nilainilai peribadi gadis melayu yang lemah lembut dan bersopan.

2. Suasana Pemakaian baju kemeja oleh gadis melayu ini


9

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

membawa makna kemodenan.Keseluruhannya ia membawa makna ,gadis melayu menjaga dan mengekalkan identiti kemelayuannya di dunia serba moden.

Bahan/Teknik/Kaedah

Menggunakan cat minyak pada kanvas dengan memberi fokus kepada ton warna.

(c) Tafsiran (Interpretation) Makna/Mesej Menerusi unsur-unsur seni

Subjek

Manusia (Gadis Melayu )

Simbol

Keayuan

Unsur-unsur seni

Warna, rupa dan bentuk

Prinsip Rekaan

Penegasan, keseimbangan dan kesatuan

Metafora/Analogi bagi menjelaskan makna

Lebih menggambarkan kepada keayuan dan kesopanan gadis melayu di zaman moden.

(d) Penilaian (Evaluation)

Kriteria Keaslian Berdasarkan kepada daya pengamatan yang merujuk kepada

10

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

keindahan wajah dan budaya tempatan.

Gubahan

Berdasarkan daya pengamatan yang sensitif terhadap subjek, tumpuan yang lebih diberikan pada raut wajah yang dapat menggambarkan keayuan dan kesopanan seorang gadis dan penggunaan pakaian gadis pada masa kini.

Teknik

Hasil

daripada

persepsi

beliau,

beliau

telah

mengadaptasikan pengamatan beliau untuk mengolah dalam bentuk potret.

Fungsi

Menyedarkan masyarakat bahawa nilai-nilai keperibadian yang baik harus disanjungi dan ianya masih boleh dikekalkan dalam arus kemodenan yang dikecapi.

11

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.2.2 Semangat Ledang

Tajuk :Semangat Ledang Tahun :, (2003) Media : Akrilik atas kanvas Saiz :160 x 120 Lokasi : Balai Seni Lukis Negara. Pelukis :Datuk Syed Ahmad Jamal

(a) Menggambar (Description)

Penerangan/menginterprestasi gambar

Melihat pada karya dari bawah ke atas didapati Sayed Ahmad Jamal (SAJ) membahagiankan karyanya kepada empat bahagian.Bahagian pertama di bawah terdiri daripada lapisan bumi, bahagian kedua pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukit- bakau, bahagaian ketiga terdiri daripada awan dan jalur cahaya langit dan

12

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

bintang-bintang.Sementara bahagian keempat di atasnya terdiri daripada langit dan bintang-bintang. Kombinasi garisan, rupa, bentuk dan jalinan digunkan untuk mengukuhkan lagi hasil karyanya. Sementara komposisi karyanya diseimbangan, dikontrakan, diulangulang, ditegangkan dan diharmonikan. Sungguh pun,gambaran yang agak abstrak dengan rupa bentuk visualnya amat arbitari dan kabur, tidak jelas ikon dan simbolnya. Namun begitu, permainan warna yang cerah dan garang serta bentuk segi tiga yang terdapat pada karya di atas dapat memberi gambaran kepada pemerhati tentang mesej yang hendak disampaikan. Warna merah, kuning dan sedikit hijau memberi makna semangat yang berkobar-kobar manakala segi tiganya pula bermaksud gunung yang berpaksikan semangatfiction kisah legenda Puteri Gunung Ledang.

Unsur-unsur Seni

Warna

Penggunaan warna panas ke warna sejuk digunakan dalam pengolahan karyaSemangat Ledang.Warna

merah (warna panas) pada bahagian pertama atas bawah karya.Diikuti dengan warna kuning (warna panas) memenuhi kawasan kawasan bumi.Ini disokong dengan percikan warna hijau yang melambangkan tumbuhtumbuhan. Warna biru (warna sejuk) di bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan warna biru tua (warna sejuk) di bahagian langit dan bintang-bintang.Penggunaan warna yang cerah dan lembut ini menambahkan nilai estetika karya ini.Untuk menimbulkan keharmonian dari segi

13

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

warna, warna-warna panas tersebut diulang-ulang pada bahagian sejuk dan ia dapat dilihat pada bentuk awan dan bintang-bintang. Warna merah,biru, kuning dan hijau mempunyai kehebatan dan cahaya yang tinggi. Warna-warna ini boleh menimbulkan perasaan bersemangat, dan

bertenaga pada sesebuah karya dalam menyampaikan sesuatu mesej.

Garisan

Terdapat beberapa karektor garisan dalam karya ini, garisan perlahan,sederhana, pantas dan tegas. Sapuan garisan yang agak pantas dan condong dapat dilihat pada bahagian kedua terutama dalam menghasilakan pancaran cahaya semangat gunung ledang.Ia dilakukan secara berulang-ulang bagi

memberikan penegasan kepada karya tersebut.Terdapat juga garisan melintang yang agak tebal dan jelas pada bahagian kedua selari dengan bentuk segi tiga yang bersimbolkan gunung. Terdapat juga garisan cembung antara bahaagian pertama dan kedua karya.

Ruang

Objek yang dilukis hampir memenuhi semua ruang. Ruang bawah ke atas di bahagian pertama yang berwarna merah menggambarkan lapisan tanah.Ruangan ke dua iaitu bahagian bumi ,berwarna kuning.Sungguh pun begitu sedikit ruang ditinggalkan pada bahagian tepi kiri dan kanan objek.Ruangan awan iaitu bahagian ke tiga dalam karya, dilukis dengan gambar awan yang selari dan sebuah bentuk segi tiga. Mana kala bahagian langit pula,dilukis dengan ruang taburan yang bintangini
14

bintang.Pembahagian

seimbangan

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

memberi kesan yang menarik ke atas karya.

Rupa

Penggunaa rupa yang ketara dapat dilihat pada bentuk segi tiga yang membawa simbol gunung dan warna kuning menggambarkan satu rupa pancaran yang bertenaga.

Bentuk

Bentuk yang abstrak .Agak sukar hendak ditafsirkan namun bentuk segi tiga di atas pancaran cahaya kuning memberi panduan kepada pemerhati karya .Bentuk segi tiga membawa maksud gunung dan pancaran kuning bagaikan satu bentuk letupan yang menggambarkan

semangat yang bertenaga.

Jalinan

Permainan warna panas dan sejuk telah menonjolkan satu jalinan yang menarik pada karya tersebut.

Prinsip Rekaan Penegasan dari aspek warna, garisan ruang dan warna yang dapat difokuskan dan menjadi daya tarikan pemerhati.

Penegasan

Imbangan

Memanfaatkan subjek sebagai imbangan kepada karya.

Kesatuan

Gabungan elemen dan prinsip seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan yang cukup mantap dan menyeluruh.

Kontra

Pemilihan warna panas dan sejuk yang bertentangan menimbulkan implikasi keseimbangan tak samukur.
15

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pergerakan

Pergerakan agak bebas iaitu tidak memusat. Namun jika diperhatikan dengan teliti,ia lebih bertumpu pada cahaya percikan dan simbol gunung.

Pelbagai

Keseluruhan,pelukis dapat menemukan kesan imaginatif dan kreatif dalam penghasilan karyanya melalui

gabungan

serta keseimbangan elemen-elemen unsur-

unsur seni, prinsip rekaan dan struktur seni lukis. (b) Menganalisa (analyse)

Subjek

Abstrak

Unsur-unsur Seni

1. Warna 2. Rupa 3. Bentuk

Prinsip Rekaan

1. Penegasan 2. Keseimbangan 3. Bentuk

Kualiti Ekspresif

1. Mood Bersemangat dan bertenaga 2. Suasana Bersemangat dan bertenaga

Bahan/Teknik/Kaedah

Mengguanakan akrilik di atas kanvas tanpa memberikan


16

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

gambaran yang jelas kepada pemerhati. (c) Tafsiran (Interpretation)

Makna/Mesej

Disampaikan menerusi unsur-unsur seni

Subjek

Abstrak dan bentuk geometri segi tiga (gunung)

Simbol

Bersemangat dan bertenaga (warna panas dan warna sejuk )dan siambol segi tiga.

Unsur-unsur seni

Warna, rupa dan bentuk

Prinsip Rekaan

Penegasan, keseimbangan dan kepelbagaian.

Metafora/Analogi bagi menjelaskan makna

Kekuatan serta semangat Ledang.

yang terdapat pada Gunung Ledang

seperti yang digambarkan dalam Legenda Puteri Gunung

(d) Penilaian (Evaluation)

Kriteria

Keaslian

Berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Berdasarkan cerita fiksyen Legenda Puteri Gunung Ledang dan letupan di Hiroshima, Jepun.

Gubahan

Teknik

Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan ilmu

17

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

pengetahuan beliau untuk mengolah

karyanya dalam bentuk

abstrak di mana mesejnya adalah tersirat. Pemerhati perlu membuat tafsirannya sendiri mengenai karya tersebut.

Fungsi

Menyedarkan masyarakat bahawa setiap ciptaan tuhan itu mempunyai nilai estetikanya tersendiri Contohnya,gunung ledang yang mempunyai kekuatan atau kelebihannya.Justeru itu, hargai dan berbanggalahlah dengan setiap ciptaan tuhan ini.

5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, kegiatan menggambar adalah salah satu bidang yang perlu diterokai dan difahami untuk memastikan interprestasi terhadap karya seni dapat dihayati nilai estetikanya dengan lebih mendalam.Secara tidak langsung, ia dapat menanam dan memupuk nila-nilai murni seperti menghargai hasil seni, sayang akan alam sekeliling, tekun dan sabar, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan,peka pada isu-isu sosial dan masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

Sehubungan dengan itu juga , ia membangkitkan satu kepuasan diri dalam penghasilan karya sendiri dan dapat membantu dalam pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah.

2 397 patah perkataan

18

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

6.0 Lampiran Rujukan : Pemerhatian aliran air terjun ,aliran air , struktur batu serta teknik lukisan campuran media

19

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

20

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

21

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Teknik-teknik Menggambar yang digunakan dalam karya bertajuk Air Terjun.

Kegiatan

Maksud

1. Lukisan

Cara atau proses penghasilan karya seni dan dihasilkan dengan menggunakan warna paling sedikit serta melibatkan aspek

pemahaman, penghayatan dan kritikan yang berkait rapat mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi seseorang pengkarya atau pelukis.

2. Catan

Cara atau proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus termasuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan sebagainya.

3. Kolaj

Cara atau proses menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih.

4. Resis

Cara atau proses suatu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. I juga bermaksud menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain dan boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal.

5. Tiupan

Cara atau proses bahan warna yang ditiup dari sesuatu alat. Misalnya warna air dititikan di atas permukaan kertas, kemudian ditiup
22

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

menggunakan straw. Hasil tiupan ini ini akan membentuk jalinan bercambah.

6. Capan

Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapu warna (cat aie atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Bahan yang boleh digunakan ialah capan bahan buangan, capan bahan alam semula jadi (sayuran,cengkerang).Jalinan bahan ini akan member kesan kepada jalinan hasil capan.

23

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Lampiran rujukan soalan 2 SYED AHMAD JAMAL (Pelukis Malaysia)

Datuk Syed Ahmad Jamal

Semangat Ledang (2003)

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Syed Jamal menghembuskan nafas terakhir semalam, 30 Julai, 2011 sekitar jam 9 malam di kediamannya di Gombak pada usia 82 tahun. Syed Ahmad dilahirkan pada 19 September, 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor, dan mendapat pendidikan tinggi dalam bidang seni di Chelsea School of Art di London, United Kingdom, 1951 hingga 1955. Pelukis yang banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan sejarah negara ini akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Pusu, Gombak pagi ini, 31 Julai, 2011. Dalam memperkatakan dan melihat hasil karya SAJamal, saya terpesona akan kehebatan beliau dalam mengolah serta memainkan warna dan bentuk-bentuk tiga segi yang berpaksikan semangat fiction kisah lagenda puteri gunung Ledang, Walaubagaimanapun, apa yang tertariknya di sini, saya ingin mengambil akan ungkapan Ismail Abdullah bahwa jika melihat karya Syed Ahmad Jamal adakah kita menikmati kepuasan daripada bentuk dan warnanya yang garang dan berseri sahaja? Sebagai contoh, sebuah karya lukisan Syed Ahmad Jamal iaitu Gunung Ledang, walaupun dalam bentuk abstrak. Namun memiliki simbol melalui warna dan bentuk geometri yang cuba dikaitkan dengan legenda puteri gunung ledang di Melaka. Lukisan abstrak ini mempunyai elemen visual yang menyatakan pandangan pelukisnya melalui aspek tampakan yang diadun secara halus dan bijaksana. Karya lukisan abstrak expressionisme ini berjaya membayangkan perasaan seseorang yang hendak meminang puteri berkenaan dalam kisah lagenda sultan Melaka. Lukisan ini memaparkan mesej yang berfokus kepada kisah

24

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

berkenaan. Namun pembacaan terhadap mesej ini amat sukar difahami memandangkan karya ini adalah sebuah karya abstrak yang rupa bentuk visualnya amat arbitrari dan kabur, tidak jelas ikon dan simbolnya. Kehebatan Syed Ahmad Jamal dalam bidang seni bukan sahaja terletak dalam bidang lukisan semata-mata. Malah kehebatan beliau merangkumi catan, poster, arca, tekstil, lakaran, foto bersejarah dan barangan peribadi yang menjadi koleksinya. Namun apa yang kita dapati daripada kenyataan nya, beliau seolah masih berpegang kepada aturan bentuk mujarad yang diadunkan secara formal. Kejelasan beliau mengenai kodifikasi fragmen-fragmen mujarad tersebut masih tidak jelas samada dalam konteks abstrak ekspressionismenya atau jiwa melayunya, terutama nada islam yang dijelaskan. My works have an Islamic soul and a contemporary form. (Ooi Kok Chuen, 2009). Bagaimana beliau menterjemahkan tanda-tanda tersebut, lebih-lebih lagi dalam cerekarama visualnya melalui siri-siri Gunung Ledangnya.

Mohamed Hoessein Enas ( Pelukis Malaysia )

Gadis Melayu(1950) Mohamed Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun 1924. Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada 1947. Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan. Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan naturalistic. Salah satu karya beliau adalah Gadis Melayu dimana seorang gadis, yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memndang ke satu tempat, dan memakai baju kemeja. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai makna yang tersirat dan begitu juga dengan karya diatas iaitu rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis
25

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu pada zaman tersebut. Disi beliau cuba menimbulkan identity kebangsaan dengan imej rakyat tempatan yang digambarkan secara natural. Di dalam potret ini, beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan feyennya dimasa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ada.

26

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rujukan ;

Chee Kathleen (2011).Siri RujukanPendidikan Seni Visual Tingkatan 3.Selangor : Pelangi Sdn. Bhd.

Chee Kathleen (2004).Fokus e- masteri SPM Pendidikan Seni Visual .Selangor :Pelangi Sdn. Bhd.

Muliyadi Mahamood (2001).Seni Lukis Moden Malaysia Era Perintis hingga Era Pluralis (1930 1990). Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rousliluddin Ambia,Mohd Jamel Hj , Mohd Taslim Adul Rahim, Manan Sarbani (2011)HBAL1103 Pengenalan Penddikan Seni Visual.Selangor :OUM

T.K. Sabapathy,Redza Piyadasa (1983).Modern Artists Of Malaysia .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifli Yaakob,Mohd Jamel Ismail (2009).BBEF1403 Seni Dalam Pendidikan.Selangor :OUM (n.d.). Retrieved March Monday, 2012, from http:// www.visual/cracker. com/2009/12/melihat karya - negara syed-ahmad.html.

(n.d.). Retrieved March Monday, 2012, from http:// wargamarhaen.blogsport.com/2011/07/koleksikarya-almarhum-datuk syeh .html.

27

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

28

You might also like