You are on page 1of 10

Matlamat Bermain Alat Perkusi

Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah : 1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm) 2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi. 3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.

Apakah yang boleh dicapai melalui pembelajaran Perkusi? Pendengaran; dapat mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi. Daya Ingatan; Kanak-kanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal. Mata; Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan

Alat muzik tradisional Melayu


ALAT-ALAT IDIOFON Sejarah Ringkas - Perkembangan Alat Gong Alat 'Gong' di dunia wujud dalan dua bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai 'busut' ataupun 'tombol'.Perkataan 'Gong' yang digunakan secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan Melayu/Indonesia. Keluarga 'Gong' di Malaysia secara umunya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang 'bertombol'. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah, dan besi dan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza di antara satu dengan yang lain termasuk juga pic dan timbre. Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia.Di kalangan masyarakat di Sabah alat 'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai 'Tawag'. Pada masa kini terdapat juga alat 'Tetawak' yang diperbuat daripada besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar dari kalangan masyarakat tempatan.Mereka menggunakan teknik 'petri' ataupun dibentuk daripada objek seperti 'leger' iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipetrikan.

GONG / TETAWAK IBU Gong /Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi di Malaysia.Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak anak khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana dan tarian-tarian rakyat. Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak.Dalam konteks persembahan, pada prinsipnya Tetawak Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu hendaklah berada di sebelah kiri pemain.

CANANG Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran kecil.Berperanan sebagai alat penanda

masa dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'.Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik, mengikut amalan semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistemdiatonic yang mempunyai pic suara yang tepat.Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, Canang yang bernada seperti C,D,E dan g mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalismiaitu secara berulang-ulang.Kini terdapat dua jenis Canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.Gambar yang dipamerkan ini ialah Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan Canang Ibu dan Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai tombol yang kecil serta dinding yang rendah.

KEMPUL Kempul, berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangakaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu.Ianya merupakan satu penambahan baru daripada yang sedia ada.Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromomg, Gambang kayu, Saron Barung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fisikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya. Kempul yang disertakan dalam satu oktaf dan berlaras anhemitonic pantatonic,berkongsi tiang bersama-sama Gong Agung dan Suwukan dan dimainkan oleh seorang pemain.

Ensemble lengkap Gamelan Melayu

BONANG

Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu.Mengandungi dua oktaf dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'. Secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni.Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'engkeromomg' manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat.

KESI Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga.Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam.Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali.Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.Suara yang dapat dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah.

GAMBANG KAYU Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaraskan mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema.Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri Kelantan.Terdapat juga belira-belira bagi alat Gambang yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong, dipercayai dapat menghasilkan suara yang lebih mantap.Kayu-kayu jenis keras daripada spesis seperti nangka, merbau ataupun cengal seperti yang terdapat pada alat 'Ranak Ek' di Thailand, sering digunakan untuk membuat belira bagi alat Gambang. Dalam rangkaian ensemble Gamelan Melayu di Malaysia, Gambang kayu yang mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi.Ianya dipukul dengan sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi dan dilaras mengikut sistemanhemitonic pentatonic.

SARON Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun slab-typed yang diperbuat daripada perunggu.Bilahbilah tadi disusun di atas tapak kayu sebagai ruang gema. Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu.Berperanan seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan, lazimnya dari jenis yang lembut. Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron digunakan sebagai alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif.Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa.

ANGKLUNG Alat idiofon yang digoyang.Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih.Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain.Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang' dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor. Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah Angklung digunakan untuk mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai bersama alat-alat dari disiplin Gamelan. Tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.Proses penalaan Angklung dilakukan dengan melaras bibir alat dan ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya.

ALAT-ALAT MEMBRANOFON Sejarah Ringkas- Alat Gendang Alat-alat gendang juga penting sebagai alat perkusi dalam pembinaan sesebuah struktur muzik tradisional di Malaysia.Mengikut Curt Sachs, Gendang bermula dari zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Muda

KOMPANG Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat kayu jenis keras.Lazimnya daripada spesis Nangka dan nama saintifiknyaArtocarpusheterophyllus.Belulang dariapada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan-bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik. Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut keperluannya.Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi utnuk memegangnya.

REBANA Sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang Melayu Asli dan Ayam Didik.

Dalam konteks persembahan,Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan tangan.Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti mnemonik 'tak' dari bahagian tepi alat berkenaan.Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat diketegorikan sebagai irama asas(basic) penambahan(additive) dan menyilang iaitu cross

rythme.

GENDANG IBU Gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang Melayu.Ianya mula berkembang di negari Kelantan dan digunakan sebagai alat genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta tarian klasik istana dan rakyat. Dalam konteks persembanhan Gendang Ibu(Gendang dua muka) akan disertai dengan Gendang Anak untuk meemainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Gamelan dan Silat. Posted by Rashidah Abu Bakar at 00:06 3 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Pengenalan Dan Sistem Klasifikasi Alat-Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia.

Kajian mengenai alat-alat serta bentuk-bentuk muzik yang berkembang dalam sesebuah masyarakat, adalah merupakan satu usaha yang amat berfaedah untuk tujuan perbandingan di anatara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain.Tujuan kajian ini juga dapat mengemukakan satu gambaran yang jelas serta unik terhadap unsur dan dimensi budaya ekspresif masyarakat pendokongnya dan kaitannya dengan kegiatan masa lapang. Adapun disetiap negeri di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk alat yang telah diwarisi, dicipta dan digunakan sejak berkurun-kurun lamanya.Untuk itu, bagi tujuan perbandingan dan kebenaran estetikanya adalah dicadangkan secara asas untuk melihatnya dari sudut apa yang disebut sebagai organografikal iaitu satu pengdiskripsian bagi peralatan muzik, yang mencakupi bahan-bahan asas yang digunakan untuk membuatnya, sistem klasifikasi, sistem skala, sistem talaan dan teknik penghasilan bunyi serta alat dalam sesebuah disiplin muzik mengikut kegunaan ensembelnya. Dari aspek sejarah perkembangannya, secara asas dibincang mengikut pola-pola yang bersifat adaptational dan idiosyncratic untuk membentuk sebuah tugu alat yang begitu unggul sifatnya untuk dikongsi bersama generasi akan datang. Prinsip asas mengenai klasifikasi bagi alat-alat muzik dalam masyarakat Melayu tradisi di Malaysia adalah dirangka mengikut sistem yang telah diperkemaskan dan dilanjutkan oleh dua tokoh terkemuka iaitu Curt Sachs dan Erich Von Hornbostel dalam tahun 1914.

1.IDIOFON Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah sperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesbuah alat itu.Yakni sifat alat berkenaan tidak memerlukan persediaan awal bagi maksud penalaan untuk menghasilkan bunyi. 2.KORDOFON Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan 'tali' yang diregangkan. 3.MEMBRANOFON Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan kulit yang diregangkan. 4.EROFON Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin