You are on page 1of 19

1) KONSEP PERKHEMAHAN 1. 1.1 1.2 1.

3 Pemantapan Intergrasi Pengagihan peserta kepada 4 platun Intergrasi melalui aktiviti Memasak berkumpulan

2. 2.1 2.2 2.3 3 3.1

Pertandingan Kawad Individu mewakili kumpulan /platun Seni Perkhemahan Pintu Gerbang Gajet Kraf Perkhemahan Pertandingan Persembahan Kategori Putera Kategori Puteri Khidmas Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.

Kerohanian dan moral

4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam 4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam

Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan

pembelajaran di sekolah.

aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak

13 jenis pasukan pakaian

seragam, 100 jenis kelab/persatuan serta 30 jenis kelab sukan dan permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis/komponen aktiviti tersebut. Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh pelajar-pelajar. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat semata-mata hanya

berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah. Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil 9, 1997, wakil Bahagian pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dapat dinilai secara standard agar aspek ini dapat diambil kira dlam proses pemgambilan pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

2) TUJUAN PERKHEMAHAN Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:

i. Berkhemah sebagai cara pendidikan. - Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental. - Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta tanpa dipertanggungjwabkan bantuan daripada menguruskan kesemua kegiatan

hariannya

sesiapa pun

contohnya, memasak,

membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya. - Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

ii. Berkhemah sebagai cara ibadat. - Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa

keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagaibagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T yang - Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin. - Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.

iv. Berkhemah Untuk Rekreasi. - Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir. v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.

- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya. - Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya. - Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan. - Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan

kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan. - Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersamasama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan. - Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka. - Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainya. menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial. - Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi

mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.

3) JENIS KHEMAH Jenis-jenis khemah Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: - Rigde tent - Frame tent - Dome tent - Bell tent

Ridge tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

Dome tent Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.

Frame tent Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.

Bell tent Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis DOME.

4) PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL

PERANCANGAN Penyediaan Kertas Kerja Kertaskerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah seperti berikut: Tajuk Tarikh Matlamat Objektif Plan tindakan Pengisian Program Sumber tenaga Sumber kewangan Kawalan Penilaian

PERSIAPAN AWAL Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu. Surat menyurat surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi. Sumber kewangan perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan dari ahli atau tajaan mana-mana pihak. Perancangan perbelanjaan perlu sedia satu senarai perancangan

perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya. Persediaan alatan Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu tempat. Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat tempahan supaya tidak berlaku kesulitan.

5) PEMILIHAN TEMPAT

Tanah yang rata dan selesa berbaring Ada perlindungan dari bukit atau pokok menghalang ancaman angin. Dekat dengan punca air. Mempunyai pemandangan yang indah dan lapang melihatnya. Mendapat cahaya matahari. Mempunyai jalan perhubungan yang baik.

6) ASPEK KESELAMATAN Sistem kawalan sediakan jadual giliran kawalan malam. Kod Laluan Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli. Peralatan lampu suluh, tongkat, wisel, buku catatan. Peti ubat yang lengkap dan terkawal. Ada petugas yang ditetapkan untuk memberi bantuan bantu mula. Sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit atau Cedera. Keselamatan Api Jangan membiarkan api tanpa pengawasan.

Jangan merokok dan menyala api di dalam khemah. Hanya lampu suluh sahaja dibenarkan. Padamkan api dengan segera jika angin kuat bertiup ke arah khemah. Jangan membuang pontong rokok dan bara api merata tempat. Jangan memasang api tanpa tujuan. Keselamatan air Jangan mengambil air, mandi, membasuh di tempat batu licin, lereng curam,kayu-kayu merbahaya dan arus laju. Jangan mandi bersendirian, jika tidak tahu berenang. Apa bila mandi di sungai sentiasa mengadap ke arah hulu sungai. Jangan turun ke dalam sungai, jika arus laju. Sediakan alat bantuan kecemasan sepeti tali atau pelampung.

Keselamatan di Kawasan Perkhemahan Berkhemah di tempat yang selamat Buang objek tajam yang berada kawasan perkhemahan. Perlu diwujudkan pasukan kawalan (sentri). Wujudkan sistem kecemasan seperti password, tandaan boundry. Tabur sulfur (belerang) di keliling kawasan atau khemah.

7) KEMUDAHAN ASAS

KRAF PERKHEMAHAN Gadget @ Alat-alat kecil

i.

Tempat Menggantung barang Diperbuat dari pohon kecil yang banyak cabang. Ia bertujuan

menggantung kole messtin sudu dan lain-lain

i.

Para letak barang Diperbuat daripada beberapa batang kayuuntuk meletak barang-barang seperti pek,kasut dan makanan, ia boleh dibuat berbagai bentuk 3 segi atau 4 segi.

i.

Alas tanah Beberapa batang kayu disusun dan dialas dengan kayu lain supaya tidak mencecah tanah. Ia sesuai meletak pek, kasut dan barang-barang lain.

iv Tempat jemur kasut Tempat jemur kasut Cabang kayu yang dipacak v. Penyapu Sampah Ranting-ranting kayu yang kecil dan teguh diikat dengan sebatang kayu yang panjang di atas tanah

vi. Tempat Lilin Tin kosong yang ditebuk di atas dan disebahagian badan tin, ia juga boleh dibuat dengan buluh Vii. Penggantung Baju Kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1/3 meter digantung dengan tali ditengah kayu vii. Sudip Kayu dipotong kira kira 1 kaki dan salah satu bahagian hujungnya ditarah dan dibentukkan hingga leper. viii. Pelindung Dapur Tin biskut atau tun minyak tahah di potong bahagian sisi di sebelah atas atau pacakan anak pohon kayu agar menlindungi arah angin ix. Tempat sudu.garpu/berus gigi Lubang kecil berbentuk panjang ditebuk pada tin kosong atau botol plastik supaya sudu dan garpu boleh diselit pada lubang tersebut diletakan berus gigi lubang itubhendaklah dibesarkan sedikit sehingga muat Ampaian kain Selain tali rafia, dahan kayu atau palang kayu boleh digunakan untuk menjemur kain xi. Tempat pinggan Kayu disusun dengan sebegitu rupa supaya pinggan diselit dicelahnya. xii. Bangku Panjang Kayu panjang diletakkan di atas pancang atau di atas palang tiang

Jenis-jenis Kraf Perkhemahan Fire craft Ropes craft Woodcraft Tool craft Khemah Shelter (tempat berteduh)

Fire craft Api penting digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan, keselesaan, memasak dan sebagainya. Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi hitam, merosakkan dahan dan akar pokok Membuat Unggun Api Kaedah Fire Triangle bentuk huruf A. Menggunakan 3 elemen iaitu:Haba, angina dan bahan bakar Bentukkan hurufA menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf A menghala arah angin Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf A dan nyalakan api. Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan. Ropes craft Kemahiran asas berkaitan ikatan dan simpulan tali. Ikatan tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam kraf tali, ia penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti perkhemahan. Jenis-jenis lkatan(Stopper knots) Overhand This is the simplest knot. Therefore probably the most used. The knot is very usefu l to support knots in yarns. The loose ends become a bit thicker. When this support makes

the total bend too bulky you have to look for another bend. The overhand knot is not strong, so it is not used in situations where you might expect great force. It also reduces the strength of the rope or yarn by about 50%. But as an "anti-slip-knot" it does not have to withstand a lot. Wood craft Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau disebut sebagai gajet Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu: Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan. Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur. Tool craft Kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau dalam hutan. Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan individu untuk melakukan aktiviti ketika berada di hutan. Khemah Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah: Mendapatkan kebenaran dan maklumat Kemudahan asas seperti bekalan air Kawasan lapang Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan

8) PEMERIKSAAN Jangan berkhemah dekat dengan sungai atau anak sungai di kawasan hulu atau kawasan berbukit Elak dari kawasan semak atau belukar. Jangan berkhemah di atas tanah yang lembab Elak dari tanah tebing yang curam. Elakkan pohon mati atau pohon besar atau kawasan yang terdedah dengan matahari panas sepanjang hari. Elak dari denai binatang. Elak dari kaki bukit yang curam. Elak dari kawasan lidah air (cantuman 2 sungai)

9) REFLEKSI Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta kekuatan yang diberikan, saya berpeluang mempelajari banyak input serta pengalaman baru daripada unit beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia bagi semester ini. Sepanjang mempelajari sukatan wajib bagi persatuan ini, saya telah memperolehi banyak ilmu yang bermanfaat. Contohnya berkenaan ilmu-ilmu perkhemahan yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Selain itu, pembelajaran ini juga membantu saya dalam mendisiplinkan diri, khususnya melalui aktiviti kawad kaki yang dipelajari. Saya juga telah mempelajari berkenaan tatacara perjumpaan yang membantu memberi pengalaman yang sangat berguna. Melalui topik ini, saya dapat mengetahui protokol serta adab-adab yang perlu dijaga sewaktu berada dalam suatu perjumpaan formal. Tatacara perjumpaan dalam PPIM sangat mementingkan aspek keagamaan. Hal ini kerana setiap perjumpaan akan dimulakan dengan bacaan doa serta nyanyian asma al husna. Hal ini memberikan ketenangan kepada saya dan rakan-rakan yang lain setiap kali perjumpaan diadakan. mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman yang terdapat pada diri saya dalam menghasilkan tugasan ini. Antara kekuatan yang saya miliki ialah minat yang mendalam untuk mempelajari, mengkaji seterusnya memahami dengan lebih mendalam berkenaan perlembagaan di Malaysia, tanah air yang dicintai. Saya juga berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan meklumat berkenaan topik ini. Selain itu, kekuatan yang dimiliki ialah memiliki rakan sekumpulan saya yang bersemangat dan mampu memberi kerjasama yang sebaik mungkin sepanjang menjayakan kerja kursus pendek ini. Perkongsian ilmu dan pendapat telah banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus yang lebih berkualiti. Di samping kekuatan yang dimiliki, terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat dalam diri saya yang telah dikenal pasti. Antara kelemahan yang saya miliki

ialah saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan maklumat yang bersesuian dengan topik. Saya juga mengambil masa yang agak lama untuk memahami berkenaan perlembagaan di Malaysia. Hal ini kerana tajuk

perlembagaan merupakan satu topik yang besar dan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku salah faham. Rentetan masalah ini, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sekumpulan saya bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai topik ini. Setelah mengadakan perbincangan, saya dapat memahami tentang perkhemahan dengan lebih jelas. Selain itu, pensyarah pembimbing Doktor Norjahan turut membantu dalam memberi kefahaman yang lebih jelas. Beliau mengendalikan perbincangan berkenaan konsep perkhemahan dan pelaksanaannya di kem. Perbincangan sebegini banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran di samping memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Walaupun berhadapan dengan beberapa kelemahan diri, namun saya bersyukur kerana terdapat beberapa peluang yang diperolehi. Pensyarah subjek, Puan Haliza Haji Ibrahim banyak mendorong saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Puan Haliza sangat menggalakkan percambahan idea melalui lontaran pendapat. Beliau sangat terbuka dalam menerima pendapat dan tidak lokek berkongsi ilmu serta bersedia untuk memperbetul kesilapan saya dan rakan-rakan dalam melontarkan pendapat. Kesannya, saya menjadi lebih berani dan berkeyakinan dalam memberi idea dan berkongsi maklumat terbaru yang saya perolehi dengan rakan-rakan. Sememangnya keberanian begini yang harus dimiliki oleh saya sebagai seorang bakal guru. Selain itu, peluang lain yang diperolehi ialah terdapat banyak maklumat berkaitan perkhemahan yang boleh didapati melalui internet. Saya juga tidak dapat lari daripada ancaman luaran sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ancaman yang diperolehi ialah saya dan rakan-rakan yang lain memiliki masa yang agak terhad kerana perlu menyerahkan dua tugasan bagi subjek lain dalam minggu yang sama. Jadi, kami perlu menyusun jadual masa sebaik mungkin bagi

memastikan semua tugasan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan serta menghasilkan tugasan yang berkualiti. Melalui tugasan ini juga, saya telah memperolehi ilmu yang sangat berguna mengenai aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam perkhemahan. Selain itu, saya juga sedar bahawa guru sangat berperanan dalam menyebarkan ilmu-ilmu dan menyuntik semangat ingin sihat dan cergas dalam diri anak didik. Saya sangat sedar akan kepentingan kemahiran asas perkhemahan, jadi saya berusaha sedaya upaya untuk mempraktikkannya. Saya juga sedar akan pentingnya penerapan nilainilai yang digariskan dalam perkhemahan. Saya sangat yakin bahawa seorang pendidik perlu memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang

memandangkan tugas pendidik pada hari ini semakin mencabar. Melalui pengalaman mengikuti perkhemahan ini, saya lebih berkeyakinan untuk menghadapi masalah pada masa depan. Saya juga mendapati perbincangan dan perkongsian ilmu sangat penting dalam proses pembelajaran. Saya akan mengaplikasikan Ilmu yang diperolehi dengan sebaik mungkin. Insya Allah.

Disediakan oleh: HARYATI BINTI ISMAIL. 900109-03-5164

You might also like