You are on page 1of 10

Masyarakat di negara ini memang cukup kaya dengan pelbagai jenis perayaan dan sambutan.

Boleh dikatakan hampir semuanya mempunyai perayaan besar dan tidak kurang juga perayaan untuk memperingati satu tarikh istimewa. Begitu juga dengan orang Portugis yang meraikan lima perayaan penting setiap tahun dan disambut secara besar-besaran.

Sebagai penganut Kristian, mereka tentunya tidak terlepas daripada sambutan Krismas dan menjadikan perayaan di Kampung Portugis lebih unik serta meriah ialah kerana penempatan meraka yang strategik. Berada di tepi pantai, ditambah dengan medan selera terkenal, selain mempunyai pentas khas berdepan pintu masuk kampung membolehkan perayaan disambut meriah.

Justeru, tidak hairan jika setiap kali tiba musim perayaan, tidak kira perayaan keagamaan atau budaya, Kampung Portugis disambut sangat meriah. Pendek kata, jika mahukan kemeriahan sebenar berpesta ketika perayaan, kunjungilah kampung itu dan semuanya terhidang di sana. engan persembahan kebudayaan, joget lambak, perarakan dan pelbagai lagi disajikan di situ.

Perayaan pertama dalam kalender mereka ialah pesta !ntrudu. "idak ada tarikh tetap dalam kalender masihi untuk perayaan ini, tetapi dalam kalender Kristian, ia jatuh pada #$ hari sebelum Krismas atau pada %had sebelum ketibaan &'sh (ednesday) *hari +abu di mana penganut +oman Katolik diwajibkan ke gereja untuk meletakkan abu pada dahi,.

-'sh (ednesday tidak tentu. !a bergantung kepada kalender +oman Katolik. %da ketikanya jatuh pada .ebruari. Kalender ini tidak sama dengan kalender masihi. !ntrudu ialah pesta air. !a disambut sebelum semua orang +oman katolik berpuasa selama #$ hari bermula pada 'sh (ednesday.

Konsep berpuasa kami berbe/a dengan orang !slam. !a bergauntung pada kemampuan indi0idu. %da yang alim, berpuasa sepanjang hari, ada yang separuh hari. Boleh minum, cuma kurangkan makan. 1uma, diharamkan makan daging pada Jumaat sepanjang #$ hari itu.

Pada pesta !ntrudu, permainan air dimulakan sejak pagi. Sebenarnya sambutan ini dulu tidak besar, hanya dibuat dalam rumah. Mereka main air dalam rumah sendiri. 2amun, disebabkan di sini majoriti orang Portugis, jadi kami berasakan lebih baik buat di jalanan.

Perayaan pertama dalam kalendar masyarakat Portugis ialah pesta !ntrudu iaitu pesta air yang disambut sebelum semua orang +oman Katolik berpuasa selama #$ hari

%pabila semua orang mula main air di jalanan, sesiapa saja yang masuk ke kampung kami akan disimbah air juga. Secara tidak langsung ia bertukar menjadi satu perayaan atau pesta pula. "ujuannya adalah untuk membersihkan diri. !a juga sebagai peringatan bahawa inilah hari terakhir bersuka ria sebelum berpuasa. Sekurang-kurangnya apabila ia menjadi pesta tahunan, ia kekal menjadi warisan dan tidak dilupai generasi muda,3 cerita Setiausaha Kampung Portugis, Michael Banerji, 45.

Semua perayaan yang disambut dalam Kampung Portugis adalah berkaitan agama. Boleh dikatakan mereka ialah penganut Kristian +oman Katolik yang kuat dalam beragama. !a mungkin disebabkan kedudukan masyarakat mereka yang berkumpul dalam satu penempatan dan membolehkan akti0iti serta proses keagamaan digerakkan secara maksimum.

Jawatankuasa Kampung Portugis terpaksa membuat peraturan khusus bagi mengawal &kegilaan) penduduk di situ setiap kali tiba pesta !ntrudu. ulu, mereka bermula seawal jam 67 malam dan berlarutan sehingga petang. Kini, ia hanya dibenarkan bermula selepas jam 8 pagi, namun peraturan itu tidak pula membataskan siapa yang bakal disimbah. Jika tidak mahu basah, jangan masuk ke kampung itu pada hari pesta !ntrudu9

- ulu lagi teruk. Bukan setakat simbah dengan air paip, tetapi dicampur

tepung, buah gatal, arang dan pewarna. Kami terpaksa larang sebab tidak sesuai. Kini, yang popular ialah dicampur dengan air. %wal pagi, lori ais sudah sampai untuk jual air kepada orang kampung. Satu lori pun tak cukup9

Pelbagai kaedah digunakan. %da guna pistol air, ada guna belon. Sejak malam, jawatankuasa sudah menyediakan tangki air untuk kemudahan orang kampung. Meriah9 Sangat meriah9 Pelancong pun ramai. Mereka sudah tahu mereka akan basah. %maran, berhati-hati kerana mereka tidak kira siapa dan apa yang anda bawa. Kamera pun basah,3 ceritanya.

%da simbolik lain dalam pesta itu. Selepas puas membasahkan orang, sedikit wain dihulurkan sebagai tanda memohon maa:. Selalunya jawatankuasa menyediakan 7# botol wain. Penduduk sendiri pun sediakan wain sebagai tambahan.

San Juang atau pesta lampu pula diadakan pada setiap 75 Jun di mana semua masyarakat Portugis di situ memasang lampu dan lilin di dalam serta di luar rumah dalam jumlah yang banyak. Biasanya, ia dipasang ketika senja. Sama seperti !ntrudu, permulaannya ia hanya dilakukan secara indi0idu oleh tuan rumah itu sendiri.

2amun, apabika ia sudah menjadi satu tarikan kerana pada hari itu, suasana di Kampung Portugis berkerdipan cahaya lampu, ia terus diangkat menjadi perayaan rasmi di situ. Kini, selain pemasangan lampu dan lilin di rumah, jawatankuasa turut anjurkan persembahan kebudayaan di pentas, terbuka untuk tontonan sesiapa saja, terutama pelancong.

Malam itu menjadi pesta. Selain persembahan kebudayaan, turut dihidangkan makanan tradisi, iaitu kanji mungu *bubur kacang hijau, dan pakaian tradisi pada hari itu mestilah berwarna hijau. !a melambangkan kesucian dn lebih kepada orang muda mudi. Petanda mereka masih bersih.

Malam itu, ramai orang datang. Penuh sesak kampung ini bersama kami meraikan hari kelahiran nabi kami, St John. Semua lebih 6,$$$ orang Portugis di luar Melaka turut dating ke sini untuk meraikan pesta ini. "idak ada tempat

lain di negara ini yang meraikan dua perayaan seperti ini di Kampung Portugis,3 kata Ketua Kampung Portugis, Peter ;ome/.

Kemuncak kepada perayaan San Juang ialah satu pesta paling unik, iaitu San Pedro pada 78 Jun, enam hari selepas San Juang. !a adalah perayaan khas untuk nelayan sebagai memperingati St Peter, ketua pertama semua mah/ab *Pope,. ia adalah seorang nelayan dan pesta itu adalah sebagai memperingati hari lahirnya.

Pada hari itu, semua nelayan menaikkan perahu mereka, bersihkan dan hias dengan cara paling kreati:. %da peraduan untuk hiasan itu, malah jawatankuasa memberikan mereka duit sebagai ganti rugi kerana tidak ke laut pada hari itu. !a nyata sudah dikomersialkan kerana mendapat sambutan pelancong.

Berbe/a dengan dulu, kami hanya jemput paderi utnuk memberi restu kepada bot nelayan supaya meraka selamat pergi dan pulang. 2amun, apabila semakin ramai gemar melihat upacara itu, kami menjadikannya satu pesta dan terbuka kepada orang luar untuk melihatnya.

Kemuncak perayaan San Juang ialah San Pedro yang disambut pada 78 Jun, ia adalah perayaan khas untuk nelayan memohon perlindungan

"ujuan perayaan ini memang sebenarnya untuk memohon perlindungan. <anya nelayan terbabit. %da #$ nelayan sepenuh masa dan 6=$ lagi separuh masa. Semua mereka ini akan menaikkan perahu mereka. Beberapa hari sebelum perayaan itu, ada pelbagai persembahan kebudayaan setiap malam dan kemuncaknya pada 78 Jun. memang seminggu itu cukup meriah,3 kata Peter.

Pada malam 5$ >gos, sama seperti rakyat Malaysia lain, pastinya teruja membilang detik menyambut <ari Kemerdekaan. Mereka berkumpul beramai-

ramai menyaksikan pelbagai persembahan pentas dan berjoget lambak tarian Portugis.

Semangat patriotik kuat dalam diri kami. "epat jam 67 malam, bendera dinaikkan dan semua bangun menyanyikan 2egaraku dan "anggal 56. Semua penduduk di sini datang dan biasanya disertai pemimpin kawasan. !a antara sambutan yang meriah di sini,3 ceritanya lagi.

Kemuncak kepada perayaan dalam masyarakat Portugis tentulah Krismas, sama seperti penganut Kristian lain. ?niknya di Kampung Portugis, kemeriahannya sudah mula terasa sejak minggu pertama isember, di mana semua rumah dihias dan dipasang lampu kelip-kelip.

Menambah tarikan, ada pertandingan untuk memoti0asikan penduduk kampung menghiasi rumah. 2amun, tanpa pertandingan itu pun, rumah mereka tetap dihias dengan hiasan mahal, ada yang kosnya mencecah sehingga puluhan ribu ringgit dan diimport dari luar negara.

Mahu rasa kemeriahan Krismas, cuba berkunjung ke Kampung Portugis sepanjang isember. Setiap hari ada persembahan mu/ik di pentas da nada kumpulan mengelilingi kampong menyanyikan lagu Krismas. Bukan sehari, tetapi setiap hari sepanjang bulan9

<idup dalam masyarakat majmuk berbilang kaum yang saling memahami budaya serta cara hidup kaum lain membolehkan sesiapa saja terus mengamalkan keunikan tradisi mereka. Malah, lebih unik, asimilasi budaya yang banyak berlaku dalam masyarakat di negara ini lebih mewarnai cara hidup semua etnik di Malaysia.

Begitu juga dengan orang Portugis yang tidak jauh berbe/a dengan orang

tempatan, walaupun mereka berasal dari negara yang jauh dari Malaysia. Penyerapan budaya Melayu lebih ketara dalam diri mereka, sama ada dalam cara berpakaian, pemakanan, kesenian dan bahasa.

(anita Portugis, meskipun berdasarkan raut wajah mereka nampak ada pelbagai campuran, ada seperti 1ina, ada pula seperti !ndia dan ramai juga sekali pandang seperti Melayu, perwatakan, pergaulan dan rutin seharian tidak banyak be/a dengan wanita Melayu.

%hli Jawatankuasa (anita Kampung Portugis, Marina @inda anker, #=, berkata wanita Portugis sejak kecil sudah diajar memasak dan kerana itu kebanyakan mereka mampu memasak dengan baik serta tidak keterlaluan jika dikatakan masakan mereka enak. Paling menarik, masakan mereka serasi dengan selera orang Melayu.

@antaran itu, tidak pelik jika semua restoran yang dibuka orang Portugis di medan selera kampung itu turut dikunjungi orang Melayu. "idak timbul soal halal haram kerana orang Portugis cukup memahami sensiti0iti orang !slam dan masakan meraka dijamin halal. Menu mereka pula, memang menu orang Melayu.

-(anita Portugis memang macam wanita Melayu kampung. Pakaian mereka yang aslinya ialah kebaya dan kain batik. Sekarang baru ada yang berpakaianan moden. Kami juga suka menjahit, membuat kerja rumah dan kebanyakannya tidak suka keluar merayau. uduk saja di rumah sebab ramai wanita Portugis pemalu. Kan sama seperti orang MelayuA3

-Kami suka &line dance). !a seperti tarian poco-poco. Kelebihan wanita Portugis ialah mereka suka kepada akti0iti kebudayaan. +amai anak gadis kami sejak kecil sudah belajar menari. Meskipun pemalu, mereka lincah apabila membuat persembahan,3 katanya yang juga jurulatih kepada satu kumpulan kebudayaan di Kampung Portugis.

Katanya, hubungan kekeluargaan dalam kalangan orang Portugis juga kuat dan kebanyakannya bertahan lama kerana ramai dalam kalangan mereka

patuh pada hukum dalam +oman Katolik. alam :ahaman agama itu, perkahwinan perlu kekal sampai ke mati. Bermaksud, jika sudah berkahwin, tidak boleh berpisah atau berkahwin lain selagi pasangan masih hidup.

Malah, meskipun ramai yang melanggar hukum itu kerana peraturan membenarkan perceraian, mereka yang sudah bercerai tidak dibenarkan berkahwin lain selagi bekas suami atau isteri masih hidup. <ukum dalam agama mereka membuatkan hubungan kekeluargaan masyarakat itu bertahan lama dan saling setia sesama mereka. 2amun, ia tidak bermakna tiada pelanggaran hukum kerana dalam dunia moden ini, ramai juga yang mengetepikan hukum sebegitu.

-?ndang-undang negara membenarkan perceraian itu. !a memang bercanggah dengan hukum tetapi ada juga yang langgar hukum dan ikut undang-undang. 2amun, secara majoritinya, lebih 8$B orang Portugis ikut hukum ini dan berkahwin sampai mati. !tu kunci kebahagiaan rumahtangga kami.3

-Malah, dalam hukum agama juga, perkahwinan hanya sah di gereja. %da yang sekadar menda:tarkan perkahwinan di mahkamah dan perceraian juga dilakukan di mahkamah. <ukumnya, perkahwinan itu tidak sah. >rang Portugis memang kuat ikut hukum agama terutama dalam hal perkahwinan.3

-Jika berkahwin dengan orang bukan penganut +oman Katolik, tiada masalah jika pasangan tidak mahu tukar agama, tetapi perkahwinan tetap perlu dibuat di gereja. Jika tidak, samalah seperti lelaki itu menyimpan perempuan simpanan. Perkahwinan yang tidak sah. Jika kahwin dengan orang <indu, buat perkahwinan di kuil dan selepas itu di gereja,3 katanya.

Perkahwinan campur dalam kalangan orang Portugis masih berlaku sehingga hari ini dan menurut Marina, perkahwinan dengan !ndia dan 1ina memang banyak berlaku. Perkahwinan dengan orang Melayu tidak banyak. i kampung itu, hanya ada dua wanita berkahwin dengan lelaki Melayu, tetapi ramai juga lelaki Portugis berkahwin dengan perempuan Melayu. !ni mungkin disebabkan pegangan agama oleh perempuan Portugis lebih tebal.

2amun, sekali lagi disebabkan si:at pemalu dan jarang bergaul menyebabkan ramai wannita berusia lebih =$ tahun tidak pernah berkahwin selain kongkongan keluarga yang sangat ketat.

%dat dalam perkahwinan orang Portugis hampir sama dengan Melayu. Bermula dengan adat merisik di mana mereka mewakilkan kepada seseorang dalam keluarga untuk ke rumah pihak perempuan. Berbalas pantun dalam bahasa Portugis juga menjadi rencah penyeri majlis.

+isik hanya sekadar proses perbincangan tanpa membabitkan apa-apa tukaran hantaran. <anya ketika bertunang, lelaki bersama ibu bapanya datang ke rumah perempuan dengan sebotol wain. +ombong itu pula hanya boleh disertai indi0idu yang sudah berkahwin. Bujang dan dara tidak dibenarkan. Proses bertukar cincin oleh lelaki dan perempuan itu sendiri adalah upacara kemuncak selepas perbincangan mengenai majlis perkahwinan.

-Selepas sarung cincin, lelaki dibenarkan cium sedikit di pipi perempuan dan selepas itu satu perjanjian perlu ditetapkan. @elaki perlu memberikan wang saku setiap bulan kepada perempuan sebagai tanda jadi. Perempuan itu tidak lagi boleh terima lelaki lain.3

-Biasanya pertunangan berlangsung selama enam bulan hingga setahun. Selama itulah wang saku perlu diberi setiap bulan. 2ilai itu ditentukan lelaki sendiri atas kemampuannya. Jika nak bodek lebih, bagi nilai besar, tapi rugilah. Jika putus tunang, perempuan perlu pulangkan semula duit itu,3 kata pakar budaya Portugis, 2oel .eliC.

Kata Marina, hantaran dalam perkahwinan hanya dalam bentuk wang. "idak ada dulang hantaran seperti orang Melayu. uit itu boleh diselesaikan ketika bertunang ataupun sebelum perkahwinan. Biasanya hantaran sekitar +M7$,$$$. (ang belanja pula lebih tinggi untuk majlis perkahwinan, kos paling tinggi ialah untuk membeli minuman keras.

-Majlis perkahwinan atau jamuannya hanya dibuat pihak perempuan, tetapi

semua kaum kerabat lelaki akan berpesta di situ. >leh itulah wang hantaran dan belanja tinggi sebab pihak perempuan perlu keluarkan belanja yang besar untuk majlis. Malah, selalunya majlis sudah bermula tiga hari sebelum hari perkahwinan.3

->rang sudah berkumpul dan ada jamuan teh untuk pihak lelaki pada Khamis *jika perkahwian pada Sabtu,. Pada hari itu, ibu pihak lelaki akan membentangkan cadar atas katil yang akan dihiasi untuk pengantin. Pengantin tidak dibenarkan berada di situ, malah pengantin lelaki tidak boleh datang langsung.3

-'soknya, di rumah perempuan lagi, ada jamuan makan malam. Sekali lagi ramai orang akan datang. Kerana itulah pihak perempuan perlukan wang yang banyak untuk menguruskan semua kos itu,3 kata Marina lagi.

Baju pengantin persalinan terakhir buat si mati

Mayat disimpan tiga hari dalam rumah untuk membolehkan pelbagai upacara diselesaikan dan menjadi satu kepercayaan dan amalan masyarakat Portugis ketika menguruskan si mati. !a turut membolehkan penghormatan terakhir diberikan. Malah, ada yang menyimpannya lebih lama.

-Kepercayaan kami roh akan berpisah daripada jasad selepas tiga hari. Jadi, rasanya tidak elok terus simpan dalam tahan. Bagi roh keluar dulu. !tu kepercayaan, tetapi lain orang lain tanggapannya. Selalunya ais kering digunakan untuk mengelakkan mayat berbau. %da yang berkemampuan akan mengawetkan mayat.3

-@ogiknya kenapa simpan selama tiga hari ialah untuk membolehkan saudara mara dari jauh sempat men/iarahi, pada masa sama ramai orang boleh datang. +amai yang /iarah, ramai juga yang hulur sumbangan. !a penting untuk uruskan si mati. Selama mayat di rumah upacara sembahyang dibuat setiap sejam bermula jam D hingga 67 malam.3

-Sepanjang masa itu juga, makanan disediakan untuk menjamu tetamu yang selalunya tidak pernah putus. Satu masakan istimewa ketika itu ialah sagu goreng kerana kuit itu tidak akan dimasak pada hari biasa. <anya khas untuk majlis kematian,3 kata Ketua Kampung Portugis, Peter ;ome/.

%da sedikit perbe/aan antara pengurusan mayat bujang dengan yang sudah berkahwin. Jika bujang, sejenis alat dikenali sebagai kerunci berbentuk mahkota di pintu rumah si mati. !a untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa ada orang bujang yang mati di situ. !a berbentuk seperti hati yang disilang panah. %da juga berbentuk mahkota. "idak cukup dengan itu, sebelum diarak keluar rumah ke tanah perkuburan, semua hadirin diberikan sedikit wain dan dijulang tinggi seperti ketika majlis perkahwinan. Si mati lelaki dipakaikan pakaian lengkap dengan tali leher, manakala wanita pula dengan gaun pengantin.

-Ketika berlaku sesuatu kematian dalam kampong ini, loceng besar akan dibunyikan untuk memaklumkan kepada penduduk di situ mengenai. ulu, sebelum ada loceng itu, rim lori digunakan. <ayunan loceng untuk kematian perlahan sebagai tanda ada berita sedih.3

-@oceng akan dibunyikan sekali lagi ketika mayat mahu dibawa keluar dari rumah. Jika bujang, orang yang mengusung mayat itu terdiri dalam kalangan bujang, seperti pengapit. Mayat ditanam, tetapi boleh dibakar jika pernah diminta si mati atau kemahuan keluarganya,3 katanya.

?niknya, kebetulan ketika tinjauan B< di Kampung Portugis, ada kematian membabitkan lelaki bujang. apat dilihat betapa kunjungan orang ramai tidak pernah reda dan pada tiap malam selama tiga malam, penuh sesak halaman rumah si mati dengan sanak saudara dan sahabat handai.

%da yang menghabiskan masa menjaga si mati sehingga pagi dengan bermain &ceki), sejenis permainan seperti mahjung dan daun terup, sekadar untuk mengisi masa lapang. Makanan pula tidak henti-henti dimasak untuk memastikan ada hidangan kepada semua. Jelas, kaedah mereka memberi penghormatan terakhir kepada si mati seakan-akan meraikan pengantin baru.

You might also like