You are on page 1of 12

BAB 1

TAKUT

SINOPSIS LATAR PERSOALAN WATAK DAN PERWATAKAN NILAI PENGAJARAN

SINOPSIS
Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan keluarga Pak Long yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia. Dia semakin takut apabila pengetua mahu menemuinya.

LATAR
1.Latar Tempat : Sekolah Menengah Sri Dian Azfa Hanani bersekolah setelah berpindah dari sekolah kampung. Makmal kimia Azfa Hanani, Falina, Kamilah dan Aini sedang mengulangkaji pelajaran kimia.

2.Latar Masa : Waktu persekolahan sewaktu mata pelajaran kimia.


3. Latar Masyarakat : Masyarakat pelajar mempunyai semangat untuk berjaya ditunjukkan oleh Falina, Kamilah dan Aini semasa ujikaji.

PERSOALAN
1. Rasa takut yang menyelubungi Azfa Hanani kerana menyangka perbuatannya mencuri buku rujukan dari perpustakaan telah diketahui guru dan rakan-rakannya. 2.Kesungguhan / ketekunan / kerajinan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar di dalam makmal kimia semasa membuat ujikaji yang diminta oleh guru.

WATAK dan PERWATAKAN


Azfa Hanani : Seorang pelajar perempuan tingkatan 5 Kenanga di SM Sri Dian Tinggal dengan pak long dan mak long semenjak ketiadaan ibu bapanya. Miskin - tidak mempunyai wang untuk membeli buku rujukan atau menukar pakaian seragam sekolah. Takut perbuatannya mencuri buku rujukan di perpustakaan diketahui guru dan rakanrakannya

2. Falina dan Aini rakan sekelas Azfa Hanani. Satu kumpulan dengan Azfa Hanani semasa membuat ujikaji di makmal kimia.
3.Kamilah anak gadis tuan punya pasar raya. - rakan sekelas Azfa Hanani. Satu kumpulan dengan Azfa Hanani semasa membuat ujikaji di makmal kimia. 4.Cikgu Sofea guru mata pelajaran kimia 5. Cikgu Zamin guru muda lepasan UM sebagai kaunselor sekolah

6. Cikgu Yazid Guru pusat sumber sekolah

NILAI
Kerajinan ditunjukkan oleh Kamilah, Falina dan Aini semasa menbuat ujikaji di makmal kimia. Keinsafan Azfa Hanani rasa bersalah dan ingin berterus terang bahaw dia yang telah mencuri buku rujukan di pusat sumber sekolah.

PENGAJARAN
Kita mestilah rajin belajar untuk memastikan masa depan yang cerah. Contohnya rakanrakan Azfa Hanani Kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam salah laku. Contohnya Azfa Hanani menggunakan alasan Kita perlulah bersikap jujur dan amanah semasa menggunakan kemudahan yang disediakan. Contoh Azfa Hanani mencuri ..

TAMAT

1-Siapa Mereka 2-Kerana Terdesak 3-Seawal Kehadiran 4-Sebagai Murid Baru 5-Imbalan Budi 6-Kerenah Laili 7-Tertanya-Tanya 8-Ekran 9-Meluah Rasa 10-Bukan Dirancang 11-Melulu 12-Hadiah Bererti 13-Misteri yang Tersimpan 14-Kunjungan Mengejut 15-Hari Sumbangsih 16-Terusir 17-Hakikat 18-Segala-galanya Berakhir`

You might also like